EPILOG KITA - 37
RYAN berdiri tegak di depan bilik bacaan. Detak jantungnya tidak sekata. Egonya pula tak habis-habis mendesaknya supaya pergi. Tapi, kalau dia pergi maknanya... Ryan mengeluh. Lama dia hanya memandang pintu yang tertutup rapat itu dengan perasaan berbelah bagi.

Aku tak boleh! gumamnya bersama satu keluhan. Kaki cuba dilarikan dari situ namun mesej yang masuk di dalam telefon bimbitnya membuat dia menarik nafas panjang.

Hani:

Ingat janji abang. Kalau abang tunaikan, hari ni juga Hani pindah rumah abang. You know what Missed you so much.

Mesej itu buat Ryan kembali bersemangat.

Dia pun rindukan Hani. Isterinya macam tahutahu dia nak blah tadi. Pandai je buat ayat yang buat perasaannya berbelah bagi. Lantas, dia kembali menghadap pintu itu dan kali ini tanpa menunggu, tombol pintu terus dipulas.

Kosong!

Ryan melangkah ke dalam. Nafas yang kencang tadi perlahan-lahan menjadi normal. Perasaannya kala ini bercampur baur. Ego, malu, kekok semuanya bersatu buat jiwanya tak tenang. Ruang bilik bacaan yang selalu menjadi tempat neneknya meluangkan masa di tenung.

Teringat saat dia kecil. Dia selalu bersembunyi di sebalik rak dan bila neneknya masuk ke dalam bilik, dia akan menyergah hingga orang tua itu terkejut. Perlahan-lahan Ryan halakan kakinya pada rak buku paling hujung. Ada senyuman kecil bertamu di bibirnya.

Dulu, Datuk Fatimah adalah orang yang paling dia sayang malah apa saja yang dia mahukan semuanya ditunaikan oleh neneknya. Namun, bila Riana hadir, mereka semakin renggang dan kemudian perasaan itu berubah menajdi benci takkala dia menganggap Datuk Fatimah orang yang bertanggungjawab dalam kematian Riana. Tapi, hakikatnya, dia puncanya. Kerana cintanya, Riana dibunuh oleh adik sendiri. Dia yang salah. Dia yang menjadi punca sebenarnya.

Rasa bersalah terus-terusan menyerang lubuk hatinya. Perasaan bersalah itu membuatkan senyumannya mati. Tanpa menunggu, dia bingkas berpusing namun tubuhnya tiba-tiba terkaku. Ryan...

Bibirnya terasa lumpuh. Melihat wanita tua di hadapannya buat hatinya terasa hiba. Melihat wajah tak bermaya Datuk Fatimah buat pilu menerjah ruang hatinya. Baru dia tersedar kesalahannya selama ini. Kesalahan kerana dia tak dapat menerima takdir yang tertulis buat dirinya.

Ryan tak menjawab sebaliknya dia berjalan terus melalui Datuk Fatimah. Dia tak mampu nak berhadapan dengan wanita tua itu. Kenapa la Hani suruh dia berbaik dengan Datuk Fatimah sebagai syarat

Melihat Ryan yang ingin berlalu, Datuk Fatimah membuka mulut. Nenek minta maaf! Langkah Ryan termati.

Nenek tahu semuanya dah terlambat, tapi... Ada keluhan dari mulut tua itu hingga Ryan gigit bibirnya. Ya! Semuanya memang dah terlambat, tapi mungkin sebenarnya semua itu belum terlambat buat dirinya.

Nenek sepatutnya minta maaf dari dulu lagi, tapi nenek tak mampu. Nenek menyesal atas apa yang nenek buat pada Ryan dan arwah Riana. Nenek halang kamu berdua dan disebabkan nenek, Riana meninggal. Nenek minta maaf. pilu suara Datuk Fatimah seakan memohon agar dirinya dimaafkan oleh cucu sendiri.

Ryan berpusing saat Datuk Fatimah menyalahkan diri sendiri.

Semua tu bukan salah nenek. Bukan nenek puncanya, tapi Ryan punca yang sebenar. pintas Ryan sedikit sayu. Sayu saat melihat wajah bersalah yang terlukis pada raut wajah yang semain cengkung.

Tapi, nenek tetap salah. Nenek cuba pisahkan kamu berdua.

Ryan gigit bibir menahan perasaannya. Memandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat wajah hiba yang terpancar ikhlas pada wajah Datuk Fatimah.

Nenek minta maaf. Nenek tak minta kamu untuk terima nenek, tapi nenek harap kamu dapat maafkan nenek. Nenek dah banyak buat kamu menderita. Nenek menghalang kebahagiaan cucu nenek sendiri. Nenek memang bukan nenek yang baik untuk kamu. Nenek minta maaf. setitis air mata jatuh juga di pipi wanita yang dulunya agak bongkak. Namun kini air matanya jatuh menangisi kekhilafan semalam.

Ryan tak dapat menahan sebak saat kata-kata penyesalan itu bermain di ruang telinganya. Terus dipandang wajah neneknya seperti orang sakit. Patutkah dia menjunjung egonya lagi walaupun kemaafan itu telah dipinta Benarkah semua ni cuma salah neneknya seorang

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Datuk Fatimah. Bila wanita tua itu mengangkat wajah, rasa rindu menerpa hatinya. Wajah seorang wanita yang sangat dia sayangi dulu. Namun kerana keegoan dan kemarahan, dia tinggalkan kasih dan sayang yang tertumpah padanya.

Saat ini baru dia merasai rindu yang selama ini cuba disembunyikan olehnya. Tiba-tiba saja, Ryan melutut. Bukan kerana syarat Hani, tapi kerana rasa bersalah benar-benar buat dia rasa dia seorang cucu tak berguna.

Ryan... terkejut Datuk Fatimah dibuatnya.

Ryan minta maaf. Ryan yang patut minta maaf pada nenek. Ryan buat salah pada nenek. Ryan tuduh nenek padahal Ryanlah punca yang sebenarnya. Ryan tak dapat terima takdir, Ryan letakkan semua kesalahan pada bahu nenek. Ryan minta maaf. Ryan bersalah pada nenek. halus bicara Ryan membuat Datuk Fatimah tersenyum dalam sedihnya.

Nenek Panggilan itu lama mati dari bibir Ryan, tapi hari ni Ryan menyebutnya bersama tangisan. Sungguh hati tuanya mula sayu kerana kata syukur yang mula terluah dari hatinya..

Bangun Ryan. Nenek tak ambil hati semua tu. Nenek tahu apa yang kamu lakukan tu semuanya berpunca pada nenek. Nenek yang bersalah. tubuh Ryan ditarik supaya berdiri.

Ryan seka air matanya sebelum berdiri. Terasa sebahagian perasaan yang selalu memberatkan dirinya, hilang berterbangan. Dia menggeleng dengan rasa tenang yang mula hadir tiba-tiba. Sekilas dia teringatkan Hani. Kalau gadis itu tak memaksa dia, mungkin dia akan terus buat tak tahu dengan Datuk Fatimah. Mungkin dia akan hidup dengan membuat halnya sehingga wanita tua itu meninggalkan dunia ini.

Laila...

Ryan tersentak. Dia memandang sekejap pada Datuk Fatimah yang tersenyum memandang belakangnya sebelum turut memandang tubuh yang muncul di sebalik pintu.

Ibu...

Puan Laila tersenyum dalam air mata kegembiraan. Dia melihat sendiri suara penuh kekesalan yang terlahir dari bibir Ryan. Inilah anak yang dirinduinya. Anak yang hilang semenjak jasad Riana hilang di sebalik tanah. Tubuh anaknya dihampiri.

Saat ibunya menghampirinya, tanpa bertangguh terus Ryan mencapai tangan tua itu. Mencium tangan tua itu penuh kasih. Sekian lama dia merindui kasih sayang seorang ibu, namun dia tutupkan kerinduaan itu kerana rasa marah. Marah kerana Puan Laila menyebelahi Datuk Fatimah berbanding dirinya sendiri.

Ryan minta maaf ibu. Ryan buat salah dengan ibu. Ryan bencikan ibu. Ryan pulaukan ibu. Ryan minta maaf. bertalu-talu kesalahannya diperkatakan oleh mulutnya sendiri.

Ibu maafkan kamu. Ibu tak simpan dalam hati. rambut Ryan diusap lembut.

Betapa rindunya dia ingin menyentuh anaknya sendiri. Tak sangka dia masih berpeluang buat begitu pada hari ini. Hanya ucapan syukur yang mampu dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana memberi kesedaran pada anak tunggalnya.

Ryan angkat muka perlahan-lahan. Kepalanya terasa ringan.

Selama ni Ryan dah salah sangka. Ryan fikir nenek punca kematian Riana. Bagi Ryan, kalau dia tak berjumpa dengan nenek hari tu, dia tak kan mati, tapi Ryan punca yang sebenar. Sebab cinta Ryan pada dia, Nisa sanggup jadi sekejam itu dengan kakaknya sendiri. Ryan dah salahkan orang lain sedangkan Ryan yang salah. Riana mati kerana Ryan. Kalau la Ryan ikut cakap nenek supaya tinggalkan dia, mesti semuanya tak akan...

Jangan salahkan diri sendiri. Bukan salah Ryan, tapi Nisa. Ibu yakin semuanya ada hikmahnya. Ingat apa yang arwah papa pesan dulu. Setiap takdir dan ujian yang datang, ia akan hadir bersama satu hikmah yang tersembunyi. lembut Puan Laila menasihati anak lelakinya.

Mendengar ucapan ibunya, Ryan teringat pada arwah papanya. Papa yang selalu sabar. Papa yang mendengar kata dan papa yang sangat menjaga tingkah lakunya. Langsung tak sama sepertinya yang hanya tahu memberontak.

Ryan minta maaf sekali lagi. Papa pernah minta Ryan berjanji jaga ibu dan nenek, tapi Ryan mungkir janji. Ryan tak tunaikan permintaan dia malah Ryan sakitkan hati nenek dah ibu. Ryan salah. dia mula terkenangkan amanat arwah ayahnya dulu. Kerana cinta dia melupakan semua itu.

Jangan kenangkan benda yang lepas. Kita lupakan semua dan mula hidup baru.Pujuk Puan Laila buat sekian kalinya.

Ryan tersenyum pada ibunya sebelum memandang neneknya yang mengangguk kecil. Ya! Mereka semua pernah buat silap, tapi silap itu masih boleh diperbetulkan selagi ada masa di dunia ini. Mungkin apa yang terjadi selama ini hanya satu dugaan dan apa yang akan terjadi pada masa akan datang, ianya adalah masa hadapan. Akhirnya Ryan mengangguk tanda dia mula terpujuk.

Alhamdulillah... Allah dah perkenankan doa ibu. Puan Laila mengeluh lega.

Tapi, sebelum tu, Ryan ada dua benda nak cakap. beritahu Ryan tiba-tiba.

Datuk Fatimah dan Puan Laila mula mengerutkan dahi.

Ryan nak mulai sekarang, nenek buat rawatan. ucap Ryan sambil memandang wajah Datuk Fatimah.

Tapi, Ryan...

Tak ada tapi-tapi. Ryan akan lupakan semuanya kalau nenek janji yang nenek akan jalankan rawatan. potong Ryan sebelum Datuk Fatimah membuka mulut.

Datuk Fatimah memandang lama cucunya. Rawatan dah tak berguna untuknya ketika ini. Entah berapa lama dia mampu hidup. Sel-sel kanser sudah mula menunjukkan bisanya. Namun, demi Ryan dia akan cuba. Dengan satu senyuman simpul, dia mengangguk. Biarlah dia tunaikan permintaan Ryan kerana mungkin ini permintaan terakhir yang mampu dia tunaikan pada cucunya itu.

Ryan terasa beban jiwanya mula hilang satu demi satu, namun ada satu lagi dia yang dia patut beritahu pada Datuk Fatimah dan ibunya.

Benda yang kedua Ryan nak cakap ni, Ryan harap ibu dan nenek dapat terima.

Dua pasang mata terus terhala pada Ryan yang nampak sedikit teragak-agak.

Ryan nak jadikan... Hani sebagai menantu rumah ni. Permintaan yang terselam jauh dilubuk hatinya, diluahkan.

Jelas wajah terkejut pada dua insan itu sehingga Ryan mula tak senang berdiri. Jangan kata mereka ni nak bantah pula.

Ryan tahu, ibu dan nenek tahu Ryan kahwin dengan Hani sebab nak menyakitkan hati nenek, tapi Hani banyak menyedarkan Ryan. Ryan nak dia terus jadi isteri Ryan. Ryan harap sangat ibu dan nenek terima dia sebagai menantu rumah ni. tambah Ryan dengan penuh keyakinan.

Ibu tak kisah. Ibu memang dah lama sukakan dia. Ibu tahu dia memang gadis yang baik. Puan Laila memberi persetujuannya.

Lega hati Ryan dibuatnya. Seketika berlalu sebelum dia memandang wajah neneknya. Neneknya nampak seperti tak berkenan dengan permintaannya. Datuk Fatimah nak halang cintanya sekali lagi ke

Nenek...

Nenek tahu dia budak baik, tapi... Datuk Fatimah berjeda dengan muka tak berperasaan. Wajah neneknya buat hati Ryan mula susah.

Tolonglah jangan halang untuk sekali lagi.

Tapi, apa nek

Kenapa perlu tanya kami terima dia jadi menantu rumah ni atau tak Dia kan memang menantu rumah ni. Nenek setuju dengan kamu. Dia memang gadis yang baik.

Hilang terus gundah Ryan bila Datuk Fatimah jelas-jelas tak membantah. Dia menarik nafas dengan penuh kesyukuran.