Arissa Daniel - 37
BAB 37

ARISSA rebahkan tubuhnya di atas sofa. Hari ini terasa kepenatan bekerja sehari suntuk. Kerja yang banyak di makmal siang tadi cukup membuatkannya terbayangkan suasana santai sambil menikmati buah-buahan segar. Jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Pertama kali terpaksa buat kerja lebih masa. Tadi ada lagi satu projek yang diarahkan oleh Tan Sri Johari. Syed Faizal yang beritahunya pagi tadi.

Ah...nak cari kaedah analisa bukan senang. Arissa sedikit mengeluh. Makmal JN Bioetch telah mengikat perjanjian dengan Kementerian Kesihatan berkenaan penyakit Leptosperosis, penyakit bawaan tikus iaitu kencing tikus. Nak tak nak, dia terpaksa juga belajar mengenai penyakit itu. Bakteria Leptospira sp bukan senang untuk dikultur.

Arissa menapak malas ke bilik. Solat Isyak belum ditunaikan lagi. Esok, dia akan kaji lagi kaedah untuk menganalisa bakteria bawaan tikus itu.

Beg tangan dicampak ke atas katil. Arissa capai tuala di hujung palang katil dan mula menapak ke bilik air.

Usai solat Isyak, dia berehat di atas katil. Buku motivasi yang dibeli di Puchong semalam ditatap seketika. Masih dalam pembalut plastik. Itu buah tangan yang akan dibawa ke rumah Ustazah Waddah nanti.

Hmm...hidup lagi rupanya perogol tu. Ikut hati aku nak je bunuh dia tu! Arissa mengeluh. Terbayang kembali pertemuannya dengan Daniel di kedai bunga. Terasa dunia semakin kecil bila bertembung dengan Daniel di mana-mana.

Ah, kalau tak nak bertembung, kau tinggal jelah di planet lain Arissa oi.. Arissa sengih. Mengutuk diri sendiri.

Matanya menala pula pada album di atas meja. Puas dia mencari sekeping foto keluarganya yang telah hilang. Satu-satunya foto keluarga yang dia ada.

Ibu...Arissa rindukan ibu... Arissa peluk bantal. Rindunya pada ibu kandungnya tidak dapat dibendung lagi.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Arissa capai dari dalam beg tangan.

Hello... Malas Arissa menjawab.

Assalamualaikum..

Arissa jauhkan gagang telefon dari telinga. Siapa pulak ni Tak pernah dengar suara ni

Wa..waalaikumussalam..err..siapa ni Arissa berkerut kening.

Saya pekerja DJB Cosmetics. Saya nak ajak awak keluar makan esok boleh

Erk! Pekerja DJB Cosmetics Siapa Puas Arissa berfikir.

Err..siapa ya Arissa masih bingung.

Saya yang call awak siang tadi bertanyakan pasal keputusan analisa produk saya. Remember

Arissa masih keliru. Ya Allah! Dia tepuk dahi. Baharu teringat ada seorang klien yang menelefonnya siang tadi bertanyakan bilangan bakteria dalam produk krim kecantikan.

Oh ya...err..encik nak apa Macam mana encik tahu nombor telefon saya ni Arissa sudah resah. Masih ingat lagi lelaki itu ingin berjumpa dengannya.

Saya tanya bos awak.

Arissa menelan liur. Huh! Ni mesti Syed Faizal yang gatal beri nombor telefon aku pada lelaki ni.

Err...jadi awak nak apa call saya malam-malam ni Kalau pasal hal kerja, maaf, saya rasa encik call saja esok pagi di makmal saya. Arissa terasa terganggu.

Oh..saya call ni nak ajak awak keluar makan esok. Boleh tak Saya ada hal penting nak beritahu.

Arissa berkerut kening. Hal penting

Cakap kat sini je la. Hal penting apa Arissa sudah gelisah. Entah siapa mamat ni! Kenal pun tidak, alih-alih nak ajak aku keluar makan. Eii! Memang tak aarr!!

Awak setuju ke tak

Arissa sudah geram. Eii! Mamat ni! Tak nak cakap hal apa yang penting sangat. Sibuk tanya aku setuju ke tak! Entah-entah perangai sama macam Daniel!!

Hal penting apa Arissa mengetap bibir. Suara sudah naik satu oktaf. Aku off karang telefon ni!

Ibu kandung awak..

Hah Awak jangan bergurau! This is not a joke okay!! Arissa sudah menyinga.

Its true! Saya ada maklumat pasal mak awak. Saya tahu di mana dia tinggal.

Arissa terdiam. Antara nak percaya atau tidak. Sekarang ini banyak taktik digunakan untuk membuat kerja jahat.

Macam mana kau tahu aku sedang cari mak aku Arissa sengaja tanya.

Well...just my luck. Awak takkan menyesal kalau terima pelawaan saya tu. Dan kalau awak datang esok jam lapan malam di restoran Sari di Bangsar, saya akan ceritakan segalanya. Dan lepas tu saya akan bawa awak jumpa ibu kandung awak. Macam mana

Arissa semakin gelisah. Ah! Arissa kau jangan tertipu dengan kata-kata lelaki ni. Kau tak kenal dia!

Nope! Saya tak akan terima pelawaan awak tu. Saya tak kenal awak. Arissa mula tegas.

Okay! Makcik Lee Dae Hae!! Ada orang nak cakap ni!

Arissa terbeliak! Jelas di telinganya lelaki di hujung talian itu melaung memanggil nama ibu kandungnya.

Err...macam mana awak tahu nama mak saya Arissa menelan liur.

Sekarang awak percaya bukan

Arissa masih diam. Masih berfikir.

Baiklah..saya terima tapi kalau awak tipu saya, saya tak akan teragak-agak buat laporan polis. Arissa cuba mengugut.

Daniel senyum mendengar ugutan Arissa. Jumpa awak esok di restoran Sari. 8 oclock. Sharp! Bye!

Talian putus.

Arissa masih tergamam. Otaknya ligat berfikir siapa sebenarnya lelaki tadi.

Pekerja DJB Cosmetics SiapaArissa garu kepala.

DI MAKMAL, jam lapan pagi Arissa sudah tercongok di dalam bilik mikrobiologi. Malam tadi dia tidak lena tidur. Puas dipejamkan mata. Entah bila dia tertidur.

Hmm...siapa mamat tu Arissa menopang dagu. Ligat berfikir kata-kata lelaki itu malam tadi. Nak tanya Nelissa, minah tu masih di Jerman. Aduih..

Kak, projek Leptosperosis tu macam mana Suzana muncul di muka pintu bilik.

Arissa menoleh. Err...masih dalam proses. Akak tengah cari method yang sesuai untuk kajian analisa. Arissa segera belek fail yang diterima semalam dari Syed Faizal.

Kenapa Arissa tanya Suzana semula.

Tak ada...Faizal cakap, Tan Sri nak tahu perkembangan. Semalam dia cari akak. Suzana senyum. Dia melabuhkan punggung di kerusi depan meja Arissa.

Faizal cari pukul berapa

Pukul sepuluh malam.. Suzana menjawab malas.

Akak dah balik la masa tu. Ada ke malam-malam cari orang! Arissa mencebik.

Suzana sengih sambil menjongketkan bahunya.

Tak apa..nanti akak inform Tan Sri terus. Arissa mula buka komputer.

Suzana pula mula sibuk dengan analisa ke atas produk yang banyak sejak semalam. Wati dan Shahrul serta dua lagi pembantu makmal lain juga turut sibuk menyediakan bahan kultur bakteria.

Sedar tak sedar, jam sudah hampir enam petang. Arissa masih di meja kerja. Kertas kerja dan laporan analisa perlu diteliti sebelum dihantar kepada klien.

Nak pergi ke tak nak...Arissa jeling jam. Sudah enam setengah petang. Serba salah.

Ah...pergi jelah. Dah lama aku nak tahu mana ibu aku. Kalau dia tipu, aku buat laporan polis. Arissa senyum. Dia mula mengemas.

Pukul lapan nanti, dia kena tepat datang ke restoran Sari.

MELILAU Arissa melihat kelibat lelaki itu. Malam tadi, sempat dia tanya lelaki itu pakai baju warna apa. Haram nak beritahu. Kononnya dia kenal aku! Gila dunia ni!

Mana la dia ni... Arissa panjangkan leher. Dia melabuhkan punggung di kerusi di sebuah meja kosong di penjuru restoran. Terselindung sedikit dari tempat meja lain.

Lama dia menunggu di situ. Matanya menala ke arah beberapa pengunjung yang mula memenuhi ruang restoran yang menyediakan makanan segar hasil laut. Kena buat pesanan baru dimasak panas-panas.

Hmm..bencinya. Suruh aku sharp datang lapan malam. Batang hidung dia pun tak nampak! Arissa menopang dagu. Dia capai telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Asyik dia melihat status di facebook. Nelissa sempat hantar mesej dari Jerman.

Kelakar juga minah ni. Ada ke send gambar dia tengah menguap dalam meeting.. Arissa gelak seorang diri. Geli hati melihat gelagat Nelissa yang nampak sangat bosan bila terpaksa menghadiri persidangan dan mesyuarat bagi pihak Tan Sri Johari.

Rasa kau Nely.. Arissa senyum sendiri.

Hai!

Arissa mendongak. Daniel

Kau

Daniel angguk sambil melemparkan sebuah senyuman manis kepada Arissa.

Arissa terus berdiri. Beg tangannya disangkut di bahu kiri. Dia mula beredar dari situ. Langkahnya terhenti.

Nanti! Daniel pegang tangan Arissa.

Arissa jeling tajam. Kau nak apa

Please sit down.. Daniel berkata lembut.

Arissa masih tercegat di situ.

Daniel tarik tangan Arissa sehingga terduduk gadis itu di kerusi semula.

Kita makan dulu. Daniel panggil pelayan restoran. Tak sampai lima minit, segala makanan laut dihidangkan di atas meja. Ketam masak pedas, udang goreng mentega, sotong goreng tepung, ikan merah bakar dan sayur kailan ikan masin.

Arissa tercengang. Terliur melihat lauk kegemarannya terhidang di atas meja. Bila masa dia pesan

Kita makan dulu okay Daniel pujuk Arissa yang masih mencuka.

Maaf! Aku tunggu seseorang! Arissa bingkas bangun semula.

Daniel turut bangun. Kenapa awak degil sangat ni

Siapa yang degil Arissa jengilkan mata.

Duduk! Eat! Arah Daniel. Geram!

Aku kata tak nak! Arissa meninggikan suara.

Pelanggan restoran yang lain mula berpaling.

Awak tak malu ke orang tengok tu Daniel tunjuk ke arah pelanggan lain yang sudah senyum-senyum.

Err..maaf..isteri saya ni tengah mengidam. Dia nak suruh saya suap agaknya.. Daniel sengih.

Arissa terbeliak. Isteri Gila!!

Aku nak balik. Arissa masih terpacak depan Daniel.

Awak nak tahu pasal ibu kandung awak kan Daniel akhirnya bersuara bila melihat Arissa ingin beredar dari situ.

Arissa mencerlung. Jadi..

Jadi kau yang call aku malam tadi

Daniel angguk.

Jadi kau pekerja DJB Cosmetics tu Tanya Arissa lagi. Dia menelan liur.

Sekali lagi Daniel angguk.

Arissa duduk perlahan di kerusi.

Daniel senyum. Makan!

Arissa hanya pandang makanan di atas meja. Dia kemudian pandang pula Daniel.

Aku tak akan terpedaya lagi. Pisang tak akan berbuah dua kali. Arissa mengetap bibir.

Daniel senyum. Oh...okey.

Minuman Arissa diminum sampai habis. Daniel kemudian makan secubit setiap menu di atas meja itu.

See Nothing happen! Daniel senyum sinis. Dia faham apa yang bermain di benak gadis itu. Mungkin Arissa masih mengingati kejadian di kafe hotel malam itu.

Kau makanlah sendiri. Arissa masih berdegil. Baginya Daniel memang seorang yang begitu pandai berpura-pura dan pandai juga berlakon.

Fine..saya tak akan beritahu apa-apa mengenai ibu kandung awak. Daniel seakan mengugut Arissa.

Terpaksa Arissa makan juga. Tidak sabar dia nak tahu tentang ibu kandung yang dicari selama ini.

Daniel senyum. Arissa dilihat sudah mula menjamah hidangan makan malam mereka. Tadi beria tak nak makan!

Kenapa kau senyum Arissa mencebik.

Awak ni tak makan seminggu ke Pelahap! Daniel senyum sinis. Habis ketam dan sotong dimakan oleh Arissa.

Arissa buat-buat tak dengar. Alang-alng disuruh makan, buat apa nak kontrol ayu. Tambah lagi depan mamat perogol itu. Pelahap pun pelahaplah! Aku bukan nak kontrol ayu depan dia ni! Eii!!

Hmm..dah kenyang Daniel sengih. Gelihati melihat Arissa yang macam orang kebulur!

Burp! Opss! Arissa tekup mulut.

Tak senonoh! Daniel mencebik. Tu la makan tak tengok kiri kanan, sendawa pun dah macam lembu kenyang!

Mana dia information penting sangat tu Arissa kembali ke topik asal.

Daniel masih merenung Arissa. Manis dengan tudung warna ungu muda menyerlahkan lagi kulit putih gadis itu. Dagu yang nampak agak terbelah sungguh menarik di matanya. Arissa sudah berubah.

Eh, aku tanya ni! Arissa petik jari di muka Daniel beberapa kali.

Err..awak tanya apa

Arissa menjeling tajam. Berangan mamat ni! Kalau kau berangan nak rogol aku lagi, siap kau!!Arissa pandang pada makanan dalam pinggan Daniel. Ikut hati nak saja dia bubuh bakteria Salmonella typhimurium dalam makanan Daniel banyak-banyak, biar dia mati keracunan!

Mana maklumat pasal ibu aku Arissa kuatkan sedikit suara.

Daniel senyum. Arissa sudah jadi orang lain. Tidak lagi lemah seperti dia mula kenal dulu. Bila teringat masa malam itu, bila difikir balik, kuat juga Arissa cuba menepis tubuhnya dalam keadaan mamai itu. Senak jugalah kena siku gadis tu! Entah bila Arissa tersedar dari mamainya dan cuba meronta melepaskan diri. Terpaksa dia menampar pipi gadis itu sehingga pengsan.

Hmm..kalau saya beritahu awak, awak nak balas dengan apa Usik Daniel. Sempat kenyit mata.

Memang dasar nafsu buas! Lelaki macam kau ni elok dibunuh saja! Arissa mula geram.

Daniel ketawa. Nyata Arissa sudah fobia. Asyik fikir hal itu selalu. Baharu cakap pasal nak balas dengan apa..dah buat kesimpulan yang dia kena serah tubuh!

Hmm...awak hanya ada masa tak sampai lagi dua bulan. Duit dah cukup Sindir Daniel. Muka Arissa sudah pucat.

Aku datang sini bukan nak tahu hal tu, mana maklumat tentang ibu aku Arissa semakin geram.

Awak ni...kalau marah macam ni..makin saya suka. Daniel senyum lagi.

Arissa genggam tangannya. Matanya dialihkan ke arah lain. Renungan mata Daniel dirasakan sudah nak tembus ke dalam matanya. Sabar Arissa...kau akan balas juga bila tiba masa yang sesuai.

Cepatlah! Aku tak ada masa nak layan semua ni! Arissa bingkas bangun.

Duduk dulu...cantik awak buat muka macam tu. Daniel usik lagi. Dia ketawa kecil. Arissa sudah mencuka.

Maklumat ibu awak semua ada dalam ni.. Daniel hulur sekeping sampul surat kepada Arissa.

Arissa pantas buka sampul surat itu dan mula meneliti segala maklumat yang sememangnya dinanti-nantikan sejak dulu.

Err..macam mana kau tahu semua ni Arissa berkerut kening.

Daniel ketawa sinis.

Kalau awak boleh saya perangkap, inikan pula benda kecik macam ni.. Daniel melemparkan senyuman sinis.

Kau jangan sebut lagi benda tu! Aku jijik!! Arissa mengetap bibir. Dia bingkas bangun.

Daniel turut bangun.

Sebelum awak pergi dari sini, satu lagi saya nak beritahu, kalau nak jumpa ibu kandung awak, datang ke alamat ni. Daniel letak sekeping kertas kecil yang berlipat atas meja.

Arissa terus capai kertas tadi dan masukkan ke dalam beg tangan.

Sekarang puas hati kau kerana telah merosakkan majlis nikah aku kan Kau sengaja hantar foto jijik tu pada Tuah Manusia apa kau ni hah! Arissa mengetap bibir. Dia menahan getar amarahnya.

Ya! Kerana kau milik aku! Ingat! Siapa yang nak ambil kau sebagai isteri bila mereka tahu kau telah tidur dengan aku. Daniel ketawa sinis.

Arissa segera beredar dari situ. Tak sanggup melihat renungan mata Daniel. Jiwanya sudah hancur.Air mata yang cuba ditahan gugur juga akhirnya.

Daniel senyum nakal. Arissa...aku akan dapatkan kau. By hook or by crook!!

ARISSA menangis teresak-esak di sofa. Mukanya disembam ke bantal kecil. Kata-kata Daniel tadi cukup membuatnya ingin menamatkan saja riwayat lelaki itu tetapi hati dan perasaannya pula semakin bercelaru dengan rasa kasih. Pelik pula rasanya bila mengenangkan semua itu. Sudahlah keluar makan dengan lelaki yang merogolnya dulu. Memang betul-betul gila!!

Betul la dia cakap.. siapa yang nak ambil aku jadi isteri....Arissa mengesat air mata yang masih mengalir.

Dia sandar di sofa. Alat kawalan tv dicapai dari atas meja sofa. Dari satu siaran ke satu siaran dia tukar. Semuanya membosankan!

Hmm..macam mana dia tahu semua maklumat ibu aku Rasa pelik bila memikirkan semua tu.

Ah! Sampai bila-bila pun aku tak akan percaya perogol tu! Entah betul entah tidak. Entah-entah itu hanya satu perangkap untuk buat benda jijik tu lagi! Arissa lempar bantal kecil sehingga tercampak ke lantai.

Dia menapak lemah ke bilik. Sampul surat yang diberi Daniel tadi dibiarkan di atas meja. Komputer riba dibuka. Dia melayari laman sesawang universiti di UK. Ruangan di bahagian pengajian pasca siswazah diklik. Arissa mula mengorak senyum. Permohonannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Phd sudah diluluskan. Dengan keputusan peperiksaan dulu dan menjadi salah seorang pelajar cemerlang tidak susah untuknya menempatkan diri dan terpilih untuk belajar di mana-mana universiti yang terkenal di UK itu.

Dulu dia menghabiskan masa lima tahun di universiti Cambrigde dari ijazah sarjana muda dan sambung pula ke peringkat sarjana.

Hmm...maknanya, aku akan belajar semula. UK! Aku datang lagi!! Arissa mula bersemangat.

Senyumannya sudah mula lebar. Segala kepahitan yang berlaku dalam hidupnya akan dilupakan. Dia akan tinggalkan bumi tumpah tanah darahnya sekali lagi.

Aku akan cuba lupakan semua kejadian tu..tapi untuk aku maafkan perogol tu, tidak sekali-kali! Inilah peluang aku untuk menjauhkan diri dari dia.

Arissa tutup lampu.