Tika Cinta Berbisik - 41
Bab 40

LINDA terbaring lesu. Kesejukan lantai simen makin menambah kesakitan pada badannya. Tubuhnya terasa seperti dicucuk-cucuk. Kegelapan di bilik itu membataskan pandangannya. Dia tidak pasti sudah berapa hari dia berada di bilik itu. Siang dan malam pun terasa sama sahaja. Gelap.

Letih badannya terasa kerana tidak diberi makan. Seingatnya baru sekali biliknya dimasu-ki oleh seorang wanita. Hari-hari berikutnya, dia hanya bertemankan bunyian aneh seperti bunyi unggas hutan.

Sudah berulang kali dia menjerit meminta pertolongan, tetapi tiada siapa pun datang. Sudah naik serak suaranya. Kelaparan di perutnya menggigit-gigit. Kadang-kala dia menangis sendirian. Dia telah berjaya membuka ikatan pada kaki dan tangannya. Kini tinggal melepaskan diri dari bilik buruk itu.

Bilik itu hanya diterangi cahaya matahari yang masuk menyelinap ke celah-celah papan yang hampir usang. Bau hapak di bilik itu begitu meloyakan. Linda teringat kata-kata guru sainsnya sewaktu di Tingkatan Lima.

Bau yang kita hidu boleh menyesakkan dada. Cikgu ada satu cara bagaimana kita boleh menghilangkan bau dari deria kita, ujar Cikgu Salmah pada murid Tingkatan Lima Zamrud.

Ajarlah, cikgu, gesa seorang murid yang duduk di bangku paling hadapan.

Cara ni diajar oleh datuk cikgu tapi cikgu tak tahu kesahihannya kerana cikgu sendiri tak pernah cuba. Begini, kita hidu bau itu sedalam yang mungkin dan telan. Tahan nafas, selawat dan niatkan dalam hati agar Allah jauhkan deria kita dari bau tersebut. Kemudian, nafaslah seperti sediakala.

Aku cubalah. Mana tahu menjadi, fikir Linda.

Perlahan-lahan Linda menyedut bau busuk itu dalam-dalam dan menelannya. Sepenuh hati dia memanjatkan doa ke hadrat Yang Maha Esa.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Memberi segala kenikmatan. Hamba-Mu yang lemah ini sedang diuji dengan ujian hebat daripada-Mu. Berikanlah maghfirah-Mu ke atasku dengan menghilangkan bau ini dariku. Hanya pada-Mu tempat aku berlindung dan mengadu. Amin.

Linda menghembuskan nafas dan membuka mata.

Alhamdulillah, desis hatinya perlahan. Memang benar, bau busuk itu sudah berkurangan. Linda merapatkan badannya ke dinding. Dengan bantuan kerusi kayu yang hampir roboh, dia memaut dan berdiri dengan penuh hati-hati.

Aduh! Linda terjerit kecil bila merasakan kepala lututnya seakan bergesel. Terdengkotdengkot kakinya melangkah. Tangan kanannya mengheret kaki kanannya. Linda meraba-raba di segenap penjuru bilik. Terdapat sebuah jendela kayu yang hanya diengselkan dengan sebatang besi sepanjang tiga sentimeter. Linda kembali terduduk di lantai.

Krreeettt... kreeeettt....

Baju kurungnya kali ini menjadi mangsa. Dia mengoyakkan bajunya di bahagian bawah dan membalut lutut bagi menghentikan pendarahan. Lututnya telah bergeser dengan sesuatu yang bisa dan tajam. Barangkali besi karat, fikir Linda.

Satu, dua, tiga....

Linda merempuh jendela kayu itu dengan mudah. Kayunya yang memang sudah reput memudahkan Linda membolos keluar.

Suasana di luar sunyi sepi. Hujan renyai- renyai mula mengenai lengannya. Namun Linda tidak peduli itu semua. Kakinya pantas meninggalkan rumah usang yang memberi kenangan ngeri buatnya. Sesekali, dia tersungkur apabila kakinya tersepak batu dan kayu. Bunyi unggas hutan yang saling bersahut-sahutan menguatkan lagi semangat Linda untuk keluar dari hutan itu.

Langkahnya terhenti bila mendengar bunyi deruan yang sangat kuat. Dia memasang telinga untuk mengenal pasti bunyi tersebut. Semakin jauh dia berjalan semakin kuat pula bunyi deruan itu.

Air terjun

Linda mempercepatkan langkahannya.

Allahuakhbar, Kau telah menolongku. Linda berlari setelah pasti dengan apa yang dilihatnya. Cantik! Air terjun itu mengalirkan air dari gunung lalu membentuk sebuah kolam. Linda membasuh muka dan membersihkan darah di kakinya. Terasa segar apabila air mengalir di tekaknya. Dia menghirup udara di kawasan itu dengan nyaman. Baru disedarinya, air terjun itu berada di satu kawasan pergunungan yang tinggi. Dari jauh, dia dapat melihat dengan jelas lereng-lereng gunung dan kaki bukit.

Suasana semakin gelap. Linda tidak mahu bermalam di tengah-tengah hutan. Bahaya ada di mana-mana saja. Dia berjalan mengikuti arah air terjun itu. Semakin lama, ia membentuk sebatang anak sungai yang kecil.

Tiba-tiba Linda terdengar suara manusia yang sedang bersorak dan bunyi gendang bertalu-talu. Langkahnya terhenti.

Bunyi apa lagi ni getus hatinya.

Matanya mencerlang apabila terlihat bebola api bergerak-gerak seakan menari antara satu sama lain. Tubuh Linda mula dibasahi peluh. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa-doa yang diingatinya.

Linda mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Namun kali ini dia terpaksa menundukkan kepala kerana takut jika terlihat sesuatu yang mengerikan berada di depan mata. Perlahan-lahan semangatnya mula pudar.

Olaolaaaoolaalolaoola...

Olaaaoollaaaolaoalaaoo....

Suara itu saling bersahut-sahutan. Segera matanya melilau melihat ke kiri dan ke kanan. Matanya tertuju tepat ke arah seberang anak sungai. Di situ terdapat beberapa tiang kayu yang dinyalakan seperti obor bagi menerangi kawasan tersebut. Linda menundukkan badannya di sebalik semak.

Kelihatan tiga orang lelaki sedang duduk berkumpul sambil minum-minum.

INSPEKTOR Hassan menelefon Nurul setelah mendapat laporan Linda berada di Balai Polis Kampung Batu 18, Ulu Langat. Dia bergegas memberitahu khabar gembira ini kepada Khairul.

Nurul masuk ke dalam bilik dan melihat Khairul sedang termenung di tepi katil. Linda dah ditemui. Dia selamat.

Khairul tersenyum tanpa kata. Nurul tahu di dalam hatinya pasti berbunga riang.

Kita jumpa dia! Khairul mengambil tongkat di sebelah katil.

Nanti, Khairul. Kita tak perlu pergi. Polis akan bawa Linda balik ke rumah. Awak jangan risau. Linda selamat, pujuk Nurul.

Nurul dan Anis mengemas rumah yang sudah hampir seminggu tidak berkemas. Macam mana nak kemas jika fikiran sentiasa berserabut. Khairul turut membantu menyapu lantai.

Tak payah tolonglah, Abang Khairul. Abang tu baru sihat dari sakit. Nanti sakit balik semula, susah.

Sakit ni tak boleh dibuat-buat, dik. Kalau sakit lawannya sihat. Tak boleh ikutkan sangat sakit tu nanti jadi manja, balas Khairul sambil ketawa.

Kak! Tengoklah Abang Khairul ni. Sibuk nak tolong kemas, adu Anis.

Nurul hanya membiarkan mereka bertekak. Dia setuju dengan kata-kata Khairul. Dia tahu Khairul bosan duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa.

Eh, biarlah abang tolong. Kalau duduk saja tak buat apa-apa, nanti otak tepu tau.

Otak tepu tu macam mana, bang Anis kebingungan. Baru pertama kali dia mendengar otak boleh tepu.

Iyalah, otak kita tak bergerak dan tak terima pembaharuan langsung. Contohnya jika setiap hari kita dah biasa baca surat khabar. Tapi tibatiba dua minggu pula kita tak dapat baca kerana sibuk. Selama dua minggu itulah fikiran kita serba tak kena. Macam kosong saja. Sama juga macam kita buat kerja yang sama setiap hari. Rutin yang sama. Kiranya kerja yang stereotaiplah. Otak jadi tak berkembang. Faham

Oooo... Mulut Anis ternganga. Nurul yang turut mendengar syarahan Khairul juga ter angguk-angguk.

Lima minit kemudian, sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan rumah. Linda keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Nurul yang melihat kelibat Linda segera berlari mendapatkannya. Kami saling berpelukan. Khairul berjalan ke ruang tamu setelah mendengar bunyi riuh rendah.

Linda dah balik Linda

Abang! Linda menangis terharu. Abang yang selama ini disisihkan begitu mengambil berat perihal dirinya. Alangkah hinanya dia selama ini. Menjadi manusia yang tidak tahu menghargai nilaian kasih sayang dari darah daging sendiri.

Khairul membalas pelukan Linda. Bibirnya tak mampu berkata-kata kerana terlalu gembira. Berkali-kali pula Linda mencium tangan Khairul.

Maafkan Linda, bang. Tersenggut-senggut bahu Linda menahan esak tangis.

Linda tak ada salah apa. Abang yang salah kerana tak mampu jaga Linda dengan baik. Khairul membelek-belek tubuh Linda. Mengapa kamu luka-luka dan kamu kurus sangat, dik.

Saya tak apa-apa. Saya selamat, bang.

Koyak baju kamu. Cerita pada abang, apa yang berlaku pada Linda, gesa Khairul.

Ceritalah pada kami, Nurul juga turut mendesak. Kamu menghilang pada malam majlis doa selamat itu. Tiada pesan, tiada khabar berita.

Linda ke bandar untuk beli minyak tanah. Sebelum sempat Linda sampai ke kedai, ada seorang perempuan menahan kereta di hujung jalan nak masuk ke kedai tu. Bila kereta berhenti, beberapa orang lelaki keluar daripada sebuah van yang ada di tepi jalan. Mereka menekup mulut Linda guna sapu tangan. Lepas tu Linda dah tak ingat apa-apa. Bila sedar, Linda dah ada kat dalam rumah usang di dalam hutan, jelas Linda panjang lebar.

Bagaimana kamu boleh bebas soal Inspektor Hassan.

Mungkin Allah mahu menunjukkan jalan-

Nya kepada saya. Hari tu, tak ada sesiapa di dalam bilik. Saya pun tak dengar sebarang bunyi. Jadi saya yakin yang rumah tu kosong. Saya periksa keadaan bilik, manalah tahu ada jalan keluar. Akhirnya saya terus rempuh saja jendela bilik tu sebab kayunya sudah reput.

Pasti itu rumah tinggal. Kamu tak sesatkah Kan hutan tebal

Dah tentu saya sesat. Saya mana tahu jalan di hutan tu. Saya hanya ikut aliran air sungai. Di tepi sungai itulah saya terjumpa pemuda Orang Asli yang bawa saya berjumpa dengan Tok Batin. Tok Batin arahkan Bujang dan Lontok untuk bawa saya keluar dari hutan.

Syukur Linda selamat. Nurul mengucapkan syukur.

Kak Linda, bila saja Abang Khairul sedar dari koma, dia bertanyakan adik-adiknya. Bila dia tahu Kak Linda hilang, dia tak lalu makan. Asyik termenung saja. Kak Nurul pun tak lalu makan. Dia risaukan Abang Khairul pula. Takut Abang Khairul sakit lagi, celah Anis.

Aku mencubit peha Anis. Ish, jangan buat akak malulah. Merah muka Nurul menahan malu. Khairul ketawa senang.

Saya rasa kita dah temui jawapannya. Operasi mencari Karmila semakin digiatkan. Khairul dan Linda akan menjadi saksi bagi kes ini. Jika ada sebarang maklumat baru, saya akan beritahu kelak. Saya minta diri dulu. Inspektor Hassan ber salaman dengan Khairul.