Complete Me - 38
Bab 38

USAI, mematikan enjin kereta, laju sahaja langkah kaki Airish dibawa menuju masuk ke dalam rumahnya. Keretanya dibiarkan tersadai di halaman, tanpa diparkirkan terlebih dahulu di ruangan porch kerana ada perkara yang lebih penting baginya untuk dia selesaikan terlebih dahulu kini.

Tangannya pantas membukakan pintu rumah. Gelap! Itulah perkara yang menyapa matanya yang pertama. Akalnya mula terfikirkan kebenaran kata-kata Dhia. Ah, dia tidak mahu membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat kepastian! Airish pantas sahaja mencari suis lampu sebelum ruangan tamu di dalam rumahnya menjadi terang benderang.

Tidak dihiraukan ruangan tamu dan dapur tika itu, Airish menonong laju melangkah menuju ke arah bilik tidur Afiqa. Bilik yang tertutup rapat itu dibuka Airish dengan kasar.

Kosong!

Tangannya laju menolak pintu almari isterinya. Kosong juga! Dadanya turun naik waktu ini. Kakinya melangkah penuh layu menuju ke arah katil isterinya. Punggungnya dihenyakkan di situ.

Melilau matanya memerhatikan sekeliling. Suasana yang dulunya nampak ceria, kini bagaikan suram. Matanya lantas terhenti pula pada meja kerja di hujung sana. Juga kosong, hanya ada yang tinggal kalendar sahaja di situ.

Ke manakah Afiqa pergi Benarkah apa yang diperkatakan Dhia padanya You tak pergi jenguk Fiqa dulu

Kenapa dahi Airish berkerut.

You tak tahu Fiqa dah tinggalkan you.

Jus tembikai yang disedut Airish terhenti dengan sendiri. Matanya terhenti tepat pada anak mata Dhia.

Apa yang you cakapkan, ni

Betullah. I pergi rumah you pagi tadi, sebab I ingat nak ajak you pergi makan. Tak sangka terserempak dengan Afiqa. Dia sibuk angkut bagasi masuk dalam teksi. I pun tanyalah. Dia cakap tak guna duduk sebumbung dengan orang yang tak pernah nak hargai dia. Biarlah dia bawa diri.

Airish menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Memandang kosong ke arah siling putih di atasnya. Benarkah Afiqa meninggalkannya

Tangan Airish pantas menyeluk ke dalam poket sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. Tangannya menari-nari, mencari nama Afiqa. Butang call ditekan.

Akan tetapi, baru sesaat telefonnya dilekapkan ke telinga terus dialihkan Airish sebelum menekan punat butang merah. Tak! Tak boleh. Nanti, dia pasti ingatkan aku tergila-gilakan dia. Tak apa. Dia ingat bila dia pergi, aku akan cari Huh!

Jangan harap. Kita tengok siapa yang akan menang. Jawab Airish yakin pada dirinya. Egonya menjulang tinggi. Akibat tidak mahu mengalah dengan desakan hati sendiri, dia rela mengambil keputusan bersendiri.

PENAT akibat berkerja seharian hari ini dengan jadual shooting yang padat lantas Airish membuat keputusan untuk pulang terus ke rumah. Malas mahu keluar bersama dengan Dhia. Sengaja telefonnya dipadamkan. Pintu rumahnya ditutup rapat. Matanya melilau mencari seseorang dengan tangannya sedang membimbit sebuah plastik kecil.

Fiqa! Langkah Airish dibawa menuju ke dapur. Kepalanya tertoleh ke kanan dan ke kiri. Mencari di mana kelibat Afiqa.

Fiqa!

Mana pulak pergi perempuan ni Langkah Airish segera dituju ke arah kamar Afiqa sebelum bungkusan ais krim diletakkan di atas meja kopi di hadapan televisyennya.

Fiq..., kata-kata Airish terhenti saat matanya melihat bilik Afiqa yang tersusun kemas itu. Airish mengeluh sebelum tubuhnya disandarkan di pintu kamar. Ah, baru dia teringat. Afiqa sudah tiada. Macam mana dia boleh lupa tentang pemergian isterinya itu...

Fiqa, aku bawakkan ais krim ni. Jom turun.

Muka Afiqa bertukar ceria. Gadis itu melangkah laju melepasi Airish.

Awak beli berapa

Airish tersenyum. Hantu ais krim betul!

Satu.

Afiqa terkejut. Langkah terhenti sendiri sebelum berpaling menghadap Airish.

Siapa cepat pegang bungkusan tu dulu, ais krim tu dia punya!

Afiqa laju berlari menuruni anak tangga berlarilari mendapatkan ais krim. Airish yang tidak bersedia apa-apa masih berada di tingkat atas. Kelihatan Afiqa tersengih lebar sambil menyuap ais krim tersebut dengan lahapnya

Lazatnya. Nikmatnya tak terkata.

Airish tersenyum mengejek. Ceh!

Tinggalkan aku sikit! laung Airish sambil menapak turun.

Afiqa yang perasan Airish mula melangkah turun pantas menyegerakan suapannya. Membulat mata Airish. Laju langkahnya menuju ke arah Afiqa.

Malangnya, saat kakinya sampai di hadapan Afiqa bekas aiskrim itu sudah dituangkan masuk titisan yang terakhir ke dalam mulutnya. Airish bercekak pinggang.

Kau ni kan....

Jom kita beli lagi!

Huh

Fiqa..., spontan nama itu terpacul di bibir Airish. Dirinya sedang mencongak. Masuk hari ini, sudah hampir dua minggu Afiqa menghilangkan diri tanpa berita. Ke manakah perempuan itu pergi

Kau marahkan aku, ke Fiqa Kau marahkan aku sebab aku tak hargai kau Betul ke Airish terdiam di situ. Seketika, akalnya tiba-tiba merengus.

Lupakanlah, Airish. Buat apa kau nak ingatkan Afiqa lagi Sedangkan perempuan itu mungkin tidak ingat dia pun. Atau, mungkin perempuan itu sedang menikmati hari-harinya bersama dengan orang yang hargainya. Pedulikanlah, Airish!

Sekarang, kau pun ada yang hargai kau. Dhia. Kepala Airish terangguk dengan sendirinya. Ya! Dia punya Dhia. Ya, dia akan lupuskan Afiqa dari ingatannya. Pasti, dia boleh.

Sekarang siapa yang perlu untuk dia berikan fokusnya seratus peratus hanyalah pada Dhia. Dhia Anna binti Dato Sulaiman.

AWAK okey

Airish terpempam apabila dirasakannya ada tangan berlabuh di atas telapak tangannya. Matanya diangkat.

Huh Dhia tersenyum manis.

Dari tadi asyik termenung aje. Nasi pun awak makan sikit aje. Awak sihat tak

Airish melarikan kepalanya apabila Dhia ingin menyentuh dahi lelaki itu. Bibirnya mengoyak senyuman nipis.

Eh, tak ada apa-apalah. Saya okey.

Saya ada kejutan buat awak.

Airish mengangkat kening. Kejutan Matanya tidak lari dari merenung Dhia yang asyik tersenyum padanya.

Apa

Dhia tersenyum panjang. Begitu manis senyumannya pada penglihatan Airish. Lantas, Dhia memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah sana. Happy birthday to you. Happy birthday to you.

Airish memalingkan wajahnya saat mendengar alunan suara dari belakangnya. Sungguh dia terlupa tentang hari jadinya sendiri. Ah, bila dalam keadaan begini dirasakan Airish dirinya benar-benar dihargai. Kek yang dibawa oleh sekumpulan pekerja di restoran tersebut kini berada di hadapannya. Lilin yang terdapat di atas kek direnung Airish.

Tiuplah.

Airish mengangguk sebelum meniupkan semua lilin itu. Kini, sekelilingnya bergema dengan tepukan gemuruh daripada mereka. Ada siulan-siulan kecil bersama dengan lirikan-lirikan mata yang bagaikan teruja kerana terserempak dengan Airish di sini.

Selamat hari jadi Airish. Semoga awak selalu bahagia dunia akhirat dan dapat jadi suami yang baik untuk saya.

Airish terkaku di situ. Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya tersenyum dengan kata-kata Afiqa.

Airish terpempan. Afiqa Apa ni Dia nampak Dhia tu Afiqa ke

Airish menggeleng. Apa kena dengan kau, Airish

Kenapa awak menggeleng, Airish Anything wrong

Airish terdiam.

Huh Tak ada apa-apalah. Saya cuma pening, Airish sedang mengawal perasaannya. Tidak mahu menyerlahkan lagi akan apa yang dirasainya.

Oh, ya ke Saya ingatkan nak ajak awak keluar sekali dengan saya lagi lepas ni. Tapi, tak apalah. Awak balik rehat ye ujar Dhia lirih. Kecewa benar dirinya kala itu.

Im okey.

Are you sure

Airish mengangguk perlahan. Terserlah betapa lebarnya kuntuman senyuman di bibir gadis itu.

Kalau macam tu, habiskan cepat kek tu. Lepas ni, saya nak bawak awak ke suatu tempat pulak, ceria suara Dhia.

Airish mengangguk lambat-lambat. Matanya merenung lama pada kek. Kenapa dirinya sedang fikirkan Afiqa tika ini

NAH!

Airish memandang lama kotak pemberian Katrina padanya. Kotak bersaiz kecil itu direnung. Katrina menghembuskan nafasnya lembut. Tangan Airish dicari, lalu ditadahkan tangan lelaki itu lalu dihempaskan kotak tersebut ke atas tangannya.

Apa ni soal Airish dengan keningnya yang terangkat sebelah.

Hadiah daripada Afiqa.

Sebaris kata-kata itu membuatkan Airish tergamam. Lama matanya tertacap pada anak mata Katrina mencari kebenaran dari kata-kata Katrina. Wajah gadis itu cukup bersahaja membuatkan Airish yakin dengan pemberian daripada Afiqa tika itu.

Aku datang semalam, tapi kau tak ada.

Airish mengangkat pandangannya dari tertacap pada kotak kecil itu sebelum dihalakan pada Katrina sepenuhnya.

Fiqa tu satu dalam seribu. Nak cari yang keduanya, mungkin sampai kau mati kau takkan jumpa balik. Fiqa tinggalkan sekali surat ni untuk kau. Baca tau, pesan Katrina. Langkahnya diatur keluar ke arah kereta.

Airish mengangguk. Matanya sekadar menghantar pandangannya pada Katrina sehinggalah wanita itu menghilangkan diri di sebalik keretanya. Lalu, matanya terhenti pula pada bungkusan kecil itu. Tangannya perlahan-lahan naik mengusap kotak kecil tersebut.

Assalamualaikum, Airish.

Saat awak baca surat ni pasti awak dah tahu yang saya kini sudah tiada di sisi awak. Awak sedih tak Pastilah tak, bukan Awak dah ada Dhia.

Airish,

Saya gembira sebab awak dapat jumpa balik kekasih awak yang dulu. Saya faham macam mana perasaan itu. Pasti awak bahagia.

Kekadang bila saya tengok awak bahagia, saya rasa cemburu sikit. Cemburu kerana awak ada insan yang menyayangi diri awak dengan seadanya.

Kalaulah saya punya orang yang menyayangi diri saya dengan seadanya juga, pasti saya akan hargai orang itu. Syukurlah kerana Allah kurniakan awak pada saya. Sekurang-kurangnya saya dapat belajar sesuatu. Sesuatu yang sangat berharga buat diri sendiri. Terima kasih.

Airish,

Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Saya akan doakan awak, supaya sentiasa bahagia di sisi Dhia. Bukalah kotak tu. Awak ingat apa bendanya Itu cincin perkahwinan kita.

Saya pulangkannya balik. Sebab, masa saya baca diari awak, saya ternampak gambar cincin tu. Itu cincin yang awak nak berikan pada Dhia, bukan Saya rasa saya tak layak nak pakai cincin yang asalnya bukan milik saya.

Banyak kenangan saya bersama cincin tu. Pahit, manis semuanya tersirat di dalamnya. Terima kasih kerana pernah bagi saya hak untuk sarungkan cincin tu ke jari saya. Terima kasih untuk segalanya, Airish.

Selamat hari jadi... hidup dengan baik, suamiku.

Salam sayang,

Fiqa

Airish perlahan-lahan, membuka kotak tersebut. Isi di dalam kotak itu dibelek Airish. Sebentuk cincin.

Masih cantik rupanya. Melihat cincin itu, seakanakan terbayang kembali bagaimana rupanya cincin itu sewaktu ia tersarung di jari manis Afiqa.

Segala memori sewaktu dirinya bersama Afiqa terimbas dengan sendirinya. Gelak tawa, usikan dan sikap selamba gadis itu semakin mengamit perasaannya. Hati yang dirasakan tenang disapa debaran kecil.

Dadanya disentuh. Terasa jantungnya berdegup dengan laju sekali. Desah nafasnya juga tidak teratur seperti selalu. Bibir bawahnya digigit. Cincin itu dibelek sekali lagi.

Bagi semua ni untuk apa Kau nak bagi aku sedih ke Airish mendengus.

Cincin itu diletakkan kembali di atas kotak tersebut dengan kasar. Kotak itu dibuangnya jauh. Langkah kaki dibawa ke arah kamarnya. Baru sahaja pintu itu terselak, benda yang pertama terlihat di matanya adalah patung beruang pemberian Afiqa.

Teddy bear itu direnungnya. Terus, teddy bear tersebut dicapai Airish sebelum dibuang jauh daripadanya. Biarkan! Biar matanya tak payah nak tengok teddy bear ni lagi. Buat sakit mata, sakit hati dan sakit jiwa!