DHIA kelihatan leka memilih barang hantaran untuk majlis perkahwinanya bersama Airish yang akan diadakan pada awal bulan hadapan. Majlis akad nikah yang diadakan secara ringkas sahaja. Itulah kehendaknya.
Hatinya cukup gembira. Sungguh dia tidak sangka, impiannya bakal menjadi kenyataan apabila Airish langsung tidak membantah kata-kata papa untuk menikahi dirinya. Melihat reaksi Airish begitu, semakin gembira Dhia dibuatnya. Terujanya usah dikata.
Jam tangannya dikerling sekilas. Lambatnya Airish mahu sampai. Dhia tersenyum sendiri. Tidak tertanggung rindunya ketika ini. Sudah beberapa hari dia tidak bertembung muka dengan Airish. Sambil menunggu, sempat tangannya membelek bunga-bungaan.
di situ. Kaca mata hitam ditolak ke atas. Bunga plastik berwarna merah jambu dibelek dekat dengan matanya. Belekannya terhenti apabila matanya tertarik ke arah tubuh tegap yang sedang menuju ke arahnya.
Sebaris senyuman manis dihantar ke arah lelaki di hujung sana. Tidak semena-mena hatinya berdebardebar apabila langkah lelaki tersebut semakin mendekat. Terasa tidak keruan dia apabila dirasakan lelaki itu galak merenungnya.
Malangnya semakin dekat lelaki itu melangkah ke arahnya, semakin jelas riak kekeruhan yang terpancar di wajah Airish. Dhia mengerutkan dahinya. Ada yang tidak kenakah Ligat fikirannya berfikir sebarang kemungkinan berlaku pada lelaki itu. Apa yang terjadi Hanya itu perkataan yang muncul di benak Dhia. Munculnya sentiasa berulang-ulang.
Airish, kenapa dengan you prihatin Dhia bertanya dengan setia pandangan matanya terhala pada Airish. Dhia, we need to talk. Shall we
Dhia senyum senang seraya mengangguk kecil. Segala gerak langkah Airish diikuti Dhia tanpa banyak bertanya. Airish kemudiannya memilih kedai yang terdekat di hujung restoran sana. Seperti biasa dia akan mencari tempat yang paling tersorok di restoran tersebut.
Datang seorang pelayan ke arah mereka, terus topi di kepala Airish ditundukkannya sedikit. Ingin melindungi wajahnya dari dikesan.
You ni, Airish. Bilalah you nak berubah Kita dah bertunang pun. Buat apa nak malu-malu lagi
I memang malu untuk tunjuk muka I bila bersama you.
Membuntang mata Dhia. Rasa bagaikan mahu tercekik sahaja sebaik sahaja mendengar ayat Airish itu.
Apa you cakapkan ni Dhia yang sedikit berang.
I rasa tak adil. Tak adil I buat macam ni.
Apa maksud you ni Tak adil untuk siapa dalam suara lembut Dhia, ada nada desakan di situ.
Dia tidak suka dengan sikap Airish yang secara tiba-tiba membangkitkan hal ini.
I rasa tak adil untuk Fiqa.
Oh! Dhia mengigit bibir bawahnya seraya mengeluh sinis. Rasa mahu bergegar kepalanya menahan asakan asap yang berkepul-kepul berkumpul di kepala dan dada. Dadanya terasa sakit sungguh.
You jadi macam ni, disebabkan dia ke Oh, sudahlah, Airish! I dah beritahu you, kan. She! By herself! Leaves you! satu persatu dituturkan Dhia agar kedengaran jelas di pendengaran lelaki itu.
Tapi, I tak dengar lagi dari dia kenapa dia perlu tinggalkan I, bicara Airish mendatar.
Wow! You dah pandai back-up dia sekarang. Jadi, mana Fiqa yang you pertahankan sangat tu Entah dia di mana-mana sekarang ni, tengah kutuk you. Pergi canang satu wilayah tu beritahu orang sana sini tentang betapa buruknya you!
Dhia....
Huh Dhia mengangkat mukanya.
Jangan tuduh Fiqa macam tu. I kenal Fiqa. Dia isteri I. Apa yang I kesalkan I ambil terlalu lama masa untuk sedar yang dia cintakan I, sayu kedengaran suara Airish. Suara lelaki itu semakin sayup kedengaran ditambah pula dengan sebaknya.
Dhia di hadapan memandang dengan hati yang cukup membengkak. Mainan apakah ini Dia diperbodohkan lagi Hatinya sungguh sakit dan perit menahan perasaannya sendiri tika itu. Turun naik nafasnya.
Sudahlah, Airish. Life must go on. Lupakan dia. Shell never come back, tutur Dhia dalam nada yang tertahan.
Mungkin. Tapi, I tak akan lupakan dia. I akan pastikan dia akan balik ke pangkuan I.
Terjengil biji mata Dhia.
Apa maksud you suara Dhia masih terkawal dengan biji matanya yang masih membulat. Tidak mampu lagi membendung perasaannya kali ini.
I minta maaf, Dhia. Tapi I terpaksa putuskan pertunangan kita.
Terasa waktu yang berputar bagaikan terhenti dengan sendiri. Hampir luruh jantung Dhia Anna dibuatnya. Nadinya seakan mahu berhenti dari terus berdenyut.
You cakap apa tadi! Cuba ulang sekali lagi...
I cintakan Fiqa. Kita adalah masa lalu sedangkan I dan Fiqa adalah masa depan.
Dhia mengetap bibirnya. Amarahnya sudah membara dalam diri. Segala tingkah laku lemah lembut dan ayunya terhapus hanya dengan satu perasaan cemburu yang kian menular dalam diri. Seketika, ketawa sinis dihamburkan bersama jelingan tidak berpuas hati diberikan buat Airish.
Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Dia perlu bertenang dan dia perlu bijak mengawal keadaan.
You ingat papa you akan benarkan ini semua berlaku You ingat bila you dah bagitahu papa you, you akan berbahagia sampai hujung hayat Macam tu ugut Dhia dalam diam.
I tahu semua tu. Jadi, I kena cari kekuatan untuk hadapi semua tu. Afiqa tetap akan jadi milik I. Fiqa adalah sumber kekuatan I. Biar apapun yang akan terjadi I akan cari Fiqa.
Maafkan I, Dhia. I dah fikir masak-masak ni semua. Apa yang I pasti, you mungkin cinta pertama I tapi itu bukan bermakna cinta terakhir I pun akan berakhir dengan you juga, Airish pamit meninggalkan ruangan restoran di situ.
Laju lelaki itu melangkah meninggalkan sekeping hati yang berdarah dan membengkak. Semuanya garagara kata-katanya tadi. Tajam mata Dhia memanah pada tubuh Airish yang kian menghilang di sebalik orang ramai itu. Tangannya dikepal sekuat mungkin.
Sedang hatinya berkocak hebat, tangannya laju mencapai telefon bimbit sendiri di dalam tas tangannya. Papan kekunci berdetak seketika dengan beberapa sentuhan seketika sebelum dilekapkan terus ke telinganya.
Hello... uncle
Bibir Dhia menggariskan senyuman dalam diam. Rasa resah dan gelisahnya sudah pun mahu terubat. Tak apa! Kalau Airish hendak bermain permainan dengannya, dia akan memastikan hanya akan satu sahaja pemenang di penghujungnya. Sama ada dirinya ataupun Afiqa!
Pertempuran kalah mati!
RINA! terjah Airish terus sebaik sahaja panggilannya berjawab. Laju kata-kata itu meluncur dari bibirnya seiring dengan rentak kakinya sendiri dalam menuju ke arah keretanya. Kunci dari dalam poketnya dikeluarkan. Kau tak nak bagi salam dulu ke sindir Katrina.
Assalamualaikum. Mana Fiqa geram Airish tatkala menuturkan permintaan itu.
Terdengar keluhan Katrina di hujung sana.
Tak bolehlah, Airish. Fiqa tak kasi aku bagitahu kau, jawab Katrina lembut. Kenapa kau tak tanya papa kau a.k.a Datuk Tengku Syahir tu Pasti dia tahu.
Airish terdiam sejenak.
Papa aku Apa kena papa. Airish memberhentikan kata-katanya apabila terasa seperti ada panggilan masuk.
Lantas, telefon itu dilarikan seketika dari melekap terus di telinganya. Nama yang terpapar di situ mahu dihiraukan Airish tapi selepas memikirkan tidak elok berkelakuan begitu terhadap adiknya, panggilan itu berjawab selepas talian antaranya dan Katrina dimatikan segera.
Hello! Along, cepat lari mana-mana dari area restoran tu.
Airish mengerutkan keningnya. Adiknya ada di sinikah Macam mana Bella boleh tahu kewujudannya di sini
Kenapa Airish menyoal pelik.
Papa tak telefon along
Airish semakin diburu perasaan bimbang. Ada apaapa terjadikah
Tak. Kenapa ni, Bella
Its okey, along. Sekarang ni, cepat pergi dari situ. Cepat! Nanti Bella cerita.
Mulutnya ingin bertanya lebih lanjut, malangnya talian telah dimatikan oleh Bella. Airish tidak faham
namun kata-kata adiknya tetap diturutkan. Entah apa yang sebenarnya terjadi
Kakinya melangkah ke arah keretanya sambil fikirannya jauh menerawang memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Sesampainya dia di kereta, tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Airish mengeluh. Sudah tahu kerja siapa. Dia berpaling.
Kenapa ni soal Airish dingin.
Maaf, tuan. Tapi, kami diarahkan oleh Datuk untuk bawa tuan kepada Datuk secepat mungkin.
Airish mengangguk sahaja. Tangannya kemudiannya beralih pada pintu kereta tu ingin meloloskan diri tapi bahunya sekali lagi digengam oleh salah seorang lelaki tersebut.
Tuan, kami diarahkan agar tuan ikut kami.
Tinggalkan kereta tuan di sini.
Airish merengus kasar.
Kau ingat aku budak kecik. Tu bapak aku tahu. Buat apa aku nak lari! bebel Airish kasar. Laju badannya diloloskan di dalam kenderaannya. Lelaki tersebut berpandangan seketika sebelum mengangguk sahaja.
Tanpa berlengah lagi, mereka bertolak dengan kereta Airish diekori rapat dari belakang sepanjang perjalanan. Airish hanya menjeling dari hujung matanya. Akalnya merengus kasar. Tapi, ditahankan sahaja sehinggalah keretanya benar-benar bertapak di teratak halaman Datuk Tengku Syahir dan Datin Fariza.
Airish bosan. Sepanjang perjalanannya menuju masuk ke dalam rumah, dia diiringi dua orang pengawal. Sudah serupa penjenayah pula dirasakannya. Hanya apabila melepasi ruang tamu, barulah keempat-empat pengawal tersebut mengundurkan diri. Kembali ke halaman. Airish mengangkat muka.
Peristiwa di mana papanya memarahi Bella terulang tayang kembali. Situasinya sama. Langsung tidak berubah. Semua berada di situ. Papanya sedang berdiri membelakangkannya manakala mamanya resah berdiri sambil matanya tidak lepas memandang ke arahnya. Matanya naik ke atas pula pada Bella yang berdiri di atas tangga sana. Airish menarik nafas. Melihat bagaimana keadaan papanya ketika ini, dia sudah dapat mengagak bagaimana rupa perbualan yang akan terjadi antara mereka selepas ini.
Keningnya ternaik sedikit pabila matanya terperasankan Dhia juga berada di situ. Gadis itu penuh ayu mengambil tempat duduk berhadapan dengan papanya. Muka gadis itu menunduk, menekur lantai.
Kenapa papa panggil Airish tanpa salam Airish terus datang bertanya. Sakit hati melihat wajah Dhia di situ. Dirinya sudah dapat menjangka bagaimana sebenarnya lelaki-lelaki itu boleh datang menerpa ke arahnya di sekitar restoran tersebut.
Kau dah gila! Kamu sedar ke tak hambur Datuk Tengku Syahir meninggi suaranya di segenap rumah tersebut. Airish mengeluh.
Apa yang Airish tak sedar balas Airish penuh selamba.
Datin Fariza diburu rasa ketakutan. Rasa hendak berdiri pun bagai tak mampu bertahan lagi. Rumahnya sentiasa dipenuhi dengan memori pertengkaran begini sehingga membuatkan dirinya tidak tertahan lagi tinggal di sini.
Datuk Tengku Syahir merengus kasar. Perlahanlahan, tubuhnya dipalingkan menghadap Airish. Tongkatnya dibawa ke depan. Mencerlung tajam matanya menikam pada sepasang mata Airish. Airish sekadar membalas dengan bersahaja. Rasa gementarnya sudah sekian lama terpadam. Dirinya sudah lali dengan amarah papanya.
Bodoh! Kau tahu tak betapa susahnya papa nak kayakan kamu! Papa nak bagi seluruh kesenangan pada kau! Tapi, apa yang kau buat Dasar anak bodoh! Tak boleh fikir sama macam apa orang tua fikir! Kamu tak ada otak sambung Datuk Tengku Syahir lagi.
Airish dah cukup kaya. Kaya dengan segalagalanya. Airish dah dapat apa yang Airish nak. Cuma Airish masih miskin kasih sayang papa. Airish dah penat merayu, melutut pada yang tak sudi.
Datuk Tengku Syahir menelan liurnya. Rasa panas di dada kian terasa sementara Datin Fariza menunduk. Seperti kesalkan sesuatu. Mungkin dirinya terkenangkan peristiwa sewaktu anak-anaknya kecil dahulu. Kekesalan yang sudah tidak bererti lagi untuk dikesalkan.
Percepatkan tarikh perkahwinan, Dhia! Kita akan adakan secara besar-besaran. Jemput semua wartawan. Bawa mereka ke sana. Berikan liputan yang menyeluruh! Biar perempuan tu tahu, masakan kaki jejak tanah mampu gapai bintang di langit.
Tak payah! tempik Airish di segenap rumah tersebut sekaligus mendiamkan Datuk Tengku Syahir. Matanya ditenung tajam pada anaknya. Berani betul anaknya menengking padanya.
Airish tak akan kahwin dengan Dhia. Batalkan pertunangan ini atau biar Airish sendiri yang umumkan pada seluruh wartawan di Malaysia. Peduli apa Airish! jawab Airish lantang. Sudah tidak mampu lagi ditahan. Sudah lama hati dan perasaannya ditolak ke tepi oleh papanya. Dia sudah bosan untuk diikat dalam keadaan begini.
Budak sial tu betul-betul dah bawak malang pada aku! Dulu Bella, dan sekarang kau! Memang patut pun papa dah buang dia dari hidup kau! Memang papa dah silap pilih. Budak tu patut diajar!
Airish terpempam seketika. Agak kaget dengan kata-kata dari papanya. Persoalannya selama ini sudah pun terjawab.
Jangan berani papa nak buat apa-apa pada dia. Sekali papa sentuh Fiqa pun Airish tak akan benarkan. Fiqa tak salah. Kalau papa nak salahkan dia atas apa yang berlaku, papa salahkan diri papa dulu sebab semua ni terjadi bermula daripada papa!
Bertambah tajam panahan mata Datuk Tengku Syahir. Matanya sudah memerah akibat terlalu menahan gasakan api kemarahan yang menggila. Tidak percaya anaknya berani berlawan cakap dengannya. Dhia di belakang papanya turut mengangkat muka, tidak percaya sebegitu beraninya Airish pertahankan Afiqa. Semakin membuatkan perasaannya tidak menentu. Terasa mahu meletup di situ juga.
Nampaknya, kamu memang jadi anak yang derhaka. Kamu sedar tak apa yang kamu ada semuanya dari papa Dasar anak tak kenang budi! Cuba kamu tengok Dhia ni. Dia punya segala-galanya untuk kamu. Dia boleh bahagiakan kau! Macam dulu.
Airish tersenyum sinis.
Papa dah terlambat. Dulu mungkin. Tapi sekarang..., ayat Airish sengaja digantungkan. Matanya dijeling kepada Dhia. Dhia membalas jelingan itu sebelum senyuman sinis Airish diukirkan buat dirinya. Dhia terpempam di situ.
... Dah tamat! Airish akan dapatkan Afiqa dulu. Airish akan bahagiakan dia dan diri Airish sendiri, yakin Airish berkata-kata.
Jangan kau mimpi nak bahagiakan perempuan tu dengan harta aku! Jangan harap!
Airish menarik nafas seketika.
Tak. Airish akan bahagiakan dengan kudrat Airish sendiri. Airish akan bahagiakan dia dengan apa yang Airish ada.
Membulat mata Datuk Tengku Syahir pabila mendengar Airish berkata seperti itu. Bibirnya rapat diketap dengan rahangnya bergerak dari atas dan ke bawah. Berombak perasaannya tika ini, sekaligus membadai kasar tiang kesabaran yang diteguhkan buatnya. Memikirkan dia akan berkelakuan di luar kawalannya pantas badannya dipusingkan ke sisi dari memandang Airish.
Bimbang akan kemarahannya yang mungkin tidak terkawal ini nanti. Bukan kerana dia bimbangkan dia akan menyakiti Airish, tetapi memikirkan akan keberadaan Dhia di sini dia tidak boleh berkelakuan begitu. Orang di luar semuanya menghormatinya. Namun, jika sudah ada orang yang melihatnya dalam keadaan begini, apa pula kata mereka. Oleh itu, Datuk Tengku Syahir cepat-cepat melarikan pandangannya.
Get out! senafas sahaja kata-kata Datuk Tengku Syahir ketika menuturkannya. Semua yang ada di situ terkejut dengan kata-kata Datuk Tengku Syahir. Begitu juga dengan Datin Fariza. Kepalanya diangkat meninggi memandang pada satu-satu anak lelakinya.
Segala kemewahan yang papa bagi, pulangkan! Kereta, kad kredit semuanya pulangkan pada papa!
Tengku, apa yang Tengku buat ni Datin Fariza mula bersuara. Tidak senang dengan apa yang didengarinya.
Bella di atas sana, sudah menapak turun ke bawah, kembali ke sisi mamanya. Dia juga turut terkejut dengan keputusan papanya.
Dia cakap, dia tak mahukan semuanya. Dia cakap dia mampu berikan perempuan sial tu kebahagian. Jadi, biarkan dia! Tengok berapa lama dia boleh tahan! tegas Datuk Tengku Syahir ketika menuturkannya.
Sementara itu, Airish pula hanya beriak bersahaja sementara segala kata-kata papanya, diturutinya. Dompet, kunci kereta dan beberapa kepingan kad kredit dikeluarkan dari poket lalu diletakkan di atas meja berhampiran.
Apa yang kamu buat ni, sayang Datin Fariza tidak merelakannya. Tidak bersetuju dengan tindakan anaknya.
Mama, Airish dah penat.
Telefon bimbitnya juga ingin diletakkan sama di atas meja tetapi tindakannya terhenti dengan kata-kata Datuk Tengku Syahir itu.
Kau boleh bawak telefon tu. Papa tahu nanti kalau kamu akan tukar fikiran. Jadi, papa akan biarkan telefon tu akan bersama kamu, mata Datuk Tengku Syahir masih setia memanah pada sisi yang lain. Marahnya belum lagi surut.
Airish tergelak sinis.
Jadi, kalau Airish letakkan sekali telefon ni kat sini, maknanya Airish tetap tak akan berubah fikiran betul
Datuk Tengku Syahir mengangkat kepalanya meninggi. Sakit hatinya dengan kelakuan Airish.
Kau memang tak sedar diri! Baik! Papa akan buat kau menyesal! Papa akan buat kau melutut kembali kat kaki papa. Dasar anak tak kenang budi, apa kau tak sedar selama ni, segala drama atau filem kau semuanya papa yang taja
Airsh terdiam sejenak.
Jangan bimbang, papa. Airish mampu hidup sendiri.
Semakin berombak nafas Datuk Tengku Syahir. Turun naik nafasnya.
Baik. Kita akan tengok. Sekarang, keluar! Keluar dari rumah ni.
Airish menunduk hormat sedikit sebelum melangkah pergi. Datin Fariza menggeleng. Kakinya laju melangkah menahan anaknya pergi. Lengan Airish ditarik.
Airish, apa kamu buat ni. Kamu tak kesiankan mama ke
Airish memandang Datin Fariza sekejap. Nafas lembut dihela di situ. Cengkaman di lengannya dileraikan lembut oleh Airish sebelum berura-ura ingin melangkah pergi dari situ.
Tunggu! Jangan pergi Airish. Kesiankanlah mama..., tangis Datin Fariza. Terasa gelap hidupnya jika anak-anaknya pergi dari sisinya. Lengan Airish kembali ditarik.
Mama, percayakan Airish ya Izinkan Airish cari isteri Airish... izinkan Airish cari bahagia Airish, ma.... Tenang Airish ketika menuturkannya.
Datin Fariza terdiam di situ. Airish tersenyum kecil. Tangan Datin Fariza dicapai sebelum dilabuhkan kucupan hangatnya di telapak tangan tua itu.
Airish pergi dulu... mama tetap syurga Airish. Airish hanya perlukan doa dan restu mama..., pamit Airish. Kakinya laju melangkah pergi. Hatinya setidaktidaknya terasa lapang.
Airish!
Airish melangkah pergi dengan laju. Sudah dapat menganggak siapa gerangan yang memanggilnya.
Airish! sekali lagi namanya diseru.
Kali ini, Airish berhenti apabila tangannya direntap dari belakang secara kasar. Mata Airish mencerlung tajam pada anak mata Dhia sebelum matanya diturunkan pula pada gengaman tangan Dhia di lengannya.
Dhia yang perasankan jelingan itu, pantas meleraikan gengamannya dari tangan Airish. Nafasnya diatur setenang mungkin. Rasa marah yang ingin memuncak diperintah olehnya itu bersabar supaya emosinya dapat dikawal dengan baik.
You nak pergi mana Dhia bersuara prihatin mengalahkan dari Datin Fariza pula.
Kau boleh tumpangkan aku balik