Walaupun ianya adalah sekadar anak ayam normal seperti yang diketahui, warna-warna ini ini telah mendatangkan satu tarikan yang tinggi kepada pembeli. Rata-rata kanak-kanak sanggup mengetepikan Ding Dang bermatian merayu untuk memiliki membela anak ayam berwarna walhal tidak pernah berminat pun hendak membela ayam sebelum-sebelum itu.
Setelah hal ini menjadi kecoh, maka tersebarlah cakap-cakap masyarakat tentang cara-cara penghasilan anak ayam berwarna yang sebenar. Ianya menolak sama sekali sangkaan cerdik masyarakat bahawa anak ayam ini disembur dengan cat. Menurut pihak berwajib, telur anak ayam ini telah disuntik sejenis pewarna melalui satu lubang kecil yang telah ditebuk pada telur. Telur ini akan dibiarkan menetas mengikut sistem penteluran normal dan ketika menetas bulu setiap anak ayam akan berwarna mengikut pewarna yang telah disuntik.
Oleh kerana hanya bulu yang berwarna, lama-lama kelamaan warna ini akan berkurangan berikutan bulu-bulu asal yang sudah tertanggal dan diganti bulu baru yang berwarna normal. Disebabkan itulah, fenomena ayam berwarna ini hanya terdapat pada anak ayam dan tiada pada ayam dewasa. Anak ayam ini dijual pada harga RM10 untuk lima ekor.
Sebenarnya jarang boleh dijumpai anak ayam berwarna yang berjaya hidup sehingga dewasa. Bukan pasal tak cukup makan, tapi pasal kanak-kanak bukannya reti bela ayam.