Seorang lelaki sedang asyik menikam sekujur tubuh di hadapannya. Beberapa minit kemudian, dia duduk bersandar sambil menghela nafas panjang. Tangannya mengelap pipi yang dibasahi air mata. Dia mengambil darah lelaki tersebut dan menghampiri cermin yang terletak berhampiran dengan pintu rumah. Jarinya menulis sesuatu di atas permukaan cermin. Mulutnya terkumatkamit membaca mantera.
Bloody Mary. Satu imej perempuan timbul di sebalik cermin itu. Wajahnya penuh dengan kesan kelar yang menampakkan isi dagingnya yang kemerah-merahan. Dia memakai gown labuh yang dipenuhi darah.
Kau bunuh orang lagi
Aku tak boleh kawal. Lelaki itu menekup wajahnya.
Cukup la kau bunuh orang, Majid.
Aku suka darah. Aku suka dengar jeritan manusia yang dah di ambang maut. Tapi, kau dah bunuh lagi ramai daripada aku. Kau dah jadi lagenda sampai ada filem pasal kau.
Cukup! Perempuan itu tiba-tiba menghilangkan diri. Mary, jangan tinggalkan aku! Telinga Majid menangkap bunyi siren kereta polis. Majid terus bangun dan mengintai dari celah tingkap. Tiga buah kereta polis menghampiri kawasan luar rumah. Salah seorang anggota polis mengarahkan unitnya supaya bersiap sedia.
Majid! Kamu telah dikepung. Serah diri secara rela atau kami akan mengambil tindakan!
*****
Terima kasih. Sam tak tahu macam mana nak balas jasa
Pak Hafez sekeluarga.
Panggil aku Daddy je. Berapa kali aku nak cakap Lagipun, kau dah macam anak aku. Sam mengalihkan pandangannya ke arah Dynah. Tubuh wanita itu dipeluk seeratnya.
Terima kasih Mummy sebab jaga makan pakai Sam
selama Sam ada dekat sini.
Kamu tu jaga diri elok-elok. Kalau boleh jangan drive
lagi lepas ni.
Tak sangka dah hampir dua tahun Sam duduk kat sini. Apa khabar agaknya Frank dan yang lain-lain. Kalau la Frank tak ambil dadah malam tu, mesti benda ni takkan jadi, keluh Sam. Daddy, Mummy, terima kasih sebab sempurnakan jasad adik-beradik Sam.
Jangan cakap macam tu. Kau tu bawa tuah untuk kami sekeluarga. Masa aku kendong kamu waktu eksiden hari tu, esoknya kami dapat tahu yang Les Chateau dah siap dibina. Kami terus pindah ke sini. Seronok betul masa tu.
Memang seronok sampai la ada penceroboh dekat belakang hutan hari tu, celah Dynah. Hafez ketawa besar mendengar sindiran daripada isterinya.
Hal tu nanti kita settle masa meeting. Kamu betul-betul
nak keluar dari sini
Sam rasa dah sampai masa Sam tengok dunia luar. Mummy dan Daddy dan banyak sangat tolong Sam.
Kamu antara manusia yang paling baik pernah kami jumpa. Kalau kamu ada masa, datang la jenguk kami kat sini. Rumah hujung jalan tu memang hak kamu. Kamu boleh pakai kunci zamrud tu. Sam mengangguk sambil tersenyum.
Sam nak pergi mana, sayang Dynah memegang tangan perempuan muda itu. Jika diikutkan hatinya, dia mahu Sam terus tinggal bersamanya.
Jalan Mawar kot. Mummy kirim salam pada semua, ya Sam pergi dulu. Sam masuk ke dalam kereta kelisa kuning pemberian Hafez. Enjin dihidupkan. Kendereaan itu menderu laju meninggalkan pintu gerbang Les Chateau.
Kita ni banyak sangat anak kan
Abang ni terlalu baik. Saya bertuah dapat abang tau Bibir mereka bertaut. Hafez menggomol tubuh Dynah dengan rakus. Yop tiba-tiba tercegat di hadapan pintu rumah.
Hoi! Porno!
Bodoh la kau ni! Tak reti nak ketuk pintu ke Marah Hafez. Wajahnya merah menahan malu. Yop Khoon ketawa besar melihat gelagat Hafez dan Dynah.
Tiba-tiba Hafez mengeluarkan kunci zamrud dari poket seluarnya. Dahinya berkerut.
Kenapa, bang
Kunci zamrud ni panas tiba-tiba.
Hafez membaling kunci itu ke lantai. Cahaya berwarnawarni serta-merta muncul.
*****
Majid! Baik kamu menyerah. Kami dah kepung rumah ini! Majid semakin tidak tentu arah. Dia berjalan mundar-mandir. Bajunya basah dengan peluh. Dia semakin panik. Tangannya mencapai barang perhiasan yang terdapat di atas meja. Bingkai gambar tersebut dilempar sekuat hati.
Tolong aku. Aku tak boleh kawal. Aku sakit, rintih Majid perlahan.
Majid.
Mary Seorang perempuan yang dikenali sebagai Bloody Mary berdiri di hadapan Majid. Namun, wajahnya polos tanpa sebarang kesan kelar. Gown yang dipakainya bersih tanpa secalit darah. Keadaannya bersih dan tidak serabai.
Kau keluar dari cermin
Aku keluar untuk membantu kau. Ayuh, masuk ke dunia cermin bersama aku.
Tapi, aku akan mati
Aku tak tahu. Satu lohong cahaya berwarna warni muncul di hadapan mereka.
Majid! Kami akan pecahkan pintu rumah ini sekarang! Majid mengintai dari celah tingkap. Dia mengelap peluh yang mengalir di dahi.
Ikut aku. Masuk dalam lohong tu. Sekarang! Anggota polis mula merempuh masuk melalui pintu rumah yang dipecahkan. Sebaik sahaja mereka masuk, cahaya dari lohong tersebut hilang serta-merta. Majid dan Mary turut lesap.
Cahaya apa tu
Majid Mana dia Cari sampai dapat. Jangan sampai dia terlepas lagi.
*****
Majid dan Mary terpelanting keluar dari lohong cahaya berwarna-warni.
Mary!
Aku kat sini.
Dynah, Hafez, Yop Khoon, Fetty Malar dan Patimae hanya memandang gelagat mereka berdua dengan perasaan curiga. Siapa kau Kenapa kunci ni bawa kau datang ke sini Hafez memandang Majid yang masih lagi terpinga-pinga.
Kau siapa Giliran Majid pula bertanya kepada mereka. Aku bau darah. Kau puaka, bukan Patimae menuding jari ke arah Mary.
Aku.. Patimae membacakan sesuatu. Suasana menjadi kelam kabut dengan kehadiran angin kuat secara tiba-tiba.
Tunggu! Dynah memegang bahu Patimae menyebabkan dia berhenti membaca mantera.
Ada sebab kenapa kunci tu bawa mereka ke sini. Bagi mereka cerita dulu. Majid berdiri. Dia berdehem dua tiga kali.
Aku sebenarnya pembunuh. Aku dah bunuh ramai orang. Aku sakit dan perlukan bantuan.
Biar aku.. Mary menenangkan Majid. Majid pergi dan duduk bersandar di dinding rumah sambil menekup wajahnya. Aku Bloody Mary. Memang benar apa yang perempuan tu cakap. Aku ni puaka yang membunuh hasil daripada seruan suka-suka budak perempuan yang mahu mengenakan rakan-rakan mereka. Aku dah bunuh ramai orang. Majid antara orang yang tengok kisah hidup aku dalam filem.
Kau hantu yang ada filem sendiri Hebat!
Diamlah, Yop. Teruskan cerita kau.
Setiap kali Majid membunuh, dia akan menyeru nama aku. Aku nak tahu sebab dia selalu membunuh dan menyeru nama aku. Dia seolah-olah mahukan seorang teman. Sejak itu, aku nekad untuk berubah. Aku jarang muncul jika ada kanak-kanak menyeru nama aku. Aku nak tolong Majid supaya dia boleh berubah. Tapi, aku tak mampu sebab aku bukan manusia yang boleh ada di samping dia sepanjang masa.
Patimae bangun dan menghampiri Bloody Mary. Bagaimana kalau aku membantu kau Menzahirkan tubuh badan kau tetapi kau mesti berjanji untuk membantu Majid sehingga dia pulih.
Bloody Mary terdiam. Dia memandang Patimae dengan perasaan bercampur-baur.
Kamu tidak mahu menghapuskan aku
Tidak. Tapi, kau harus mengotakan janji kau. Kau akan menjadi pendamping Majid. Setuju
Bloody Mary mengangguk.
Aku takkan kecewakan kamu semua. Aku bersumpah.
Selamat datang ke Les Chateau.
*****
Jampi apa lagi yang boleh kita pakai untuk halang penceroboh masuk dalam Les Chateau ni Kerajaan Bersepadu Jaya Hijau tak nak tambah sistem kawalan yang lebih ketat ke Kalau diorang tambah, macam mana kita semua nak hilangkan stress dalam hutan tu. Nanti kantoi pula. Fetty membalas pertanyaan Yop sambil berjalan ke arah pantri.
Betul cakap Fetty tu. Kau ni Yop, macam tak tahu pulak. Aku rasa kita selamat asalkan kita tahu macam mana nak kawal keadaan.
Suasana bilik mesyuarat agak kecoh. Dynah menghampiri Yop Khoon, Fetty Malar dan suaminya, Hafez. Patimae yang duduk tidak jauh turut menghampiri mereka.
Aku rasa baik kita buat plan B, cadang Dynah. Dia memandang rakan-rakannya.
Maksud kau Yop kelihatan berminat dengan cadangan wanita itu.
Disebabkan kita tak tahu bila bencana akan datang menyerang, aku cadangkan kita siapkan diri kita. Macam askar nak
pergi perang tu.
Cuba Dynah jelaskan. Abang tak faham, ujar Hafez sambil mengerutkan dahinya.
Macam ni, jika ada berlaku sesuatu yang buruk pada kita
semua, aku akan muntahkan janin api. Aku..
Kau gila Tempat ni akan jadi kawasan tanah lapang yang tak ada satu tumbuhan pun yang boleh hidup. Tanah mati tahu tak Padang jarak padang terkukur. Fetty Malar bangun seraya menggelengkan kepalanya berulang kali.
Itu namanya pembersihan kaum. Kau nak jadi Hitler Tanya Fetty Malar. Dia masih tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Dynah.
Patimae merapati Dynah.
Aku setuju dengan cadangan kau. Dynah sedikit terkejut. Senyuman terukir di bibirnya.
Kau ni dah kenapa Fetty Malar memandang tepat ke arah Patimae.
Ini berkaitan keturunan kita. Aku boleh rasakan ada sesuatu yang lebih besar akan terjadi. Macam mana kita nak pertahankan diri Dynah tak boleh bertukar. Dia akan mati kalau melanggar sumpah. Hafez pun sama. Takkan kita nak harapkan Fetty dengan Yop Khoon untuk jaga kita semua Suasana sunyi memenuhi bilik mesyuarat. Masing-masing memikirkan kata-kata Patimae.
Tapi.. Yop Khoon tiba-tiba bangun. Setahu aku, cara untuk pecahkan kuasa janin api Dynah ada dua. Pertama, kesatria. Kedua, anak dara. Kalau tak ada dua benda ni, kita semua tetap akan mati.
Jangan risau. Aku dengan Majid boleh tolong. Mata mereka tertumpu kepada Majid dan Mary yang baru tiba.
Kau rela jadi korban Tanya Hafez seolah-olah tidak percaya.
Aku kan pembunuh. Aku rasa aku boleh terima hukuman dunia sebelum aku mati, ujar Majid.
Kau bekas pembunuh yang dah insaf, balas Fetty Malar. Ya, aku tahu. Tapi, aku dah buat keputusan. Mary pun sama. Bloody Mary mengangguk.
Jangan risau. Aku cuma puaka. Aku boleh mati dan hidup balik. Bukan susah sangat pun, kata Mary sambil tersengih.
Persoalannya sekarang ni bukan tentang siapa sanggup berkorban demi siapa. Tapi, aku tak sangka Bloody Mary yang popular dan Majid yang pernah jadi pembunuh bersiri nak wakilkan diri, ujar Yop sambil ketawa.
Celaka kau!
Mulut dia memang tak ada insurans. Menyesal aku dengan Dynah ukir mulut dia dulu.
Dynah, aku tak faham. Kenapa keturunan kau perlukan kuasa sakti dan anak dara Memang dari zaman dulu atau jenis macam kau ni mesti perlukan kesatria dan anak dara yang perlu diselamatkan Bukan akhirnya jantung kau kena tikam dengan pedang kesatria tu Yop dan Hafez berhenti ketawa mendengar pertanyaan serius dari Mary.
Korang semua jangan bimbang. Aku dengan Majid dah berpakat untuk jadi korban. Kami tak rugi apa-apa. Aku tak akan ubah keputusan aku walaupun aku suka jasad ni.
Kalau kau dah cakap macam tu, kami tak ada hak untuk halang kau. Tapi, aku harap tak ada kejadian yang menyebabkan Dynah terpaksa keluarkan janin api tu, putus Hafez. Mereka yang berada di situ mengangguk tanda setuju.
Yop Khoon bangun dari kerusi.
Kau nak pergi mana
Nak pergi makan. Mana boleh tahan dengar korang cakap pasal korban la, anak dara la.
Celaka betul patung kayu ni.