Ayah ada kat dalam Suara Aliff muncul dari luar pintu. Tengku Amar segera bingkas lalu menuju ke muka pintu. Tombol pintu di hadapannya dikuak lebar. Terserlah wajah Aliff yang sedang menanti di luar. Anak muda itu tersenyum memandangnya.
Aliff baru balik jogging dengan abang Filman. Ma kata ayah belum sarapan lagi. Mari ayah, kita sarapan sama-sama. Pelawa Aliff.
Tengku Amar terdiam. Perutnya memang berkeroncong, tapi dia segan pula dengan isterinya. Itulah tadi dek kerana melayan perasaan, dia pura-pura jual mahal. Sekarang dia yang menyesal.
Ma dengan Mak Mah dah ke pasar tadi. Abang Filman yang hantar. Ujar Aliff lagi bagaikan tahu apa yang bersarang di kepala lelaki itu. Tengku Amar mengangguk. Dia pantas mengatur langkah mengikuti Aliff ke meja makan.
Sambil menjamah nasi goreng yang dimasak isterinya tadi, mereka rancak berbual-bual. Sesekali pecah ketawa mereka bila berbual hal-hal yang melucukan. Tengku Amar memang benar-benar senang berbual dengan anak muda itu. Entah kenapa, melihat Aliff ketika itu, bagaikan dia melihat aura Firdaus. Perwatakan kedua-duanya hampir serupa. Malah anak muda di hadapannya itu adalah klon Firdaus yang dirinduinya saban waktu. Sikap kedua-dua mereka juga hampir sama. Dan dalam sedar tak sedar, kehadiran Aliff lah yang berjaya mengubat kelukaan hatinya sejak sekian lama.
******
Sebaik Najla melangkah masuk ke bilik bacaan, dia terpandang kelibat Aliff yang sedang membaca sambil duduk di atas sofa rehat di situ. Bibir Najla serta-merta menguntum senyuman. Dia sudah menduga dari awal, lelaki itu akan berada di situ. Sejak remaja lagi, Aliff memang suka menghabiskan masa di bilik bacaan Tengku Amar. Malah hampir semua buku-buku yang ada di situ, pernah dibelek-belek anak muda itu.
Diam-diam dia meraut wajah Aliff yang kelihatan asyik. Ketampanan lelaki itu membuatkan hatinya cair. Sejak usianya belasan tahun lagi, dia sudah menyimpan perasaan terhadap Aliff. Malah kadang-kala, perasaannya pada lelaki itu sengaja dipertontonkan. Sengaja dipersembahkan dengan cara yang cukup halus untuk memancing perasaan Aliff agar mengasihinya. Namun dia tidak tahu apakah sebenarnya Aliff memahami perasaannya atau sengaja berpura-pura tidak mengerti.
Naj, buat apa kat sini Tegur Aliff sebaik ternampak kelibat Najla di muka pintu. Najla terkejut. Dadanya berombak-ombak seketika. Dia mengalihkan pandangan ke arah Aliff yang sedang memandangnya. Wajah anak muda itu berkerut.
Aliff baca buku apa tu Najla bertanya separuh gugup. Risau lelaki itu menyedari tindak tanduknya yang seperti gila angau.
Human Right karya Brighton Crochilte! Jawab Aliff. Najla mengangguk. Dia memandang anak muda itu lagi. Perasaannnya benar-benar tidak keruan kali ini. Lidahnya bagaikan kelu mahu menuturkan kata-kata.
Naj nak cakap sesuatu dengan Aliff ke Tanya Aliff sebaik menyedari gerak geri Najla seakan kaku bila berhadapan dengannya. Mata Aliff merenung sepasang mata Najla yang bagaikan takut-takut mahu memandangnya.
ErrAliff seronok belajar kat London Terkeluar pertanyaan itu dari bibir Najla. Dia mengetap bibirnya. Lain yang mahu ditanya, lain pula yang keluar!
Aliff merenung Najla tidak berkelip. Pertanyaan gadis itu mengundang rasa hairannya. Dia ketawa sendiri. Kenapa Naj tanya Naj pun nak ikut Aliff belajar kat London jugak ke Soal anak muda itu.
Najla terdiam. Matanya mencerun ke arah wajah Aliff yang menyeringai kelucuan. Kenapa Aliff ketawakan Naj Salah ke Naj tanya Suara Najla seolah merajuk. Entah mengapa dia mudah tersinggung hati dengan tingkah laku Aliff.
Tak salah. Saja Aliff tanya, kut-kut Naj ada hati nak ikut Aliff balik London. Usik Aliff. Sejak dulu sehingga sekarang, dia memang gemar menyakat Najla yang kerap merajuk.
Siapa kata Naj nak ikut Naj tanya je. Manalah tahu Aliff dah seronok sangat bergaul dengan gadis-gadis mat salleh yang cantik-cantik kat sana, sampai lupa dengan Naj yang tersadai kat sini. Bunyi suara Najla jelas berjauh hati. Aliff tertawa kecil!
Hmm..memang kalau diikutkan Aliff rasa rindu pulak nak balik sana. Mana tak nya, kat sana boleh jumpa awek-awek Aliff. Stephanie, Julia, Meredith, Katyadiorang pun tentu rindu dengan Aliff. Balas Aliff seraya mengerutkan dahinya seolah-olah terkenangkan seseorang.
Mendengar nama-nama yang dicanang lelaki itu, hati Najla berdegup kencang. Dia merenung Aliff dengan wajah mencuka. Benarkah Aliff mempunyai ramai teman wanita bermata biru, atau dia sekadar bercanda denganku Tapi kalau ya pun tentu tidak mustahil, kerana Aliff seorang yang mudah didekati, ramah dan kacak orangnya.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najla cemburu Aliff mempunyai ramai kenalan perempuan