KAMU SANG PENCULIK - 37
Amama mengundang senyuman bergulaku. NAK mama macam mana pagi ni Soalan

Kepala kulabuhkan ke atas bantal.

Alhamdulillah okey aje, mama sayang. Tadi dah sarapan. Miza buatkan dan Kak Zila bawakan naik atas. Dia orang jaga kakak dengan servis lima bintang. Ceria benar suaraku saat bercerita.

Lega mama dengar ada ramai kawan yang sanggup bersusah-payah untuk anak mama. Sampaikan salam juta-juta penghargaan dari mama untuk dia orang. Ikutkan mama, nak aje terbang ke sana. mama masih belum berputus asa.

Dari semalam lagi selepas aku maklumkan pada mama tentang kes ini, mama sudah nyatakan hasratnya untuk ke sini. Tapi aku beria memujuk mama. Bukan tak mahu mama datang, tapi tak mahu susahkan mama dan abah. Lainlah kalau kena duduk wad, memang aku mahu mama sahaja yang suapkan aku. Apa salahnya kalau manja terlebih dengan mama sendiri.

Ma, jangan risaukan kakak sampai kesihatan mama pula yang terjejas. Kakak janji kakak akan jaga diri. Lagipun kurang dua minggu lagi kakak akan balik kampung. Insya-Allah semuanya akan okey. Aku cuba tenangkan mama.

Kakak belum ada anak lagi jadi kakak tak tahu macam mana susahnya hati ibu walau anaknya tercalar sikit. Luluh hatiku mendengar luahan hati mama.

Kakak minta maaf sebab dah buat mama risau, kakak sayang mama... nadaku mendayu.

Kakak tak buat salah pun dengan mama. Mama pun sayang kakak. Suara mama kedengaran ceria. Lega hatiku.

Ma ada benda penting kakak nak bagitahu. Beg tangan kakak dah dapat semula.

Ya Allah, syukur sangat. Macam mana boleh dapat Pihak polis berjaya tangkap peragut ke Jelas kedengaran mama gembira dengan berita ini.

Itu yang jadi misteri ni, ma. Pagi tadi masa Kak Zila nak pergi kerja, dia nampak beg tangan terkulai dekat tepi Iriz kakak. Lagi satu yang pelik, semua barang kakak ada dalam tu. Tak hilang walau satu pun. Duit pun dia orang tak ambil. Kenapa ya agaknya, ma Soalku inginkan pendapat mama.

Pelik juga kes macam ni. Kakak pernah lukakan sesiapa tak Mama yakin anak mama tak pernah cari musuh. Tapi, mama takut ada orang sengaja nak kenakan anak mama. Ya Allah, minta dijauhkanlah dari semua perkara tak elok. Cukup sampai sini aje agenda orang-orang jahat tu. Nada suara mama makin risau.

Tak pernah pula kakak nak bermusuh dengan orang. Tapi, kita tak tahu kan Ma, dalam ramai-ramai orang yang kita kenal mungkin ada yang tak suka kita. Cuma kakak tak mahulah tuduh sesiapa. Bimbang tersalah tuduh, jadi fitnah pula. Fikiranku mula melayang cuba mencari misteri di sebalik semua ini.

Sungguh, aku tiada jawapan.

Kakak kena lebih berhati-hatilah macam ni. Jangan keluar sorang-sorang. Balik sini ajelah senang. Duduk dan kerja dekat sini aje. Lagipun dah dekat dua tahun kerja dekat tempat orang, dah cukup pengalaman kakak nak merasa hidup merantau. Tiba-tiba mama suarakan pendapat yang tak pernah kujangka. Jangan mama benar-benar serius sudahlah.

Ma, kakak nak merantau dulu cari rezeki dekat tempat orang. Mungkin orang tu tersalah target nak ragut kut sebab tu dia pulangkan semula. Kakak janji kakak jaga diri baik-baik. Nanti kakak beli pepper spray. Bila jalan sorang-sorang, kakak ready aje dengan pepper spray dekat tangan. Taktik kucari juga.

Kakak, mama baru cakap tadi jangan jalan sorang-sorang, kan Tegas suara mama.

Okey, baik Tuanku Permaisuri. Patik menurut perintah. Aku tergelak kecil.

Orang tengah serius, dia boleh main-main pula.

Okey, ma. Sayang mama. Tak sabar nak jumpa mama. Kubalas dengan rengekan. Dari posisi meniarap aku tukar pada mengiring pula.

Perbualan aku dan mama berlanjutan hampir satu jam. Dari satu isu ke isu lain pula yang tiada kaitan dengan kes semalam. Seronok bergayut dengan mama sendiri.

PETANG hari kedua aku cuti sakit, Inayah singgah di rumah. Rancangan asalnya ialah Inayah mengajak aku keluar minum lepas habis waktu kerja. Tapi, bila aku nyatakan aku cuti sakit, terus dia berhasrat untuk datang menjenguk. Siap bawa buah anggur dan epal hijau.

Alhamdulillah, akak selamat. Tapi, luka macam ni dalam juga. Berapa jahitan kena Soal Inayah sambil membelek lenganku.

Lapan jahitan. Akak nak sebut pun takut. Tak sabar nak tanggalkan jahitan ni. Rasa tak selesa sangat, balasku jujur.

Inayah pun boleh temankan Akak masa nak tanggalkan nanti.

Susah-susah aje Inayah. Terima kasih. Insya Allah nanti Kak Zila akan temankan. Inayah datang jenguk akak ni pun dah rasa terharu sangat. Dalam mod bulan madu pula tu. Nakal aku mengusik. Senyuman penuh makna kuhadiahkan buat Inayah yang tersipu malu. Maklumlah baru dua minggu usia perkahwinan mereka. Manis pengantin baru masih jelas kelihatan.

Mana adalah akak. Ini pun Abang Saif bukan ada dekat rumah. Dia kursus di Ipoh, balas Inayah sambil menghulurkan sepotong epal padaku.

Jadi Inayah balik rumah ummilah lepas ni

Macam itulah cadangnya. Tak berani juga nak duduk sorang-sorang dekat tempat baru. Inayah tersenyum nipis.

Tolong sampaikan salam akak pada ummi. InsyaAllah ada masa nanti akak singgah ke rumah. Mesti ummi sunyi duduk sorang-sorang. Wajahku suram sedikit.

Ummi tu kalau sunyi pun tak pernah merungut dekat anak-anak. Sentiasa cuba elakkan anak-anak risau. Dari dulu sampai sekarang ummi sentiasa tabah. Inayah nak sangat pinjam sedikit ketabahan ummi. Dugaan ni kadang-kadang datang tak dijangka tanpa kita undang. Andai tak kuat dan tabah, bimbang jadi lain. Contohnya macam akak sekarang. Tiba-tiba diuji, tapi alhamdulillah akak berjaya harungi. Senyuman manis Inayah ukir untukku.

Insya-Allah moga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan. Aku membalas sambil turut senyum.

Inayah berbual denganku hingga menginjak ke enam petang. Kak Zila dan Miza sampai ke rumah betul-betul semasa Inayah baru hendak masuk ke keretanya. Aku naik semula ke bilik setelah berbual pendek dengan Kak Zila dan Miza. Sampai ke bilik entah kenapa aku hela nafas panjang. Ada sesuatu yang menyesakkan jantungku saat ini. Ada satu masalah yang tergantung saat ini. Daniel Izdihar!

Semalam aku cuba menelefonnya, tapi hanya peti suara yang keluar. Aku hantar WhatsApp pun hingga sekarang masih belum dilihat. Okey ke dia di sana Berkecil hati sangatkah dia dengan kes aku terpegang tangan Fitri semalam Argh, aku sudah malas mahu memujuk atau mencari. Biarkanlah dahulu Niel tenang. Mungkin fikirannya serabut sekarang.

PANDANGAN kutolehkan ke arah gerai yang sudah beberapa bulan terbiar kosong. Mata mula berkaca bila jantung hati mula menghantar degupan rindu buat arwah. Ya Allah, moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Nek, maafkan Sha sebab tak mampu nak jaga hati Niel sebaik mungkin. Tak mampu bahagiakan dia selayaknya. Dalam tak sedar kami saling terluka dan melukakan. Mungkin antara kami telah tertulis sekadar hubungan adik dan kakak, bisik hati kecilku.

Aku pejamkan mata cuba mengutip semangat yang semakin menghilang ditelan waktu. Sudah seminggu Niel diamkan diri. Aku seperti biasa tak mahu mencari atau mendesaknya. Andai dia tertulis untukku, walau jauh mana pun dia lari dariku pasti satu hari nanti dia akan kembali. Aku tersentak sebaik mata kubuka kembali apabila sehelai sapu tangan putih petak kelabu sudah terpacul di depan mata.

Aku kenal sangat sapu tangan itu. Terus wajah kudongakkan. Benar dia dihadapanku. Berkemeja lengan panjang hitam berbintik putih dan seluar slack hitam. Aku berkelip sekali. Dua titik permata jernih gugur. Niel anggukkan kepala sebagai isyarat supaya aku ambil sapu tangannya. Perlahan-lahan aku capai dan dekatkan ia ke pipi. Wangi baunya seperti epal.

Walau tangan mengelap air mata, namun mata tak lepas memandang Niel. Pelik, bagaimana dia tiba-tiba ada di sini juga Lupakah dia tentang apa yang berlaku.

Dah lap air mata Jadi boleh balik sekarang. Bahaya sorang-sorang dekat sini. Lembut aje suara Niel. Namun, tak terkesan ke jantung hatiku.

Suka hati sayalah. Lagipun ramai orang dekat gerai tu. Kedegilanku teguh kali ini.

Degil tak pernah kalah. Jom balik. Paksa Niel.

Aku pula kaku tidak berganjak. Kalau aku tak nak, tak kanlah dia berani nak angkat aku dan bawa ke Iriz. Aku yakin aku akan menang kali ini.

Eh, Iz buat apa ni! Bentakku saat hujung selendangku ditarik oleh Niel. Terpaksalah aku mengikut arahnya. Sesuka hati dia tarik selendang aku. Sampai di tepi pintu Iriz, jarinya dilepaskan dari selendang. Baru aku perasan, Lada Merah Niel diparkir betul-betul di sebelah Daun Hijauku.

Tolong balik rumah. Sekarang. Sekali lagi dia menyuruh.

Apa hak Iz nak paksa saya buat itu dan ini Mataku dibulatkan. Jari telunjuk dihala tepat ke wajahnya. Sungguh aku geram sangat dengan dia Rentak jantungku bagai roller coaster dibuatnya sekarang. Paling aku tak tahan bila Niel pamer muka tak bersalah.

Saya memang tak ada hak. Tapi, bayangkan kalau keluarga Liya tahu yang Liya masih keluar sendirian lepas peristiwa tu. Mesti mereka risau. Masih dengan nada lembut. Aku terkejut mendengar kenyataan Niel.

Saya tak akan balik selagi Iz tak jelaskan apa-apa. Iz memang suka jadi biskut Chipsmore, ya Kejap ada, kejap hilang. Susah sangat ke nak jawab panggilan saya Berat sangat ke telefon tu nak hubungi saya semula WhatsApp pun sampai sekarang tak seen, kenapa Iz ingat saya suka semua tu Ambil kau. Bertubi-tubi das peluru soalan aku tembak pada Niel.

Dia pejamkan mata dan nafas panjang dihela, Dari awal saya kenal Liya sampai sekarang dia tak pernah kenal putus asa nak mendekati Liya. Andai kami bertanding pun, sah-sah dia yang akan menang. Serba-serbi dia lebih dari saya. Tak perlu saya nyatakan kat sini sebab Liya pun dah sedia maklum.

Hatiku jadi sebal mendengar pengakuan Niel. Bagiku ia terlalu kebudak-budakan. Tidak rasional walau satu sen pun.

Bukan awak atau dia yang boleh tentukan siapa yang patut saya suka. Itu hak saya! Mata kupejam beberapa saat. Awak, sedarlah. Saya bukan hadiah utama untuk mana-mana pertandingan pun. Apabila Iz bertukar jadi awak itu maksudnya aku benarbenar kesal dan kecewa.

Niel menunduk dengan badan disandarkan pada Ferrarinya. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar. Nampak seperti dia sedang menyusun ayat tapi hatiku tak mampu sabar kali ini.

Dalam keadaan saya yang macam ni, awak sepatutnya lebih risaukan diri saya. Tapi, awak diamkan diri. Awak merajuk, awak kecil hati sebab nampak saya pegang Encik Fitri. Awak tak ada masa saya perlukan pertolongan. Hanya ada Encik Fitri ketika itu. Dia yang jadi pelingdung saya! Tanpa sedar nadaku bertukar jadi tengkingan di hujung ayat.

Niel serta-merta mendongak. Matanya redup sayu merenungku. Bagai ada maksud tersirat di sebalik renungan itu. Aku telan air liur. Terasa kesat.

Saya dah tak larat nak lalui semua ni. Awak sangat tak matang. Saya penat. Betul-betul penat.

Aku tunggu hampir seminit untuk Niel membalas dengan harapan dia akan cuba jernihkan situasi kami yang makin tegang. Namun, hampa kerana hanya renungannya yang kudapat.

Kadang-kadang saya rasa penat sangat dengan semua ni. Memang kita tak jalinkan apa-apa hubungan. Tapi, kita ada talian hati dan perasaan yang perlu dijaga, dirawat dan diubati bila terluka. Kalau Iz terus buat perangai budak-budak yang tak matang, sampai bila saya boleh bertahan Wake up and be a real man. Get out from the kid zone. Semuanya terluah berdasdas tanpa sempat aku menapis setiap patah kata.

Aku pandang Niel beberapa saat sebelum tangan meraba kunci Iriz. Tanpa menunggu sebarang balasan dari Niel aku terus masuk ke dalam Iriz. Wajah Niel tidak kupandang langsung dan Iriz terus meluncur perlahan meninggalkan dia.

Aku yakin dia terluka. Tapi, aku tak mampu pendamkan semuanya lagi. Rasa marah itu menang kali ini.

Maafkan saya, Daniel Izdihar!

SURAT-surat di tangan kubelek satu persatu. Kebanyakannya dari bank, wakil insurans dan hal-hal rasmi lain. Tapi, ada satu surat yang mengundang kerutan di dahiku. Ianya tiada setem. Hanya ada namaku sahaja di sampulnya.

Aku masuk dahulu ke dalam rumah. Surat-surat

lain aku letakkan di atas meja kopi. Senang Kak Zila dan Miza melihatnya nanti. Kemudian aku terus naik ke bilik. Perlahan-lahan aku koyakkan sampul surat dan mataku terus membulat saat melihat isinya.

Tiket kapal terbang pergi dan balik ke Kota Bharu. Lusa tarikh penerbanganku ke Kota Bharu dan Selasa nanti aku akan pulang ke sini semula. Pastinya Niel yang mengirim ini. Hendak di e-mel sampai ke sudah aku tak berikan alamat e-melku. Kemudian perang dingin antara kami tercetus. Makin parah disebabkan mulutku yang tak bertapis.

Aku mendengus kesal. Ternyata dalam situasi begini pun Niel masih pentingkan dan risaukan aku. Aku perhatikan tiket ditangan, haruskah aku gunakan sahaja tiket yang telah Niel beli atau dibakul sampahkan

Kesudahannya sampai ke lewat malam aku tak boleh tidur memikirkan Niel. Aku sedar yang aku hutang dia ucapan terima kasih, dan juga... permohonan maaf di atas semua keterlanjuran katakataku padanya. Tapi, aku tak mahu rendahkan ego aku kerana seorang lelaki. Tak boleh!

Aliya Shaqina, kau ingat ego tu boleh bawa kebahagiaan Kau yang salah, jadi dah sepatutnya kau yang minta maaf. Cuba kau ingat balik jasa-jasa Daniel Izdihar. Dah banyak kali dia selamatkan kau. Dia hero yang tak pernah minta sanjungan. Sebaliknya kau asyik salah faham dan marah-marah dia. Malahan kau bandingkan dia dengan Fitri. Kejamnya kau! Hatiku berbisik panjang. Terpukul aku dengan semua itu.

Tanganku terus mencapai Galaxy A di atas meja sisi katil. Kalau aku menelefon Niel, pasti dia tak akan angkat. Jadi lebih baik aku SMS sahaja. Dia baca atau tidak, itu lain cerita.

Aliya Shaqina:

Assalamualaikum. Saya nak jumpa Iz dekat taman biasa. Esok jam 5.30 petang. Saya tunggu Iz datang.

WAKTU di skrin thumbprint kukerling buat kali ketiga. Lagi 30 saat genap jam 5.00 petang. Terasa cukup lambat masa berlalu.

Wah, hari ini dalam sejarah! Sha jadi orang pertama yang tunggu nak thumbprint. Kak Rozi menegur ramah.

Ada hal Kak Rozi, jawabku sambil tersengih.

Jumpa boyfriend ke Soalan yang sengaja untuk menjeratku. Sengihanku terus mati.

Kak Rozi terus ke thumbprint dan memotong barisan. Tapi, biarlah aku tak kisah. Selesai sahaja thumbprint, Iriz terus kupandu ke destinasi seterusnya. Aku tak perlu bimbang jika terlewat balik kerana awalawal tadi aku sudah solat Asar di surau ofis.

Ketika sampai di taman, sudah ramai yang sedang beriadah. Aku terus ke bangku berhadapan tasik. Betul-betul di sebelah jeti kenderaan air. Jam di skrin Galaxy A sudah menunjukkan angka 5.25 petang. Aku tiba awal nampaknya. Terasa dadaku tiba-tiba berdebar. Aku usap dadaku perlahan-lahan. Mogamoga perang dingin kami tamat hari ini.

Entah sudah berapa kali aku tenung jam di skrin Galaxy A. Tanpa sedar aku mula menghela nafas panjang dan berat. Pada awalnya aku boleh tersenyum sambil menanti. Tapi, apabila sudah sampai ke angka 5.50 petang, wajah tersenyum itu kini bertukar menjadi wajah kecewa.

Sampai hati, Niel!

Fikiranku mula membuat pelbagai andaian.

Samada Niel benar-benar tidak mahu datang atau dia memang tak membaca SMS itu.

Setitik air tiba-tiba jatuh ke atas skrin Galaxy A. Kemudian, titik air itu jatuh pula ke atas belakang tanganku. Aku dongakkan kepala dan ternyata bukan aku yang menangis, tapi langit yang sedang menangis. Ia sudah bertukar gelap. Pandanganku dialihkan ke arah tasik. Rata-rata pengunjung sudah naik ke jeti dan ada yang berehat di kafeteria jeti.

Hanya aku yang masih setia tanpa bumbung. Menanti seseorang yang belum pasti akan muncul. Aku tiada hati untuk berteduh. Lagipun hanya hujan renyai.

Terasa pipiku hangat kerana sekarang langit sudah ada teman menangis. Aku biarkan air hangat ini terus mengalir. Adakah petang ini tanda kepada pengakhiran kisah aku dan Niel

Luka di lenganku ini, semua orang boleh nampak. Tapi, luka di hatiku yang makin membengkak, tiada siapa pun yang tahu. Hanya Allah! Ya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.