FELISHA terjenguk-jenguk ke arah luar tingkap. Memerhati setiap kereta yang diparkir di kawasan kedainya. Bayang kereta MyVi milik Hanim masih belum kelihatan.
Mana Hanim ni Dah dekat setengah jam aku melangut kat sini. Kata nak jumpa aku pukul dua belas tengahari. Ni dah dua belas setengah. Perut aku pun dah berbunyi ni. Felisha jeling jam di pergelangan tangan.
Kak Sha! Ada orang nak jumpa! Laung Ainul dari celah rak bunga gerbera yang berwarna warni. Bunga yang baru tiba dari Cameron Highlands semalam.
Baiklah! Felisha menapak keluar dari bilik pejabatnya menuju ke arah seseorang yang dimaksudkan Ainul tadi. Datang jugak kau Hanim!
Eh, lelaki.. Felisha terhenti seketika. Dia menapak semula ke tempat lelaki tadi.
Ya encik Sapa Felisha sambil bermanis muka.
Lelaki itu berpaling.
Badrul
Ya saya. Awak dah makan Badrul senyum lebar.
Err..saya dah kenyang. Encik Badrul nak beli bunga ke Cepat-cepat Felisha ubah topik.
Nak juga..tapi saya beli untuk awak juga. Beri saya bunga tu! Badrul tuding ke arah bunga daisi putih.
Felisha segera mengarahkan Ainul membungkus sejambak bunga daisi kepada Badrul.
Awak ni memang cantik. Kulit putih, mata bundar, bibir kecil, kening hitam, pipi kemerahansaya suka. Puji Badrul terang-terangan.
Felisha sudah menggelabah. Bukan pujian Badrul yang menyebabkan dirinya rasa begitu tapi pandangan mata nakal Badrul yang membuatnya rasa ditelanjangi.
Maaf..ada apa lagi encik Badrul nak beli Felisha hulur sejambak bunga daisi yang telah siap dibungkus kepada Badrul. Duit bertukar tangan.
Hmm..kalau saya nak beli awak, boleh Sekali lagi Badrul senyum lebar.
Felisha menelan liur. Kata-kata Badrul sudah lain macam. Belum sempat Felisha menjawab, tangan Badrul sudah menyentuh bahunya.
Maaf! Saya bukan untuk dijual! Cepat-cepat tangan Badrul ditepis.
Hmmsounds very interesting! I like! Badrul semakin mengusik Felisha. Kali ini Badrul cuba merangkul pinggang Felisha.
Stop it!!
Felisha mendongak. Fariz
Kau siapa Fariz mendekati Badrul yang mula melepaskan rangkulannya tadi. Mata Fariz menala pula pada Felisha yang sudah berair matanya.
Siapa aku, kau tak perlu tahu. Kau siapa Kekasih dia Tunang dia Atau suami dia Badrul senyum sinis. Fariz dipandang atas bawah.
Itu bukan masalah kau! Fariz bercekak pinggang.
Then..the best man win! Badrul mula berlalu pergi.
Awak okey Fariz pandang Felisha yang masih tunduk.
Felisha mengangguk lemah.
Bukan ke Fakrul tak benarkan awak datang kedai ni lagi Ainul kan ada Fariz mengingatkan Felisha pesan Fakrul.
Saya dah janji dengan kawan serumah nak jumpa di sini. Err..terima kasih awak sebab tolong saya tadi Felisha masih tunduk. Malu pada Fariz.
Tak apa..beri saya tiga jambak bunga tulip. Fariz mula teringat kedatangannya ke kedai bunga Felisha.
Err..rasanya bunga tulip tu cukup dua jambak je. Lehernya dipanjangkan ke arah deretan pasu bunga tulip yang hanya tinggal sedikit.
Semalam satu syarikat sudah menempah lima jambak bunga tulip.
Oh, kalau macam tu, dua jambak pun tak apa. Oh ya! Beri satu jambak bunga ros merah. Saya nak hadiahkan pada seseorang yang istimewa. Fariz senyum. Sengaja dia beritahu tujuannya beli bunga depan Felisha.
Hadiah
Fariz angguk sambil tersenyum.
Baiklah Felisha menapak ke deretan pasu bunga tulip dan bunga ros. Di benaknya masih berfikir kata-kata Fariz tadi. Dia dah ada insan istimewa ke Dah ada calon isteri ke Sesekali dia menjeling Fariz yang beria membaca informasi bunga yang ditampal di dinding. Berkerut-kerut kening.
Felisha menapak semula ke tempat Fariz berdiri.
Nah! Semua bunga yang telah siap dibungkus dihulur kepada Fariz.
Err..saya nak bunga ros merah. Yang awak bagi ni ros putih. Fariz sengih. Muka Felisha sudah menggelabah.
Hah..maaf. Bungkusan bunga disambar semula dari tangan Fariz. Laju je Felisha berjalan ke arah bunga ros semula. Eii! Apa hal dengan aku ni Nampak sangat aku ni asyik fikir tentang dia je..wake up Felisha!!
Sekali lagi Felisha menapak ke tempat Fariz dan menghulur bunga ros merah.
Err..maaf..
Tak apaawak okey ke Fariz senyum lagi. Nampak jelas muka Felisha sudah keliru.
Okey..err..boleh saya tahu siapa orang istimewa tu
Kenapa
Alamak! Apa hal dengan kau ni Felisha Buat apa kau nak ambil kisah hal mamat ni lagi
Are you okey Sekali lagi Fariz tanya. Muka Felisha sudah blur.
Felisha luku kepala sendiri. Err..okey je..
FYI, orang istimewa tu ada di hati saya. Fariz menjawab soalan Felisha tadi sebelum beredar dari situ. Kaca mata hitam dipakai semula dan dia mula menapak ke kereta.
Di hati Felisha masih tertanya-tanya.
Lemah langkah Felisha menuju ke bilik pejabatnya semula. Dia duduk di kerusi sambil menopang dagu. Terasa dunia sudah hambar. Tunang sendiri sudah berpunya, Fariz yang diharapkan pula, sudah ada kekasih hati. Hmmnasiblah kau Felisha.
Wei! Mengelamun lagi!
Felisha mendongak. Hanim sudah terpacak di depannya.
Hanim! Berjanggut aku tunggu kau! Kau sesat ke apa Felisha bingkas bangun. Hanim dipeluk erat.
Jalan sesak la Sha! Hanim melabuhkan punggung di kerusi berdepan dengan Felisha.
Weh! Ceritalah kat aku! Aku dah tak sabar nak tahu ni! Felisha tarik kerusi dekat dengan Hanim.
Kau ni! Aku yang nak nikah, kau yang melebih-lebih! Hanim sengih.
Mestilah! Cepatlah cerita!
Sebelum tu..perut aku dah minta diisi ni. Jom kita makan dulu, sambil tu aku cerita kat kau. Aku belanja! Hanim tarik tangan Felisha keluar dari kedai bunga menuju ke restoran di hujung bangunan.
HANIM dan Felisha mula menikmati makanan yang diambil dari atas meja yang penuh dengan aneka lauk pauk.
Felisha jeling Hanim yang berselera mengunyah kerabu pucuk paku dengan ikan tenggiri masak lemak.
Weh! Story la! Felisha kuis kaki Hanim.
Kau ni! Aku tengah syok melantak ni! Hanim terbatuk-batuk. Dia teguk air kosong.
Sha..aku pun tak sangka Aqif melamar aku. Pertama kali aku jumpa dia di PPUM secara tak sengaja dulu tu, rupanya dia juga ada menaruh hati kat aku. Dia tak berani luahkan pada aku sebab kawan dia Ben tu sibuk nak usha aku masa tu. Jadi dia undur diri. Hanim memulakan cerita kisah cinta yang tergendala dulu.
Mana kau tahu dia ada hati kat kau Kau tanya dia heih Usik Felisha.
Sebenarnya selepas aku tanya dia dah berpunya ke belum, dia hanya senyum. Sempat dia minta contact number aku. Tak sangka lepas tu, dia contact aku. Masa tulah dia berterus terang dengan aku yang dia sudah lama sukakan aku, masa di kampus lagi. Beb! Aku happy sangat! Tak tahu nak cakap apa bila dia luahkan rasa hati dia. Tak sempat aku nak luahkan rasa hati aku pada dia. Wajah Hanim sudah kemerahan.
Blushing!! Glowing!
Felisha mendengar penuh minat. Setiap tutur kata yang keluar dari mulut mungil Hanim begitu mengujakan. Yalah..kalau aku pun aku akan melompat setinggi langit bila orang yang dipuja selama ini mengaku cintakan kita dan lebih-lebih lagi sudah masuk meminang!!
Kau dengar tak ni Hanim goncang bahu Felisha yang sudah menopang dagu, ternganga mendengar kisah cintanya.
Bebkau sungguh bertuah. Aku jugaklah yang masih terkontang kanting. Mr. Baseball cap aku tu masih menjadi misteri. Sampai sekarang ni aku tak jumpa dia. Aku rindu la kat dia beb Suara Felisha sudah monyok.
Weh! Kau biar betul! Kau dah bertunang la Sha! Buat apa nak fikir lelaki lain! Hanim cubit lengan Felisha yang masih melangut.
Kau tak tahu..aku merana sekarang ni. Tajdid..dia rupanya dah ada isteri. Hari tu isterinya datang jumpa aku. Rupanya dia dan Tajdid tu dah bernikah hampir lima tahun.. Felisha mengeluh.
Dah beristeri
Felisha mengangguk lemah.
Jadi..pertunangan kau macam manaHanim sudah berkerut kening.
Putuslah. Nak buat apa aku teruskan. Dah memang sah-sah aku akan jadi bini nombor dua dia! Hish! Tak nak aku! Felisha mencebik.
Ya Allah..sungguh berat ujian kau Sha. Fariz
Felisha pandang Hanim tak berkelip. Apa hal pulak tiba-tiba tanya pasal Fariz ni Kenapa dengan dia
Ya la..dia kan pernah jadi boyfriend celup kau dulu. Kau tak nak sambung balik ke Hanim sengih.
Dia pun dah ada insan istimewa la beb. Aku jugak yang keseorangan. Nasiblah.. Felisha mengeluh lagi.
Mana kau tahu dia dah ada special
Baru tadi dia datang kedai aku. Belikan bunga untuk insan tersayang. Bila aku tanya siapa, dia kata ada dalam hatimacamlah aku nak kenal sangat siapa minah tu.. Sekali lagi Felisha mencebik.
Ooohh..kalau dah tanya macam tu..jealous la tu. Kau ada hati dengan Fariz ni.. Usik Hanim sekali lagi.
Felisha diam.
Eh, kau dah siasat siapa Fariz tu Ada tak persamaan dengan Mr. Baseball cap kau tu Hanim teringat cadangannya dulu.
Entahlah..aku dah tanya abang aku. Abang aku pulak jawab acuh tak acuh je. Mungkin sebab aku dah bertunang dengan Tajdid kut. Sebab tulah dia tak nak beritahu aku pasal Fariz tu. Felisha terbayang muka Fakrul yang tersengih sumbing.
Alahkau jangan putus asa beb. Mana tahu suatu hari nanti Allah makbulkan doa kau untuk bertemu semula dengan Mr. Baseball cap kau tu. Dan mana tahu, dia tu jodoh kau Cayok beb!! Hanim beri semangat.
Felisha senyum melihat gelagat Hanim. Masih macam dulu juga. Tak pernah berubah.
Okey la beb! Aku ada hal sikit ni. Kejap lagi aku kena jumpa client pulak. Hanim jeling jam di pergelangan tangannya.
Beb, kau pindah mana sekarang ni
Aku pindah Kajang. Dekat sikit dengan tempat kerja aku. Lagipun, aku tak suka duduk dengan Najwa tu. Dia tu lain macam sikit la. Pelik! Hanim buat muka.
Maksud kau Felisha pandang Hanim tak berkelip.
Kau tahuhari tu aku masuk bilik dia. Bukan aku nak curi masuk, dah kebetulan pintu bilik dia terbuka sedikit, aku jenguk la. Terkejut aku tengok gambar kat dinding bilik dia tu. Habis diconteng dengan dakwat merah pada gambar tu. Aku cuba juga amati gambar tu tapi tak nampak jelas sangat. Seram la aku tengok. Hanim menggerakkan bahunya.
Hmm..aku ingat aku sorang je yang rasa macam tu. Betul kau tak nampak foto siapa Tanya Felisha untuk mendapatkan kepastian.
Dah kena tonyoh dengan pen merah macam tu, mana nak kenal beb! Kenapa Muka Hanim dah berkerut.
Kau pernah nampak tak Najwa keluar dengan abang aku masa di kampus dulu Felisha cuba mencari jawapan.
Hmmseingat aku tak pernah. Eh, abang kau kan keluar dengan Nadia. Kenapa Tanya Hanim lagi. Masih tak faham.
Tu la tu. Aku pun pernah masuk bilik dia. Aku nampak ada foto abang aku kat dinding dia. Emm..cakap pasal Nadia ni, aku belek album Najwa, ada gambar Nadia kat situ. Apa kaitan Nadia dengan Najwa eik Mereka sekelas ke apa Muka Felisha sudah berkerut seribu.
Hanim menjongket bahu.Najwa masih kat rumah tu kan
Felisha angguk.
Baik kau hati-hati sikit dengan Najwa tu Sha. Kita tak tahu siapa dia. Dulu dia ambil course lain dari kita. Bila balik Malaysia ni, dia macam nak sangat dekat dengan kita. Duduk serumah dengan kita. Macam mana kau boleh ambil dia tu tinggal serumah dengan kita Hanim seperti bingung dengan sikap Najwa.
Beb..dia tu baik la. Aku tak nak syak yang bukan bukan. Tak baik kita buruk sangka. Felisha mula pertahankan Najwa bila melihat muka Hanim sudah berubah rona.
Aku bukan apa..kau kena hati-hati. Dia pernah cakap kat aku yang dia jealous dengan kau. Ramai lelaki yang nak kat kau. Hanim berterus terang.
Alah..kalau yang tu, dia pun ada cakap kat aku. Alah, tak ada apalah! Felisha cuba bersangka baik. Benda belum pasti.
Hmm..suka hati kaulah Sha. Ni..jangan lupa datang kenduri nikah aku tau! Hanim mula alih topik. Muka Felisha sudah lain macam.
Bila kau nak nikah Felisha sudah kembali teruja.
Mungkin enam bulan lagi kut..tengoklah. Apa-apa pun, kau mesti datang! Sekali lagi Hanim minta diri.
Mereka berdua mula meninggalkan restoran Selera Kampung.
Felisha menapak semula ke kedai bunganya. Ainul masih sibuk menyusun bunga. Foto pertunangannya dengan Tajdid yang diletak atas meja direnung seketika.
Tak sangka kau ustazkau nak jadikan aku ni bini nombor dua kau.. Felisha menopang dagu. Allah maha mengetahui. Sakinah datang membawa seribu rahmat. Sakinah menyelamatkan keadaan aku yang serba salah menerima Tajdid.
Hmmapalah agaknya penerimaan Puan Akma Terbayang di ruang mata wajah Puan Akma dan Encik Munawir yang sugul bila mengetahui hal sebenar.