SAAT AKU BERPALING - 41
TIADA sebarang tindakan yang diambil oleh Aidid walaupun dua minggu sudah berlalu.

Padanya, tiada apa yang hendak ditakutkan dengan Nadhirah. Budak mentah begitu tidak tahu apa-apa. Takkanlah hanya disebabkan oleh ugutan daripada Nadhirah dia mahu meletak jawatan.

Kau jangan ingat aku bodoh Nadhirah. Aku takkan takut dengan ugutan kebudak-budakan kau tu. Aidid ketawa. Langsung tidak dihiraukan ugutan Nadhirah bahkan kini dia masih mampu menghabiskan masanya bermain billiard sendirian dalam pejabatnya. Dia sebenarnya tidak sabar menanti reaksi Nadhirah memandangkan tempoh waktu 15 hari sudah berlalu.

Selamat petang. Encik Aidid, Cik Nadhirah kata dia sudah membuat temu janji secara peribadi dengan

Encik sebelum ini.

Nadhirah Hmm, tak apa. Bagi dia masuk.

Semak betullah perempuan ni! Aku baru nak buat draw shoot. Rungut Aidid. Kayu yang berada di tangannya dilempar ke tengah meja.

Kelihatan pintu ditolak dari luar dan Janet membawa Nadhirah masuk, Drinks Soal Janet sebelum beredar.

Dia datang sekejap je. Tak payah. Jawab Aidid tanpa lapik. Sebenarnya secara halus dia menghalau Nadhirah keluar.

Baiklah, saya keluar dulu.

Tunggu! Perbincangan kami akan berlarutan. Saya nak warm lemon tea. Pinta Nadhirah. Dia tahu yang Aidid menyindirnya namun dia buat-buat tidak faham.

Baik. Wajah Janet kelihatan keliru. Nak bancuh atau tidak Akhirnya dia keluar dengan wajah keliru.

Dah ada peningkatan. Aidid tersenyum sinis.

Peningkatan

Dua minggu lepas kau datang rumah, mengarah pembantu rumah aku untuk ugut aku suruh berhenti. Sekarang kau datang ke pejabat pula mengarah-arah setiausaha aku. Kenapa kau boleh jadi berani sangat sekarang ni Sindir Aidid.

Semua benda kena ada perubahan, barulah menarik hidup ni.

Well, sejak bila pula kau buat temu janji dengan aku. Seingat aku tak ada pun.

Siapa cakap tak ada Kan hari ni dah cukup 15 hari. Saya dah cakap tempoh hari, saya akan cari abang kalau masih berkeras nak kekal dengan jawatan ni. You know, you should stop when I ask you to.

Why should I Kau ingat aku bodoh ke nak serahkan syarikat ni buta-buta pada kau Lain kali kalau nak bercakap tu, biar logik sikit boleh tak

Nampaknya abang masih tak tahu bezakan yang mana gurauan dan yang mana serius. Saya tak pernah main-main kalau ianya melibatkan hal perniagaan.

Hello... aku ada ramai kakilah, tak mudah nak jatuhkan aku dengan alasan aku lari cukai. Kau ingat aku suruh orang ubah suai maklumat kewangan tu, percuma aje ke Dia orang tahu apa yang dia orang buat. Tak mungkin ada masalah dengan laporan kewangan aku mahupun syarikat.

Masalahnya jenayah yang abang buat bukan setakat lari dari cukai. Dah terlalu banyak kesalahan yang abang lakukan sejak memegang jawatan ini. Takkanlah abang tak ingat langsung

Apa maksud kau Apa lagi yang kau tahu Wajah Aidid yang tak lekang dari senyuman sindir sejak tadi kelihatan mula berubah serius. Kata-kata Nadhirah mula meraih perhatian Aidid untuk mendengar.

Abang, abang... sepandai-pandai tupai melompat! Nadhirah jeda seketika untuk melihat reaksi Aidid. Nyata abang tirinya ini kelihatan resah. Rahsia abang terlalu banyak dalam pengetahuan saya. Abang nak tahu yang mana satu dahulu

Straight to the point. Tak payah nak putar-belit.

Oh ya, mana kapal baru yang dibeli dari Australia itu ya Nadhirah jungkit kening.

Aidid ketawa, Itu sahaja yang kau ada Nadhirah, Nadhirah... kalau setakat dua perkara ini, buang masa aku ajelah! Dahlah, keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi... halau Aidid berang.

Ada lagi... jangan risau... Satu sampul surat putih di letakkan di atas meja.

Dah, jangan buang masa aku!

Tengok dulu abang... saya rasa kandungannya cukup menarik untuk mengheret abang meringkuk dalam penjara selama 25 tahun.

Belum sempat Aidid membuka sampul berkenaan, Janet kembali dengan sedulang minuman panas yang dipesan Nadhirah sebentar tadi, Maaf mengganggu.

Janet, tolong pastikan tiada lagi tetamu selepas ini. Saya tak nak diganggu walaupun dengan hanya panggilan telefon. Pesan Aidid pada Janet. Keseriusan yang terpamer pada riak wajah Nadhirah serba sedikit membuatkan keyakinannya berkocak.

Baiklah. Saya keluar dahulu. Janet mengangguk dan berlalu pergi. Dia dapat mengesan ketegangan yang melanda dua insan di dalam bilik ini.

Tengoklah. Nadhirah mempelawa abangnya yang kelihatan masih ragu-ragu. Riak yakinnya sebentar tadi hilang entah ke mana. Nadhirah tahu yang Aidid sudah hampir hilang akal.

This is nonsense! Kau sengaja nak kenakan aku, kan Aidid menafikan gambar tersebut.

Beberapa keping gambarnya di Hawaii beberapa bulan lalu diteliti satu persatu. Parah! Gambar yang menunjukkan dia berjabat tangan dengan taikun barang antik serta ketua kartel dadah dari China membuatkan dia terkedu seketika. Aidid sedar yang dia tidak sepatutnya memandang rendah gadis ini.

Jangan nak tegakkan benang yang basah. Semua gambar-gambar tu asli. Saya takkan perangkap abang guna taktik lapuk tu.

So what Sekadar beberapa keping gambar ni tak membuktikan apa-apa.

I am not that stupid, abang. Ive full report on each transactions. Saya akan pastikan yang abang tak akan terlepas kali ini!

Kenapa kau buat semua ni Nadhirah

Kenapa abang sanggup calarkan imej Emerald Group yang Papa jaga dari dulu hanya kerana duit Abang berpakat dengan mafia China untuk seludup dadah, barang antik, senjata api dan kenderaan curi keluar masuk melalui kapal syarikat kita. Tak cukup ke apa yang abang dapat selama ni Sambungnya lagi.

Kau tahu tak yang mereka boleh bunuh kau bila-bila masa aja kalau maklumat mengenai kegiatan mereka ini terbongkar. Kau akan mati kau tahu tak! Aidid berang. Nadhirah punya terlalu banyak bukti untuk menjatuhkan dia.

Ill make sure they kill you first! Abang yang buat benda jadi teruk sebab terlalu degil. Kalau abang setuju untuk tinggalkan Emerald, saya akan pastikan semua bukti yang ada dalam tangan saya tertanam di dasar laut. Tak ada sesiapa yang akan tahu mengenainya.

Kau ni memang perempuan tak guna. Kau nak apa sebenarnya, hah! Jerkahan Aidid kedengaran begitu kuat namun tidak langsung menggentarkan Nadhirah.

Shhh, jangan jerit. Nanti semua orang tahu apa yang abang cuba sembunyikan. Rugilah sebab saya tak nak abang ke penjara. Saya pun tak nak abang mati. Janganlah panik sangat. Dengan nada yang cukup rendah dan menyakitkan hati Nadhirah memberi peringatan.

Kau nak apa Tak cukup lagi ke apa yang kau dah dapat Soal Aidid yang masih cuba mengawal nada suaranya.

Jelas riak wajahnya yang sedang marah. Selama ini ke semua kegiatan haramnya ditutup rapat, Aidid langsung tidak menjangka yang Nadhirah boleh bertindak sejauh ini untuk menentangnya.

Apa yang Papa bagi pada saya hanya secebis daripada banyak-banyak bahagian yang saya patut dapat. Terlalu banyak hutang keluarga Tan Sri Malik terhadap saya. Sekarang saya cuma mahu menuntut hak saya. Saya mahukan Emerald, saya mahu diiktiraf sebagai anak Tan Sri Malik, saya nak hidup saya semula, saya nak abang letak jawatan, saya nak Adelia dan Puan Sri Munirah melopong tengok harta dia orang dirampas. Saya nak keluarga ini rasa apa yang saya rasa sejak berbelas tahun kita tinggal bersama.

Papa bela kau sampai besar, kami beri pelajaran, kami bagi makan minum. Tak cukup ke

Tak cukup. Maruah saya dipijak. Saya didera, dihina, dikutuk, dikurung... hanya itu yang saya rasa selama 5 tahun hidup bersama keluarga Tan Sri Malik. Saya akan pastikan anak-anak abang rasakan apa yang saya terima selama hidup di rumah agam tersebut! Saya akan pastikan Adelia merana dikurung dan dihina. Saya akan buat Puan Sri Munirah rasa hidup tanpa pelindung, tanpa duit, tanpa sokongan, tanpa keluarga!

Kau dah gila Nadhirah. Gila!

Saya belum gila lagi. Abang boleh cakap saya gila bila saya mula dedahkan semua ni. Masa tu baru abang boleh panggil saya gila. Saya akan hantar abang ke penjara, saya akan buat anak-anak abang jadi anak banduan, saya akan buat semua ni jadi kenyataan kalau abang tetap berdegil juga.

Kau nak macam mana lagi

Serahkan Emerald Group, kosongkan jawatan Pengerusi dan Pengarah Emerald Group, tinggalkan Malaysia, jangan pernah fikir untuk balik ke sini lagi. Itu sahaja pilihan yang abang ada. Macam mana abang pernah umumkan yang abang meluat untuk tengok muka saya, macam itulah saya nak abang hilang dari pandangan mata saya!

Tak semudah tu, Nadhirah. Aidid menggelengkan kepalanya.

Abang cuma ada 48 jam untuk berfikir dan buat keputusan. Think about your family. Kalau abang terus berdegil, saya akan pastikan segala dokumen yang saya ada dihantar terus ke balai polis dan mafia China tu akan dapat profil lengkap tentang ahli keluarga abang.

Kau memang sengaja nak musnahkan hidup kami, kan Aku akan pastikan hidup kau tak senang Nadhirah!!!

Ya, saya memang sengaja sebab selama ini keluarga abang dah musnahkan hidup saya! Saya tak takut dengan ugutan dan jelingan abang lagi. Abang dah tak boleh kawal tingkah saya.

KURANG AJAR!

Oh, ya! Sebelum saya pergi, saya cuma nak ingatkan yang semua maklumat ni akan segera sampai kepada pihak berkuasa kalau saya gagal dikesan dalam masa sejam oleh orang-orang saya. Jangan abang fikir yang abang boleh rancang untuk culik atau bunuh saya. Dah tak ada jalan lagi. Letak jawatan dan tinggalkan Malaysia. Itu sahaja pilihan yang abang ada.

Aidid mengetap bibirnya tanda tidak berpuas hati. Takkanlah dia mahu bersetuju pada permintaan Nadhirah yang keterlaluan ini. Aidid bangun dari kerusi empuknya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit bagi melegakan rasa rimasnya. Kakinya melangkah keluar dari pejabat berkenaan meninggalkan Nadhirah sendirian. Dia perlu berjumpa dengan peguamnya.

Teh lemon suam yang masih lagi mengeluarkan asap nipis dihirup perlahan. Dia bersendirian di dalam ruang pejabat besar ini setelah ditinggalkan Aidid. Sungguh Nadhirah pasti yang bilik ini bakal dihuninya tidak lama lagi. Beberapa jam sahaja lagi, Emerald Group akan jatuh ketangannya. Nadhirah sudah tidak sabar menanti detik itu tiba. Adan Adelia masing-masing memandang PA semua ni Aidid Mata Puan Sri Munirah

Aidid yang berada di depan mereka.

Aidid diam menunduk.

Mama dapat mesej berantai sejak semalam. Ahli Lembaga Pengarah yang lain pun turut dapat benda yang sama. Salinan dokumen penting syarikat bertaburan dalam emel tu. Seleweng dana kebajikan Emerald Group, hutang judi bertimbun, lari dari cukai. Apa semua ni Aidid Mama tahu Aidid buat benda ni, tapi macam mana ada orang boleh tahu

Adik pun dapat juga benda tu. Abang tahu apa-apa tak Soal Adelia apabila Aidid langsung tidak memberi reaksi pada pertanyaan mamanya.

Semua ni kerja anak haram Papalah. Aidid buntu sekarang ni, dah tak tahu apa nak buat. Bodoh betul!

Siapa Nadhirah

Papa ada anak haram lain ke Soal Aidid sinis.

Sejak bila Aidid tahu yang dia ada semua ni

Dah 2 minggu dia ugut Aidid.

Kenapa lambat sangat Aidid ambil tindakan. Kenapa tak beritahu Mama awal-awal Puan Sri Munirah bangkit dari tempat duduknya. Wajahnya diraup beberapa kali. Masalah ini bakal memusnahkan Emerald Group jika tidak diurus dengan betul.

Aidid ingat dia main-main. Aidid tak sangka dia sebijak ini untuk kenakan kita.

Oh god! Mama tak tahu nak cakap apa. Mama tak tahu sama ada Nadhirah yang bijak atau sebenarnya Aidid yang bodoh Aidid tahu tak yang dia tu dah lama tunggu peluang macam ni. Benda macam ni pun Aidi tak reti nak urus.

Tolonglah Ma. Aidid dah sakit kepala fikir. Kalau Mama setakat nak membebel macam ni, baik tak payah!

Apa yang dia nak Soal Adelia

Dia nak abang letak jawatan. Dia suruh abang kosongkan jawatan Pengerusi Emerald minggu ini juga.

Mama memang dah agak dah. Memang ini yang dia nak! Aidid ada bincang tak dengan peguam kita

Dah. Aidid dah suruh dia orang teliti semua bukti

tu. Tak ada apa yang kita boleh buat. Semua bukti cukup untuk hantar Aidid ke tali gantung.

Takkanlah seleweng dana pun sampai nak kena gantung

Bukan tu ajalah ma.

Habis tu apa lagi Aidid buat apa lagi dibelakang Mama ni

Seludup dadah, barang antik, kenderaan curi dan senjata api dari China. Jawab Aidid perlahan. Dia tahu yang Nadhirah takkan berhenti selagi dia tidak melepaskan jawatan.

Maksud Aidid, guna kapal kargo Emerald Group Macam tu Puan Sri Munirah mahukan kepastian.

Ya. Aidid buat semua tu guna kargo Emerald.

Bodoh! Aidid memang dah hilang akal. Aidid tahu tak yang Aidid heret nama Emerald sekali dalam kerja kotor Aidid Ungkap Puan Sri Munirah.

Aidid tahu semua ni salah Aidid. Dah tak boleh nak patah balik dan dah tak ada jalan lain. Aidid kena letak jawatan. Aidid menggelengkan kepalanya.

Takkanlah semudah tu abang nak letak jawatan Habislah kita kalau Nadhirah ambil alih Emerald Group. Abang ni fikir pakai otak atau tak, hah

Kau cuba pakai otak kau tengok Aku nak tahu juga apa yang kau boleh buat Sindir Aidid pada Adelia yang tak habis-habis menghentamnya.

Bunuh sahaja dia. Bukan susah pun.

Mudahnya kau cakap. Hey, Adelia! Kalau senang nak bunuh dia macam tu, dah lama aku buat. Kau tak payah suruh pun, aku boleh buat sendiri. Lain kali kalau nak cakap tu, biar pakai otak kau tu sikit.

Kenapa pula tak boleh Kan senang kalau dia mati Tegas Adelia lagi. Jika jalan yang lembut tidak boleh digunakan, gunakan sahaja jalan kasar, fikirnya.

Mama pun rasa macam tu juga. Kalau dah susah sangat, kita bunuh aje dia. Puan Sri Munirah termakan dengan cadangan Adelia.

Mama ingat Nadhirah tak ada backup plan ke Semua emel-emel berangkai yang Mama dapat akan dihantar terus kepada pihak berkuasa sebaik sahaja Nadhirah gagal dikesan dalam masa sejam. Dia dah rancang semuanya dengan teliti!

Dia betul-betul nak hancurkan kita. Adelia bersuara.

Tolonglah Ma, Aidid tak nak diheret ke penjara.

Apa lagi yang kita boleh buat. Takkanlah kita nak biarkan sahaja dia ambil alih Emerald Group

Tak apa. Mama rasa baik Aidid letak jawatan dan lari keluar negara. Kita ikut je cakap Nadhirah dulu. Bila semua ni reda baru kita ambil tindakan lain.

Ma, apa Ma cakap ni Adelia terkejut. Takkanlah semudah tu mereka mahu mengalah.

Dengar dulu apa yang Mama nak cakap. Cuma Ahli Lembaga Pengarah yang berhak melantik Pengerusi baharu Emerald Group. Kalau tak ada sokongan yang cukup, Nadhirah tak boleh dilantik. Kita cari calon yang sesuai dan lantik dia jadi Pengerusi baharu.

Nak lantik siapa Mama tengok tak senarai nama yang Nadhirah hantar pada kita Hampir semua orang-orang kita ada skandal jenayah. Tak ada yang layak pun.

Siapa sahajalah asalkan bukan Nadhirah. Kebanyakan Ahli Lembaga Pengarah sekarang adalah orang-orang arwah Papa. Mama yakin yang dia orang akan sokong calon yang kita pilih mewakili pihak kita.

Mama calonkan diri sendiri ajalah.

Mama dah berumur. Mereka takkan setuju. Pintas Aidid.

Adelia ada. Biar Adelia jadi wakil. Cadang Adelia.

Apa pengalaman kau ada Masa aku suruh kau kerja di Emerald dulu kau sibuk nak melawa aje. Tengok apa jadi sekarang Ada ke orang yakin nak bagi kau tadbir Emerald Nanti lagi lingkup pula.

Lagi baik melingkup daripada jadi tempat untuk abang buat jenayah. Marah benar Adelia mendengar kata-kata abangnya.

Sudahlah, bergaduh tak habis-habis! Kita kena fikirkan siapa calon yang layak.

Ma yakin ke dengan idea Mama ni Buatnya calon yang Mama pilih tu tikam kita dari belakang, sama juga keputusannya nanti.

Kita carilah calon yang boleh kita kawal. Yang boleh kita buat boneka. Kita biar dia bertanding lepas tu kita bayarlah dia untuk ikut telunjuk kita.

Siapa

Tan Sri Omar Al Habshie.

Boleh ke dia tu Macam tak boleh percaya aje. Susah nak handle dia tu. Aidid tidak yakin dengan pilihan mamanya.

Nak buat macam mana lagi Dia sahaja yang bersih dikalangan kita sekarang ni. Mujur juga dia seorang yang tak ikut jejak Aidid. Lagipun dia ada berhutang dengan Mama sebab selamatkan dia masa hampir bankrap beberapa tahun lepas. Jadi, Mama yakin yang dia akan setia sebab dah termakan budi.

Mama yakin ke

Ya, kita biar dia yang tadbir Emerald, tapi semua keputusan kita yang buat.

Esok Aidid hantar surat letak jawatan. Kita akan buat Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk lantik Pengerusi baharu dalam beberapa hari. Kita ikut dulu kehendak Nadhirah dan lepas Tan Sri Omar dapat jawatan tu, baru kita uruskan dia pula.

Adik setuju! At least kita masih ada kuasa.

Baiklah. We stick to the plan. Aidid ikut Mama jumpa Tan Sri Omar.

Tak perlu. Mama pergi sendiri. Sekarang ni Aidid jumpa semua Ahli Lembaga Pengarah dan yakinkan mereka untuk undi Tan Sri Omar. Mama yakin mereka akan sokong kita. Arah Puan Sri Munirah.

Baik Ma. Aidid akan yakinkan mereka semua.

Adelia, tolong abang nanti. Kali ni kita kena bekerjasama.

Baik Ma. Jawab Adelia separuh rela.

Kalau diikutkan hati, malas dia mahu masuk campur. Geram pula mengenangkan sikap Aidid yang masih menyombong walaupun sudah hampir dihantar ke tali gantung oleh Nadhirah.

Tak semudah tu Mama nak tengok sahaja apa yang budak mentah tu nak buat. Dia takkan mampu singkirkan kita macam tu sahaja. Kita tengoklah nanti. Ujar Puan Sri Munirah dengan nada yakin sekali.