HARI minggu begini, selalunya pukul enam setengah baru Arissa bangun tapi hari ini, lima setengah pagi dia sudah bangun dan solat berjemaah dengan ibu. Arissa senyum. Tenang melihat ibu kandungnya kini sudah berada dekat dengannya. Dia merapati ibu yang sibuk memotong sayur sawi. Dia jeling jam di dinding. Hampir sebelas setengah pagi. Awalnya ibu memasak
Omma! Satu ciuman singgah di pipi ibunya.
Terkejut la omma. Nanti luka tangan tu. Fatimah senyum. Pisau di tangannya dijauhkan sedikit dari Arissa.
Omma masak apa Arissa rangkul pula pinggang ibunya. Satu lagi ciuman singgah di pipi ibunya.
Hmm..omma ingat nak masak kimchi. Arissa dah lama tak makan kimchi kan Fatimah turut cium pipi anak gadisnya.
Bestnya! Kalau macam tu, Arissa masak ayam percik! Arissa turut teruja. Dia segera ambil ayam dalam peti sejuk dan dibersihkan.
Ayam di bahagian paha diambil untuk masak ayam percik nanti.
Tak cukup tu. Ada lagi tak ayam Fatimah pandang ayam dalam besen. Hanya ada dua ketul bahagian paha yang besar.
Tak cukup Kita dua orang je omma.. Arissa berkerut kening.
Ambil lagi. Biar banyak sikit. Nanti lepas masak ayam percik, Arissa masak puding karamel ya! Fatimah sibuk mengupas bawang pula.
Arissa tercengang. Apa hal ibu aku ni Dua orang je dalam rumah ni. Kenapa nak masak banyak pulak Siap dengan puding karamel lagi.
Err..omma, habis ke nanti Arissa mendekati ibunya yang mula menumis.
Habis..masak je. Ayam percik tu, masak sedap-sedap tau! Ftaimah senyum.
Arissa masih tidak faham. Dia ikut sahaja arahan ibunya. Bahan rempah untuk ayam percik disediakan untuk kuah percik. Ayam pula direbus dulu dengan halia dan bawang putih supaya cepat empuk dan meresap masuk ke dalam isi ayam. Selepas direbus, ayam itu mula dibakar. Kuah tadi dituang atas ayam bakar.
Hmm...sedapnya bau. Arissa masih ingat lagi buat ayam percik ni Fatimah hidu ayam percik Arissa yang sudah siap dimasak.
Arissa angguk. Omma, ayam percik nilah yang selalu Arissa buat. Kawan Arissa pun suka makan ni. Arissa peluk bahu ibu.
Fatimah turut senyum. Kimchi yang sudah siap digaul disimpan dalam peti sejuk. Esok baru sedap dimakan. Dia masak pula sayur pak choi dengan bawang putih dan sos siram.
Hmm..lauk kita dah siap ni omma. Jomlah kita makan. Lapar ni! Arissa melihat lauk pauk yang sudah siap dimasak. Ibu memasak sayur, kimchi, ikan tiga rasa dan dia pula masak ayam percik dan puding karamel.
Dah mandi belum ni Fatimah jeling Arissa yang masih pakai baju tidur.
Arissa sengih. Dia faham jelingan ibunya. Memang sejak kecil ibu akan membebel kalau lambat bangun pagi dan lambat pula mandi. Itupun dia hanya sempat mendengar leteran ibu hanya untuk seketika. Umurnya mencecah tujuh tahun, ibu pergi membawa diri jauh dari Malaysia.
Arissa mula menapak ke bilik mandi. Usai mandi dia hanya mengenakan baju kemeja T lengan pendek dan berkain sarung batik. Dia kemudian menapak semula ke dapur.
Eh, kenapa pakai macam ni Fatimah tegur Arissa yang tersenyum-senyum di muka pintu dapur.
Alah..kan duduk rumah je. Lainlah kalau nak keluar rumah. Arissa mula duduk di kerusi.
Tukar baju lain. Fatimah segera suruh Arissa menukar pakaian.
Tukar Kenapa Baju ni tak elok ke Arissa pandang baju yang tersarung di tubuhnya.
Elok tapi pakai yang lagi elok.
Bukan ada sesiapa pun rumah kita ni. Arissa merungut.
Omma dah jemput abang Zaki sekali. Fatimah senyum.
Arissa menelan liur.
Err...abang Zaki tidur kat mana omma Rumah Daniel ke Arissa mula bertanya. Mukanya mula serius.
Fatimah angguk.
Arissa mencerlung. Maknanya Daniel pun diajak sekali ke
Kenapa
Err..omma ajak Daniel sekali ke Arissa tergagap-gagap.
Dah! Pergi tukar baju. Pakai tudung. Setengah jam lagi mereka sampai. Fatimah mula mengemas semua pinggan mangkuk di dalam singki.
Arissa pandang jam di dinding ruang dapur. Satu tengahari.
Omma! Kenapa tak beritahu Arissa dulu Arissa tak suka! Arissa membentak.
Takkan abang Zaki tak boleh datang Fatimah pandang Arissa yang sudah mencuka.
Bukan abang Zaki la.. Arissa mencebik.
Fatimah senyum. Dia sudah tahu awal lagi. Tentu Arissa tidak suka Daniel ada sekali.
Dah! Tukar baju cepat! Fatimah tidak hiraukan Arissa yang sudah mula merajuk.
ARISSA masih diam membatu dalam bilik. Kalau boleh tak nak keluar langsung dari dalam bilik. Tadi, abang Zaki dan Daniel sudah sampai awal. Sempat mereka sekeluarga menunaikan solat zuhur berjemaah. Habis sahaja solat, Arissa terus berkurung dalam bilik.
Arissa..marilah makan. Omma dah hidang ni. Zaki ketuk pintu bilik Arissa.
Senyap.
Arissa! Marilah makan sekali. Tadi kata sangat lapar! Fatimah pula melaung dari luar bilik Arissa.
Arissa diam. Tak sanggup menatap wajah Daniel. Wajah perogol!
Arissa..janganlah macam ni. Kita makan sama-sama. Lauk pun dah nak sejuk ni. Fatimah pujuk lagi.
Biarlah dia omma. Bila dah rasa lapar nanti, dia keluarlah tu. Zaki mengajak ibunya ke ruang dapur.
Daniel yang berada di ruang tamu hanya tunduk. Dia faham kenapa Arissa bertindak macam tu. Sudah jelas dan terang. Arissa akan membencinya seumur hidup.
Bos, marilah makan. Zaki mula mengajak Daniel yang kelihatan sugul di sofa.
Daniel bangun dan perlahan menapak ke ruang dapur. Fatimah mula mencedok nasi ke dalam pinggan.
Makanlah Daniel, Zaki. Arissa yang masak ni. Tu ambil ayam percik tu. Fatimah hulur pinggan ayam percik.
Arissa masak ayam percik ni Zaki teruja.
Fatimah angguk.
Laju saja Zaki mengambil seketul ayam dan menggaulnya dengan nasi.
Hmm..sedapnya. Saya pernah makan ayam percik dulu masa kat rumah kawan tapi ayam percik ni yang paling sedap. Zaki tambah lagi kuah ayam percik.
Daniel...rasalah! Fatimah senyum.
Daniel mengangguk sambil tersenyum. Dia mula ambil seketul ayam percik dan diletakkan dalam pinggannya. Sudu dan garfu diletakkan di tepi.
Err..tahu ke bos makan dengan tangan Zaki jeling Daniel yang mula menggaul nasi dengan kuah ayam percik sama seperti caranya tadi.
InsyaAllah..saya cuba.. Daniel senyum. Dia suap ke mulut. Ada sedikit nasi yang tumpah.
Hmm...not bad.. Daniel sengih. Laju dia menjamah ayam percik masakan Arissa.
Takkan ayam percik je. Ni ikan siakap tiga rasa, sayur ni..kena makan juga. Fatimah mengusik.
Mereka bertiga mula ketawa.
Ehem!
Tiga kepala berpusing ke arah muka pintu dapur. Arissa sudah tercegat di situ.
Daniel tidak berkelip memandang Arissa yang manis dengan baju kurung berona kuning dan tudung putih.
Ha..dah keluar pun anak omma. Mari makan. Fatimah mula ambil pinggan kosong dan dicedokkan nasi.
Arissa menapak ke arah ibunya dan duduk di situ. Memang tempat itu jauh sedikit dari Daniel. Dia sedikit pun tidak pandang pada Daniel.
Cantik Arissa hari ni. Puji Zaki. Dia jeling Daniel yang dari tadi asyik memandang Arissa.
Arissa senyum kelat. Dia mula ambil lauk dan suap nasi ke mulut.
Sedap ayam percik ni. Pandai Arissa masak. Boleh abang tempah Zaki mengusik lagi.
Arissa mendongak. Matanya bertembung dengan mata Daniel yang hanya duduk di sebelah Zaki. Cepat-cepat dia alih ke arah lain.
Daniel senyum kelat. Nampak sangat Arissa tidak mahu memandang ke arahnya. Tak apa..
Boleh je Zaki. Nanti bila balik Seoul nanti, kita suruh Arissa masak banyak-banyak. Fatimah mencelah.
Arissa pantas berpaling pada ibunya.
Omma nak balik Seoul Arissa menelan liur. Nasi di dalam pinggan dikaup habis dan disuap penuh ke dalam mulut.
Kenapa Daniel kan ada temankan Arissa di sini Zaki mengusik lagi.
Arissa mula tersedak. Dia menepuk dada. Rasa tercekik dengan isi ikan dan nasi yang penuh dalam mulut tadi yang sempat ditelan separuh.
Beri air cepat! Fatimah sudah menggelabah.
Daniel segera menghulurkan segelas air kepada Arissa. Habis satu gelas Arissa togok tapi masih rasa tercekik.
Makcik..benarkan saya pegang Arissa.. Daniel minta izin. Dia tahu macam mana nak redakan orang yang tersedak nasi.
Fatimah angguk.
Daniel segera mengepal nasi menjadi bulat dan disuap ke mulut Arissa yang masih rasa tercekik.
Terpaksa Arissa menelan nasi yang disuap Daniel tadi. Dia hanya mengikut arahan Daniel supaya menelan terus nasi kepal tadi.
Macam mana Lega tak Daniel pandang Arissa yang mula mengurut dada.
Arissa mengangguk lemah. Mukanya sudah kemerahan.
Fatimah hulur lagi segelas air kepada Arissa.
Macam mana bos tahu semua ni Zaki tercengang. Kagum.
Itu petua yang mak saya ajar dulu. Mak saya keturunan baba nyonya Melaka. Jadi dia banyak bergaul dengan orang melayu sana.
Daniel senyum. Masih segar diingatannya segala apa yang diajar mendiang ibunya dulu.
Mak Daniel ada lagi Fatimah mula berminat.
Dia dah lama meninggal. Sejak saya di sekolah menengah lagi. Dia meninggal kerana sakit paru-paru berair. Tutur Daniel agak sebak.
Oh...ayah Fatimah semakin berminat ingin tahu keluarga Daniel.
Daniel diam seketika. Dia tunduk. Ada rasa sebak.
Omma...ayah Daniel juga dah meninggal. Baru saja meninggal kerana sakit jantung. Zaki tolong jawab setelah melihat Daniel mula sugul.
Arissa hanya mendengar. Dia pandang Daniel yang mula sugul. Dia tahu, Datuk James Brandon adalah ayah Daniel yang telah dikhianati Tan Sri Johari dulu. Siapa yang tidak sedih dan sebak jika ayah yang disayangi dikhianati kawan baik sendiri. Dan disebabkan itu jugalah Daniel menyimpan dendam sehingga aku menjadi mangsa dendam Daniel! Ah! Buat apa nak diingatkan lagi benda tu semua.
LAMA Arissa termenung di balkoni bilik. Malunya bila teringat kejadian tengahari tadi. Pipinya disentuh lembut. Tadi, Daniel memegang pipinya dengan tangan kiri sementara tangan kanan menyuap nasi yang dikepal ke mulutnya.
Kenapa dengan aku ni Arissa masih mengusap lembut pipinya. Malu pada abang Zaki dan omma saat Daniel menyuap nasi tadi.
Arissa..
Arissa berpaling. Ibunya sudah menapak ke arahnya di balkoni.
Omma..tak tidur lagi
Arissa buat apa termenung di sini Fatimah turut berdiri di sebelah Arissa yang kemudiannya menala matanya ke arah bintang di langit.
Saja ambil udara malam. Tengok omma! Arissa tuding ke arah bintang berkerlipan di atas langit.
Subhannallah! Cantiknya! Fatimah turut mendongak.
Arissa senyum. Matanya masih menghala ke arah bintang-bintang yang cantik bersinar di dada langit.
Arissa..omma tanya sikit.. Fatimah mengelus lembut rambut anak gadis yang sudah sekian lama berpisah.
Arissa menoleh. Tanya apa omma
Arissa..cintakan Daniel
Arissa tergamam. Pertanyaan ibu cukup sukar untuknya menjawab. Sampai saat ini rasa benci masih melekat kuat di hati walaupun ada terselit rasa pelik pada Daniel.
Entahlah omma..Arissa tak tahu.. Itu saja yang keluar dari mulut Arissa. Dia tunduk memandang pokok-pokok di tempat letak kereta.
Omma dapat rasa Daniel begitu cintakan Arissa. Arissa patut bangga kerana Daniel peluk Islam. Kedudukan orang yang peluk Islam adalah seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Suci dan bersih dari dosa. Arissa patut beri sokongan pada Daniel. Dulu kehidupan Daniel begitu jauh dari sekarang. Menurut Zaki, Daniel tu suka minum dan kaki perempuan. Memang dia bukan muslim waktu tu tapi agama lain juga sebenarnya melarang semua tu. Dan sekarang dia telah diberi hidayah oleh Allah untuk memilih Islam sebagai cara hidup. Omma sangat terharu mendengar pengakuan Daniel dulu.. Fatimah pandang Arissa yang buat acuh tak acuh mendengar kata-katanya tadi.
Arissa diam. Kalaulah omma tahu apa yang telah Daniel lakukan padanya dulu, rasanya tentu omma juga akan membenci Daniel, malah mungkin lebih lagi.
Err...dia mengaku apa omma Arissa akhirnya bertanya. Kedengaran gugup suaranya ketika ini.
Dia mengaku yang dia tu tak layak untuk Arissa. Dia dulu jahat.
Arissa lega. Mungkin Daniel juga tidak berani beritahu omma tentang hal itu.
Arissa..sebenarnya omma banyak terhutang budi pada Daniel. Selama ini Daniel yang tolong omma dan Zaki. Tempat tinggal, duit, kerja untuk Zaki, semua itu Daniel yang tanggung. Fatimah tunduk.
Arissa menelan liur. Jadi memang betullah, selama ini Daniel tahu di mana ibu kandung aku
Sejak bila dia tolong omma dan abang Zaki Arissa pandang tepat ke arah ibu.
Sejak omma bawa diri ke Korea. Masa tu, Datuk JB yang menguruskan semuanya termasuk tempat tinggal. Omma bawa abang Zaki sekali setelah mak Zaki tidak mampu membela Zaki. Setiap bulan Datuk JB akan masukkan duit untuk belanja omma untuk memberi pendidikan kepada Zaki. Dan semua itu diteruskan oleh Daniel. Omma menangis setiap hari. Omma sering teringatkan Arissa. Ya la...omma bela anak kawan omma tapi anak sendiri Fatimah seka air mata yang gugur.Dia juga baru tahu yang Daniel adalah anak mendiang Datuk JB.
Arissa peluk erat ibunya. Titisan jernih di pipi ibu tua itu disapu perlahan.
Tapi kenapa omma bawa diri macam tu Omma tak kesian ke kat ayah Arissa teringat saat dia ditinggalkan. Terpaksa dia tinggal dengan ayah yang inginkannya mendapat pendidikan di Malaysia.
Omma terpaksa. Bukan omma sengaja biarkan Arissa di sini tapi ayah Arissa yang berkeras tak nak ikut omma. Omma buat semua tu ada sebabnya.. Fatimah masih menangis.
Arissa peluk semakin erat tubuh ibunya.
Sebab apa omma Arissa lepaskan pelukannya. Dia perlu tahu. Sejak dulu perkara itulah yang menjadi tanda tanya sampai sekarang.
Err...Arissa..terima lamaran Daniel ya nak Fatimah renung anak mata Arissa yang turut mengalirkan air mata. Sengaja dia tak jawab pertanyaan Arissa tadi.
Arissa diam.
Kita tak ada sesiapa lagi. Ayah Arissa meninggal pun omma tak sempat jumpa.. Fatimah pandang wajah Arissa. Wajah yang mewarisi keturunannya dan juga ayah kandung sebenar Arissa. Ah...malas nak mengingati semua tu. Biarlah menjadi rahsianya sampai kiamat.
Arissa tunduk. Dia mengesat air mata yang mengalir deras. Tak sangka begitu baik keluarga Daniel pada ibunya.
Tapi takkan kerana itu, Arissa terpaksa terima Daniel omma.. Arissa tunduk. Lenguh berdiri dia duduk di kerusi yang sememangnya tersedia di tepi balkoni siap dengan meja kopi. Jiwanya mula kusut. Bencinya pada Daniel masih kuat.
Arissa..cubalah cintakan Daniel. Mendiang ayah Daniel begitu baik pada omma. Dia yang tolong omma selama ini. Tak terbalas budi baik dia pada omma. Terima ya nak Pujuk Fatimah.
Arissa tunduk. Serba salah. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa. Separuh hatinya berkata terima kerana memenuhi hasrat ibu.
Separuh hati lagi berkata jangan kerana rasa benci masih kuat melekat dalam hatinya.
Arissa menekup muka sambil tunduk memandang lantai marmar. Dia bingung. Di Malaysia pula, Tan Sri Johari yang banyak menolongnya dan arwah ayah. Rumah, kereta malah segala perbelanjaan pengajiannya dulu dari ijazah sampailah ke peringkat sarjana. Tan Sri Johari yang tanggung semua itu.
Daniel anak Datuk JB, musuh ketat Tan Sri Johari sendiri! Dan sudah tentu Daniel akan membalas dendam pada Tan Sri Johari atas apa yang telah berlaku pada mendiang ayahnya dulu. Buntu!
Omma....selama ni Tan Sri yang tanggung semua pengajian Arissa. Arissa banyak terhutang budi pada dia omma. Arissa cuba mencari alasan logik.
Riak muka Fatimah mula berubah. Merah!
Omma..kenapa ni Arissa perasan perubahan riak wajah ibunya.
Jadi...selama ni dia yang tolong Arissa Fatimah tercengang.
Arissa angguk.
Dia...dia tolong apa lagi
Arissa bingung. Riak ibunya seperti orang yang tidak puas hati.
Ayah..Tan Sri banyak tolong ayah. Masa pengebumian jenazah ayah, Tan Sri juga yang tanggung dan uruskan semuanya. Ni, rumah ni..Tan Sri yang beri duduk percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kerja di makmal tu pun Tan Sri yang dapatkan untuk Arissa. Kenapa omma Arissa mula pelik.
Jadi selama ni..Arissa.. Fatimah tunduk. Aduh! Kenapa semua ni harus berlaku
Kenapa omma Arissa masih bingung.
Arissa...dia ikhlas ke buat semua tu Ada titis jernih mula mengalir di pipi.
Entahlah omma tapi nampaknya Tan Sri tak minta apa-apa balasan. Dia hanya harap Arissa berkhidmat untuknya di makmal tu.
Arissa bekerja bersungguh-sungguh dan salah satu projek yang Arissa uruskan itu berjaya. Tan Sri gembira sangat sampai dia taja semua percutian Arissa ke Pulau Nami dulu. Arissa bersungguh menjelaskan kebaikan Tan Sri Johari
Fatimah juga sudah buntu. Arissa juga sudah terhutang budi nampaknya. Apakah sikap Arissa akan berubah bila dia tahu siapa ayah kandungnya yang sebenar
Arissa pandang ibunya yang kelihatan masih tidak mengerti apa yang berlaku. Apakah omma akan terima Daniel setelah apa yang telah Daniel lakukan pada aku dulu
Jadi...apa Arissa nak buat Terima Daniel bukan bermakna Arissa kena berhenti kerja. Arissa boleh teruskan berkhidmat di makmal tu. Omma tak nampak apa yang tak kena Fatimah memujuk Arissa.
Omma..kalau Arissa terima Daniel bermakna Arissa sudah khianati Tan Sri. Arissa pegang kedua bahu ibunya.
Omma..omma tak faham.. Fatimah sudah berkerut kening.
Arissa tunduk. Dia meraup muka. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Untuk menceritakan Daniel adalah musuh Tan Sri Johari tidak sama sekali. Nanti melarat soalan kenapa. Dan sudah tentunya akan berjela kepada dendam Daniel yang akhirnya akan membawa kepada pembongkaran kejadian hitam pada malam itu.
Omma..berilah Arissa masa. Kalau jodoh Arissa kuat dengan Daniel, insyaAllah, kami akan bersama juga. Arissa peluk ibunya dengan penuh kasih sayang. Terasa berat menanggung semua itu. Dilema yang tak mungkin dapat dileraikan dengan mudah.
Omma..tidurlah. Dah lewat ni. Arissa cium pipi ibunya.
Arissa hanya memerhati ibunya menapak keluar dari biliknya. Dia bingkas bangun dan berdiri semula di balkoni melihat bintang yang berkerlipan.
Ya Allah...apa yang harus aku lakukan. Kenapa aku harus terima semua ni Arissa tunduk. Titis jernih mengalir laju.