Dortics Torrado.
Fidel Castro berada di tampuk pemerintahan sehingga tahun
2008, apabila beliau mengundurkan diri atas sebab kesihatan. Tempatnya diambil alih oleh adiknya sendiri, Ral Castro.
Tempoh hari, pada 25 November 2016, ikon revolusi itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 90 tahun.
Ketika beliau menggerakkan kempen gerila ke atas rejim
Fulgencio Batista, sekitar tahun 1959, Fidel Castro telah memberi satu ucapan yang cukup padu tentang bagaimana bidang sukan boleh menjadi tunjang kepada revolusi.
Politik adalah adalah salah satu kaedah dalam sukan. Bermakna, walau mana mana pun, sukan adalah seperti aktiviti manusia yang lain.
Sebaik sahaja berkuasa, beliau telah menstrukturkan semula bintang sukan Cuba. Sukan-sukan profesional diharamkan, namun aktiviti sukan secara amatur diteruskan.
Sebuah institut berpusat diwujudkan untuk mengawal selia aktiviti sukan Cuba. Ia bertujuan mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi.
Bila mana atlet-atlet ini dikenal pasti, mereka akan dihimpunkan dalam sebuah sekolah sukan, dilatih dan dipupuk dengan doktrin perjuangannya.
Walaupun usahanya itu berjaya menyemai masyarakat yang berfahaman Marxist, dari segi arena antarabangsa, sukan Cuba tidak dapat bersaing lebih cemerlang, apa lagi mahu menyaingi Amerika Syarikat.
Secara tradisi sukan baseball dan tinju merupakan sukan paling popular di Cuba. Setakat Sukan Olimpik adan Sukan Pan-Amerika, memang Cuba boleh memberi cabaran dan saingan.
Meskipun orang kanan Fidel Castro, si Che Guevara yang berasal dari Argentina seorang yang gilakan sukan bola sepak, namun sukan itu kurang mendapat perhatian di Cuba. Sukan di Cuba, adalah apa yang popular di Amerika Syarikat. Bermakna, jika Amerika bagus dalam sesebuah lapangan sukan, maka Cuba juga harus turut sama begitu.
Era itu, sukan bola sepak di Amerika Syarikat masih lagi kurang popular. Sukan yang dipanggil soccer di Amerika Syarikat masih menggunakan laman sama ada stadium American Football ataupun baseball. Para pemain di Amerika Syarikat masih menggunakan kasut but yang khas untuk padang sintetik.
Justeru, era itu juga sukan bola sepak di Cuba tidak dilihat sebagai alat atau cabang sukan yang berbaloi untuk dipupuk. Impaknya, sekalipun sudah menjengah ke abad ke-21, Cuba masih lagi belum ada liga bola sepak yang profesional.
Para pemainnya masih separa profesional ataupun amatur.
Apa-apa pun, tak kira lah apa jua pandangan ramai tentang Fidel Castro, beliau lah lambang kemandirian negara Cuba di sebalik tekanan demi tekanan oleh tetangganya Amerika Syarikat sejak dahulu lagi.
Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, ketika mendapat perkhabaran pemergian Fidel Castro meluahkan betapa beliau berasa amat sedih. Pada Maradona, Fidel Catro umpama bapanya. Ketika Maradona sedang bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan masalah berat badan melampau, Fidel Castro telah menawarkan bantuan. Cuba cari imej lama Maradona ketika gemuk, badannya naik mendadak seperti dipam-pam.
Di Cuba, perkhidmatan kesihatannya sangat berkualiti. Cuba punyai begitu ramai doktor dan tenaga pakar yang bagus-bagus dalam perkhidmatan kesihatan. Fidel Castro tawarkan apa yang negara lain tidak mampu sediakan.
Berkat kualiti perkhidmatan kesihatan Cuba yang mantap, Maradona berjaya pulih. Beliau bebas dari ketagihan dadah dan berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal.
Menurut Maradona lagi, Fidel Castro telah selamatkan nyawanya.
Saya cetuskan revolusi hanya dengan seramai 82 orang sahaja bersama saya. Jika saya perlu cetuskannya semula, saya akan lakukan bersama 10 atau 15 orang sahaja yang boleh dipercayai. Tidak kira sekecil atau sekerdil mana kamu, namun jika kamu punyai kepercayaan ataupun keyakinan, dan perancangan, maka kamu akan berjaya.
- Fidel Alejandro Castro Ruz a.k.a. Fidel Castro.