PERLAHAN-LAHAN langkah Airish disusun masuk ke dalam rumah. Suasana sunyi sepi menjeruk tangkai hatinya. Mana Afiqa Matanya langsung tidak terlihat kelibat Afiqa yang menyambut kepulangannya. Airish tersenyum mengejek.
Entah apa yang difikirkannya waktu ini. Gadis itu tidak pernah menyambutnya sewaktu pulang dan perginya ke kerja. Hanya sewaktu dia mahu berangkat ke London dan pagi tadi sahaja. Hanya itu seingatnya. Tetapi, melihat bagaimana Afiqa yang mengejarnya pagi tadi membuatkan hatinya yakin yang gadis itu bagaikan mahu memujuk dirinya.
Seketika, kepala Airish menggeleng. Mungkin Afiqa sudah merajuk. Malas mahu melayani rasa akalnya yang hanya memenatkan sahaja, Airish terus menghayun langkahnya menuju ke arah anak tangga.
Terpegun Airish di situ. Afiqa bangun dari duduknya di sofa.
Airish langsung tidak menyedari keberadaan Afiqa di situ. Lebih memeranjatkannya, apabila ada kesan merah di dalam anak mata gadis itu. Habis lecun wajah isterinya dengan air mata yang meleleh tanpa henti. Airish mengetap bibirnya. Runsing dia melihat keadaan Afiqa dalam keadaan sebegitu rupa.
Tapi, apabila memikirkan rajuknya tentang hal semalam, terus disambung langkahnya terlebih duhulu.
Airish.
Airish berhenti tetapi wajahnya langsung tidak berpaling pada Afiqa. Menjunjung egonya meninggi ke langit. Afiqa yang kian bercucuran dengan air mata, mendekati lelaki itu. Tangannya perlahan-lahan, mencapai tangan Airish sambil jari di sebelah kanannya menyeka linangan air mata itu.
Saya nak mintak maaf, hal semalam.
Nafas sempat ditarik Afiqa sebelum bersuara. Namun, suaranya bagaikan tersekat gara-gara hidungnya yang tersumbat.
Hurm, jawab Airish malas dan dingin.
Anak tangga pertama didaki Airish, dan baru kakinya ingin melangkah ke anak tangga seterusnya, terasa tangannya dipegang sekali lagi. Kemas pegangan itu.
Apa lagi
Kalau awak tak keberatan, untuk kali terakhir saya nak ajak awak keluar. Boleh
Airish terdiam di situ. Ni macam udang di sebalik batu aje. Mintak maaf lepas tu ajak keluar. Ikhlas ke tidak perempuan ni
Tak nak.
Tapi, saya nak jugak! Afiqa bersuara tegas.
Langsung tidak dilepaskan tangan Airish dari gengamannya. Dia tidak kira, dia mahu juga untuk menghabiskan masa dengan Airish. Biarlah masa tidak kurang lagi dari 24 jam tapi mungkin itu sudah memadai.
Airish mengeluh kuat. Rambut yang berjuntaian di dahi ditiup perlahan ke atas. Akalnya sedang berkira-kira. Di hujung matanya, menjeling Afiqa pula. Wajahnya yang penuh dengan pengharapan. Kau nak pergi mana Afiqa tersenyum lebar.
YAHOO! Cepatlah, Airish. Lembap sangat ni, kenapa bebel Afiqa lantang.
Apa nak dikisahkan suasana bingit begini langsung tidak menganggu kosentrasi orang di sini. Dirinya sungguh teruja apabila hajatnya ditunaikan. Bermain ice skating di Sunway Pyramid sungguh menyeronokkan.
Airish di hujung sana masih terkial-kial mahu meluncur sedangkan Afiqa sudah jauh berlayar entah ke mana. Seronok bukan main perempuan itu. Palang yang dibuat pagar di sekeliling gelangang ais dipegang Airish.
Ceh! Cemburu betul tengok orang di sini yang seronok bermain sesama mereka. Ada yang siap bermain sambil menari dan banyak lagi aksi-aksi yang ditontonnya di sini. Seketika, akalnya merengus kasar apabila terpandangkan Afiqa.
Hei, sini kau! panggil Airish.
Afiqa di hujung sana terus mendapatkan Airish. Bibirnya tidak henti-henti mengoyak senyuman melihat rasa takut lelaki itu untuk meluncur. Mahu tergelak pun ada.
Ada apa soal Afiqa lurus.
Ada apa ejek Airish dengan nada suara yang sungguh menjengkelkan.
Afiqa mengetap giginya. Nak main ejek orang pulak, dasar tak sedar diri. Minta tolong orang pulak tu. Dengan rasa geram yang berbaik dalam diri, tubuh Airish ditolak Afiqa dari belakang.
Tersentak Airish dibuatnya. Dirinya yang kebetulan sedang mengimbangkan diri terus meluncur ke hadapan dek dirinya yang tidak sempat memaut palang tersebut. Badannya membongkok. Dia takut sekarang ini.
Rasa ingin menjerit pun ada! Tapi, tak mahu. Tak macho!
Afiqa hanya melihatnya. Lelaki itu sudah meluncur agak jauh daripadanya. Tapi, tidak lama kemudian.
Gedebuk!
Afiqa menahan tawanya daripada terus meledak tibatiba. Lelaki itu kelihatan sedang terkumat-kamit membebel sambil tangannya menggosok punggung. Pasti lelaki itu sedang menyumpah seranah.
Afiqa terus mendapatkan Airish. Wajah masam lelaki itu direnung. Comel sangat! Setelah sampai, dekat dengan Airish, tubuhnya ditundukkan sedikit dengan huluran tangan dihulurkan kepada lelaki itu.
Airish mencerlung tajam pada Afiqa. Gadis itu tidak henti-henti mengoyak senyuman di bibirnya. Geramnya tidak terkata. Terus, tangan Afiqa ditarik Airish. Afiqa yang tidak bersedia apa-apa turut jatuh terduduk di atas gelanggang ais itu.
Aduh! Sakitlah! marah Afiqa.
Padan muka! balas Airish geram.
Afiqa mengetap giginya tapi tiba-tiba dirasakannya lucu pula insiden tadi. Tidak semena-menanya dia terlepas gelak kecil seiring dengan Airish juga. Dua-dua tersenyum pabila mata mereka berlaga. Spontan Afiqa menghulurkan tangannya.
Dah, jom. Saya, kan ada. Awak takkan jatuh punya, Afiqa memberi jaminan.
Betul ni Airish bertanya, meminta kepastian.
Iyalah, Afiqa ni bukannya boleh percaya sangat. Janganjangan perempuan tu sengaja kenakan dia.
Tak nak aku. Kau kenakan aku nanti. Aku, tahu mesti kau nak balas dendam sebab aku jatuhkan kau tadi, kan.
Afiqa menahan gelak. Alahai, melayan kerenah Airish. Letihnya. Kepalanya digeleng.
Tak adalah. Saya gelak aje kut. Takkan tu pun nak curiga
Airish memandangnya kosong sebelum akhirnya menerima sambutan tangan Afiqa. Afiqa mengulum senyum.
Kalau kau kenakan aku, jangan harap kau boleh balik dengan aku nanti. Jalan kaki!
Afiqa mengangkat tangannya umpama mengangkat sumpah.
Perlahan-lahan, Airish mula mengikuti rentak Afiqa. Terasa badannya bagaikan tidak mampu diimbangkan pula. Dia ingin jatuh. Rasa mahu tergelincir pun ada. Lalu, tanpa berfikir dengan waras, tangan Afiqa semakin erat digengamnya.
Sedia
Airish memandang sekeliling. Ketara wajah resahnya. Macam mana ni
Pantas, tangan Airish ditarik Afiqa untuk meluncur bersamanya. Airish yang sememangnya bergantung pada tangan Afiqa turut meluncur bersama. Tubuhnya terdorong ke hadapan apabila luncuran Afiqa bermula. Berdebar sakan dirasakan di dada.
Fiqa! Berhenti!
TAK bosan ke Airish menyoal. Dirinya sudah naik lenguh berdiri di hadapan tasik ini. Berdiri macam orang gila di sini. Kopi yang dipesan di kafe dihirup perlahan.
Tak!
Airish hanya menggelengkan kepala. Tak dinafikan yang dia juga berasa gembira sebenarnya.
Tanya sikit boleh family awak macam mana sebenarnya
Airish terdiam seketika. Rasa malas nak bercerita. Namun, dia tahu sikap Afiqa. Pasti akan dipaksanya juga untuk bercerita. Spontan Airish melontar keluhan.
Mama kena kahwin paksa dengan papa dulu. Biasalah. Adat keluarga. Papa langsung tak dapat terima mama. Disebabkan mamalah, hubungannya dengan kekasih gelapnya dulu terputus. Papa orang yang sangat tegas. Selalu pentingkan bisnes dari keluarga. Sebagai contoh, macam kita. Kita kahwin pun sebab papa nak selamatkan bisnes dia.
Afiqa terdiam. Matanya asyik memandang ke arah wajah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sendiri sebelum menunduk.
Pasti Airish melalui hari-hari yang susah sewaktu dia hidup dalam keluarga sebegitu. Tidak dapat dinafikan Afiqa, keluarga begitu pasti tidak akan membawa keseronokan dan tidak bahagia.
Saya dah tak ada mak ayah. Saya rasa cemburu tengok orang lain. Airish, awak perlu rasa beruntung sebab masih ada mama dan papa. Mungkin hidup awak tak bahagia seperti yang lain, tapi sekurang-kurangnya, awak masih ada mereka.
Airish terdiam. Fikirannya menerawang jauh, mungkin sedang menimbang balik kata-kata Afiqa. Afiqa pula sedang enak bersandar di kereta Airish sambil merenung tasik yang terbentang di hadapannya. Tangannya tika itu sedang berehat malas di ribaannya.
Mata Airish yang seperti layu, menurunkan pandangannya ke bawah, sebelum matanya diangkat merenung Afiqa. Tangannya lambat-lambat mencapai tangan Afiqa. Afiqa yang terkejut lantas berpusing menghadap Airish.
Kau ada aku sekarang. Aku akan terus berada di sisi kau lepas ni. Jangan sedih lagi. Mama, papa aku semuanya dah jadi keluarga kau.
Afiqa tergamam sejenak. Mama Papa Keluarganya tidak pernah menerima kewujudannya.
Airish awak pernah terfikir untuk ceraikan saya
Kenapa, kau nak aku ceraikan kau ke soal Airish dengan keningnya terangkat sebelah.
Selagi kau tak tanya aku untuk ceraikan kau, selagi tulah aku tak cerai. Selamba jawapan Airish.
Matanya berkaca-kaca. Titisan air mata disorokkan daripada Airish dengan jarinya pantas menyeka air mata tersebut. Tapi, gelodak perasaannya tidak mampu ditahan. Tubuh Airish dipeluk Afiqa. Terkejut Airish dibuatnya.
Apa kau buat ni
Apa tu Tengok sana.
Airish terpempam. Segera, pandangannya dialihkan menuju ke arah telunjuk lurus jari Afiqa.
Cup!
Tergamam Airish dibuatnya.
Kau buat apa ni Kau gila ke
Afiqa tersenyum dengan kepalanya disandarkan pada dada bidang Airish. Terasa lapang dadanya pabila berada dekat begini dengan Airish. Segala perasaan resah, gundah, kecewa, sedih seakan terubat dengan pelukan ini sahaja.
Dia bahagia. Teramat bahagia. Berada di samping Airish adalah perkara yang amat diimpikannya. Tapi, apakan daya jika ujian ini menimpanya.
Hari ini, genaplah satu minggu untuknya bersama dengan Airish. Kepalanya didongakkan memandang suaminya.
Selamat tinggal, Airish. Saya pasti akan rindukan awak.
Sentiasa...!