Mencari Kiblat Cinta - 40
Tengku Amar menghindarkan bingkai itu di tangannya. Tubuhnya membongkok mengadap ke arah meja tulisnya. Dia menarik sebuah laci di situ. Sekeping potret lain dikeluarkan dari dalam laci lalu ditenung. Lama matanya terpaku pada potret tersebut. Entah kenapa hati tuanya tidak pernah surut dengan getaran rasa yang menyakitkan. Sebuah wajah, sebuah senyuman menyulam rindu yang tidak pernah putus di hatinya. Membangkitkan kenangan dan kerinduan yang tidak berpenghujung.

Daus menang lagi. Ayah kalah! Ketawa anak muda itu bergema Dia memandang lurus ke suatu arah. Imbasan wajah Firdaus muncul di situ. Senyuman anak muda itu melebar setelah berjaya mengalahkannya dalam permainan catur yang cukup digemarinya.

Daus main tipu ni kan

Eh mana ada ayah. Dulu ayah selalu tewaskan Daus. Sekarang ni giliran Daus pulak. Lagipun Daus belajar ni pun dari ayah. Ungkap kata anak muda itu, seolah mahu menyakinkannya.

Dia tersengih sendirian. Ketawa Firdaus meletus lagi. Daus ni memang sengaja nak kenakan ayah. Dia mengguman geram. Firdaus tersenyum sambil matanya memandang buah catur yang baru saja dialihkan ke posisi checkmate.

Kalau Daus tak alihkan queen ni pun, Daus tetap menang sebab kuda ni. Macam yang ayah cakap dulu, untuk menang kita hanya perlukan strategi, tidak perlu bergantung pada ketua atau pemimpin. Sahut Firdaus petah.

Dia tersenyum. Senang hatinya mendengar kata-kata Firdaus yang sejak kecil menunjukkan kepintaran. Memang Firdaus adalah anak kesayangannya. Anak emasnya dalam keluarga. Sejak kecil dia mendidik Firdaus agar anak itu suatu hari nanti akan dapat menggantikan kedudukannya di dalam syarikat. Malah asuhan yang sama diberikan pada Filman agar suatu hari nanti mengikut jejak langkahnya menjadi peguam. Kerana itu dia tidak ragu-ragu membangunkan firma guamannya yang diberi nama Amar & Sons Co.

Mujurlah Filman mahu mengikut cadangannya mahu menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Filman memang lebih banyak beralah dengannya. Dia cukup mengerti Filman sebenarnya tidak berminat mahu menyambung legasi keluarga mereka dalam bidang undang-undang. Anak itu hanya memaksa diri. Belajar mencintai bidang undang-undang meskipun Filman lebih berminat dalam bidang seni bina. Malah keputusan Filman dalam peperiksaan dulu lebih baik dalam bidang sains tulen.

Apa yang tak kena lagi dengan Filman Awak patutnya menyokong dia, bukannya tambah melemahkan semangatnya. Kata-kata isterinya Tengku Saida suatu ketika dulu tergiang-giang di telinganya. Ketika itu dia membantah keras apabila Filman beria-ria ingin menerima kes pertama yang agak berisiko.

Entah kenapa hatinya berat mahu membenarkan Filman mewakili anak guamnya dalam kes bunuh. Dalam kes itu, seorang wanita dituduh membunuh suaminya kerana cemburu. Dan dalam penilaiannya, kes yang ditawarkan kepada firmanya memang agak sukar. Dia merancang mahu menyerahkan kes itu kepada peguam yang agak senior, namun Filman tiba-tiba sahaja menawarkan diri semasa mesyuarat. Itulah yang membuatkan anginnya tiba-tiba memuncak.

Dia sebenarnya risau jika Filman gagal melaksanakan tugas itu dengan baik. Apatah lagi Filman baru dua bulan memulakan tugas di firmanya ketika itu.

Ayah jangan risau. Fil akan pastikan yang Fil takkan kalah dalam kes ini. Lagipun semasa Fil ambil kes ni, Fil dah kaji bahan bukti. Ada banyak kecelaruan dalam fakta kes. Kemungkinan besar kita boleh buktikan terdapat unsur-unsur provocation dalam kes ni. Ujar Filman.

Namun keyakinan diri Filman tidak disenanginya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Malah dalam diam-diam, dia sering membandingkan antara Firdaus dengan Filman. Mengukur setiap kelemahan Filman berbanding Firdaus yang sempurna serba-serbi.

Tuhan, salahkah aku kerana sering membeza-bezakan mereka Tapi demiMU aku sayangkan kesemua anak-anakku. Mungkin dengan Firdaus, aku bersikap pilih kasih. Tapi ini kerana Firdaus pandai menghiburkan hatiku, pandai mengambil hatiku yang sering kesunyian! Bisiknya sayu. Kalau bukan kerana tragedi itu, tentu sekarang dia dapat menatap wajah Firdaus yang mendamaikan. Atau bermain catur dengan anak kesayangannya itu. Tapi sekarang, segala-galanya telah musnah. Luka di hatinya semakin berdarah setiap kali dia teringatkan arwah Firdaus. Begitu juga dengan sakit hatinya yang semakin bercambah setiap kali dia teringatkan kata-kata temannya Ismail Habib beberapa bulan yang lalu.

Pihak peguambela dah hantar petisyen rayuan di mahkamah. Mereka nak adakan semula perbicaraan. Ujar lelaki itu.

Dia tersentak. Wajahnya turut berubah. Kenapa

Kononnya pihak peguambela minta kemukakan saksi baru. Saksi tu ada rakaman di tempat kejadian ketika berlaku pembunuhan tu. Ujar Ismail Habib.

Tak mungkin. Getusnya dengan wajah bingung.

Amar, kau tahu maksudnya kan Kalau bukti dan saksi itu memihak padanya, dia akan dibebaskan Amar. Ujar Ismail Habib.

Nafasnya dihela resah. Dia mengerti kata-kata lelaki itu. Aneh! Macamana saksi yang dikatakan itu boleh muncul sekarang Kenapa tidak dari dulu

bersambung

Bab akan datang :

Apa yang terjadi pada Firdaus Siapakah saksi dalam kes tersebut yang meresahkan hati Tengku Amar