ARISSA memerhati dirinya di dalam cermin. Baju kurung kain kapas warna putih bercorak bunga ros merah jambu kecil-kecil tersarung indah di tubuhnya. Dipadankan pula dengan shawl warna merah jambu. Lama Arissa berdiri depan cermin. Jantungnya asyik berdebar-debar. Kenapa dengan aku hari ni
Ya Allah..aku bersyukur pada Mu. Aku sekarang merasa tenang dengan Arissa yang baharu. Arissa menarik nafas panjang. Dia lihat jam. Hampir dua petang. Pukul tiga nanti majlis kesyukuran di rumah Ustazah Waddah.
Buku motivasi dicapai dari atas meja. Beg tangan yang agak besar digunakan untuk memuatkan kain telekung nanti. Arissa menapak ke tempat letak kereta.
Kereta dipandu perlahan menelusuri jalan DUKE menuju ke Gombak. Sepanjang perjalanan dia asyik memikirkan kata-kata Daniel malam tadi.
Betul ke ibu aku ada di rumah ustazah Macam mana mamat tu tahu alamat rumah Ustazah Waddah Arissa masih tidak mahu percaya. Macam mana alamat ustazah boleh berada di tangan Daniel.
Keretanya membelok ke arah kiri memasuki kawasan taman perumahan. Dia perlahankan kereta mencari alamat seperti yang tertera di atas kertas itu. Dari satu rumah ke satu rumah. Akhirnya dia sampai di satu rumah lot tepi. Arissa buka cermin kereta menjenguk keluar melihat rumah lot tepi itu.
Hmm..ni la rumahnya kut tapi kenapa sunyi je. Kata nak buat majlis kesyukuran.. Arissa semakin bingung.
Dia menapak keluar dari kereta. Baju kurung dan tudung yang dipakai dibetulkan dan dikemaskan sedikit. Buku motivasi masih dipegang di tangan kanannya. Beg tangan pula disangkut di bahu kiri.
Lama Arissa berdiri di depan pintu pagar. Rumah yang telah diubahsuai begitu cantik dan selesa walaupun tidak sebesar mana tapi halaman rumah itu cukup menarik. Ada air pancuran dengan kolam ikan kecil dengan taman mini. Menyamankan.
Assalamualaikum! Arissa mula beri salam.
Senyap.
Sekali lagi Arissa beri salam. Dia senyum. Ustazah Waddah sudah muncul di muka pintu.
Waalaikumussalam! Ustazah Waddah menapak ke arah Arissa. Mereka bersalam seketika.
Kak...betul ke hari ni ada majlis kesyukuran Arissa pandang sekitar rumah. Tiada sesiapa.
Masuklah dulu. Ustazah Waddah paut lengan Arissa menuju ke ruang tamu.
Err..kak..saya sorang je ke tetamu rumah ni Arissa mula rasa pelik.
Majlis ni dari pukul sepuluh pagi tadi lagi sebenarnya. Saja akak jemput Arissa masa ni tapi sekejap lagi ada lagi tetamu. Mereka belum sampai. Ustazah Waddah senyum lebar. Dia segera ke dapur menyediakan makanan.
Arissa masih terpaku di ruang tamu. Dia pandang lagi sekitar ruang tamu. Tiada apa-apa. Dia mula jenguk ke dapur. Ustazah Waddah sibuk menghidang makanan yang berbagai jenis di atas meja makan.
Apa yang saya boleh tolong kak Arissa senyum.
Arissa tolong susun pinggan tu boleh Ustazah Waddah tuding ke arah pinggan atas rak.
Boleh je kak. Arissa mula mengambil pinggan dari atas rak. Dia susun di meja makan.
Hmm..Arissa dah sampai
Arissa berpaling. Ustaz Hakimi tersenyum di muka pintu dapur sambil mendukung Haikal.
Ya ustaz. Ustaz sihat Arissa turut melemparkan senyuman. Geram melihat pipi Haikal yang tembam.
Alhamdulillah. Makanan semua dah siapUstaz Hakimi menghampiri isterinya.
Dah siap...ni tengah hidang ni.. Ustazah Waddah mula menghias meja dengan apron dan sudu garfu.
Hmm...nampaknya tetamu kita yang lain pun dah sampai tu. Ustaz Hakimi jenguk ke luar. Dia terus ke halaman rumah menjemput tetamu yang baru tiba.
Arissa masih sibuk menolong ustazah Waddah mengangkat gelas dan jag air.
Assalamualaikum..
Arissa yang sibuk berceloteh dengan Ustazah Waddah mula mendongak. Tergamam. Gelas di tangannya terlepas.
Err..kak, maaf, saya tak sengaja. Arissa cepat-cepat mengutip serpihan kaca dari gelas yang pecah.
Ustazah Waddah turut menolong Arissa mengutip serpihan kaca.
Arissa..tak apa. Biar akak yang buat. Kan dah luka tu. Ustazah Waddah ambil penyapu. Serpihan kaca tadi disapu masuk ke dalam penyodok sampah.
Arissa okey ke Ustaz Hakimi pula menyampuk.
Okey ustaz.. Arissa masih bertinggung di atas lantai. Darah yang keluar dari luka di jari telunjuknya dilap dengan tisu.
Biar saya yang tolong.. Daniel menghampiri Arissa. Tisu dihulur kepada gadis itu.
Zaki dan Fatimah masih terpaku di muka pintu.
Kenapa berdiri je kat situ. Marilah makan. Dah sejuk nanti tak sedap. Ustaz Hakimi mula pelawa tetamu menjamu selera.
Arissa masih tunduk. Dia cepat-cepat tarik tangannya yang ingin disentuh Daniel. Mereka berdua segera bangun dan duduk di kerusi meja makan.
Arissa tidak sedikitpun mengangkat muka. Siapa tetamu yang hadir pun dia tidak tahu tapi dia perasan dua lagi tetamu bersama Daniel asyik memandangnya dari tadi.
Masing-masing mengambil tempat duduk. Suasana sunyi seketika. Tiada sepatah kata keluar. Ustazah Waddah pandang suaminya sambil tersenyum.
Kita makan dulu. Lepas ni boleh berbual panjang di ruang tamu. Ustaz Hakimi mula berbicara.
DI RUANG TAMU, Arissa hanya tunduk dari tadi. Tergamam dengan kehadiran Daniel dan dua lagi tetamu yang lain.
Arissa..tak kenal ke siapa ibu kandung ArissaZaki mula bersuara. Tenang melihat Arissa yang dulu bebas dengan rambut mengurai kini sudah bertudung litup.
Arissa mendongak. Memang sejak tadi dia asyik tunduk. Tidak perasan siapa tetamu yang lain. Fikirannya masih pada Daniel yang memberi salam tadi. Terkejut dengan kehadiran Daniel di rumah itu. Entah kenapa ada rasa pelik di hatinya. Terpegun dengan kekacakan Daniel mengenakan baju melayu warna ungu muda siap dengan songkok dan samping.
Err..Arissa memandang lelaki yang menegurnya tadi. Segak dengan baju melayu merah hati dan juga turut memakai songkok.
Matanya beralih pada seorang wanita yang berumur di sebelah lelaki itu. Masih bingung.
Jun Shee... Fatimah sudah sebak. Arissa dipandang tak berkelip. Dia mendekati gadis itu. Kedua tangan Arissa dipegang lembut.
Lain benar Arissa sekarang. Dia sendiri pun hampir tidak kenal anak kandungnya tadi. Pada hemahnya tentu gadis bertudung manis inilah anak kandungnya yang dikatakan oleh Daniel. Daniel yang ingin kenalkan anak kandungnya di rumah Ustaz Hakimi. Sejak di meja makan lagi, dia tidak sabar bertanya gadis itu. Matanya tidak lepas dari memandang wajah manis gadis itu. Memang ada iras dirinya sendiri. Bibir, kulit putih kemerahan dan yang pasti mata gadis itu, ya mata itulah yang mengingatkannya pada seseorang.
Arissa masih bingung. Itu nama yang selalu ibunya panggil masa dia kecil dulu. Lama wajah tua itu diperhatikan.
Ma..macam mana makcik tahu nama saya Arissa menelan liur. Wajah perempuan itu diperhatikan seketika.
Ya Allah! Anak omma!! Pantas Fatimah peluk Arissa yang masih terpinga-pinga.
Om...omma Arissa menelan liur. Perlahan dia lepaskan pelukan perempuan itu. Lama dia menatap wajah itu. Cuba mencari persamaan dengan wajah ibunya.
Fatimah mengangguk lemah.
Arissa..inilah ibu kandung awak..makcik Fatimah...makcik Lee Dae Hae. Daniel akhirnya bersuara.
Arissa masih keliru. Dia pandang Zaki dan makcik Fatimah bersilih ganti. Foto ibu yang ada dalam simpanannya sudah agak lama. Wajah ibu dalam foto memang sudah jauh berbeza dengan wajah wanita di depannya kini. Bayangkan hampir dua puluh tahun berpisah.
Arissa masih keliru. Sukar untuknya percaya semua itu.
Zaki mula keluarkan foto yang disimpan olehnya dulu. Foto kepunyaan Arissa yang tercicir semasa di lapangan terbang Incheon dulu. Foto itu dihulur kepada Arissa.
Terketar-ketar Arissa menatap foto yang sudah lama dicari. Tanpa sedar air matanya menitis laju.
Arissa..itu gambar omma masa muda dulu. Foto tu yang omma beri pada Arissa dulu sebelum ke Korea.. Fatimah mula menjelaskan perkara sebenar bila melihat Arissa masih bingung.
Omma!! Arissa peluk erat makcik Fatimah.
Lama mereka dua beranak berpelukan. Air mata menitis laju membasahi pipi.
Fatimah mencium pipi Arissa berkali-kali. Menangis teresak-esak.
Ustazah Waddah dan Ustaz Hakimi mula sebak melihat babak dua beranak yang sudah lama terpisah. Zaki dan Daniel masing-masing tunduk.
Omma..Arissa terlalu rindukan omma. Tolong jangan tinggalkan Arissa lagi.. Sekali lagi Arissa peluk ibunya.
Err..Arissa..ni Zaki, abang Arissa. Oppa.. Fatimah perkenalkan Zaki pada Arissa.
Oppa Arissa berkerut kening. Air mata yang masih mengalir disapu perlahan.
Ya, dia abang susuan Arissa.
Arissa teragak-agak mencium tangan Zaki.
Arissa...tak apa. Tak haram... Ustazah Waddah mencelah.
Arissa mula mencium tangan Zaki. Zaki mengusap lembut kepala Arissa.
Arissa kembali peluk ibunya. Rindu pada ibu sudah lama bertapak. Matanya melirik pada Daniel yang tunduk dari tadi. Jadi benarlah apa yang diberitahu Daniel minggu lepas. Aku yang tak nak buka sampul tu dan aku yang tak nak percaya kata-kata Daniel.
Hmm..nampaknya segalanya sudah selesai. Tinggal satu je lagi yang belum selesai. Ustazah Waddah jeling suaminya di sebelah.
Masing-masing diam. Arissa pandang tepat ke arah kedua suami isteri itu.
Makcik...saya buat majlis ni sebenarnya ada benda penting yang nak kami beritahu. Saya dan ustaz dah berpakat. Kami nak minta izin makcik untuk merisik Arissa bagi pihak Daniel. Itupun kalau makcik setuju. Ustazah Waddah akhirnya menjelaskan perkara sebenar dia mengadakan majlis itu.
Arissa tercengang. Dia pantas pandang Daniel yang hanya senyum.
Arissa..abang dah beritahu semuanya pada ustaz.. Zaki mencelah. Dia lihat Arissa masih tercengang.
Tapi.. Arissa tunduk. Ah..aku tak akan nikah dengan dia ni. Never!!
Omma dah lama izinkan. Daniel sudah lama cintakan Arissa.. Fatimah senyum. Dia pegang lembut tangan Arissa yang sudah tunduk. Ada titis jernih mengalir di pipi Arissa.
Omma! Arissa..Arissa tak.. Arissa tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia peluk sekali lagi ibunya dengan erat. Menangis teresak-esak di bahu ibu. Perasaan gembira dan teruja berjumpa ibu kandung yang sudah lama terpisah terpaksa berkongsi dengan perasan benci dan meluat pada Daniel yang ternyata tidak malu merisiknya setelah apa yang berlaku dulu.
Arissa..
Arissa berpaling. Lembut suara Daniel memanggil namanya. Daniel dipandang tajam.
Please marry me.. Tiga perkataan itu keluar juga dari mulut Daniel.
Arissa masih menangis. Ingin saja dia menjerit satu dunia bahawa lelaki di depannya inilah yang telah merosakkan masa depannya!
Lelaki inilah yang telah menghancurkan segalanya! Lelaki inilah yang telah menyebabkan dia terseksa seorang diri! Tapi itu hanya ilusi. Yang nyata, lidahnya kelu. Kaku!
Arissa..terimalah Daniel. Pujuk Zaki.
Tapi dia..dia bukan muslim! Arissa menjeling tajam ke arah Daniel yang masih tunduk. Itu saja yang mampu keluar dari mulutnya.
Arissa..kalau dia bukan muslim, ustazah tak akan benarkan Daniel melamar Arissa. Ustazah Waddah pula mencelah.
Arissa menoleh. Mencerlung. Matanya menala ke arah Daniel semula.
Oh! Jadi kau dah peluk Islam Macam tu Aku tahu kau peluk Islam kerana kau nak bernikah dengan aku kan Kau tak ikhlas! Arissa mengetap bibir.
Daniel tunduk. Marah sungguh Arissa padanya.
Arissa...sebenarnya.. Zaki ingin menjelaskan keadaan sebenar tapi dihalang oleh Daniel.
Tak apa ustazah, ustaz. Mungkin ini balasan yang patut saya terima. Saya terima semua itu. Cuma saya harap satu hari Arissa terbuka pintu hati untuk saya. Daniel menutur lemah. Semangatnya sudah mula hilang. Nyata Arissa begitu membenci dirinya.
Arissa terdiam. Mereka ini semua tahu ke kisah aku dirogol Daniel Dia menelan liur. Dia jeling Daniel. Lelaki yang dikenali dengan sikap suka mendesak dan penuh kuasa veto itu boleh mengalah macam tu saja
Arissa..terimalah Daniel. Omma sentiasa doakan Arissa bahagia dengan Daniel. Janganlah jadi macam omma dulu..omma tak pernah mengecap bahagia. Fatimah mengesat air mata.
Arissa..terimalah Daniel dik. Zaki pula cuba pujuk Arissa.
Arissa masih tunduk membisu. Sudah bengkak matanya menangis tadi. Ya Allah...bantulah hamba Mu ini. Mampukah aku hidup dengan lelaki yang pernah meragut kesucian aku
Boleh beri kami ruang sebentar untuk bercakap... Arissa pandang pada semua yang hadir di situ. Dia mengesat air mata yang masih mengalir di pipi.
Mereka yang lain faham maksud Arissa. Arissa dan Daniel dibenarkan bercakap di anjung rumah.
ARISSA tunduk. Daniel pula masih menatap wajah Arissa yang nyata masih manis walaupun sudah bengkak matanya kerana menangis dari tadi. Masing-masing diam membisu. Kalau ada jarum jatuh pun mungkin boleh didengar.
Awak nak cakap apa Daniel akhirnya bersuara setelah lama menunggu.
Arissa masih tunduk. Dia masih keliru dan bingung. Dia kemudian mendongak. Mata mereka bertembung. Jelas dari tadi Daniel tidak lepas dari memandangnya.
Jadi kau temukan aku dengan ibu kandung aku kerana nakkan balasan Tegas suara Arissa.
Daniel masih pandang Arissa tidak berkelip. Dendam sungguh gadis itu padanya. Sampaikan banyak tuduhan yang berselirat di benak gadis itu padanya.
Kenapa kau nak sangat nikah dengan aku
Daniel diam seketika. Mata masih memandang Arissa. Tudung merah jambu yang dipakai gadis itu cukup menyerlahkan lagi kulit putih Arissa yang kemerahan. Blushing...Glowing. Dia melepaskan keluhan. Apakah aku mampu menahan rasa cinta aku seandainya Arissa tidak menerima aku Cinta yang hadir pertama kali melihat gadis itu sebelum kejadian malam itu lagi.
Saya ingin bertangggungjawab..Hanya itu yang terluah dari mulut Daniel.
Sudah terlambat! Arissa mengesat lagi air mata yang semakin laju menitis.
Arissa..please forgive me. Saya tahu, sesiapa pun akan bertindak macam awak ni tapi berilah saya peluang untuk menebus kesalahan saya. Allah pun beri peluang untuk saya mengenali Islam walaupun Dia Maha Tahu yang saya seorang yang sangat jahat dulu. You know what I mean... Daniel tunduk. Nyata hati Arissa sekeras berlian yang tak mungkin dirobek begitu sahaja.
Arissa terdiam. Perasaannya serba salah. Keliru.
Forgiveness is not something we do for other people. We do it for ourself, just to get well and move on. Daniel masih lagi memandang Arissa yang tunduk membisu. Jantungnya berdegup laju.
Arissa mendongak sekali lagi. Wajah kacak Daniel ditatap seketika. Wajah yang cukup berlainan sekali hari ini. Ada kejernihan. Ada kedamaian. Ah! Arissa...please dont be like this!
Senang untuk kau bercakap. Untuk aku memaafkan kau bukan mudah. Bukan boleh kembalikan semula apa yang telah hilang. Aku tahu kau masuk Islam kerana nak bernikah dengan aku kan Dan tujuan kau nak bernikah dengan aku kerana kau nak tubuh aku kan Arissa mengetap bibir. Dia masih tidak dapat terima semua itu. Walau jodohnya dengan Daniel sekalipun, hati dan jiwanya telah hancur.
Daniel menelan liur. Sampai begitu sekali fikiran Arissa. Apa pun, dia tak akan buka rahsia sebenar apa yang telah berlaku pada malam itu selagi Arissa belum sah menjadi miliknya.
Fine! Now tell me, what am I suppose to do Daniel sudah mula geram. Songkok di kepalanya dibuka dan diletakkan atas meja. Rambutnya diirai-irai dengan jari.
Arissa tergamam. Suara yang agak tinggi dari Daniel cukup membuatnya terkesima. Wajah Daniel sudah berubah. Kulit putih kemerahan Daniel semakin merah.
Seems like youve hated me so much. Fine.. Daniel bingkas bangun. Songkok di atas meja dipakai semula.
Arissa masih diam.
Terkadang kita harus memaafkan seseorang bukan kerana kita lemah tapi kita menyedari bahawa semua orang melakukan kesalahan... Daniel pandang Arissa yang masih tunduk memandang lantai. Dia beredar dari situ menapak ke ruang tamu semula.
Arissa terdiam. Jantungnya berdegup laju. Nyata hatinya terlalu degil untuk memberi kemaafan. Dia menekup muka. Ah! Mungkin Daniel menemukannya dengan ibu kerana semata-mata nak tebus kesalahannya dulu. Nampak sangat tidak ikhlas! Dan masih menjadi persoalan...bagaimana Daniel tahu di mana ibu kandung aku dan bagaimana lelaki itu boleh semudah itu bertemu dengan ibu aku
ARISSA melangkah lemah ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung sebelah ibunya. Tunduk memandang lantai.
Macam mana Ustazah Waddah mula bertanya. Matanya beralih pula pada Daniel yang lebih dulu menapak ke situ.
Daniel pandang Arissa yang masih tunduk.
Ustazah, ustaz..saya rasa..lebih baik saya undur diri. Tak guna saya teruskan kalau Arissa tidak sukakan saya. Mungkin jodoh kami tidak ada. Daniel mula bersuara setelah lama menunggu kata-kata dari Arissa.
Arissa mendongak. Dia menelan liur. Daniel dipandang tak berkelip. Mana perginya sikap mendesak Daniel Mana hilangnya kuasa veto lelaki itu Syarat yang dikenakan dulu, mana semua itu
Adakah semua itu hanya ingin menduga hati aku selama ini
Masing-masing terdiam. Jelas di wajah Daniel ada riak sugul. Mungkin kecewa.
Saya minta diri dulu. Makcik dan Zaki mungkin nak tinggal bersama Arissa lepas ni. Nanti saya suruh orang hantar beg pakaian ke rumah Arissa. Sebelum tu, hadiah ni untuk awak Arissa. Daniel seluk poket baju melayu dan keluarkan sebuah kotak berwarna kelabu baldu. Kotak kecil itu diletakkan atas meja. Dia bersalam dengan Zaki dan Ustaz Hakimi sebelum melangkah pergi.
Arissa terpaku.
Fatimah mengambil kotak kelabu itu. Dia hulur kepada Arissa.
Arissa.. Bahu Arissa disentuh lembut. Ada titis jernih masih mengalir di pipi.
Perlahan Arissa menyambut kotak itu dari tangan ibunya. Dia terkesima sebaik melihat isi kandungan kotak kelabu tadi.
Arissa..Daniel sudah lama beli cincin itu. Dan cincin itu sepatutnya akan disarungkan oleh ibu Arissa ke jari manis Arissa. Ustazah Waddah menjelaskan perkara sebenar. Memang itu yang dirancang oleh Ustaz Hakimi atas permintaan Daniel sendiri.
Hari ini sepatutnya Daniel melamar Arissa depan makcik, Zaki dan juga kami. Memandangkan Daniel sudah tiada sesiapa, jadi dia wakilkan kami untuk merisik dan melamar Arissa bagi pihaknya. Tapi nampaknya Arissa menolak.. Ustaz Hakimi pula menambah.
Arissa tunduk lagi. Air mata masih laju menitis. Bukan aku tak suka tapi rasa benci aku melebihi semua itu! Salahkah aku membenci lelaki yang merosakkan aku Salahkah