PELACUR KELAS PERTAMA - 4
malam tadi, kita berdansa sekali lagi,

berdansa sampai pagi,

sekali lagi, kau jadi pencuri hati, hati ku kau bawa lari,

tapi kita tetap menari, pagi ini,

aku terjaga lagi,

dan sekali lagi,

semuanya hanya mimpi, kau telah lama pergi

menyambut seruan Illahi.

Sudah sebulan Azam meninggal dunia dan sudah sebulan juga Azam datang di dalam mimpi-mimpinya. Shuhada semakin bahagia di alamnya sendiri bersama bayangan lelaki kesayangan iaitu Azam.

Wajahnya masih memandang ke arah jalan raya yang sunyi tidak berkereta. Di kepalanya masih segar akan bayangan Azam seakan-akan sedang menari bersamanya di dalam mimpi semalam, kemudian Shuhada berjalan masuk ke dalam rumah.

Dia duduk di celahan baju yang telah diangkat petang semalam, satu per satu baju dilipat oleh Shuhada dengan kemas, sesekali wajahnya mengukir senyuman. Senyuman yang sudah lama tidak menghiasi wajahnya. Senyuman yang akan hanya terpancar apabila bersama Azam.

Shuhada yang sedang enak berada di dalam lamunan tiba-tiba terasa mual, dia bergegas lari ke tandas dan muntah. Badannya lemah.

Aku makan apa sampai muntah-muntah ni dirinya mengeluh.

Cepat-cepat dicapai selendang jarang di sebalik baju yang baru diangkat lantas keluar ke rumah jiran sebelah.

Assalamualaikum, Farihah. Ohhh Farihah

Beberapa minit kemudian pintu rumah terbuka. Fariha muncul dari belakang pintu dengan memakai skirt hitam paras lutut dan berbaju kemeja merah. Shuhada dapat mengagak bahawa Fariha sedang bersiap untuk pergi bekerja. Fariha merupakan seorang eksekutif pemasaran. Pemakaiannya haruslah mengikut arus fesyen, jika tidak, pasti beliau tidak akan mendapat apa-apa jualan. Jadi tidak hairan pemakaiannya selalu menjolok mata, jika tidak mustahil untuk perempuan seperti Fariha boleh membeli rumah dan kereta di tengah bandar metropolitan.

Kenapa Shuhada Pagi-pagi buta melolong ni kata Fariha sambil menyikat rambutnya menggunakan tangan.

Aku rasa lain macam lah, boleh tolong bawa aku ke klinik

Sekarang dah jam 8.30 pagi..

Fariha berfikir sejenak.

Okay. Tunggu aku ambil kunci kereta.

---

Sampai sahaja di klinik, Shuhada menanti saat namanya dipanggil. Hatinya berdebardebar. Kuku jarinya digigit seperti anak kecil. Fariha tergelak melihat gelagat Shuhada.

Nur Shuhada panggil seorang jururawat sambil membuka pintu ruang doktor.

Shuhada bingkas bangun dari duduk dan masuk bertemu doktor.

Selesai bertemu doktor, Shuhada meminta Fariha untuk menghantarnya pulang dengan cepat. Kepala Shuhada masih sakit.

Tekaknya juga terasa mual. Fariha hanya mengikut sahaja kemahuan Shuhada.

Kau kena jaga kesihatan Shuhada. Baby dalam perut tu kena jaga. Bagitahu Ustaz Alias jangan asyik meminta kata Fariha sambil bergurau nakal.

Shuhada hanya tersenyum tawar. Dia masih berkira-kira adakah dia patut berasa gembira atau terus bersedih dengan berita yang baru sahaja dia ketahui itu.

Kandungannya kini berusia tujuh minggu.

Hari ni Abang Alias balik

Kata Shuhada ringkas, tanpa ditanya.

Kau tahu Shuhada, kau sangat beruntung dapat bersuamikan Ustaz Alias. Dah la ustaz muda yang berjaya, penyayang pulak tu.

Mana kau tahu Abang tu penyayang orangnya tanya Shuhada bernada ingin menyindir.

Eh, di televisyen lah, ustaz kata kunci utama dalam hubungan adalah memahami satu sama lain. Dia sendiri kata selalu sahaja kau merajuk dan dialah yang akan jadi penawar kau. Korang ni sweet sangat tau. celoteh Fariha panjang.

Shuhada hanya senyum tawar. Wajahnya dipalingkan ke tingkap sisi. Dia memandang pemandangan di luar dengan wajah keliru. Fariha hanya diam, dibiarkan jirannya itu menggelamun.

Jika bayi ini akan memberikan aku kebahagiaan, kau selamatkanlah dia ya Allah. Jika dia akan menerima nasib sepertiku, kau buanglah dia dari rahimku. Anak ini tidak layak merasai kesengsaraan seperti mana aku lalui ya Allah. Aku rayu supaya kau berlaku adil kepada bayi di dalam kandungan ini.

Shuhada berdoa sambil memejamkan matanya. Air matanya mengalir membasahi pipi gebu miliknya.

Adakah itu tangisan kebahagiaan seorang isteri yang sedang membawa benih cinta daripada seorang suami Atau tangisan itu sebenarnya tangisan kesengsaraan dia sebagai seorang perempuan

Fikiran Fariha bingung. Pelbagai soalan berlegar di fikirannya apabila melihat Shuhada yang sedang menangis.

Sampai sahaja di rumah, Shuhada terus melulu masuk ke rumah Fariha hanya memerhati tingkah laku jirannya itu yang terus masuk ke rumah. Apabila bayangan Shuhada hilang dari pandangan, Fariha terus beredar.

Shuhada yang berada di dalam rumah sedang meluru menuju ke bilik solat. Dia melakukan solat dhuha dan kemudian surah Yaasin menjadi peneman di dalam hati. Shuhada tidak berhenti berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik untuk anak di dalam kandungannya itu.

Apabila petang mulai mendatang, Shuhada terdengar suara Alias memanggil-manggil namanya.

Shuhada. Oh Shuhada! Abang balik ni, jerit Alias di ruang tamu. Dia berjalan menuju ke arah sofa ruang tamu yang menghiasi ruangan di ruang tamu.

---

Sementara Shuhada yang berada di bilik solat terus menutup surah Yaasin yang dibaca kemudian sejadah dilipat kemas, dia belum mampu untuk berfikir secara waras lagi, di fikirannya masih risau jika kelewatan menyambut suami bakal menjadi kesalahan besar dan kemungkinan besar dia bakal dihukum dengan teruk oleh Alias. Dalam keadaan terburu-buru, dia bergegas menuju ruang tamu untuk mendapatkan suaminya. Tangan Alias dicium lembut. Wajah suaminya diusap dengan lembut. Entah sayang atau pura-pura dia sendiri masih keliru. Namun dia yakin , selagi dia bergelar isteri selagi itulah dia wajib memberi kebahagiaan kepada suaminya.

Rindu tanya Alias sambil merangkul pinggang isterinya. Telekung Shuhada dibukanya perlahan-lahan kemudian diletakkan di tepinya. Dahi Shuhada dicium beberapa kali. Shuhada memeluk suaminya sambil menganggukkan kepala.

Rindu abang ke rindu adik abang tanya Alias lagi. Wajah Shuhada dipegangnya lembut, diusap beberapa kali. Ciuman lembut dia berikan, butang baju Shuhada dibuka satu persatu.

Abang bisik Shuhada ke telinga Alias

Ya sayang, Alias menjawab sambil mengucup lembut leher isterinya.

Saya mengandung..

Alias terdiam. Perlakuannya terhenti. Matanya mula merah. Shuhada dapat lihat air mata kegembiraan di mata suaminya.

Terima kasih Shuhada. Abang dah lama tunggu ni.

Kata Alias sambil mencium dada isterinya. Kemudian turun ke perut. Shuhada kemudian diangkatnya menuju ke kamar beradu. Shuhada akur.

Apapun yang jadi kau tetap suami aku, dan aku tetap pelacur simpanan kau kan syaitan bisik Shuhada di dalam hati sambil memandang wajah Alias yang sedang mendukung dirinya.

Sampai sahaja di bilik tidur, Alias membaringkan Shuhada di atas katil, dia mengusap-usap perut Shuhada. Sesekali Alias akan mencium perut isterinya.

Ini tak boleh sentuh, kata alias sambil mengusap kemaluan Shuhada. Shuhada senyum.

Tahu blow job tanya Alias.

Shuhada hanya mengangguk, sambil mengusap-usap kepala suaminya yang sudah berada di kangkangan. Turun-naik nafas Shuhada menahan gelora. Tiba-tiba Alias berhenti. Dipandangnya wajah Shuhada dalam-dalam.

Buat dengan siapa dulu tanya Alias sambil memandang wajah Shuhada yang sedang baring.

Tak pentinglah bang, yang penting saya sekarang milik abang kan kata Shuhada lembut sambil menarik lembut leher suaminya, dicium lembut bibir milik suaminya itu.

Puaskan aku, kata Alias sambil mengangkat Shuhada yang kini berada di atas badannya.

Kalau tidak, kau tahukan akibatnya

Shuhada akur. Mereka bersama sekali lagi. Kebahagiaan milik Alias manakala kesengsaraan terus bersama Shuhada.

Kamu memang pelacur kelas pertama sayang kata Alias sambil memeluk Shuhada yang sudah terbaring di atas badannya.

Mereka sudah terlalu penat beraksi di ranjang.

Alias meminta Shuhada untuk memuaskan kehendaknya hampir tiga kali tanpa sedikit pun Alias memikirkan keadaan Shuhada yang sedang tidak stabil kesihatannya. Shuhada gagahkan diri, melayan kehendak suami, kerana takut akan disakiti.

Asal abang bahagia, kata Shuhada sambil mencium pipi suaminya, diusap perlahanlahan dan akhirnya mereka berdua hanyut dibuai mimpi.

---

Hari ini merupakan hari kedua Alias di Malaysia setelah sebulan berada di negara jiran. Sebagai pendakwah bebas yang semakin melonjak naik, dirinya sering mendapat jemputan ke negara luar untuk diskusi dan ceramah bersama ulama-ulama besar.

Rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun hari ini awal pagi Alias telah pergi ke pejabatnya untuk menguruskan kerja-kerja yang tertangguh sepanjang ketiadaannya.

---

Alias sedang duduk di meja pejabat sambil memerhati luar tingkap. Entah apa yang mengganggu fikirannya membuatkan hatinya tidak tenang. Lantas dia berjalan perlahanlahan menuju ke arah tingkap, Pemandangan dari luar jendela dia tenung dengan fikiran kosong tanpa jawapan.

Ya Allah, apakah yang menggganggu hatiku ini sebenarnya ya Allah bisik Alias sambil mengeluh.

Tingkap kaca di hadapannya itu diketuk menggunakan kuku jari telunjuknya beberapa kali. Kemudian sekali lagi dia mengeluh dan berjalan ke mejanya semula, matanya dipejamkan erat. Diletakkan telapak tangannya di dada kemudian dia beristighfar dan membaca al-Fatihah beberapa kali dan tiba-tiba dia teringat akan seorang pelacur yang digelarnya adik. Cepat-cepat dia capai kunci kereta dan bergegas pergi ke Chow Kit.

Adik berumur 17 tahun. Dia dijual oleh pakciknya ketika berusia 14 tahun, seawal umur 14 tahun mahkotanya telah dirampas. Wajah adik sangat cantik. Kecantikan mata adik mampu menenangkan hati semua yang melihat. Senyuman adik mampu menawan hati setiap lelaki. Maka, tidak hairanlah jika bilik Adik sentiasa penuh malah setiap malam lelaki dan perempuan yang dahagakan badan Adik sanggup beratur panjang hanya untuk mendapat layanannya.

Alias mengenali Adik semasa dia membuat program mendekati pelacur untuk dakwah dan ternyata tuhan ketemukan Alias dengan Adik atas sebab tersendiri.

Dulu setiap layanan yang saya berikan pada mereka yang keghairahan ditemani dengan air mata, namun kini saya sudah tidak mampu menangis Ustaz, saya mula redha dengan nasib yang menimpa kata adik dua tahun lepas masih segar di ingatan Alias.

---

Akhirnya Alias sampai ke destinasi yang ingin dituju. Bilik adik. Laluan untuk masuk ke tempat tersebut kotor dan sempit. Setiap bilik disediakan tong hitam yang semuanya dipenuhi kondom. Alias pernah melanggan adik semalaman tapi bukan untuk dilayan. Langganan itu dijadikan masa berbual mereka sehingga pagi. Adik sangat berminat untuk mendalami Islam walaupun dirinya seorang pelacur. Di bilik kotor yang dipenuhi debu maksiat itulah tempat adik menunaikan solat.

Adik pernah memberitahu hasratnya untuk lari dari tempat tersebut, namun hanya mati sahaja bisa memisahkan dia dengan pekerjaan tersebut. Alias meminta Adik untuk bersabar. Alias juga berjanji akan membawa Adik keluar dari tempat tersebut apabila tiba masanya nanti.

Hari ini, Alias tekad untuk menunaikan janjinya setelah hampir setahun tidak berjumpa. Alias menggagahkan diri pergi ke bilik tempat tinggal adik, tombol pintu cuba dibuka namun berkunci.

Mungkin adik sedang melayan bisik Alias dalam hati.

Dia keluarkan rokok dari poket seluar lantas dihisapnya sehingga habis namun Adik masih tidak keluar. Setelah beberapa lama, Alias berjalan ke pintu bilik hadapan. Diketuk beberapa kali daun pintu.

Ya, abang nak servis ke Eh Ustaz Alias kan kata seorang perempuan lewat 20-an sambil membetulkan tuala kembannya.

Ya saya. Adik mana ya

Adik

Suasana sunyi. Perempuan tersebut bernama Ema. Ema meminta Alias untuk menunggu di bawah. Katanya ada perkara ingin disampaikan. Ema menutup pintunya semula. Alias, terus berlalu turun ke tingkat bawah.

Sekali lagi rokok dinyalakan sambil bersandar pada dinding. Hampir setengah jam menanti, Alias membuka telefon pintarnya, tertera masa menunjukkan sudah jam sebelas malam.

Berjam-jam aku tunggu, si Adik tak nampak lagi. Hish! Dah susah nak jumpa pulak sekarang

Alias mengeluh sendirian. Rokok di tangan dilepaskan ke lantai kemudian dipijak sehingga mati apinya manakala asap di mulut dilepaskan sedikit demi sedikit. Puas.

Assalamualaikum Ustaz

Alias memalingkan kepalanya ke tanggga dilihat Ema sudah lengkap berpakaian dan membawa beg kertas. Alias berkerut.

Apa semua ini tanya Alias di dalam hati

Waalaikumsalam, jawab Alias kemudian seorang lelaki melintasi mereka sambil mencium pipi Ema. Selepas lelaki tersebut berlalu pergi, Ema mengajak Alias untuk pergi ke restoran berdekatan. Pilihan Alias pastinya restoran Selangor Mansion. Sesampai di sana, mereka memesan roti telur tampal dan air teh tarik.

Sebenarnya, tentang Adik. Saya nak

beritahu Ustaz yang Adik dah tak ada.

Kata-kata Ema menyebabkan sudu di tangan Alias terjatuh ke lantai. Hatinya hancur. Katakata tersebut umpama satu tamparan hebat buat dirinya.

Adik adalah perempuan suci yang telah menjadi mangsa hamba abdi gelora manusia yang dahagakan layanan perempuan muda dan cantik seperti adik.

Dia ke mana tanya Alias tenang dan cuba untuk berfikiran positif atas segalanya.

Dia dah meninggal dunia.

Air mata Ema tanpa sedar turun setitik demi setitik.

Alias beristighfar panjang, dadanya diurut beberapa kali. Sebak yang dia rasai hanya Tuhan sahaja tahu.

Sakit apa soal Alias ringkas.

Ustaz, hamba seks seperti kami ni tiada jaminan untuk selamat Ustaz. HIV sentiasa menanti. Dan itulah punca Adik pergi dan sebenarnya sudah enam bulan. Sepanjang dia sakit, dia selalu beritahu kami untuk rahsiakan hal ini pada Ustaz, dia tak mahu Ustaz sedih,

Suara Ema mula tersekat-sekat, air matanya masih mengalir deras.

Alias mula menangis.

Ya Allah maafkan aku ya Allah, aku gagal.

Aku lemah. Aku tidak berjaya menyelamatkan seorang anak suci daripada terus berada dalam lembah penghinaan

Hati Alias terus berdoa semoga Allah memaafkan dosanya.

Ustaz, ini pemberian Adik. Dia minta saya berikan pada ustaz

Beg kertas yang dipegang Ema itu dihulurkan kepada Alias. Sebak di dada Alias semakin meninggi.

Dia terlihat sepasang telekung, tudung, sejadah, iqra dan sampul surat di dalam beg tersebut. Lantas di ambilnya sampul surat , terdapat enam helai RM50 dan sekeping surat. Alias menggagahkan diri membaca surat tersebut.

Assalamualaikum Ustaz Alias,

Apabila surat ini sampai kepada Ustaz, mungkin saya tidak lagi berada bersama Ustaz untuk menghirup udara yang sama, walaupun saya sudah tidak punya impian untuk keluar dari dunia pelacuran namun, Allah telah makbulkan doa saya. Dia bawa saya ke dunia yang lebih tenang, saya redha asal ketenangan ini mampu buat saya berhenti menjadi keji. Saya minta maaf atas setiap kesilapan yang telah saya lakukan kepada Ustaz. Terima kasih ya ustaz kerana sudi mengajarkan saya solat. Alhamdulillah saya tenang bila solat dan setiap kali saya solat saya selalu berdoa agar Ustaz dianugerahkan dengan teman hidup yang tabah, cekal dan baik akhlaknya. Betul kata Ustaz. Allah sayangkan hambanya yang suka bertaubat, untuk pengetahuan Ustaz sekarang saya sudah mula pandai baca iqra tapi saya masih tak pandai baca Quran dan mungkin saya tidak sempat untuk melihat isi di dalam al-Quran. Tak apalah, saya doa dan berharap sangat Allah akan hadiahkan saya sebuah al-Quran cantik di sana nanti. Tapi Ustaz, saya masih tertanya-tanya adakah layak untuk perempuan sekotor saya berada di syurga Allah Saya jijik Ustaz. Hina. Maruah diri saya sudah tergadai lama sangat. Apakah Allah masih mahu menerima taubat saya sedangkan pagi saya bertaubat dan malam saya terus melakukan zina. Perkara ini berulang hari-hari. Hinanya saya Ustaz.

Ustaz, saya harap Nabi Muhammad bila di Padang Mahsyar nanti sudi mengaku saya sebagai hambanya. Saya teringin sangat nak duduk di syurga walau saya tahu perempuan seperti saya tempatnya adalah neraka. Ya Allah, setiap kali mendengar perkataan neraka hati saya jadi sangat takut, air mata saya juga mengalir, saya takut Ustaz. Ustaz doakan saya untuk tinggal di syurga ya Saya mahu menjadi bidadari Syurga.

Bersama dengan surat ini saya berikan wang simpanan saya selama ini. Jika wang hasil kerja jijik saya ini layak disedekahkan ke pusat kebajikan atau perkara-perkara yang membantu orang miskin, Ustaz tolong beri ya pada mereka. Jika tidak layak, Ustaz bakar sahaja duit itu. Tak apa saya faham. Tapi saya benar-benar teringin untuk berkhidmat kepada yang susah. Ustaz tahukan antara sebab saya dijual dahulu adalah kerana kesempitan hidup yang melampau. Jika dulu harga diri saya korbankan untuk wang, kali ini saya harap wang ini mampu dan layak diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Sejadah yang ada di dalam beg ini sebenarnya hadiah dari saya buat Ustaz, sebagai tanda terima kasih, cinta dan kasih sayang di antara abang dan adik. Saya benarbenar berharap lelaki yang selama ini membimbing saya, yang saya sanjung selama ini adalah abang kandung saya. Namun saya masih yakin segalanya ada hikmah mengapa Allah jadikan kita lahir di dalam perut dan rahim yang berbeza pemiliknya. Telekung itu pula hadiah saya buat kekasih hati Ustaz, penat saya cari. Hihi. Dari pasar malam sehingga ke butik dan akhirnya saya jumpa juga yang paling indah pastinya cantik jika dipakai oleh wanita kesayangan ustaz nanti. Walaupun saya tidak dapat melihat telekung ini dipakai oleh wanita yang Ustaz cintai tetapi saya harap Ustaz dan cinta hati Ustaz akan sukakan hadiah pemberian saya. Namun Ustaz, saya masih was-was adakah halal untuk dipakai hadiah ini jika pendapatan saya dari pelacuran Sayu hati saya memikirkan hal itu Ustaz, luluh hati saya. Allah ya Allah.

Iqra itu sebenarnya milik saya. Namun sengaja saya berikan kepada Ustaz mudahan nanti Ustaz sudi berikan anak-anak Ustaz gunakan iqra yang saya berikan ini. Masih baru Ustaz, dan masih cantik. Saya harap Ustaz sudi ya.

Sebelum saya terlupa, saya juga ingin meminta maaf kerana tidak memberitahu Ustaz tentang penyakit yang saya hidapi, terlalu banyak telah saya susahkan Ustaz dan terlalu banyak budi telah saya hutang kepada Ustaz. Saya tak mahu Ustaz terbeban lagi. Cukup lah jasa Ustaz selama ini. Hidup saya ini hanya menyusahkan Ustaz sahaja dari sakit kerana dipukul pelanggan sehingga sakit dijadikan hamba. Segalanya derita saya, ustaz sentiasa menjadi penawar. Ya Allah sebak hati saya mengenang segala jasa ustaz kepada saya.

Kali pertama kita berjumpa, Ustaz pernah bertanya bagaimana saya boleh terperangkap di dalam lembah ini. Lalu saya katakan bila tiba masanya baru saya akan cerita. Selama ini saya hanya memberitahu Ustaz bahawa saya ini mangsa dijual oleh pakcik bukan

Dahulu keluarga saya hidup aman dan damai seperti biasa, Ayah seorang peniaga syarikat di Kota Johor. Ibu saya pula seorang peguam. Hidup kami sering dihiasi kebahagiaan ibu dan ayah sering punya waktu untuk diluang bersama anak-anaknya. Sehingga satu hari seorang lelaki iaitu bekas anak guam Ibu mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Ibu kerana Ibu gagal membuktikan bahawa anak guamnya tidak bersalah. Ibu ditembak dan pergi meninggalkan kami. Selepas kejadian itu, Ayah mula berubah, tidak penyayang seperti dahulu. Bila pulang kami sentiasa jadi mangsa dimarahinya. Dari istana syurga tempat kami beradu akhirnya berubah menjadi rumah usang. Perniagaan ayah mula merosot dan akhirnya ayah diumum muflis. Kesempitan hidup memaksa ayah untuk menjual seorang demi seorang anaknya. Adik saya dijual kepada agensi orang gaji dan saya dijual kepada pusat pelacuran. Saya tahu ayah kebuntuan akal untuk mencari wang. Saya tidak pernah salahkan ayah. Mungkin ayah terlalu terdesak mahukan wang. Saya minta maaf Ustaz, lelaki yang saya gelar pakcik selama ini sebenarnya ayah saya sendiri. Ayah saya yang menjual saya, lelaki yang menjadi punca benih saya bernyawa itulah yang menjual saya, lelaki yang azankan saya ketika baru lahir dan merah itulah yang telah membiarkan mahkota saya dirampas. Saya redha dan pasrah dengan kehidupan saya seperti ini. Mungkin ada sebab dan hikmah di sebalik semuanya. Saya percaya Allah tidak mewenang-wenangnya membiar hambanya menderita. Kan, Ustaz

Sampai di sini sahaja penulisan saya ya Ustaz. Mudahan Allah akan berikan saya peluang untuk berjumpa ustaz nanti di akhirat kelak. Terima kasih ya Ustaz atas segala bantuan dan jasa Ustaz selama ini. Hanya Allah mampu membalasnya. Semoga nanti anak-anak Ustaz akan menjadi penyeri hidup Ustaz seperti mana saya dan adik pernah menjadi penyeri hidup kedua ibu bapa. Semoga juga Allah tidak memberi Ustaz kehilangan orang yang Ustaz cintai supaya Ustaz tidak melepaskan amarah kepada yang tidak bersalah seperti mana yang telah ayah lakukan. Saya sudahi surat ini dengan assalamualaikum.

Yang benar,

Quratul Ain Maisara

Adik

Hati Alias terasa sangat sebak. Surat terakhir ini telah menjawab segala pertanyaaan yang selama ini bermain di mindanya.

Kau anak yang baik, adik

Bisik hati Alias sambil disedekahkan AlFatihah kepada perempuan yang bernama

Adik.

Selepas selesai bertemu Ema, Alias segera pulang ke rumah dengan hati yang masih celaru dan sedih. Matanya bengkak akibat menangis. Sesampai di rumah, dia terus ke bilik tidur dan kelihatan Shuhada sudah nyenyak dibuai mimpi. Alias perlahan-lahan berjalan ke arah Shuhada, perut Shuhada diusap beberapa kali

Anak, aku akan mengecewakanmu. Belum masanya lagi untuk kamu melihat dunia ini

kata Alias seperti berbisik. Kemudian dicium perut Shuhada beberapa kali sebelum berlalu ke tandas untuk membersihkan diri.

Shuhada yang sebenarnya masih belum tidur, hanya mampu pasrah dengan apa yang bakal berlaku.