Kelisa kuning menderu laju di atas jalan raya. Cermin tingkap di buka separuh untuk membiarkan angin luar masuk ke dalam kereta. Sam memandu dengan kelajuan sederhana. Atan di sebelahnya masih diam membisu. Sesekali dia terbatuk-batuk kecil. Kau sakit tekak ke Cuba buka dashboard tu. Akak rasa ada Breacol kat dalam. Atan masih mendiamkan diri. Sam hanya mampu mengeluh. Sesekali dia menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya sedikit serabai namun masih kelihatan cantik.
Akak tak boleh tengok kau sedih macam ni. Salah akak bawa kau ke Les Chateau. Akak tak tahu pula yang Fuad boleh ada kat sana. Ingatkan kita boleh suka-suka.
Akak jangan la bimbang. Atan okay. Atan cuma terkejut sikit je. Puteri Duyung, kotak sumpahan, naga, mawas, nenek
kebayan. Ish, serabut betul rasa kepala ni.
Sam ketawa kecil. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Atan.
Tapi, Atan nampak akak macam relax je. Atan ingat tak yang dulu akak penah cerita yang akak accident Adik-beradik akak terkorban
Ingat.
Daddy dengan Mak Tima yang selamatkan akak. Kami kenal dari situ. Diorang semua tu baik walaupun bukan manusia. Tapi, tadi akak pelik sebab semua dah kosong. Dadddy, Mummy pun tak ada. Yang ada Selina dengan Iman je. Akak tak sempat nak tanya diorang. Tapi, tak kisah la asalkan Atan happy. Sam memandang ke arah Atan. Matanya terpejam.
Bertuah punya budak! Sempat lagi dia tidur masa aku tengah membebel. Boring la aku kalau dia tidur. Tiga jam baru sampai, keluh Sam. Pedal minyak ditekan laju.
*****
Aku nak balik sekarang!
Atan! Atan! Kelisa kuning yang dipandu Sam hampirhampir melanggar tiang lampu berdekatan tembok jalan.
Kau mengigau ni. Nasib baik la tak eksiden. Sam mengurut dadanya berulang kali. Sam menekan brek ketika kereta berada di simpang empat. Keadaan agak kucar-kacir kerana lampu isyarat tidak berfungsi. Masing-masing berebut dan tidak mahu mengalah.
Kita dah nak sampai ni.
Pin! Pin!
Amboi, driver belakang ni tak reti nak sabar ke! Sam yang berang menunjukkan jari tengah ke arah pemandu di belakangnya.
Kau nak balik Jalan Mawar atau tempat lain Kalau masuk simpang kanan, kita pergi Jalan Mawar. Kalau straight kita
pergi tempat lain.
Kita jalan terus la. Sam mengangguk dan mula menekan pedal minyak. Kereta kelisa milik Hafez mula bergerak.
Bang!
Sebuah lori kayu balak yang hilang kawalan merempuh kuat kereta mereka. Beberapa batang kayu balak jatuh bergolek di atas jalan raya. Suasana menjadi kecoh. Beberapa pemandu keluar dari kereta dan mendail nombor kecemasan pada telefon bimbit masing-masing.