Mencari Kiblat Cinta - 39
Kalau Filman suruh saya terjun lombong sekali pun saya ikut bang. Tapi kat KL ni mana ada dah lombong-lombong ni semua. Tengku Saida berlawak. Ketawanya semakin kuat. Wanita itu memang suka bergurau senda.

Tengku Amar menjegilkan matanya ke arah isterinya. Wanita yang dikahwininya hampir tiga puluh lima tahun itu memang sentiasa ceria dan penuh dengan sense of humour.

Bang, awak kena faham satu perkara. Filman sebenarnya bukan mempertahankan penduduk-penduduk tu, dia hanya bercakap berdasarkan apa yang betul. Apa yang boleh dilakukan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Itu saja! Ujar Tengku Saida apabila ketawanya mula reda. Dia memang berani melahirkan pendapatnya di hadapan suaminya yang terkenal panas baran.

Filman anak kita bang. Saya paling faham dengan perangai Filman tu. Berbanding adik beradiknya yang lain, Filman yang paling baik hati. Mungkin Firdaus yang paling cerdik tapi hati Filman yang paling rapuh, senang terluka. Awak ingat lagi masa awak paksa dia ambil jurusan undang-undang Semalaman dia berkurung dalam biliknya. Bila saya tanya, dia kata dia tak apa-apa. Tapi sebagai ibu saya tahu, Filman kecewa kerana awak memaksanya. Dia betul-betul berminat nak jadi arkitek, tapi demi awak, dia terpaksa lupakan cita-citanya. Kecewa dia pernah tak awak cuba fahamkan Selar Tengku Saida.

Tengku Amar terdiam. Dia mati kutu mahu menjawab pertanyaan isterinya.

Sekarang bila dia dah jadi peguam seperti yang awak inginkan, awak tak pernah beri dia kebebasan untuk dia memilih siapa yang harus diwakilinya. Filman tu cerdik bang, saya minta sangat-sangat awak biarlah Filman buat keputusan sendiri. Jangan campur tangan dalam kes dia atau awak jangan paksa dia terima lagi kes-kes yang melibatkan kawan-kawan awak tu. Kalau perlu awak sendirilah mewakili kawan-kawan awak tu. Jangan suruh Filman lagi. Ujar Tengku Saida lagi.

Awak cakap macamlah saya ni teruk benar. Tengku Amar seolah tersinggung dengan tuduhan isterinya. Dia menolak gelas jus di hadapannya. Seleranya tiba-tiba tumpul dengan kata-kata wanita itu.

Bila pulak saya kata awak macam tu Bangkang Tengku Saida.

Dahlah, malas saya nak cakap lagi. Mana yang lain-lain Tanya Tengku Amar. Sengaja mahu mengalihkan topik perbincangan mereka yang terasa berbahang. Nama sahaja dia peguam yang handal dan dikenali ramai, namun dia sentiasa kalah dengan hujah isterinya di rumah. Matanya mengintai kelibat anak-anaknya, namun seorang pun tidak turun pagi itu. Masih tidurkah

Melly mana

Ada kat atas dengan Kak Mah. Kak Mah tengah mandikan dia.

Yang lain-lain

Filman dah bangun tadi. Katanya nak berjogging dengan Aliff. Naj pula masih tidur. Canang Tengku Saida satu persatu.

Hai anak dara awak tu masih tidur Kenapa tak dikejutkan saja dia Tengku Amar membeliakkan matanya.

Biarlah bang, lagipun hari ni kan hari minggu. Biarlah Naj tidur lama sikit. Balas Tengku Saida.

Itulah awak manjakan sangat budak-budak tu. Mana tak naik lemak si Najla tu. Lama kelamaan nanti, diikutnya perangai yang tak semengah, susah awak nanti. Leter Tengku Amar.

Tak adanya Najla macam tu. Saya kenal anak-anak saya lebih dari awak kenal mereka bang. Getus Tengku Saida selamba.

Habis Awak ingat saya ni tak kenal hati budi anak-anak saya Balas Tengku Amar sambil menjegilkan matanya besar-besar. Siapa tak hot bila dia dikenakan isterinya sehingga dua kali dalam satu masa! Nasi goreng yang panas berwap di dalam pinggan sudah tidak berselera di anak tekaknya. Dia bingkas bangun dari kerusi menyebabkan Tengku Saida terpinga-pinga.

Abang nak ke mana tu bang Kan belum makan lagi ni. Jamahlah sikit. Tegur Tengku Saida.

Tengku Amar tidak menjawab. Lelaki itu sekadar memandang kosong makanan di atas meja sebelum beredar menghala ke arah ruang tamu. Kata-kata isterinya langsung tidak diendahkan.

Hai dah tua-tua pun masih merajuk lagi ke Keluh Tengku Saida sambil tersengih sendiri. Dia memandang nasi goreng di pinggan suaminya yang masih belum luak disentuh. Hai nasi goreng, nampaknya tuan kau tak sudi nak menjamah kau hari ni, keluh Tengku Saida separuh berlelucon.

******

Potret lama keluarganya yang terletak di atas meja kerjanya, diambil lalu ditatap. Potret itu potret yang sama menghiasi pelantar almari sudut di ruang tamu. Matanya mencerun meneliti setiap wajah yang tertera di dalam potret tersebut. Gambar itu diambil semasa mereka sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri dua tahun yang lalu.

Jika melihat pada potret tersebut, orang ramai takkan ragu-ragu mengatakan mereka keluarga bahagia. Apatah lagi jika menatap senyuman yang terpamer pada setiap wajah di dalam potret tersebut. Tapi mampukah mereka meneka perasaan hatinya sendiri selaku seorang ayah Hakikatnya semua anak-anaknya ada di dalam potret itu kecuali seorang. Seorang sahaja!

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah yang tidak ada di dalam bingkai potret keluarga Tengku Amar Apa yang berlaku sebenarnya