Siapa yang menyangka bahawa Peter akan menjadi berjaya seperti ini Padahal dahulu dia dianggap sebagai anak yang bermasalah dan gagal. Peter dilahirkan di Australia. Ibu bapanya adalah generasi ketiga yang hidup dari bantuan kerana miskin. Peter sekolah di Sekolah Rendah Adelaide. Dia sering mengalami masalah dalam belajar, kesukaran memahami, serta menggabungkan perkataan. Dia juga kurang suka menulis.
Peter sewaktu kecil lebih gemar kegiatan bebas di luar kelas. Dia lebih suka mencari tahu hal-hal baru dan selalu tidak mengiku perintah gurunya, yang selalu memberinya tugas-tugas bertulis atau meminta dia duduk diam di kerusi. Gelaran yang diberikan kepadanya pun cukup beragam, mulai dari disleksia, anak nakal, anak pemalas hingga Attention Deficit Disorder (ADD).
Miss Phillips adalah guru yang paling dia kenang. Di antara semua guru, Miss Phillips sering menghukum Peter untuk berdiri di depan kelas. Miss Phillips sering berucap, Anak-anak, ini adalah contoh anak nakal. Jika kalian nakal, cikgu akan menghukum kalian seperti ini!
Ada satu ucapan yang begitu menancap di lubuk hati Peter yang paling dalam sehingga dia tidak boleh melupakannya, walaupun sudah lebih dari 20 tahun tidak bersama gurunya lagi.
Saya ingat betul, dulu setiap kali menghukum, Miss Phillips selalu mengatakan kepada saya, Peter kamu anak nakal, kamu tidak pernah mahu menuruti perintah cikgu, lihat sahaja nanti ... kamu tidak akan dapat menjadi apa-apa! Miss Phillips, You were Wrong!
Itulah buku yang begitu menyentuh hasil karya Peter Daniels, multijutawan terkenal di negeri Australia. Dibuat khusus untuk guru yang dulu pernah merendahkannya sedemikian rupa.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia di seluruh pelosok tanah air tercinta ... saya tidak tahu apakah fenomena ini juga terjadi di negeri kita. Namun anehnya, mengapa anak-anak yang memiliki gejala seperti ini dan sering kali dianggap bermasalah atau dicap sebagai anak gagal, justeru kebanyakan lebih berjaya dalam kehidupan Sebut sahaja Thomas Alfa Edison, Leonardo da Vinci, dan Peter Daniels sendiri.
Para pakar ilmu Holistic Learning cuba untuk menjelaskan fenomena ini kepada kita. Anak-anak ini sesungguhnya adalah anak yang sangat kreatif dan suka bereksplorasi, cara berfikir mereka banyak didominasi oleh otak kanan dan panca indera dominannya secara umumnya adalah visual (penglihatan).
Sementara itu, sistem pendidikan lebih mengarah pada pola berfikir logik dengan cara berfikir yang didominasi oleh otak kiri dan menggunakan panca indera dominan auditori (pendengaran). Itu bererti anak yang berotak kanan, hidup di dunia yang berotak kiri. Anak-anak seperti ini menggunakan cara dan jalan yang berbeza dalam menerima dan memproses informasi dan biasanya sangat bertentangan dengan cara guru mengajar.
Para pakar ilmu Holistic Learning menjelaskan juga, sesungguhnya kehidupan realiti sangat menuntut proses kreatif daripada proses logik sehingga untuk boleh sukses dalam kehidupan realiti, anak lebih banyak dituntut untuk mampu berfikir kreatif daripada berfikir logik. Bukti-bukti banyak ditemui dari perjalanan orangorang yang berjaya, mereka adalah orang-orang yang sangat kreatif dalam melalui proses kehidupan bagi mencapai kejayaan.
Pandangan ini sejalan dengan ajaran sang genius legenda sepanjang zaman, Leonardo da Vinci. Vasari, penulis biografi Leonardo da Vinci, mengatakan bahawa Leonardo memberitahu bahawa jika anda ingin menghasilkan karya-karya yang menarik perhatian, proses berfikir harus dimulakan dari proses kreatif, dan diteruskan pada proses logik. Ajaran ini dikenali dalam bahasa asalnya sebagai Arte & Scienca, yang merupakan prinsip ketiga dari ajaran Leonardo da Vinci untuk mencetak anak menjadi seorang maestro. Ternyata anak-anak yang sering dinyatakan bermasalah ini justeru sudah memiliki naluri belajar semula jadi seperti yang diajarkan oleh Leonardo da Vinci.
Para ibu bapa dan guru yang saya cintai, apakah kita masih berani untuk menghakimi anak-anak seperti ini sebagai anak yang bermasalah dan gagal
Untuk sukses dalam kehidupan realiti, anak lebih banyak dituntut untuk mampu berfikir kreatif daripada berfikir logik.