Tika Cinta Berbisik - 40
Bab 39

KHAIRUL menggerakkan jari telunjuknya. Perlahan-lahan jari itu terangkat sedikit demi sedikit. Dia mengatur nafas dengan tenang. Badannya tidak mampu digerakkan. Kakinya juga terasa berat. Matanya melilau memerhati sekeliling.

Di mana aku Desisnya.

Keadaan di bilik itu begitu asing baginya. Khairul cuba mengingati apa yang berlaku pada dirinya.

Di bilik mandi, Khairul terdengar loceng pin-tunya ditekan berulang kali. Dia mencapai tuala dan segera berlari menuruni tangga.

Eh, kenapa kamu datang sini soal Khairul. Dia ternyata terperanjat melihat Karmila yang berdiri di hadapannya.

Karmila membiarkan pertanyaan Khairul berlalu begitu saja. Dia masuk ke dalam rumah dan terus duduk di sofa. Kakinya disilangkan. Dia membuka tas tangannya dan mengambil sesuatu di dalam beg.

Apa khabar Karmila menyoal Khairul kembali. Tangannya lincah memetik pemetik api dan menyalakan rokok.

Kenapa datang ke rumah saya Macam mana awak boleh tahu rumah saya Bertubi-tubi pertanyaan Khairul.

Tenang Khairul. Saya datang saja nak tanya khabar. Nak jumpa bos sendiri pun takkan tak boleh. Boleh tahan juga rumah bos ni. Mata Karmila mencerlang melihat susun atur perabot di dalam rumah itu.

Khairul merasa kurang senang. Tingkah lakunya menjadi tidak keruan. Dia risau jika jiran-jiran melihat tentu akan jadi buah mulut.

Tak elok awak datang ke rumah saya waktu malam. Tak manis dilihat orang, tegur Khairul.

Maaf jika Khairul tak menyenangi kehadiran saya. Tapi saya ada hal nak beritahu awak. Hal penting, ujar Karmila. Dia sudah tidak membahasakan diri Khairul sebagai Encik Khairul lagi.

Baiklah, awak tunggu sebentar. Saya nak naik ke atas. Lantas Khairul meninggalkan Karmila sendirian.

Khairul masuk ke bilik air dengan cepat. Tibatiba, Khairul mendengar derup kaki langkah sesaorang yang memasuki biliknya. Dia segera keluar untuk mengenal pasti pemiliknya tetapi tiada sesiapa di luar.

Khairul kembali masuk ke bilik mandi. Tibatiba tengkuknya terasa berat. Dia tergelepar jatuh....

Itulah yang diingatnya. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Malah, dia tak habis fikir mengenai Karmila. Khairul menoleh melihat pintu apabila merasakan ada seseorang sedang memerhatikannya.

AKAK! jerit Anis.

Jeritan Anis boleh membuatkan jiran-jiran sebelah rumah terkejut. Kalau ada yang menghidap sakit jantung boleh kena serangan mengejut. Nurul berlari mendapatkan Anis. Risau jika ada perkara tidak elok berlaku.

Kenapa Anis Ada apa Nurul melihat tubuh Anis ke atas dan ke bawah.

Abang Khairul dah sedar.

Nurul melihat telefon di tangan Anis. Pantas dia merampasnya. Petugas hospital memaklumkan perkembangan terbaru Khairul. Dia sedar subuh tadi. Mereka diminta ke hospital segera. Nurul dan Anis segera sujud tanda bersyukur dengan perkembangan terbaru itu. Anis segera menyiap kan Zafirah.

Mereka bergegas ke hospital. Wayar-wayar yang berselirat di badan Khairul telah ditanggalkan. Dia juga sudah boleh makan seperti biasa.

Nurul, Khairul tersenyum. Namun sedikit menyeringai kerana bibirnya pecah-pecah.

Alhamdulillah, awak dah sedar, gumam Nurul. Khairul, apa yang terjadi pada awak Macam mana perkara ni boleh berlaku

Saya pun bingung. Saya tak sedar apa yang telah berlaku pada saya. Suaranya amat perlahan dan serak.

Tak apa. Awak rehat dulu. Saya akan hubungi Inspektor Hassan. Nurul menyelimuti tubuh Khairul. Gadis itu teruja melihat keadaannya.

Kak, telefon.... Anis mendapatkan Nurul dan menghulurkan telefon bimbitnya.

Khairul yang ternampak sahaja Zafirah terus bangun dan mendukung anaknya itu. Dipeluk ciumnya puteri tunggalnya itu dengan sepenuh hati. Anis tersenyum melihat keletah lelaki itu. Nurul pula terus menjawab panggilan.

Ya, siapa

Saya ni. Ada sebarang perkembangan

Oh, tuan. Macam tahu-tahu saja. Hebat pegawai polis sekarang. Jauh pun dah boleh bau. Nurul ketawa geli hati. Dia kemudiannya menceritakan keadaan Khairul yang telah sedar dari koma.

Baiklah, saya akan datang ke hospital sekarang. Kita perlu selesaikan kes ini dengan cepat, ujar Inspektor Hassan.

Inspektor Hasan sampai setengah jam kemudian. Nurul mengiringinya ke wad Khairul.

Khairul, saya Inspektor Hassan. Saya yang menyiasat kes awak. Inspektor Hassan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Khairul.

Terima kasih.

Saya rasa awak tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini. Saya pasti dia orang yang awak kenali. Kerjasama awak amat saya harapkan. Tak banyak bukti yang kami dapat. Bukti yang ada masih belum cukup untuk mengesyaki orang itu. Siapa yang tuan syaki soal Khairul pula.

Kami mengesyaki wanita bernama Karmila. Ketua jabatan di syarikat awak. Tapi kami perlukan maklumat yang cukup. Kami tak mahu tersalah membuat andaian. Kes ini berat. Nyawa

Linda dalam bahaya.

Linda Kenapa Linda, Nurul Khairul terperanjat. Dia memegang kepalanya sambil mengerutkan muka seperti sedang dalam kesakitan.

Sabar, Khairul. Jangan banyak berfikir. Serahkan semua ini pada saya dan Inspektor Hassan. Awak masih lemah. Insya-Allah, Linda baik-baik saja, pujuk Nurul. Dia resah apabila melihat Khairul memegang kepalanya menahan sakit.

Benar. Karmila yang menikam saya. Dia menghentak tengkuk saya. Khairul membuat pengakuan. Yakin benar dia yang Karmila penyebab dia terlantar sakit.

KHAIRUL, makan dulu, ya. Nurul membawa masuk sepinggan nasi berlaukkan sup. Makanan ni sesuai untuk badan yang lemah-lemah kerana banyak mengandungi halia.

Saya tak ada selera, Khairul menjawab.

Makanlah sikit. Nanti perut awak masuk angin. Kata nak cepat sembuh, mesti kena makan. Bila dah sembuh, boleh kita cari Linda sama-sama.

Nurul menyuapkan sesudu nasi ke mulut Khairul. Payah benar untuk dia membuka mulut. Bibirnya yang pecah-pecah masih terdapat darah kesan daripada luka kecil.

Sakit tak dalam mulut tu

Tak, cuma sengal. Nak mengunyah pun susah. Ada banyak ulser. Panas dalam agaknya. Esok-esok baiklah.

Kalau ada ulser memang tanda panas dalam badan. Kena banyakkan minum air suam. Awak pun dah lama tak sedarkan diri, Nurul menyua gelas ke mulutnya.

Pihak hospital telah membenarkan Khairul pulang ke rumah. Oleh kerana dia tinggal sendirian dan masih memerlukan jagaan rapi, Khairul mempelawa Anis dan Nurul tinggal di rumahnya. Nurul membawa Pak Long dan Mak Long Khairul datang ke rumah itu untuk membantu Anis menjaga Khairul dan Zafirah apabila Nurul keluar bekerja. Lagipun tidak molek hanya mereka berdua tinggal di rumah itu bersama Khairul. Pasti akan menimbulkan fitnah.

Kesihatan Khairul sudah bertambah baik tetapi dia masih belum kuat berjalan dan memerlukan tongkat. Khairul enggan menggunakan kerusi roda. Dia lebih senang berjalan perlahan-lahan dan sudah boleh mandi sendiri.

Saya masih bingung dengan apa yang terjadi. Saya tak habis fikir mengapa Karmila tergamak menghentak kepala dan menikam saya. Apa salah saya pada dia Kalau benar saya ada menyakiti hatinya, takkan sampai dia sanggup menikam saya

Nurul hanya membiarkan Khairul meluahkan segala isi hatinya. Kadangkala sebagai manusia memang kena saling bertoleransi dan bersikap terbuka. Ini amat wajar terutama dalam situasi yang dialami oleh Khairul.

Kita tak dapat duga apa yang ada di dalam fikiran dan hati orang lain, Khairul. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Nurul mengingatkannya. Selagi kita tak tahu penyebabnya, kita takkan mampu mencari jawapan. Pasti ada sebab mengapa Karmila melakukan semua ini. Saya juga pelik, dia seorang wanita tapi berani bertindak sejauh ini.

Nurul mengambil telefon bimbitnya yang baru sahaja menerima mesej. Segera Nurul membaca mesej yang dihantar oleh Inspektor Hassan. Mukanya yang berkerut mengundang pertanyaan di hati Khairul.

Ada apa Nurul Kenapa

Karmila....

Kenapa dengan Karmila Dia dah dijumpai ke

Belum. Inspektor Hasan beritahu maklumat yang diberikan oleh Karmila semasa mula bekerja di syarikat awak dulu sebenarnya palsu. Mungkin namanya yang sebenar bukan Karmila.

Jawapanku menyebabkan Khairul memejamkan matanya. Dia mengeluh.

Apalah malang nasib saya. Ujian Allah kali ini amat berat untuk saya. Nurul, dah pukul berapa Lagi sepuluh minit nak pukul lapan. Kenapa

Saya nak solat duha. Boleh tolong panggilkan

Pak Long

Boleh, tunggu kejap. Nurul bergegas memanggil Pak Long. Pak Long kemudiannya membantu Khairul mengambil wuduk dan memapah anak saudaranya itu duduk semula.

Khairul menyalin kain pelekat. Dia solat se cara duduk sahaja kerana luka di perut dan kakinya masih belum berupaya untuk bergerak. Air matanya menitis tatkala merenungi jalan hidupnya.

Perlahan-lahan dia cuba menjatuhkan kaki dan membiarkan kakinya terjuntai di katil. Hujung jari kakinya dipicit-picit namun tiada rangsangan. Kakinya tidak terasa apa-apa. Matanya terlihat botol minyak panas di tepi bantal. Dia membuka penutup botol dan melumurkan minyak ke seluruh kakinya.

Malam nanti saya panggilkan tukang urut. Khairul menoleh apabila mendengar suara Nurul.

Tak apa, saya boleh sapu minyak angin. Cuma sengal-sengal kaki saja.

Ini bukan sengal-sengal kaki. Kaki awak tak ada tindak balas mungkin sebab awak tersalah urat. Saya rasa, awak terjatuh di bilik air tempoh hari. Kalau dibiarkan, urat tu akan membengkak.

Makin susah nak bergerak.

Iyalah. Ada dapat khabar tentang Linda

Belum lagi. Polis tengah kumpulkan maklumat tentang Karmila. Dia akan keluarkan waran untuk menangkap Karmila bagi membantu kes ini. Dia saksi utama yang berada di rumah awak. Masalahnya sekarang, kita tak tahu di mana tempat tinggal Karmila.

Bagaimana dengan Azura dan Fakrul Mereka ada datang jenguk saya Mereka sihat soal Khairul bertalu-talu. Dia benar-benar ingin tahu keadaan adik-adiknya itu.

Saya agak mereka sihat-sihat saja. Sebenarnya, mereka tak tahu awak masih hidup. Sejak kes awak ditikam, wartawan menyiarkan macam-macam spekulasi. Paling banyak adalah kenyataan yang mengatakan awak terbunuh. Ekoran dari pada itulah, Inspektor Hassan menyuruh saya menjaga awak agar tiada sesiapa yang tahu situasi sebenar. Kita tak tahu dalang di sebalik kejadian ini. Kita perlu berhati-hati dengan siapa pun. Hari tu, kami buat kenduri di rumah awak, Azura dan Fakrul ada datang. Masa itulah Linda tak balik-balik sampai sekarang. Nurul menceritakan kejadian sebenarnya kepada Khairul.

Oh, mereka tidak terlibatlah. Saya berharap sangat agar adik-adik saya terhindar dari perbuatan yang jauh terpesong dari landasan keimanan. Mereka saja saudara yang saya ada.

Kelu lidah Nurul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khairul. Dia akur pada ketentuan takdir. Mereka ternyata sama. Nurul kembali menyuapkan nasi ke mulutnya.

Makan banyak-banyak, biar lekas sihat.