SUDAH seminggu pencarian kehilangan Linda tidak berhasil. Nurul masih tidak berputus asa. Hampir setiap hari selepas habis waktu kerja, dia dan Anis melilau di sekitar bandar. Setiap malam juga mereka melakukan solat hajat sebagai ikhtiar dan jalan meminta petunjuk dari Allah SWT. Akibatnya, badan Nurul menjadi lemah dan sengal-sengal kerana tidak cukup rehat.
Cik Nurul, ni dokumen yang dah siap. Saya dah simpan dalam fail.
Nurul mengambil kertas yang dihulurkan. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke sofa. Lantas, badannya terbaring lemah.
Cik Nurul tak apa-apa ke Cemas benar suara Sarah.
Nurul mengangguk lemah. Ambilkan saya air suam.
Seharian di pejabat, Nurul tidak mampu melakukan sebarang kerja. Dia hanya terbaring di sofa dan cuba memejamkan mata.
Cik Nurul, sudah pukul lima. Cik Nurul tak balik Sarah menjengah di sebalik pintu.
Tak apa. Awak baliklah dulu, Sarah. Kejap lagi saya balik. Semua pekerja dah balik
Sudah. Kalau begitu, saya balik dulu, Cik Nurul. Kalau ada apa-apa Cik Nurul boleh hubungi nombor saya. Nanti saya pesan pada pengawal di bawah yang Cik Nurul masih belum balik.
Nurul merenung siling. Matanya sakit seperti ada pasir. Segera dia bangun dan membasuh muka. Tekaknya pula terasa pahit.
Macam-macamlah, desisnya.
Bunyi pintu bilik yang terbuka menyentak Nurul yang sedang berada di bilik air. Dia mengintai di celah pintu.
Di sebalik pintu, Nurul melihat seseorang membelakanginya. Dia tidak pasti jantina orang itu kerana orang itu memakai jaket hitam labuh dan topi besar menutupi kepalanya. Dia membongkar almari dan laci meja. Dia juga cuba menghidupkan komputer di atas meja. Lebih kurang 15 minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Nurul cuba mendekatkan telinga untuk mendengar perbualan orang itu. Namun ternyata mengecewakan. Suaranya tidak langsung kedengaran.
Orang itu memeriksa fail-fail yang tersusun kemas di atas rak. Habis dibongkarnya semua fail hingga berselerakan di atas lantai. Lama Nurul memerhatikan tubuh misteri itu namun masih tidak mampu mengenali pemiliknya. Seketika kemudian, selepas pencarian buntu, orang misteri itu meninggalkan pejabat tersebut. Suasana di bilik sepi. Setelah memastikan tiada orang, Nurul segera keluar dan mencapai beg tangannya. Dia menelefon bilik pengawal dan meminta beberapa orang pengawal naik ke bilik.
Sementara menunggu mereka datang, Nurul memeriksa barangan yang hilang. Dia tidak pasti apa yang dicari oleh orang itu.
Ada apa, Cik Nurul Seorang pengawal masuk ke bilik diikuti oleh tiga yang lainnya.
Kenapa ni Ada apa sebenarnya Mereka terkejut melihat keadaan bilik yang berselerak.
Ada orang yang pecah masuk ke bilik saya. Saya nak tahu, ada sesiapa yang masuk ke pejabat tak selepas habis waktu kerja Soal Nurul meminta kepastian.
Tak ada, Cik Nurul. Semua pekerja dah balik. Pukul 5.30 semua pejabat dah dikunci. Kecuali pejabat Cik Nurul saja. Sebab tadi setiausaha Cik Nurul dah maklumkan yang cik masih ada di bilik.
Kamu pasti
Ya, saya pasti. Kalau ada pelawat saya pasti tak benarkan dia masuk kerana waktu pejabat dah habis. Senarai nama pekerja pun saya dah tanda. Semuanya sudah balik.
Jadi, macam mana dia boleh masuk ke mari
Kami pun tak pasti, Cik Nurul. Saya rasa kita perlu tengok cctv. Melalui cctv, kita boleh tahu dia masuk lalu mana dan siapa dia, usul pengawal itu disertai anggukan dari pengawal yang lain.
Baiklah. Saya nak balik dulu. Awak periksa cctv yang ada di bangunan ni. Esok, saya akan bawa pegawai polis untuk tengok cctv tu, arah Nurul.
Ketiga-tiga pengawal keselamatan itu hanya mengangguk.
Saya nak ke balai polis sekarang. Tolong pastikan semua jalan masuk ke pejabat dikunci. Lagi satu, periksa tangga kecemasan. Mungkin dia guna saluran tu.
Lebih kurang lewat petang, Nurul sampai di Bukit Aman. Namun Inspektor Hassan tiada kerana keluar daerah. Nurul meninggalkan pesanan kepada kakitangan di situ.
BUNYI hon kereta di depan rumah mengejutkan Nurul. Kedengaran derap langkah kaki Anis menuju ke biliknya.
Kak, Inspektor Hassan ada kat luar. Dia tunggu akak.
Dia tak cakap pun nak datang, keluh Nurul.
Akak pergi dulu.
Tuan, apa mimpi datang awal ni Kata staf, inspektor keluar daerah, soal Nurul setelah memasuki kereta Inspektor Hassan.
Memanglah. Saya dah pergi lima hari. Semalam balik. Lepas staf saya maklumkan apa yang berlaku di pejabat awak, saya jadi tak sedap hati. Saya rasalah, kes kehilangan Linda ada kaitan dengan Khairul juga. Tentu orang yang sama melakukannya.
Maksud, tuan
Khairul dan Linda tu kan adik-beradik. Orang yang menikam Khairul tu adalah orang yang Khairul kenal. Tentu orang tu mengenali salasilah keluarga Khairul. Kita kena tahu motif sebenar mengapa Khairul ditikam dan apa kaitannya dengan Linda. Awak tahu siapa saudara mara Khairul
Setakat ni yang saya kenal Pak Long dan Mak Long Khairul saja. Dia kakak pada arwah ibu Khairul. Mereka dah berumur. Tak mungkin mereka yang melakukannya kerana mereka tak tahu di mana rumah Khairul dan tak mengetahui langsung tentang wasiat harta peninggalan keluarga Khairul. Mereka hanya orang kampung yang tak tau apa-apa.
Sarjan Hassan mengangguk. Mukanya keli hatan tegang. Sesekali kedengaran deruan nafasnya.
Sampai di pejabat, Nurul meminta Sarah memanggil beberapa orang pengawal. Dia membiarkan Inspektor Hassan memeriksa keadaan di pejabat itu. Kelihatan beberapa orang staf saling berbisik apabila melihat seorang pegawai polis berjalan-jalan di pejabat.
Cik Nurul.
Nurul menoleh apabila namanya dipanggil. Okey, awak semua duduk, pelawanya. Pengawal-pengawal bangunan itu duduk di sofa berhampiran dengan mereka.
Nurul menunggu kedatangan Inspektor Hassan. Lima minit kemudian, Inspektor Hassan kembali ke biliknya.
Nurul... saya tak menemui sesuatu yang mencurigakan. Tiada pintu yang diumpil. Tingkap pun dikunci. Tidak ada tanda yang menunjukkan berlaku pecah masuk kecuali bilik awak yang bersepah.
Susahlah macam ni, tuan, keluh Nurul.
Ini saya kenalkan pengawal yang bertugas masa kejadian semalam. Nurul memperkenalkan mereka kepada Inspektor Hassan. Wajah mereka tenang dan tidak memperlihatkan riak bersalah.
Berapa orang pengawal yang bertugas semalam soalnya.
Ada tiga orang, tuan.
Bagaimana dengan jadual kerja
Saya ditugaskan untuk menjaga pondok pengawal pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Selepas rehat, saya jaga di dalam bangunan pula hingga pukul 5.30 petang, kata pengawal yang pertama.
Saya pula jaga di dalam bangunan pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dan sambung kerja di pondok pengawal hingga pukul 5.30 petang, kata pengawal yang ke dua pula.
Saya berada di kawasan bangunan ini dari pukul 8.30 hingga 12.00. Kemudian rehat dan sambung kerja di tempat yang sama, jawab pengawal yang ketiga.
Baiklah, saya nak tengok cctv tu sekarang. Bagaimana Nurul Inspektor Hassan memandangnya meminta kepastian.
Ya, saya juga. Kita ke bilik video sekarang.
Mereka bergerak menuju ke bilik video di tingkat dua. Mata-mata staf tidak bergerak me lihat pergerakan mereka. Nurul hanya membiarkan keadaan itu berlalu begitu sahaja. Dia tidak mahu ada desas-desus mahupun khabar angin jika mereka mengetahui perkara yang terjadi. Mungkin, apabila kes ini selesai baru Nurul bersedia untuk berhadapan dengan mereka. Nurul dan rombongannya memasuki bilik kecil yang menempatkan rakaman cctv dan video-video lama.
Ini dia, Cik Nurul, seorang pengawal menyerahkan kepada Nurul rakaman cctv semalam.
Dia pula menyerahkan kembali rakaman itu kepadanya. Pengawal itu memainkan rakaman itu.
Cuba cepatkan, gesa Inspektor Hassan bila melihat tiada perkara yang mencurigakan.
Saya kira kita tengok pukul dua ke atas, cadang Nurul.
Di mana semua pekerja Soal Inspektor Hassan bila melihat suasana pejabat sunyi.
Oh, ini waktu minum petang. Kebiasaannya, lepas minum mereka solat di surau tingkat tiga. Pukul 4.40 baru masuk kerja, terang Nurul.
Nanti! Inspektor Hassan berteriak. Perlahankan rakaman.... Inspektor Hassan menunjukkan sesuatu dengan tangannya.
Siapa ni Staf di sini ke
Nurul memerhati dengan tepat arah yang dikatakan oleh Inspektor Hassan.
Entahlah. Tak nampak muka. Dia macam tahu-tahu saja cctv diletakkan di mana. Semua pergerakannya membelakangkan cctv. Nurul sema kin gusar.
Awak tahu siapa dia gadis itu menyoal pengawal.
Tak, semalam saya tak nampak pun ada pekerja yang pakai baju serba hitam, Cik Nurul.
Habis, bagaimana ni Inspektor
Kita tak dapat nak pastikan siapa orang ini. Nampak jelas, dia tahu selok-belok pejabat ini. Saya akan simpan rakaman cctv ini untuk rujukan. Tentang bilik Cik Nurul tu, saya pasti dia mencari sesuatu. Cuma kita tak dapat nak kesan barang yang dia cari. Malah, cap jari pun tak ada. Mungkin dia pakai sarung tangan.
Nurul, berhati-hatilah, Inspektor Hassan menasihati Nurul lalu beredar.