SEKALI lagi Kudin pulang ke kampung Pinang Patah. Kali ini meraikan pernikahan Anum dan Jo. Meriah di rumah Anum dengan tetamu yang datang. Penduduk kampung bergotong royong memasak dan menyediakan lauk pauk untuk tetamu. Kudin, Chad dan Jai turut sama menolong sehinggalah majlis selesai.
"Kudin, Chad, Jai...terima kasih. Aku malu sebenarnya dengan korang." Jo peluk seorang demi seorang. Perasaan sebaknya tidak dapat dibendung lagi.
"Sudahlah..buat apa nak malu. Kau tetap sahabat kami." Kudin menepuk bahu Jo.
"Aku rasa bertanggungjawab pada Anum. Aku rasa bersalah pada Senah dan Anum atas apa yang telah terjadi dulu. Sekarang ni, Jai dah nikah dengan Senah, jadi aku rasa aku perlu nikah dengan Anum. Alhamdulillah, Anum terima aku walaupun dia tahu aku ni bekas banduan." Jo menitiskan air mata.
"Sudahlah tu. Yang lepas tu, biarlah lepas. Sekarang ni kita kena bina hidup baru." Jai peluk Jo sekali lagi.
"Jo, jawatan tu masih aku simpan untuk kau. Kalau kau nak kerja, bila-bila masa aku terima." Kudin senyum.
"Terima kasih Kudin..Chad, maafkan aku juga ya. " Jo tunduk.
"Maaf Kau tak salah apa pun kat aku." Chad senyum.
"Aku tahu..aku yang suruh Karim bawa Anum dan Senah ke rumah kurungan empat tu." Jo menyatakan perkara sebenar.
"Sudahlah Jo. Aku tak nak ingat lagi semua tu. Aku dah insaf." Chad juga turut tunduk.
"Abang! Marilah bergambar!!" Kuyah melaung memanggil nama Kudin.
"Eh, jomlah." Kudin turut mengajak rakannya yang lain bergambar bersama.
Foto kenangan diabadikan bersama di rumah Pak Sahak. Jo dan Anum diraikan dalam suasana penuh meriah. Apatahlagi diusik oleh mereka yang lain. Sampailah kepada acara terakhir bila tetamu sudah pulang. Acara menyimbah pengantin dengan air. Bertempiaran lari mereka yang berada di laman dan di dalam khemah. Kudin dan Ana Dahlia turut disimbah sehingga lencun.
"Weh! Kau ikut adat mana ni"Kudin tarik tangan Ana Dahlia dan berlari ke atas rumah. Dia pandang Jai yang dari tadi asyik mengejarnya. Sebaldi air masih di tangan Jai.
"Tengok tu!" Jai tuding ke arah Jo dan Anum yang sudah basah kuyup.
Puan Karina, Nek Tom dan Pak Sahak ketawa terbahak-bahak melihat gelagat empat sahabat itu disimbah air.
Woi! Cukuplah tu! Kudin cuba mengelak dari disimbah tapi sebaldi air sudah menyimbah tubuhnya. Lencun!
Ana Dahlia ketawa mengekek.
Oh..ketawakan abang ya Kudin capai satu gayung dan mula menyimbah ke arah isterinya.
Ana Dahlia sempat berlari ke arah Nek Tom. Dia bersembunyi di belakang Nek Tom.
Sudahlahmacam budak-budak. Nek Tom turut mengekek.
HARI itu pernikahan Anum dan Jo cukup meriah walaupun tidak mewah. Gurau senda empat sahabat itu begitu terasa seronoknya bersama isteri masing-masing kecuali Chad yang masih sendiri.
HmmChad, kau tak nak nikah ke Jai pula bertanya Chad yang sedang mengelap badannya yang basah tadi. Pakaian sudah disalin dengan yang baharu.
Entahlahsiapalah yang nak kat aku ni.. Chad duduk di pangkin di bawah pokok mangga. Dia melepaskan pandangnya ke arah laman rumah Pak Sahak yang luas dan banyak pokok buah-buahan.
Ada la tu..kau bukannya tak ada rupa. Kudin pula menyampuk.
Eh, korang perasan tak, malam semalam, ada sesuatu kat pokok jembal depan jalan ke arah rumah Mak Jemah tu Chad mula mengalih topik.
Apa Pantas Kudin bertanya balik.
Aku nampak kelibat Mak Jemah.. Selamba Chad menjawab.
Kudin, Jai dan Jo terkejut, mereka berpandangan seketika.
Betul ke Jai pula bertanya.
Kudin diam. Dia tahu Chad banyak ilmu dan Chad pernah melalui semua itu. Tidak mustahli Chad boleh nampak kelibat Mak Jemah yang sudah lama meninggal itu. Mungkin apa yang dilihat oleh Chad itu adalah jelmaan hantu raya yang dibela Mak Jemah semasa hidupnya.
Chad mengangguk. Kalau korang nak tengok, malam nanti kita ke sana.
Jo dan Jai masing-masing berpandangan. Kudin pula hanya senyum. Dia sudah lama tahu tentang itu.
Bagus juga tu. Kita siasat apa yang sebenarnya berlaku. Kita tak boleh biarkan hantu raya tu mengganggu penduduk kampung kita ni. Cukuplah dengan kes pembuangan mayat tu dulu. Kudin menyokong Chad, dia pandang Jo dan Jai yang masih diam.
Aku rasa tak sedap hati la. Senah tu kan berbadan duakalau jadi apa-apa nanti Jai masih berbelah bahagi. Bukan dia tidak ingin menyertai rakan yang lain tetapi isterinya yang sedang mengandung itu perlu juga diambilkira.
Hmm..kalau macam tu, aku dan Kudin dah setuju, kau Jo Chad pandang Jo yang juga sudah terkebil-kebil.
Hai..pengantin baru ni.. Kudin mengusik.
Jo sengih. Ya la, baru tadi dia menjabat tangan depan tok kadi. Malam pertama pun belum dinikmati lagi. Buatnya dia terkejut dan pengsan bila terserempak jelmaan Mak Jemah, macam mana
Aku faham..malam ni malam bermakna buat kau.. Kudin tepuk-tepuk bahu Jo. Teringat pula malam pertamanya yang direalisasikan pada malam ke lapan selepas bernikah. Ana Dahlia sudah ada bendera merah dari hari pertama bernikah.
Macam nilahapa kata kita pergi malam esok Chad kenyit mata pada Jo.
Jo sengih. Faham maksud kenyitan mata Chad tadi. Kudin dan Jai mengangguk setuju. Lagipun, penat masih terasa. Seharian melayan tetamu dan selepas itu pula kena simbah dengan air.
Aku okey je..malam ni pun boleh.. Jo sengih.Merah merona mukanya diusik Chad.
MALAM ITU, sekali lagi empat sahabat itu berkumpul di rumah Nek Tom. Mereka kemudian berjalan menikmati keindahan malam di kampung itu dan berbual pula di kedai Pak Kahar yang masih meriah dengan karaoke dan dangdut.
"Aku sungguh tak sangka kita boleh bertemu semula macam ni selepas kali terakhir selepas SPM dulu." Kudin meneguk kopi panas yang dipesan tadi.
Betul tu dan paling tak sangka, kita bertemu jodoh hampir serentak. Kudin sengih.
Jo dan Jai turut senyum. Hanya Chad saja yang diam bila menyentuh soal itu.
Maaf Chad..aku tak bermaksud nak sindir kau.. Kudin mula perasan riak Chad.
Tak apa. Memang aku nak bersendiri pun buat masa ni. Chad melemparkan senyuman.
Pak Kahar datang membawa makanan yang dipesan tadi.
Wah..korang sekarang ni dah bersatu semula. Senang pakcik dengan kamu semua ni. Semua sudah berjaya dan bernikah. Kamu Chad bila lagi Pandangan Pak Kahar jatuh pada Chad.
Chad senyum kelat. Tadi kawan-kawannya yang menyentuh soal itu, kali ini Pak Kahar pula sibuk bertanya.
Belum ada jodoh lagi Pak Kahar.. Chad senyum sengih lagi.
Nak tunggu apa lagi Rugi kalau tak nikah ni. Tak dapat merasa nikmat dunia ni. Kamu faham maksud pakcik kan Pak Kahar sengih.
Jai dan Kudin turut senyum. Jo pula masih terkulat-kulat di situ.
Ni..karang, giliran Jo pula menikmati semua tu. Usik Kudin pada Jo.
Pak Kahar ketawa diiringi yang lain. Jo tahu, mereka mencabarnya. Tak apa, balik nanti dia akan menikmati sepuasnya bersama Anum nanti. Dia senyum nakal.
Kamu ni pengantin baru..isteri kamu tak cari ke Usik Pak Kahar pula pada Jo.
Dia dah tahu saya lepak dengan dia orang ni kat sini. Jo sengih.
Baguslah..jangan melencong ke lain pula. Pak Kahar beredar dari situ.
Jo semakin sengih.
Eh, makanlah. Nanti sejuk tak sedap pula. Sambil tu, layan la lagu dangdut tu..Kudin mula menyuap mi goreng ke mulutnya.
Chad dan Jai juga mula menikmati mi goreng juga. Jo pula hanya minum sahaja.
Jo, kau tak nak makan ke Jai mendongak. Jo dilihat sedang asyik melihat seorang pakcik menyanyi lagu dangdut sambil menari-nari gelek di situ.
Aku dah kenyang.. Jo senyum.
Hai..takkan dah kenyang kut. Kau belum lagi ehem tau. Usik Kudin pula.
Jo hanya mengukir senyum. Otaknya masih ligat berfikir. Tadi semasa dalam perjalanan ke kedai Pak Kahar, dia seperti melihat kelibat gadis kebaya merah di sebatang pokok besar dekat dengan kolam kumbahan itu.
Kenapa Jo Berkerut seribu muka kau Chad pula bertanya. Mi goreng tadi sudah habis dimakan.
Err..tak ada apa. Nak balik pukul berapa ni Jo pandang jam di pergelangan tangannya. Hampir sebelas setengah malam.
Kejap lagi. Chad pula menjawab.
Jo angguk. Dia hanya melihat tingkah rakannya yang sedang menikmati makanan sambil melayan orang tua di situ menyanyi lagu dangdut.
Hampir satu jam mereka berempat melepak di situ, mereka mula beredar setelah perut diisi penuh. Sepanjang perjalanan pulang, Jo asyik memerhati sekitar jalan yang dilalui. Setibanya mereka di tempat kolam kumbahan itu, Jo sekali lagi liar memerhati. Mana tahu kelibat gadis kebaya merah itu masih ada lagi di situ. Tadi semasa datang ke gerai Pak Kahar, dia memang melihat dengan mata kepalanya sendiri jelmaan gadis kebaya merah itu tercongok di tepi kolam kumbahan itu.
Jo, kau ni kenapa Jai tepuk bahu Jo yang asyik melihat ke arah kolam kumbahan tadi.
Err..tak..tak ada apa.. Jo sudah meremang bulu romanya.
Kudin dan Chad pula turut melihat ke arah kolam kumbahan itu. Tiada apa-apa yang pelik.Semuanya seperti biasa. Mereka berempat mengatur langkah seperti biasa pulang ke rumah Anum semula kerana isteri masing-masing masih berada di rumah Anum. Dari siang tadi lagi mereka semua berkumpul di situ termasuk Nek Tom dan juga Puan Karina.
Eh..diam.. Chad depakan tangannya dan menyuruh yang lain hentikan langkah. Dia amati sesuatu.
Jo, Kudin dan Jai masih terpinga-pinga. Chad dilihat sudah merenung ke arah satu pokok besar yang agak dekat dengan rumah Mak Jemah.
Ada apa Kudin berbisik.
Syyyhhaku nampak sesuatu.. Chad beri isyarat pada rakannya.
Mereka yang lain masih terpinga-pinga dengan tingkah Chad yang seperti terhendap-hendap lagaknya.
Chad berjalan perlahan ke arah kolam kumbahan itu dan dia berhenti di tepi serumpun pokok buluh. Mereka yang lain masih diam kaku di belakang. Mereka hanya memerhati tingkah Chad yang sedang memerhati tajam ke arah rumpun buluh itu.
Apa yang Chad nampak Jai pula bertanya pada Kudin. Jo di sebelahnya sudah mula menggigil.
Kudin jongket bahu.
Kau siapa Tanya Chad dengan suara lantang.
Terpinga-pinga Jo, Kudin dan Jai mendengar Chad sedang berinteraksi dengan rumpun buluh itu. Tepat Chad menghadap ke arah pokok buluh.
Kau jangan ganggu penduduk sini! Tuan kau sudah lama mati! Jerkah Chad yang kemudiannya kumat kamit membaca ayat suci al Quran.
Jo, Kudin dan Jai masing-masing terdiam. Tiba-tiba seorang gadis muncul di situ dari kepulan asap di rumpun buluh itu. Kali ini rupa gadis itu seperti sudah lain.
Kenapa kau muncul lagi Chad bertanya tanpa ada sedikitpun rasa takut.
Roh aku sudah dipuja dan aku perlu cari tubuh lain untuk aku terus hidup.
Siapa tuan kau dulu Chad bertanya lagi.
Jo sudah pucat lesi. Dulu dia tidak pula merasa begitu tapi kali ini bulu romanya meremang seluruh badan.
Orang tua yang sudah dibunuh!
Mak Jemah Chad jengilkan mata.
Gadis itu sudah hilang dalam kepulan asap. Chad berpaling pada rakannya yang lain.
Jom balik!
Mereka yang lain mula mengikut Chad dan berjalan berhimpit-himpit. Sampai di rumah Anum, mereka langsung tidak cerita apa-apa.
Masing-masing diam membisu. Malam itu, mereka semua bermalam di rumah Anum.