PAHIT - 4
Kelas aku bukan jenis yang biasa. Di dalamnya cuma ada 10 pelajar. Hanya yang pintar sahaja dibenarkan di dalam kelas aku. Aku yang paling pintar berbanding yang lainnya. Akulah raja di dalam kelas. Aku yang paling pintar di antara yang pintar. Rakan sekelas menggelar aku dewa pintar. Ramai juga yang cuba untuk menggulingkan aku daripada takhta aku. Tidak ada sesiapa yang berjaya sehinggalah dia datang. Dia pelajar baru dalam kelasku. Namanya Nazir Abdullah. Dia lebih bijak daripada aku. Dia adalah raja baru di dalam kelas aku. Dia adalah dewa pintar yang baru.

Aku tak suka menjadi yang kedua terpintar. Tidak ada sesiapa yang akan kenang orang nombor dua. Aku mahukan takhtaku kembali. Aku mahu jadi dewa pintar kembali. Tidak kira serajin mana aku belajar, aku tidak upaya menandingi dia. Aku mahu dia lesap. Aku mahu dia mati. Dia yang ajar aku untuk membenci.

****

Nazir masuk kelas aku pada hari jadi aku pada 5 Januari. Dia seorang pemalu. Dia seorang penakut. Dia tidak banyak bercakap. Dia memakai sepasang kacamata besar yang tidak cocok dengan mukanya. Gel di rambutnya juga meleleh. Dia memakai sweater berwarna kelabu. Dia tidak lekang dengan beg sandangnya berwarna kelabu. Selepas itu baru aku tahu yang kelabu adalah warna kegemarannya.

Mata pelajaran pertama kami adalah seni. Guru seni kami telah memberi kami kebebasan untuk melukis apa jua kemahuan kita. Dia melukis duyung berwarna biru duduk di atas unicorn sehingga mendapat pujian daripada guru kami dan pelajar-pelajar lain. Tetapi aku tidak. Satu pun yang ada pada Nazir tidak pernah menguja aku.

****

Keadaan senyap apabia guru mengumumkan keputusan peperiksaan di mana aku tidak mendapat tempat teratas. Keadaan suyi sehinggakan pin jatuh pun boleh kedengaran. Sebagai dewa pintar, takhta aku telah jatuh ke tangan orang lain. Seluruh perhatian beralih kepada Nazir Abdullah, pelajar yang telah mengguling aku. Dengan perasaan gementar, Nazir bangun dari tempat duduknya, ambil buku laporan daripada guru dan kembali duduk senyap di kerusinya.

Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku berlagak seperti tiada emosi. Aku persis salah satu patung peraga yang anda selalu nampak di pusat-pusat membeli-belah. Tetapi, di dalam hati, aku amat sedih seolah-olah kepala aku berasap. Aku rasa seperti letupan gunung berapi.

Tempat pertama kepunyaan aku dan dia tidak mempunyai hak untuk mengambilnya daripada aku, aku menjerit dari dalam hati.

Aku tidak lagi rasional. Aku iri gila dengan dia. Dia menjadi musuh ketat aku. Aku melancarkan peperangan senyap dengan dia. Aku bersumpah akan menghapuskan dia dan menangi kembali takhta aku walau apa pun terjadi. Tetapi aku tidak dapat berpegang pada janji aku. Aku tidak dapat mengalahkan dia. Nazir jauh lebih pintar daripada aku. Aku sedar bahawa ada beberapa musuh yang kita tidak dapat kalahkan dalam sebuah pertaruhan yang adil. Kita perlu tikam dari belakang.

****

Rapatkan rakan-rakan kita tapi rapatkan lagi musuh kita. Itulah apa yang aku lakukan terhadap Nazir. Aku tambat hati dia. Aku berolok-olok menjadi teman rapat dia. Dia langsung tidak menyedari bahawa aku sedang merancang untuk kejatuhannya. Aku seperti musang berselimut biribiri.

Pada hari ulangtahunnya pada 6 September, aku berikan dia hadiah. Aku berikannya loket unicorn yang dia boleh gantung di lehernya.

Macam mana kau tahu aku suka unicorn katanya dengan senyum lebar.

Aku kan kawan baik kau. Aku mesti tahu apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka.

Semamangnya aku tak pernah faham kebodohannya untuk suka sangat haiwan seperti kuda yang ada tanduk.

Pada suatu hari, dia mengajak aku ke rumahnya. Aku terpegun bila melihat koleksi bukunya. Membaca merupakan hobinya. Malah dia mempunyai sebuah blog yang mengulas buku-buku yang dia baca. Blognya dinamakan mynameisnazir.blogspot.com.

Bila kita tidak punya kawan, kita mesti ada buku untuk temankan kita, katanya.

Zaman kau tidak punya kawan dah berakhir. Aku akan sentiasa jadi kawan kau selamanya, aku tipu.

Dia senyum lebar lagi. Tak sabar rasanya untuk padamkan sahaja senyuman itu.

****

Aku telah rencanakan dendam aku ini secara berhati-hati. Kejatuhannya akan menjadi suatu yang dramatik. Setiap tahun sekolah kami adakan pertandingan drama dan setiap kelas wajib untuk menyertainya. Sebagai langkah pertama dalam rancangan dendam aku, aku menawarkan diri aku secara sukarela untuk menjad pengarah bagi drama tahun ini.

Aku membuat keputusan untuk mementaskan kisah Julius Caesar, sebuah kisah tragedi karya William Shakespeare. Aku mahu Nazir memainkan watak diktator hebat Roman yang ditikam dari belakang oleh anggota-anggota kabinetnya dan rakan baiknya Marcus Brutus.

Aku malulah nak main watak utama, kata Nazir.

Tolonglah, ini permintaan aku. Aku akan pastikan kau akan nampak hebat di atas pentas nanti, janji aku.

Selepas aku memujuk, akhirnya Nazir bersetuju untuk melakonkan watak tragik Julius Caesar.

Aku tak boleh tolak bila kau minta, katanya.

Aku gembira. Bagi memastikan rancangan aku berjaya, adalah penting untuk dia memainkan watak Caesar.

****

Selepas berlatih selama dua bulan, teater itu sedia untuk dipentaskan. Kami semua mengajak ibubapa kami untuk menonton persembahan ini. Aku pastikan ibubapanya mendapat tempat duduk paling baik di dalam dewan. Aku mahu ibubapanya menyaksikan sebuah kejatuhan yang dramatik. Ibubapanya merupakan sebahagian daripada segala ini terjadi. Ibubapanyalah yang telah membuat kesilapan besar dalam mendidik seorang anak sehinga menjadi seorang yang pintar sehingga merampas gelaran Dewa Pintar daripada aku. Mereka semua harus menebus dosa-dosa mereka.

****

Babak yang aku tunggu-tunggu selama ini akhirnya tiba. Nazir sebagai Julius Caesar memasuki dewan parlimen, dan menteri-menteri kabinetnya menikamnya seorang demi seorang. Dia terguling ke lantai dengan darah terpancut. Babak mati teramat cemas kelihatan. Para penonton memberi penghormatan luar biasa . Tetapi, tatkala tepukan mulai reda, barulah mereka sedar bahawa darah yang mengalir itu bukanlah palsu. Nazir mati dengan berlinangan darah di seluruh badan.

Para pelakon telah keliru dengan apa yang baru sahaja berlaku. Mereka lepaskan pisau-pisau ke lantai yang berlumuran darah itu. Mereka tidak mempercayai bahawa mereka telah pun membunuh rakan sekelas mereka.

Para penonton berteriak. Ibunya pengsan. Bapanya pula terus memanjat ke pentas lalu memeluk erat sebujur tubuh seraya terisak-isak, Jangan mati, anakku.jangan mati, anakku jangan mati, anakku

Keadaan menjadi huru-hara. Aku seorang sahaja yang bersahaja dengan keadaan yang berlaku. Rancangan aku telah berjaya. Pisau yang digunakan oleh para pelakon semasa sessi latihan adalah palsu. Tetapi,beberapa jam sebelum pementasan bermula, aku telah menukarnya kepada pisau yang betul. Pelakon-pelakon langsung tidak menyedari bahawa mereka telah menikam Nazir dengan pisau yang betul.

Selagi Nazir Abdullah bernafas, aku tidak akan dapat menjadi Dewa Pintar. Dan apabila aku bukan Dewa Pintar, aku tidak akan gembira. Untuk aku menjadi gembira, Nazir Abdullah perlu mati. Aku perlukan kematiannya untuk menggembirakan aku.

****

Polis pun menjalankan siasatan mereka. Mereka tidak menuduh aku sebagai dalang. Mereka tidak akan percaya bahawa seorang pelajar 16 tahun yang baik seperti aku mempunyai potensi untuk merancang pembunuhan seperti itu. Aku terdengar perbualan inspektor polis dengan anak-anak buahnya: Bapa Nazir Abdullah merupakan seorang ahli perniagaan dan semua ahli perniagaan mempunyai musuh. Saya percaya salah seorang daripada musuhnya telah merancang pembunuhan ini. Dia mahukan ahli perniagaan itu menyaksikan sendiri kematian anaknya di depan mata.

Aku rasa tergerak untuk memberitahu inspektor polis supaya langsung tidak menyangka sesiapa dan sesiapa sahaja mempunyai potensi untuk merancang satu pembunuhan ngeri. Tetapi, aku terus tidak berkata apa.

****

Cuti penggal persekolahan berakhir. Maka mulalah hari pertama penggal baru persekolahan. Aku tak sabar untuk masuk ke sekolah. Aku tak sabar untuk menjadi Dewa Pintar semula. Aku memang percaya rancangan yang aku atur sebelum ini bisa menjadikan aku kebahagiaan yang aku tunggu-tunggu di penghujugnya. Tetapi malangnya pengakhiran yang bahagia tidak menyebelahi aku.

Saat aku langkah masuk ke kelas, aku terbau sesuatu buruk bakal berlaku. Rakan-rakan sekelasku tidak menunjukkan ekspressi biasa mereka. Mereka ternyata berubah. Mimik muka mereka nampak lain. Mereka memakai cermin mata yang lebih besar daripada mukanya. Mereka membubuh gel rambut melampau-lampau. Mereka menyarung sweater kelabu. Mereka menggalas beg berwarna kelabu. Kesemua mereka memakai loket unicorn di leher. Kesemua mereka menampakkan persis budak lelaki yang baruku bunuh Nazir Abdullah.

****

Kelas pertama aku selepas cuti persekolahan adalah pendidikan seni. Bagi kerja sekolah, guru pendidikan seni aku telah memberikan kebebasan untuk melukis apa sahaja yang diinginkan. Kesemua mereka melukis unicorn. Ketakutan menusuk hingga ke tulangku.

****

Peperiksaan berkahir. Keputusan diumumkan. Guru mengumumkan keputusan peperiksaan. Aku mendapat tangga 10. Aku tercorot di dalam kelas. Kesemua mereka terletak di tahap atas aku. Kesemua mereka lebih cerdik daripada aku. Aku tahu di dalam hati aku Nazir Abdullah tidak mati. Rohnya telah merasuk ke dalam jiwa rakan-rakan kelasku - jiwa kesemua mereka yang telah membunuhnya di atas pentas. Nazir bertemu jalan untuk meneruskan kehidupan dari kuburnya.

Aku tidak mampu untuk menyorok kegelisahan aku lagi. Aku jadi gila. Aku menjerit sekuat hatiku. Aku hantukkan kepala aku ke dinding hingga darah mengalir keluar sehingga pengsan. Apabila aku membuka mata, aku mendapati diriku berada di atas katil hospital. Ibubapa aku terpaksa memasukkan aku ke wad pesakit gila.

Anak Encik ada masalah urat yang tidak berfungsi, beritahu Doktor kepada Bapa.

Anak Encik perlukan rawatan, tambah Doktor itu lagi.

Aku tidak mempunyai pilihan lain selain daripada tinggal di hospital.

Aku ceritakan kepada doktor itu apa yang sebenar telah berlaku daripada kisah pembunuhan yang aku rancangkan hinggalah bagaimana rakan-rakan sekelasku kelihatan seperti budak lelaki yang aku telah bunuh itu.

Tuhan membalas dosa aku, kata aku.

Nazir Abdullah hidup. Rohnya hidup dalam badan budak-budak kelas.

Tetapi doktor tidak mempercayai apa yang aku perkatakan.

Kamu cuma ada otak yang imaginatif, kata doktor itu berulang kali kepada aku.

Doktor itu enggan untuk percaya bahawa remaja berusia 16 tahun seperti aku mempunyai potensi untuk menjadi seorang pembunuh yang kejam.

Sambil ketawa, aku berkata: Usah kau pandang rendah kepada orang. Setiap orang ada potensi untuk menjadi pembunuh kejam, termasuklah mak kamu.

****

Dua bulan berlalu. Aku masih berada di hospital. Temanteman sekelasku ada yang datang melawat aku di hospital. Mereka bawa buah tangan kek strawberry.

Macam mana korang ni tahu aku suka kek strawberry Tanya aku.

Kita kan kawan baik. Kita sepatutnya tahu apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka, jawab salah seorang daripada kawan aku.

Dia potongkan sebahagian kecil kek tersebut dan menyuap ke mulut aku.

Banyak betul buku dalam bilik kau ni, kata salah seorang yang lain.

Bila kau tak ada kawan, kau mesti ada buku-buku untuk temankan kau, jawabku.

Mereka semua lihat kepadaku dengan kesedihan terpancar di wajah mereka.

Hari-hari kau tanpa teman sudah berakhir. Kita akan tetap menjadi kawa, selamanya, jelas seorang yang lain.

Airmata mengalir dari mataku. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan sapu tangan dan kesat airmata aku. Selepas itu, mereka semua memelukku ramai-ramai. Aku membalas pelukan mereka.

Mereka tunjukkan senyuman yang lebar. Tak sabar rasanya untuk padamkan sahaja senyuman itu. Aku akan tambat hati mereka. Aku akan berolok-olok menjadi teman rapat mereka.Mereka langsung tidak akan menyedari bahawa aku sedang merancang untuk kejatuhan mereka. Aku akan menjadi seperti musang berselimut biri-biri. Aku akan menawan kembali gelaran Dewa Pintar. Ada musuh yang kita tidak boleh jatuhkan secara adil. Kau harus tikam dari belakang.