Complete Me - 39
Bab 39

BUNYIAN loceng tanpa henti merimaskan Airish. Tidak puas-puas hidungnya mengeluarkan hembusan nafas hangat di situ sambil bibirnya kuat menyumpah seranah itu dan ini. Iyalah, siapa yang tidak marah kalau loceng di rumahnya tidak henti-henti berbunyi, di malam hari pulak tu. Entah apa perkara yang mustahak sangat pun dia tidak tahu.

Dia tidak punya pilihan selain membukakan pintu kalau tidak tak boleh tidur dia dengan gayanya begini. Laju langkahnya menapak ke arah pintu rumah. Tidak mahu lagi mendengar bunyi loceng seterusnya dari situ.

Aku penat betullah. Muak tengok muka kau ni, kau tahu.

Mana Fiqa soal Rayhan pantas.

Huh Airish tersentak.

Fiqa ada kat dalam

Airish mendiamkan diri sahaja. Tidak berniat mahu membuka mulutnya. Matanya setia memanah pada anak mata Rayhan. Rayhan mengetap bibirnya. Membazirkan masanya sahaja mahu berbicara dengan lelaki ini.

Aku tanya kau baik-baik ni, mana Fiqa Aku nak jumpa dia.

Rapat. Kancingan gigi antara gigi Rayhan sudah tidak kelihatan ruang antaranya.

Fiqa! laung Rayhan kuat.

Airish tergelak sinis.

Rayhan menarik nafas panjang sebelum menghembusnya dengan nada yang kuat. Sudah puas ditolak, sudah puas dinafi namun jawapannya tetap sama. Hati dan perasaannya sudah ditoreh dengan pisau yang tajam dengan nama Afiqa. Sudah tidak mampu dipadamkan.

Ah, aku mengantuk. Aku masuk dulu. Selamat malam, bro! laju pintu itu dihempaskan Airish kasar sebelum tangannya mengunci terus pintu itu serapat mungkin.

Tubuhnya disandarkan pada pintu tersebut. Dadanya masih belum surut lagi dengan buaian yang meresahkan jiwanya. Matanya merenung sekeliling rumahnya. Seketika keluhan kecil terbit di bibirnya.

Afiqa!

HARI bermakan hari, minggu bermakan minggu dan bulan bermakan bulan. Airish masih di sini. Kesepian menggamit diri, tiada sesiapa di sisi. Hanya bertemankan naluri sendiri, untuk menghilangkan segala mimpi. Sungguh hari-hari berlalu semakin menggamit memorinya. Memori bersama Afiqa. Mimpi indah yang disulami dengan detik pertemuan yang sangat menyentuh jiwa. Meleraikan duka mencipta satu rahsia. Satu rahsia di mana hanya dirinya yang tahu.

Kau memang tak guna! sergah Katrina.

Terkejut dirinya apabila Katrina muncul di tempat kerjanya dengan muka yang merah menyala. Semestinya menarik perhatian seisi produksi yang ada di situ. Meskipun mereka berada di tempat yang agak tersorok dari pandangan sekeliling namun telinga-telinga manusia ada yang panjang jarak pendengarannya. Maklumlah, itulah fitrah manusia kini.

Apa yang kau cuba nak sampaikan ni

Membulat mata Katrina. Beg tangannya dibuka sebelum tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Sempat, tangan itu menari-nari di situ, mencari sesuatu sebelum akhirnya telefon itu dihadapkan tepat di hadapan Airish.

Airish mengecilkan matanya, memerhatikan artikel

yang ditunjukkan Katrina. Matanya membulat tiba-tiba. Fotonya bersama dengan Dhia sewaktu menyambut hari jadinya terpampang di situ.

KASIH LAMA BERTAUT KEMBALI - NORA AFIQA DIMADUKAN

Itu tajuk utamanya. Mata Airish tidak berkelip memandang foto itu. Ya, dia pasti itu adalah foto-foto miliknya bersama dengan Dhia. Tidak dinafikan semua itu. Seketika, kepala Airish menggeleng.

Look, Rina. Its just...

Just a rumours pintas Katrina dengan kening sebelah kanannya terangkat.

Airish terdiam apabila pintasan kata-kata Katrina itu mengenai sasaran. Perempuan itu tersenyum mengejek sebelum tangannya seperti sedang scroll artikel tersebut ke bawah.

So, what is this sekali lagi, telefonnya dihalakan di hadapan Airish.

Ya, saya mengaku secara rasminya dia adalah teman lelaki saya. Well, tentang perkahwin itu semua, saya tak mampu nak katakan apa-apa lagi. Iyalah, saya percaya di mana kita berada sekalipun kalau dah jodoh tu tak ke mana, kan So, bila dah sampai serunya saya akan beritahulah kemudian. DHIA ANNA

Airish kaku. Tidak percaya itu kenyataan daripada Dhia. Matanya bagaikan tidak puas membaca artikel itu. Bukan kerana dia tertarik mahupun teruja cuma dia terkejut dan tidak menyangka ini reaksi Dhia.

Airish, aku betul-betul tak sangka macam ni tau. Kau kahwin dengan Fiqa, tak sampai satu tahun. Tup tup, keluar news yang kau akan kahwin dengan Dhia pulak. Apa ni Kau langsung tak rasa nak jaga maruah Fiqa, ke Di mana dia berada nanti, pasti semua orang akan pandang serong pada dia.

Airish kehilangan kata-kata. Kata-kata, Katrina begitu tajam bagaikan belati yang membelah jantungnya. Setiap patah kata-kata Katrina itu semuanya tepat. Tiada salahnya. Ingin diakuinya pada Katrina akan kesalahannya tapi ego lebih mengatasi segala-galanya tatkala ingatannya diterjah sesuatu.

Apa aku kisah. Buat apa aku nak jaga maruah orang, kalau dia sendiri tak jaga maruah dia. Kau ingat dengan tindakan dia tinggalkan aku, orang tak pandang dia serong Kau tak rasa ke dengan perbuatan dia yang tinggalkan aku macam tu, buatkan orang ramai rasa yang sebenarnya perbuatan Fiqalah buatkan aku nekad untuk kahwin lain

Katrina menggeleng.

Kau memang bodohlah, Airish. Buat apa bini nak duduk dengan laki dia kalau dia tahu yang laki dia ada affair dengan orang lain, marah Katrina.

Kau dengan Rayhan sama aje. Dua-dua tak pernah menghargai Fiqa. Sia-sia je Fiqa mencintai korang berdua.

Airish tergamam. Kepalanya diangkat menerjah pada pandangan Katrina.

Bezanya cuma, cinta Fiqa masih untuk kau.

Fiqa cintakan aku

Weh!

Airish tersentak dengan petikan jari dari Aidil. Kepalanya menunduk sebelum menghembuskan nafas kecilnya. Ingatan pada insiden seminggu selepas hari jadinya seakan melambai kembali padanya untuk diulang kembali. Keluhan kecil terbit dari bibirnya. Tangannya melurut rambutnya ke belakang.

Kau kenapa tanya Aidil setelah melihat lama lelaki itu termenung jauh ke hadapan. Entah apa yang dimimpikannya.

Antara Dhia dengan Afiqa, mana satu kau pilih.

Apa punya soalan yang kau tanya aku ni

Aidil menyoal kembali disusuli dengan tawa kecilnya. Tapi, tawanya mati apabila melihat wajah keruh Airish. Kepalanya turut menunduk sambil memegang bahu rakannya.

Kau kenapa Kau dah pun bertunang dengan Dhia, kau baru nak tanya soalan ni Kenapa kau tak tanya lagi sebelum kau tunang dengan Dhia dulu Sekarang, bila dah jadi macam ni baru kau nak fikir bebel Aidil bersahaja.

Aku cuba lupakan tapi tak boleh. Aku cuba lukakan,

tapi tak berdarah. Aku cuba padamkan tapi makin kuat dia menyala. Aku cuba hilangkan, tapi dia datang balik.

Aidil mengangkat keningnya.

Apa tu

Perasaan aku, mendatar suara Airish. Lurus pandangannya ditunjuk ke hadapan.

Perasaan kau pada siapa agak serba salah ingin disoal Aidil pada Airish. Bimbang akan merumitkan lagi fikiran lelaki itu.

Fiqa.

Aidil agak terkejut.

Apa Habis tu, Dhia soal Aidil laju.

Aku tahu. Aku tak mintak pun perasaan tu datang pada aku. Apa yang aku tahu, perasaan aku kosong sekarang ni.

Kosong dengan ketiadaan Afiqa. Sambung Airish di dalam hatinya. Malu untuk menyuarakannya secara berdepan empat mata begini dengan Aidil.

Aku tak tahu pun selama ni Fiqa cintakan aku.

Bukannya kau tak tahu, Airish. Cuma kau lambat nak tahu. Hati perempuan susah kita nak faham. Setiap patah mereka bercakap pasti ada lapisannya. Itu perempuan.

Apa patut aku nak buat sekarang ni Airish buntu. Fikirannya jelas kusut dengan perkara yang sedia ada.

Kau hanya ada dua perkara aje sekarang ni. Sama

ada kau putuskan pertunangan kau dengan Dhia dan cari Fiqa, ataupun kau teruskan pertunangan kau dengan Dhia.

Airish terdiam.

Kalau aku putuskan.

Masalah besar akan berlaku. Papa kau, keluarga Dhia dan yang pastinya semuanya akan terkena tempiasnya.

Silap besar kerjaya kau pun mungkin akan hancur nanti.

Airish terdiam. Fikiran antara dua jelas menyesakkan dadanya. Ada perasaan yang dipendam dan ada azam yang perlu dilaksanakan. Dia buntu untuk memilih mana satu.

Rasa menyesal kerana tidak membantah ketika papanya mengadakan pengumuman untuk majlis pertunangannya bersama Dhia. Kini, seluruh Malaysia sudah ketahui hubungannya dengan Dhia Anna.

Bagaimanakah keadaan Afiqa ketika ini Adakah dia sedang dicemuh orang sekeliling sama seperti apa yang diperkatakan Katrina Airish lama termenung sendiri. Sehinggalah tiba-tiba, kerusi yang didudukinya terbalik ke sebelah kiri. Aidil tegak berdiri. Airish mengangkat pandangannya ke atas. Mencerlung tajam pada orang yang menyergahnya begitu.

Akalnya merengus. Melihat wajah bengis Rayhan sudah dapat mengangak akan tujuan lelaki itu datang padanya. Segera, Airish berdiri. Pandangannya langsung tidak dilarikan walau sesaat dari merenung Rayhan tajam.

Lelaki itu kemas mengepal segengam penumbuknya.

Kau memang setan, Airish!

Satu penumbuk melekat di pipi Airish. Terasa kebas pipinya. Tidak cukup dengan itu, kolar baju Airish ditarik Rayhan lalu beberapa kali dilepaskan penumbuknya di situ. Airish mencuba untuk mempertahankan diri, tetapi setelah berkali-kali penumbuk mengenai dirinya terasa dirinya cukup lemah. Dia terbaring lesu di atas rumput tersebut.

Rayhan masih belum berpuas hati. Penumbuknya naik sekali lagi di udara ingin didaratkan di atas pipi lelaki durjana ini sekali lagi tapi tangannya kuat digengam dari belakang. Pantas, Rayhan berpusing ke belakang. Memanah tajam pada wajah Aidil. Kau dah gila Kau nak bunuh orang ke

Rayhan merengus kasar.

Aku dah cakap pada kau, jangan kau sakitkan hati dia! Kenapa kau pekak sangat nak dengar cakap aku! tengking Rayhan. Rahangnya bergerak dari atas dan ke bawah. Masih belum surut kemarahannya.

Kenapa aku perlu nak dengar cakap kau. Kau pun dah buat benda sama pada Fiqa.

Rayhan menghembuskan nafasnya. Kuat bunyinya bersama cekakan di pinggang. Matanya memerhati sekeliling. Tidak mahu memandang Airish, jika tidak rasa marahnya pasti akan meluap-luap tinggi.

Baik. Sekarang kita dah seri! Aku akan dapatkan Fiqa balik.

Airish tergelak sinis. Badannya dikerahkan tenaganya sekeras mungkin untuk berdiri. Terasa tidak kuat dirinya ingin berdiri.

Memang kita seri, tapi peluang untuk aku lebih cerah. Aku takkan lepaskan dia!

Kenapa

Sebab Fiqa cintakan aku, yakin Airish melontarkan ayat itu.

Huh, jangan kau yakin sangat. Aku bersumpah depan kau. Aku akan dapatkan Fiqa, walau apa cara sekalipun. Takkan ada lagi orang boleh halang aku. Termasuk kau! Kau ingat tu!

Airish terkedu melihat wajah penuh keazaman Rayhan. Tapi, itu langsung tidak menakutkannya sebaliknya dirinya terasa tercabar pula.

Jangan kau harap Fiqa akan balik pada kau. Selagi Fiqa masih isteri aku, selagi tulah kau memang takkan ada peluang.

Bicara Airish mendatar. Pandangannya lurus ke hadapan, memanah pada anak mata Rayhan.

Kita tengok nanti, dengan kata-kata itu Rayhan terus meninggalkan Airish.

Kau okey tanya Aidil seraya mendekatkan dirinya dengan tubuh Airish.

Kau tahu, Fiqa ada dekat mana

Aidil terdiam. Kenapa ni Kau nak cari Fiqa ke

Aku tak ada banyak masa. Sekarang, kau bagitahu aku. Kau tahu Fiqa ada dekat mana

Aidil menggeleng.

Airish spontan mengeluh hampa.

Tapi, aku tahu macam mana nak cari dia.