FIZIK-LAH! - 38
Pada Ogos 1945M, bom atom digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun. Letupannya sangat dahsyat. Dikatakatan telah mengorbankan seramai 70 000 orang sekaligus selepas bom itu meletup. Tetapi akibat radioaktiviti, ia telah membunuh hampir 200 000 manusia dalam tempoh 5 tahun.

Penciptan bom atom ini bermula daripada sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Manhattan kerana berlokasi di Manhattan, Amerika Syarikat.

Pada awal abad ke-20, saintis telah menemui struktur atom seperti yang telah disebutkan. Mereka menemukan elektron, proton serta pergerakan mereka. Pada tahun 1932M, James Chadwick menemui neutron yang menjadi tanda mengapa sesetengah elemen yang sama mempunyai jisim yang berbeza.

Pada masa ini, saintis menggunakan pemecut zarah (particle accelerator) untuk menembak nukleus dalam atom supaya atom dapat dibelah dan menghasilkan tenaga. Pembelahan ke atas nukleus dilakukan supaya dapat jadikan atom tidak stabil dengan mengelurkan zarah dalam nukleus tersebut.

Pada awalnya, saintis seperti Rutherford, Einstein dan Bohr merasakan hampir mustahil untuk melakukan perkara tersebut. Namun, pada tahun 1934M, Enrico Fermi menggunakan neutron untuk melakukan tembakan ke atas atom, kalau proses pembelahan nuklear (nuclear fission) berlaku dan tenaga terhasil. Proses pembelahan ini pertama kali dilakukan oleh Fermi.

Di Jerman, pada masa itu diperintah oleh Nazi, Otto Hahn dan Fritz Strassman telah menggunakan eskperimen Fermi ini untuk membelah atom uranium menjadi beberapa bahagian pada tahun 1938M.

Hidrogen adalah elemen yang paling ringan di dunia dan uranium adalah elemen yang paling berat di dunia. Kajian ke atas uranium pada masa itu mendapat perhatian saintis. Apabila uranium dibelah, menurut persamaan E=mc2, ia akan menghasilkan tenaga yang sangat besar kerana uranium mempunyai jisim yang besar.

Setelah neutron melanggar atom uranium ketika proses pembelahan, proses pembelahan seterusnya juga akan berlaku kerana baki neutron yang ada akan melanggar baki uranium yang telah bercerai itu.

Maka, tenaga akan terus dihasilkan secara berturut. Proses ini dipanggil sebagai tindak balas berantai (chain reaction).

Menurut saintis pada masa itu, raintaian ini kalau dapat dikawal akan dapat gunakan tenaga nuklear dengan selamat. Sebaliknya, ia mempu memberikan kemusnahan.

Berita pembelahan nuklear ini tersebar dengan ke seluruh Eropah hinggalah ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1939M, ramai ahli fizik cuba melakukan ujian untuk menghasilkan kuasa melalui uranium.

Pada tahun yang sama di bulan September, Nazi telah menceroboh dan menyerang Poland. Ramai yang bimbang sekiranya Jerman pantas dalam menghasilkan senjata nuklear. Ramai saintis lari dari Jerman untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam peperangan.

Albert Einstein dan Leo Szilard menulis surat kepada Presiden A.S pada masa itu, Franklin D. Roosevelt mengenai ancaman Jerman dan kebarangkalian penghasilan senjata nuklear oleh Jerman dengan uranium. Amerika Syarikat pun memulakan penyelidikan ke atas kuasa nuklear. Tetapi selama dua tahun, tiada sebarang kesimpulan hasil daripada penyelidikan tersebut.

Pada tahun 1941M, ketua penyelidikan diketuai oleh Vannevar Bush, seorang jurutera. Dia telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan penyelidikan tersebut dapat ditampung dan mendapat kedudukan di sisi kerajaan. Bush telah menerima pelan penghasilan tenaga nuklear dari England. Lalu, Bush merekrut beberapa orang saintis untuk menghasilkannya.

Bom atom pertama dihasilkan dan pertama kali digugurkan di Trinity, New Mexico pada 16 Julai 1945M. Selepas itu, ia diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki.