itulah Qamra Ain mencari peluang menjauhkan diri.
Tunku Hussein buntu. Tak tahu cara bagaimana lagi untuk mendekati Qamra Ain. Pelbagai cara digunakan namun masih tak berjaya menawan hati gadis itu.
Qamra, maafkan saya. Awak cakap aje apa yang patut saya buat asalkan saya awak maafkan saya sebab
Awak ingat semua benda selesai dengan hanya lafaz maaf Silap sikit, minta maaf. Salah itu, minta maaf. Terlanjur kata, minta maaf, jerkah Qamra Ain.
Dia juga terasa bersalah. Tak seharusnya menjadi jejaka itu sebagai punching bag melempiaskan amarah yang terbuku terhadap Tunku Hardie. Tak mustahil jika dikatakan jejaka itu doppelganger yang seiras Tunku Hardie.
Terkedu Tunku Hussein kerana dijerkah tibatiba. Marah benar Qamra Ain padanya. Sejak di hari pertama lagi dia berani membuat onar. Kalau nampak dek staff sini tak ke naya Qamra Ain yang jadi mangsa viral nanti. Erti kata lain, dibuang kerja tanpa sebab.
Qamra, jangan jadikan kisah silam yang menjadi penghalang untuk awak teruskan
Awak tak ada hak untuk tau kisah silam saya atau siapa saya! Bahagia atau tak, tu pilihan saya! Bukan awak yang tentukan dan lagi satu jangan campuri urusan saya! Awak yang baru setahun kenal saya dah berani nak tunjuk pandai! Pantas sungguh mulut Qamra Ain menyampuk. Semakin hari semakin berasa meluat dengan sikap lelaki itu yang suka memaksa.
Qamra Ain menghempas surat-surat yang berada di tangan ke dalam troli. Hilang sudah mood bekerja. Dia melirik jam dinding yang menunjuk pukul 5.05 petang. Terus Qamra Ain berlalu pergi meninggalkan jejaka tadi di dalam bilik pengasingan mel. Tunku Hussein pula, memerhatikan dari jauh gadis itu memasukkan kad kedatangan ke dalam mesin perakam masa dan berlalu pergi menuju ke bilik loker.
Awak yang baru kenal saya, Qamra jika dibanding dengan saya sejak pertama kali saya melihat awak. Setiap hari wajah awak, senyuman awak yang ikhlas menjadi kekuatan untuk pastikan awak jadi milik saya, rintih Tunku Hussein. Hanya saksi bisu yang mengerti betapa dia menyayangi Qamra Ain.
Tunku Hussein mengambil kesemua mel-mel yang ditinggalkan oleh Qamra Ain tadi dan dengan gerak tangan yang tak bermaya diasingkan baki mel-mel tadi mengikut poskod yang tertulis di setiap bakul yang sudah siap disusun.