AYAH EDY PUNYA CERITA - 37
Sebelum tahun 1980-an, sebahagian besar pendidik memandang bahawa anak ADD, ADHD, dan disleksia adalah anak-anak yang bermasalah atau anak dengan kecerdasan di bawah kadar sederhana. Namun anehnya, sejarah telah mencatat bahawa banyak genius, jutawan, ilmuwan, dan pemimpin besar dunia, dulunya pernah dinyatakan ADD, ADHD, atau disleksia. Bahkan Einstein dan Jenderal Goerge Patton sendiri pun ketika di sekolah, pernah dinyatakan bermasalah dengan pelajaran.

Kenyataan inilah yang telah mengusik para penyelidik, pengamal, dan pemerhati pendidikan untuk mengetahui lebih jauh apa yang sebenarnya terjadi. Apakah mereka memang mengalami kelainan atau justeru kitalah yang tidak memahami potensi terpendam yang mereka miliki Hingga akhirnya tahun 1980, Priscilla Vail berhasil menuangkan pemikirannya dalam tulisan berjudul Smart Kids with the School Problem.

Tiga tahun kemudian, John Philo Dixon memberikan penjelasan dan pandangan-pandangan baru mengenai anak-anak bermasalah ini. Dia menyatakan bahawa mereka bukanlah anak bermasalah, melainkan anak dengan jenis istimewa (In The Mind of Visual Thinker), iaitu anak yang memiliki kemampuan berfikir dengan imaginasi dan sudut ruang tiga dimensi. Pemikiran ini menjadi peletakan batu pertama dari teori gaya belajar yang ketika ini sedang berkembang.

Pada 1989, David Elkind juga menyampaikan pandangannya, tentang mengapa jumlah anak-anak semacam ini dari tahun ke tahun terus bertambah. Dia berpendapat hal ini terjadi kerana para ibu bapa sering memaksa anaknya untuk mempelajari sesuatu yang belum waktunya, atau anak yang dikejar oleh waktu dan kesibukan.

Dia juga menerbitkan tulisan yang berjudul The Hurried Child, Growing Up Too Fast and Too Soon. Cuba perhatikan begitu banyak ibu bapa zaman sekarang yang menghantar anaknya kepada kursus di pelbagai macam bidang hanya untuk mengejar maruah, takuttakut anaknya ketinggalan dengan anak-anak yang lain, tanpa memahami mengapa dia berbuat sedemikian kepada anaknya.

Ternyata tulisan ini memberi ilham kepada seorang pakar ekonomi moden, Alvin Toffler. Dia bersetuju adanya perubahan budaya di masyarakat dari Budaya Mendengar ke Budaya Melihat, terutama selepas penciptaan televisyen. Dia merangkumkan pemikirannya dalam sebuah buku berjudul The Future Shock yang diterbitkan pada 1991, sekaligus menjadi buku paling fenomenal di zamannya.

Thomas G. West melalui bukunya, In the Minds Eye, Visual Thinker, yang juga diterbitkan tahun 1991, menyatakan bahawa anakanak dengan kesukaran belajar sesungguhnya adalah anak-anak yang menyimpan potensi unggul tersembunyi, yang merupakan anugerah terbesar dari Tuhan. Mereka tidak berfikir dengan pola logik, melainkan dengan pola imaginasi dan visual. Pemikiran ini menjadi fenomenal dan kontroversi ketika itu.

Melalui pelbagai kajian yang dilakukan oleh Howard Gardner, disokong oleh Benard Van Leer Foundation, bersama dengan para penyelidik di bidang kedoktoran, khususnya Sains Otak dan berbagai bidang kajian lainnya, Gardner menuangkan pemikirannya dalam buku pertamanya yang berjudul The Frame of Minds, terbit pada tahun 1993.

Gardner menyatakan, sesungguhnya setiap anak yang terlahir adalah cerdas. Mereka cerdas pada bidangnya masing-masing.

Selama ini kita telah menganggap bahawa seorang anak dikatakan cerdas apabila dia pandai membaca, menulis, dan mengira. Pada hal semua itu hanyalah sebuah kelompok kecerdasan yang saya namakan Kecerdasan Berbahasa dan Kecerdasan Berlogika. Salah satu kelompok kecerdasan dari lapan atau lebih kecerdasan manusia yang tiada terbatas.

Melalui buah pemikirannya ini, Gardner menghasilkan kontroversi yang luar biasa, sekaligus pada akhirnya dia mendapat penghargaan tertinggi, Pulitzer Awards dalam bidang pemikiran pendidikan yang setara dengan hadiah Nobel.

Begitulah bagaimana pemahaman-pemahaman tentang anak telah bertukar dan berubah selama lebih dari 25 tahun terakhir ini. Masihkah kita akan tetap memercayai bahawa anak ADD dan disleksia itu sebagai anak yang bermasalah Ya, seperti orang zaman dahulu yang mempercayai bahawa bumi ini mendatar dan tetap tidak mahu percaya manakala seorang pelaut ulung telah membuktikan bahawa itu sama sekali tidak benar Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sekali lagi keputusan sepenuhnya tetap ada di tangan anda!

Banyak genius, jutawan, ilmuwan, dan pemimpin besar dunia, dulunya pernah dinyatakan sebagai ADD, ADHD, atau disleksia.