Aku, Dia Dan Somtam - 37
BAB 37

SEMINGGU berlalu. Imran lega kerana foto yang diterimanya tidak tersebar di internet. Namun itu tidak bermakna, dia perlu duduk goyang kaki begitu saja. Dia perlu berhati-hati. Kalau semudah itu Fuad dan Natasha boleh menabur fitnah, tidak mustahil dia akan terjerat lagi sekali. Kalendar atas meja dibelek.

Hmm..minggu depan aku akan bernikah. Aku harap Fuad tak akan ganggu Anis lagi Imran letak semula kalendar di tepi meja.

Dia menyambung semula kerjanya.

Awak masuk sekejap! Imran letak gagang telefon.

Tuan panggil saya Anis berdiri di muka pintu.

Imran angguk. Duduk!

Ni kertas kerja untuk mesyuarat esok. Saya nak awak edit mana yang patut. Lepas tu bagi kat saya semula. Imran menghulurkan satu fail kepada Anis.

Anis mengambil fail yang dihulur. Ada apa lagi tuan

Imran pandang gadis bertudung ungu itu seketika. Dia akui kecantikan gadis itu yang begitu terserlah. Lama wajah putih kemerahan itu ditatap. Memang dari dulu dia suka melihat pipi putih kemerahan milik gadis somtam itu. Dia cuba meneka hatinya sendiri tapi masih samar-samar.

Err..tuan..ada apa lagi Sekali lagi Anis bertanya. Kaget dengan renungan Imran.

Hah Err..tak.. tak ada apa.. Imran segera menyambung semula kerjanya.

Anis melangkah keluar. Sikap Imran masih seperti dulu.

Err..awak! Tunggu sekejap!

Apa dia tuan Anis menoleh.

Minggu depan macam mana Imran mendongak.

Minggu depan Apa dia Anis berkerut kening. Tidak faham soalan Imran.

Minggu depankan kita nikahmacam mana Imran mengingatkan Anis.

Macam tulah! Ada perubahan ke Anis berkata hambar. Sehambar hatinya yang kecewa.

Oh..tak ada. Boleh saya tanya sikit

Apa dia

Awak tak kisah ke pasal fitnah tu Imran tergagap-gagap. Terasa malu sendiri bila memikirkan kejadian yang memalukan di hotel itu.

Itu hal tuan. Tak ada kena mengena dengan saya. Saya minta diri dulu. Anis mula berlalu pergi. Dia sudah tawar hati.

Imran hanya memerhati Anis pergi dari biliknya. Kalau dia di tempat gadis itu pun dia akan bersikap seperti itu juga. Dia melepaskan keluhan.

ANIS duduk semula di kerusi di tempatnya. Pertanyaan Imran tadi semuanya hanya menyiksa jiwa. Telah ditakdirkan dirinya hidup bersama seorang lelaki yang tiada perasaan. Biarlah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. Kata-kata Ustazah Hanisah masih terngiang di cuping telinga. Mungkin dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan Imran untuk sama-sama mengharungi hidup dan belajar mengikut landasan Allah.

Ya Allah..tabahkan hati aku untuk menghadapi semua ini. Kuatkan hatiku ya Allah.. Anis tunduk sambil meraup muka.

Hai Anis..

Anis mendongak.

Zara.. Nada Anis lemah.

Kau okey ke Izara pegang tangan sahabatnya yang kelihatan sugul.

Kalau tak okey sekalipun, aku tak boleh buat apa. Anis masih lemah menutur.

Anismaafkan abang aku. Aku pun tak sangka boleh jadi macam ni. Kalau kau rasa abang aku bersalah, kau maafkanlah dia. Izara cuba memujuk hati Anis. Perempuan mana yang tidak marah dan sedih jika tunang sendiri dilihat tidur dengan gadis lain.

Aku tak ada sebab nak marah dia. Aku tahu dia tidak pernah sukakan aku. Jadi buat apa aku nak maafkan dia. Aku terima pernikahan ini pun kerana ingin menjaga hati mak dan mama kau. Nada Anis hambar.

Anis, aku tahu kau sengaja menangkis rasa cinta kau pada abang aku. Aku tahu kau sebenarnya inginkan abang aku jadi milik kau. Semua itu jelas terpancar di muka kau. Mata kau yang mengiakan semua kata-kata aku tadi.Izara masih tidak mahu mengalah. Jelas di wajah Anis, ada riak sedih dan kecewa.

Entahlah Zaraaku dah penat dengan semua ni. Anis menyusun fail yang sedikit berselerak di atas meja.

Aku yakin abang aku juga sukakan kau. Dia sebenarnya tidak mahu mengaku.

Anis diam. Dia tidak mahu percaya apa yang dikatakan oleh Izara. Baginya Izara hanya ingin mengambil hatinya saja. Ingin menjernihkan apa yang telah keruh.

Oh ya Zara, aku nak minta tolong kau boleh

Apa dia

Err..boleh tak kau temankan aku jumpa seseorang Anis letak fail dan mula memandang Izara yang masih setia duduk di situ.

Siapa Mamat cyber tu lagi ke Izara sengih.

Anis angguk. Izara dah boleh mengagak apa yang bermain di fikirannya.

Penting sangat ke Kenapa tak suruh Imran je temankan kau Dia kan dah jadi tunang kau. Sengih Izara semakin menjadi.

Alah..bolehlah Zara. Aku bukannya nak buat benda tak elok. Dia nak pulangkan nota aku. Itu saja. Kau nak ke kalau aku pergi sorang dan duduk berdua dengan mamat tu Anis cuba memujuk Izara dengan memancing soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Dari riak Izara, jelas ada rasa ragu-ragu di wajah gadis itu.

Hmmbaiklah. Jangan pulak macam hari tu. Penat kita melangut kat restoran tu. Batang hidung pun tak nampak! Izara muncung. Terasa menyesal pun ada.

Aku janji, kali ni dia pasti datang! Anis senyum. Izara sudah setuju. Lega.

Izara mula minta diri setelah menemui Imran di biliknya. Anis senyum puas. Rasa terubat hatinya bila memikirkan Jay yang hanya dikenali di alam maya kini akan bersua muka. Hilang rasa resah dan kecewa yang bersarang di hati selama ini.

Kenapa dengan aku ni Wakeup Anis! Anis menampar pipinya sendiri. Dia sepatutnya lebihkan Imran sebagai tunang dan bukannya Jay.

Ehem!

Anis mendongak. Imran yang tercegat di tepinya berdehem banyak kali.

Awak baca ni. Lepas tandatangan nanti, awak bagi semula kat saya. Satu copy untuk awak. Imran letak dua keping kertas yang bertaip dan bertarikh. Dia kembali semula ke biliknya.

Anis mengambil kertas itu dan membaca perlahan setiap apa yang tertulis di situ.

He really mean it Anis menatap kertas A4 itu sekali lagi. Berulang kali dia membaca ayat-ayat yang disusun kemas. Perjanjian mereka dalam mengharungi alam pernikahan nanti. Sama seperti apa yang Imran beritahu dulu.

Lama Anis merenung setiap syarat yang tertulis di kertas putih itu. Dah macam sebuah perkahwinan mat saleh. Ada perjanjian dan kontrak. Tangannya mula menggeletar. Tandatangan yang perlu diturunkan di situ cukup membuatkannya gementar.

Pernikahan apakah yang aku lalui ini Anis meraup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi putihnya.

Anis capai pen dari dalam bekas bulat di sudut kiri meja. Dengan berat hati, dia mengabadikan tandatangannya di sudut bawah kertas putih itu, sebelah nama Imran yang sudah siap ditandatangan. Gementar. Dia bangun lemah menuju ke bilik Imran semula.

Dah siap Imran senyum sebaik melihat Anis muncul di muka pintu biliknya.

Anis mengangguk lemah. Kertas itu dihulur kepada Imran tanpa sepatah kata. Dia terus berlalu pergi.

TENGAH HARI itu, Izara dan Anis keluar makan bersama di restoran seberang jalan berhadapan dengan bangunan pejabat mereka. Anis hanya senyum mendengar celoteh Izara. Dari cerita kenangan zaman universiti sampailah cerita cinta sedihnya.

Zara..kita akan jadi sengsara kalau kita asyik memikirkan soal cinta manusia. Apa yang berlaku itu sebenarnya Allah ingin menguji sejauh mana kita boleh sabar dengan ujian itu. Anggaplah pengalaman pahit yang kita alami sebagai salah satu cara Allah mendidik kita ke arah yang lebih baik dan berjaya. Anis pegang lembut tangan Izara yang mula sugul.

Terima kasih Anis. Aku tenang bila mendengar kata-kata kau. Izara mula mengukir senyum.

Nasihat tu pun aku tujukan untuk aku juga. Err..maaf kalau aku tanya kau sikit.. Anis pandang Izara yang mula ceria.

Aku kenal ke lelaki tu Anis mulakan mukadimah.

Tak.. dia tua dua tahun dari kita dan dia bukan senior kita pun. Izara menjawab acuh tak acuh.

Oh Anis menggosok tangan Izara. Memujuk gadis manis itu untuk tersenyum.

Dah lama tunggu

Anis berpaling. Imran selamba duduk di sebelahnya. Tangannya diletak pada belakang kerusi yang Anis duduk. Anis sempat jeling. Dah buang tabiat ke mamat ni Pandai betul berlakon!

Abang lambat. Kami dah separuh nak habis makan ni. Sibuk sangat ke Izara sengih.

Anis menundukkan wajahnya. Dia jeling Izara yang sengih dari tadi. Bila masa pulak Izara ajak Imran sekali

Hmm..tak apa. Banyak masa lagi. Imran lihat sekilas jam di pergelangan tangannya. Dia lambai tangan ke arah pelayan restoran.

Amboi! Romantiknya orang yang berdarah manis ni! Izara kenyit mata pada Anis. Tangan Imran yang melingkar pada bahu Anis dijeling sekilas.

Anis hanya mendiamkan diri. Tubuhnya terasa kaku. Imran sudah pandai berlakon.

Err..excuse me.. Anis bingkas bangun.

Kau nak ke mana Izara pandang Anis yang mula resah.

Err..aku nak ke bilik air. Laju kaki Anis melangkah.

Imran hanya senyum kelat. Dia tahu Anis tidak selesa dengan tindakannya tadi. Dia sengaja berbuat begitu hanya di depan Izara agar tidak nampak ketara hubungan dingin mereka berdua.

Wah! Abang dah tak sabar nampak Tak lama lagi la bang, seminggu je lagi.. Izara ketawa kecil. Sempat mengusik kembarnya.

Cakap kat orang, adik tu bila lagi Sepatutnya adik yang nikah dulu. Dah ada pengganti Imran meluku manja kepala Izara.

Setakat ni adik susah nak cari pengganti. Err..kes abang macam mana Izara mula mengubah topik.

Kes apa Imran mengacau jus epal yang dipesan dengan straw.

Kes selingkuh abang tu la! Tanya lagi! Izara mencebik. Benci dia menyebut nama Natasha.

Boleh tak cakap perlahan sikit! Sekali lagi Imran meluku Izara. Dia pandang kiri kanan. Bimbang orang mencuri dengar perbualan mereka.

Ops! Sorry! Izara sengih.

Abang pun tak sangka Natasha sanggup jual maruah diri. Dia sudah jauh tersasar.. Imran sandar di kerusi.

Berdoalah dia tak ganggu abang lagi. Tindakannya tak boleh diduga. Izara turut mengiakan kata-kata Imran.

Kalaulah Anis yang berada di tempat perempuan tu kan bagus! Cepat sikit abang nikah! Izara mengusik.

Tak kelakarlah! Imran sekali lagi meluku Izara.

Imran memberi isyarat diam bila Anis mula mendekati mereka.

Anis, aku ada hal sikit. Kau boraklah dengan abang aku. Izara sengaja mencari alasan supaya Imran boleh berduaan dengan Anis.

Eh, kau nak ke mana Anis sempat sambar tangan Izara.

Aku lupa yang aku kena jumpa client kejap lagi.Okey, aku chow dulu! Izara segera berlari ke arah tempat letak kereta. Hari itu dia meletakkan keretanya di luar bangunan.

Anis melabuhkan punggung berhadapan dengan Imran. Izara dipandang hingga hilang dari pandangan. Matanya beralih pula pada Imran yang asyik menikmati nasi kukus ayam berempah.

Kenapa pucat je muka awak Awak takut ke Imran jeling Anis yang mula tunduk.

Err..mana ada.. Anis pandang lagi ke arah tempat letak kereta.

Kenapa tak habiskan jus tu Imran menghabiskan sisa nasi di dalam pinggan.

Anis masih tunduk membisu. Tidak tahu apa yang harus dibualkan. Baginya cukuplah dia berinteraksi di dalam pejabat saja.

Kenapa Awak takut saya bubuh apa-apa dalam minuman awak Imran tolak gelas jus kepada Anis.

Anis pantas memandang Imran.

Maaf, saya nak masuk ofis dulu. Anis bingkas bangun.

Tunggu la dulu. Saya belum habis cakap lagi! Imran tarik tangan Anis. Anis terduduk sekali lagi.

Awak nak apa Anis jengilkan matanya kepada Imran.

Kenapa awak garang sangat

Bila saya garang Anis tarik kerusinya jauh dari Imran.

Kalau awak bersikap macam ni, macam mana nanti lepas nikah. Saya tak nak mama perasan nanti. Imran mengacau jus dengan straw. Straw dipusing-pusing dalam gelas.

Kenapa Awak takut Anis kembalikan semula soalan itu kepada Imran.

Saya tak kisah kalau awak nak cari lelaki lain tapi selepas saya jumpa gadis lain.

Awak ingat saya ni apa Anis cuba menahan marah.

Mana tahu..dalam diam awak sudah ada lelaki idaman. Saya tak halang. Imran habiskan jus epalnya.

Anis diam. Kata-kata Imran bagai halilintar. Semudah itu Imran menganggapnya gilakan lelaki. Mahu saja dia menjerit yang lelaki idamannya ada di depan mata sekarang ni!

Maaf! Saya bukan seperti yang awak sangkakan! Anis bingkas bangun semula. Geram dengan kata-kata Imran.

Oh ya! Saya telah tambah satu lagi syarat. Saya akan lepaskan awak kalau awak jumpa lelaki idaman awak. Dan kalau saya jumpa gadis idaman saya, saya akan lepaskan awak atas permintaan awak sendiri. Tapikalau awak nak stay menjadi isteri saya, silakan. Imran hulur kertas kepada Anis.

Anis membaca ayat terakhir di halaman kertas putih itu. Dia mendongak melihat Imran yang tersenyum dengan riak selamba.

Baiklah! Jika itu yang awak mahu. Anis terus ambil pen dari poket baju Imran dan menurunkan tandatangan.

ANIS melemparkan pandangan ke luar tingkap. Merenung bintang yang berkerlipan di dada langit. Cahaya kerlip bintang begitu mendamaikan. Malam yang sungguh tenang. Bintang bertaburan mengelilingi bulan yang nampak hanya separuh. Indahnya dan damainya melihat kebesaran ciptaan Allah.

Anis..kenapa ni Sarah mendekati Anis yang mengelamun jauh.

Oh Sarah..bila kau balik Anis mengukir senyuman hambar.

Baru jap tadi. Ni aku ada bawa tomyam untuk kau. Makanlah! Sarah letak sebungkus tomyam di ats meja belajar Anis.

Terima kasih.. Pandangan Anis teralih semula ke arah dada langit.

Sarah turut melihat bintang cerah yang banyak bertaburan pada malam itu.

Sarah..kau dan Zafran bahagia Anis menoleh. Dia pandang Sarah yang masih memerhati bintang di langit.

Sarah renung Anis yang kelihatan sugul. Kenapa tiba-tiba kau tanya macam ni Mestilah aku bahagia

Anis diam. Sekali lagi dia memandang ke langit melihat bintang yang semakin banyak bercahaya.

Anis..kenapa ni Ada masalah ke Sarah pegang lembut bahu Anis. Menatap wajah sugul Anis.

Tak ada apa. Oh! Ya! Bila kau nak nikah Anis mula senyum. Sengaja dia berubah riak supaya Sarah tidak mengesyaki apa-apa. Cincin tunang pula hanya dipakai masa di pejabat saja.

InsyaAllah tiga bulan lagi. Kenapa Sarah turut mengukir senyum.

Alhamdulillah..aku gembira mendengar kawan baik aku ni dah nak mendirikan masjid. Anis peluk Sarah seketika.

Nampaknya tinggal kau dengan Ina jelah kat rumah ni. Aku dengar Ina pun nak pindah. Dia dah dapat tawaran kerja di MAS. Sarah duduk di atas katil Anis.

Alah..Ina tu sejak dulu lagi tak pernah lekat kat rumah. Aku rasa selama ni aku dan kau saja yang menghuni rumah ni. Anis senyum lagi.

Betul juga tu. Kau macam mana Sarah capai buku di rak. Sebuah novel dibelek-belek sepintas lalu.

Macam mana apa

Yalah..pasal kerja, pasal cinta, apa-apalah! Sarah sengih. Dia jeling Anis yang turut duduk di sebelahnya.

Okey je Lemah Anis menutur.

Bos muda kau tu macam mana Sarah mengusik lagi.

Kenapa dengan dia

Alah..macam aku tak tahu. Kau dah lama suka kat dia. Ada apa-apa perkembangan terbaru

Anis diam seketika. Dia melepaskan keluhan panjang. Penat memikirkan hubungannya dengan Imran.

Eh, aku tanya ni Berangan pulak dia! Sarah cuit lengan Anis.

Dia bos aku je. Tak lebih dari tu. Anis tunduk. Dia tidak mahu menjadi orang yang tidak menepati janji. Itu perjanjiannya dengan Imran agar tidak mendedahkan hubungan mereka yang pincang.

Sayanglah Anis. Dalam kes kau ni, aku rasa kau jadilah perigi yang bergerak. Senang sikit kau nak cari timba. Kalau tunggu timba tak datang jugak, baik perigi je yang pergi cari. Sarah sengih mengusik.

Ni bukan peribahasa. Ni dah perosakbahasa!. Anis sengih. Dia bangun dan mula duduk di kerusi. Buku di rak dicapai dan dibelek malas.

Sarah ketawa mengekek. Dia sengaja menukar suasana sugul itu. Senang melihat Anis turut ketawa bersama.

Okeylah, aku dah penat. Seharian aku round bandar KL. Dah buat somtam kau tu Sarah minta diri. Buku diletakkan semula di rak.

Anis angguk.

Jangan lupa tomyam tu! Jangan tengok je, makan tau! Sarah beredar dari bilik Anis.

Anis turut keluar dari bilik dan terus ke dapur membawa tomyam yang dibeli Sarah tadi. Sebiji mangkuk diambil dari rak pinggan. Dia tuang air putih ke dalam mug. Lemah dia melangkah ke bilik semula.

Hmm..agaknya Jay ada tak malam ni Anis buka laman facebook. Dia lihat jam di tepi meja. Jarum jam baru menunjukkan ke angka sepuluh setengah malam. Dia pun baru habis kelas online.

Mawar Putih > Assalamualaikum

JS > Waalaikuumussalamlama kita tak chat.

Mawar Putih > Haah..maaf, akhir-akhir ni saya sibuk sikit.

JS > Ahad ni jadi tak nak jumpa

Mawar Putih > InsyaAllah..kalau tak ada apa-apa aral

JS > Tak sabar saya nak jumpa. Adakah awak ni secantik Siti Nurhaliza..

Anis senyum. Nampak sangat Jay selalu membayangkan rupanya.

Mawar Putih > Inilah yang saya tak suka. Saya sebenarnya rasa berdosa kerana membuatkan awak terbayang-bayang dan meneka-neka rupa saya. Secara tak langsung, saya telah mengundang dosa hati

JS > Awak jangan salah faham. Saya bukan bayangkan yang bukan-bukan. Awak faham maksud saya kan

Mawar Putih > Alhamdulillah jika itu yang awak rasa.

JS > So, beralih topik kitanak jumpa kat mana

Mawar Putih > Restoran yang sama dan saya akan bawa seorang teman nanti.

JS > Ok, fine with me!

Mawar Putih > Err..awak pakai baju warna apa nanti Supaya mudah saya nak cam.

JS > Saya pakai jersi Chelsea warna biru dan bertopi.

Mawar Putih> Hmm..awak ni penyokong Chelsea ke

JS > Awak ni..kalau saya pakai jersi Man U, saya jadi penyokong Man U la ye

Mawar Putih > Tak adalah sampai macam tusaya tanya je.

JS > Maaf..saya bergurau je.Er..macam mana saya nak kenal awak pulak

Mawar Putih > Tak apa..saya akan cari awak.

JS > Baiklah..kita jumpa nanti. Assalamualaikum

Anis menongkat dagu dengan kedua belah tangannya. Merenung skrin komputer. Perkenalan yang tidak diduga dengan Jay nyata banyak memberi impak dalam hidupnya. Walaupun tidak pernah bersua muka, dia pasti Jay seorang yang positif. Mudah menerima teguran dan nasihat.