Arissa Daniel - 42
BAB 42

ZAKI memandang bangunan makmal dua tingkat itu yang tersergam indah. Matanya menala pada papan tanda di atas bangunan. Besar tertera JN BIOTECHNOLOGY SDN BHD.

Patutlah Daniel dendam sangat pada Tan Sri. Sudah jelas dan terang, Tan Sri Johari khianati Datuk JB. Zaki geleng.

Dia menapak perlahan ke arah pintu masuk makmal. Butang loceng ditekan dua kali. Ada suara yang bertanya tujuannya datang ke situ.

Saya abang Arissa. Saya nak jumpa dia sekejap. Zaki berkata perlahan.

Pintu terbuka luas. Zaki menapak masuk ke dalam dan duduk di set sofa untuk tetamu. Dia perhatikan sekeliling. Memang luas dan besar. Lengkap dengan peralatan makmal yang terkini. Pintu keselamatan dan cctv juga turut dipasang sekali. Jelas kemudahan di situ mungkin mahal. Di setiap sudut ada cctv.

Abang! Arissa mula menapak ke arah Zaki. Tangan Zaki dicium lembut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Zaki.

Arissa sihat Zaki senyum.

Arissa angguk.

Ada apa abang tiba-tiba datang sini

Abang nak ajak Arissa lunch sekali. Dah nak waktu lunch kan Zaki jeling jam di dinding makmal, sebelah kaunter penyambut tetamu.

Abang nak belanja Arissa ke Usik Arissa. Dia sengih.

Mestilah! Untuk adik cantik abang ni, setiap hari belanja pun boleh. Zaki turut mengusik.

Arissa senyum lebar.

Kalau macam tu, abang tunggu sekejap ya. Arissa bersiap sekejap. Arissa bingkas bangun dan menapak ke bilik mikrobiologi semula.

KERETA BMW hitam milik Daniel meluncur ke arah Alamanda. Arissa pandang wajah Zaki. Ada iras Tan Sri Johari Nasir. Wajah bujur dengan rambut hitam lebat dipotong pendek. Kemas.

Hmm..apa hal pandang abang macam tu Zaki jeling. Dia perasan dari tadi Arissa asyik memandangnya.

Abang perasan ke Arissa sengih.

Ya la! Dah terteleng tengok abang macam tu. Zaki ketawa.

Err..abang pakai kereta siapa ni Baharu Arissa perasan kereta yang dipandu Zaki.

Kereta kawan.. Saja Zaki tak nak sebut nama Daniel. Nanti angin Arissa berubah. Elok-elok sepoi bahasa nanti bertukar angin puting beliung pula.

Siapa

Zaki jeling lagi. Hish! Banyak tanya dia ni!

Daniel. Ringkas Zaki jawab. Terpaksa juga jawab.

Arissa terdiam. Terus dia tak tanya apa-apa.

Kan..muncung dah tu. Sebab tu jangan banyak tanya sangat! Zaki ketawa mengekek.

Kereta membelok ke tempat letak kereta. Arissa dan Zaki berdua melangkah ke sebuah restoran. Waktu makan tengahari macam ni semua restoran mudah penuh.

Hmm...penuh la pulak.. Zaki jenguk mencari meja kosong.

Tu bang! Ada satu kat situ! Arissa tuding ke arah sebuah meja kosong yang baharu dikemaskan.

Mereka berdua segera menuju ke meja itu.

Hmm..pesanlah nak makan apa Zaki hulur menu kepada Arissa.

Mereka berdua mula pesan makanan. Arissa masih senyum. Terasa teruja dapat keluar dengan Zaki yang sudah menjadi abang secara tak rasmi. Terasa hidup ini semakin lengkap. Selama ini dia tak pernah merasa seorang kasih sayang seorang abang. Dia anak tunggal yang hidup seorang diri. Hanya mengharap belas kasih sayang dari famili Nelissa selepas ayah meninggal.

Kenapa ni Dari tadi asyik tengok abang je.. Zaki mula malu bila direnung begitu. Kalaulah Arissa bukan adik susuannya, dia juga teringin untuk memiliki gadis berwajah lembut itu. Ada dagu terbelah. Mata bulat walaupun wajah seperti gadis Korea. Orang yang dilahirkan dari keluarga kacukan macam Arissa kecantikannya lebih menyerlah. Orang juga ada kata, otak pun bijak.

Arissa happy sangat. Selama ini Arissa tak ada abang, tiba-tiba ada abang macam ni. Teruja tau! Dah lama Arissa ingin kasih sayang seorang abang. Arissa menutur manja. Mata masih menala ke arah Zaki di depannya.

Ya Kasih sayang seorang abang je ke Kasih sayang seorang suami tak nak Zaki mengusik.

Arissa mencebik.

Zaki ketawa.

Makanan dah sampai! Arissa sengih.

Mereka berdua mula menikmati makanan bersama sambil berborak kisah hidup masing-masing.

Hmm..Arissa, sebenarnya abang ada hal penting nak cakap dengan Arissa. Zaki mulakan mukadimah. Mulutnya disapu dengan tisu. Habis licin nasi dalam pinggan.

Hal apa Arissa teguk pula jus belimbing.

Zaki masih berfikir. Kalimah apa yang patut diluahkan dulu. Takut angin Arissa akan bertukar. Tak pasal-pasal kena hambur nanti.

Janji dengan abang dulu..Arissa tak akan marah. Zaki pula pandang Arissa tak berkelip.

Arissa diam seketika. Apa hal abang aku ni Nak kena janji bagai..

Okey, Arissa janji. Arissa angkat tangan.

Sebenarnya abang nak beri ni.. Zaki hulur kotak kecil kepada Arissa.

Apa ni Arissa ambil kotak kecil tu, melihat seketika.

Bukalah..

Perlahan Arissa buka penutup kotak berwarna biru. Ada seutas rantai berloket berlian kecil.

Untuk siapa ni

Untuk Arissa la.. Zaki senyum.

Err...abang yang bagi ke ni Cantik! Arissa senyum. Teruja. Kotak itu ditutup semula.

Bukan abang..

Arissa berkerut kening. Siapa

Daniel yang beri tu untuk bakal isterinya.. Zaki akhirnya terpaksa menyebut nama Daniel.

Apa Arissa menelan liur.

Kan dah janji tadi..tak nak marah-marah..Zaki ingatkan Arissa.

Arissa muncung. Dia berpeluk tubuh. Kotak tadi ditolak semula ke arah Zaki.

Arissa..terimalah Daniel. Abang tak sanggup tengok dia selalu mengigau tengah malam. Menjerit tak tentu hala. Dah macam orang gila abang tengok. Zaki cuba mendapat simpati Arissa.

Bukan hal Arissa! Arissa mencebik.

Arissa tahu tak..dia selalu panggil nama Arissa setiap kali mengigau. Pernah abang tengok dia macam sasau. Tambah Zaki.

Padan muka dia! Arissa mengetap bibir.

Abang hairan. Kenapa Arissa marah dan benci sangat dengan Daniel. Apa salah Daniel Sengaja Zaki tanya. Dia sudah tahu kisah sebenar tapi saja nak dengar apa jawapan Arissa.

Arissa tunduk. Ada titis jernih mula menitis.

Zaki mula rasa bersalah. Arissa dilihat sudah menangis.

Err..Arissa..maafkan abang. Abang hanya nak tahu kenapa Arissa benci sangat dengan Daniel. Itu saja. Zaki pegang lembut tangan Arissa.

Arissa mendongak. Mahu saja dia menjerit yang Daniel telah meragut kesuciannya!!

Maaf abang..Arissa tak boleh beritahu sebabnya. Arissa mengesat air mata.

Baiklah. Abang tak nak paksa tapi satu saja yang abang nak beritahu. Adalah berdosa membiarkan seorang saudara baru seperti Daniel mengharungi hidup tanpa arah, tanpa didikan dan tanpa dorongan. Dia sebatang kara. Tiada saudara mara. Orang Islam macam kita inilah yang mengajar dan mendidik orang seperti Daniel. Sebagai seorang lelaki yang sudah cukup segalanya malah sudah lebih sebenarnya, adalah sudah wajib baginya mempunyai seorang isteri. Dia lebih memerlukan seorang isteri yang boleh berada di sisinya dua puluh empat jam. Isteri yang boleh sama-sama mencari keredhaan Allah dalam mengejar akhirat. Abang bimbang, Daniel akan kembali hanyut ke dunia asalnya sedangkan kita bersusah payah kenalkan dia dengan agama suci Allah.

Apakah tidak ada terdetik sedikitpun di hati Arissa untuk sama-sama membimbing Daniel menjadi seorang muslim yang baik Zaki akhirnya meluahkan apa yang dirasakan perlu diberitahu pada Arissa.

Jadi maksud abang, itu tanggungjawab Arissa Bulat mata Arissa memandang Zaki.

Bukan itu maksud abang. Kita semua bertanggungjawab memastikan Daniel sentiasa dalam istiqamah tapi jika ada isteri di sisi, itu lebih baik. Tegakah Arissa melihat Daniel kembali ke perangai asal, buat maksiat Zaki tanya lagi pada Arissa.

Tapi kenapa mesti Arissa Arissa mengesat sisa air mata.

Sebab Arissa sajalah yang boleh menjaga dan berada di sisi Daniel sepanjang waktu bila bergelar isteri nanti. Arissa...Daniel terlalu cintakan Arissa. Zaki pujuk lagi.

Arissa diam. Begitu payah dia menidakkan perasaannya pada Daniel hanya kerana ada rasa benci yang meluap pada lelaki itu.

Kenapa dia yang kena terima semua ini

Abang...please..jangan paksa Arissa. I hate him! Arissa menekup muka.

But why Zaki mendesak.

Arissa mendongak. Wajah Zaki dipandang seketika. Berat mulutnya meluahkan perkara sebenar.

Biar abang yang jawab. Sebab Daniel dah ambil sesuatu yang sangat berharga dari Arissa kan Akhirnya Zaki terpaksa buka mulut.

Arissa terbeliak. Tergamam.

Apa abang cakap ni Arissa menelan liur.

Daniel sudah ceritakan semuanya pada abang. Zaki masih memandang Arissa yang nyata cukup payah untuk terima cinta Daniel.

Oh... Arissa sekali lagi menekup muka. Tunduk dengan kedua sikunya berada di atas meja.

Abang bukan menyebelahi Daniel atas apa yang dia telah lakukan pada Arissa. Abang tahu Daniel patut dihukum atas segala perbuatan kejinya pada Arissa tapi sedarkah, kerana kejadian itu dan atas kehendak Allah, Daniel telah bertemu cahaya dalam hidupnya Bukankah itu satu nikmat yang paling besar untuk seorang belum Islam seperti Daniel Dan bukankah itu juga satu pahala yang besar buat sesiapa yang menyebabkan Daniel ingin kenal Islam Bukankan ia juga satu rahmat buat Daniel untuk menjadi seorang muslim dan membina satu pernikahan yang halal Zaki memandang Arissa tidak berkelip. Cuba melihat reaksi Arissa.

Arissa mendongak. Air mata masih mentiis ke pipi.

Abang...salahkah Arissa membenci dia Salahkah bang Arissa sebak.

Tak salah. Arissa berhak membenci Daniel atas perbuatannya pada Arissa dulu tapi Arissa tak berhak membenci Daniel hanya kerana dia ingin menjadi seorang muslim yang baik dan menjadi seorang suami yang baik. Daniel juga berhak hidup bahagia dan tenang setelah bergelar seorang muslim. Mata Arissa direnung lama. Cuba mencari pengertian dari Arissa.

Semua itu akan terus kukuh bila ada seseorang yang sentiasa mengingatkan dan memberi semangat dan sokongan. Dan seseorang itulah yang dinamakan isteri. Arissa faham tak Lembut Zaki menjelaskan kepada Arissa.

Arissa terdiam.

Abang tak paksa. Apa yang abang harapkan ialah Arissa buka hati Arissa untuk seorang yang bernama Daniel, seorang yang baru mengenal Islam dan ingin menjadi muslim sejati. Zaki tolak semula kotak tadi kepada Arissa.

Entahlah abang...berat rasanya untuk Arissa terima dia. Macam mana Arissa nak hidup bersamanya kalau Arissa masih belum lupa semua kejadian tu. Arissa tak akan benarkan dia sentuh Arissa lagi. Jijik! Arissa mengetap bibir. Biar abang Zaki tahu apa yang terpendam dalam hatinya selama ini.

Zaki diam seketika. Dia tidak salahkan Arissa kalau Arissa mempunyai rasa seperti itu.

Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi. Terpulang pada Arissa tapi andainya sesuatu berlaku pada Daniel nanti, Arissa jangan menyesal kerana abang kenal siapa Daniel. Zaki bingkas bangun. Dia ke kaunter membayar makanan tadi.

Arissa turut bangun. Kotak kecil dari atas meja dicapai dan dimasukkan ke dalam beg tangan.

Dah nak pukul dua. Arissa kena kerja kan Zaki mula melangkah keluar dari restoran.

Arissa hanya mengangguk sambil membuntuti Zaki ke tempat letak kereta.

Kereta meluncur laju menuju ke makmal semula. Zaki pula terus memandu pulang ke Bangsar.

ARISSA termenung di kepala katil. Bantal dipeluk erat. Kata-kata abang Zaki siang tadi masih terngiang-ngiang di benaknya. Matanya menala pada kotak kecil yang diberi abang Zaki tadi. Perlahan dia capai dari atas meja. Rantai berloket berlian kecil berbentuk hati itu ditatap seketika.

Kenapa kau buat aku macam ni Daniel Kenapa Arissa lempar rantai ke lantai. Dia menekup muka di bantal.

Arissa..kenapa ni sayang

Arissa mendongak. Ibu sudah menapak masuk ke bilik. Di tangan ibu ada rantai yang dilempar tadi.

Hmm..cantik rantai ni. Tentu hadiah dari seseorang yang Arissa sayang kan Rantai itu diletakkan di atas meja.

Arissa hanya senyum kelat.

Omma...tak mengantuk ke Dah pukul sebelas ni. Arissa jeling jam di atas meja kecil.

Belum. Macam mana omma nak tidur kalau asyik memikirkan tentang Arissa saja.

Fikir apa omma Arissa berkerut kening.

Arissa dah nak masuk dua puluh tujuh tahun. Omma rasa sudah tiba masanya untuk omma melihat Arissa bernikah. Omma pun tak tahu berapa lama lagi omma boleh melihat dunia ni. Sebelum omma menutup mata, omma nak melihat Arissa bernikah dan memiliki anak yang comel. Fatimah mengusap lembut rambut Arissa.

Arissa terdiam. Dia mula serba salah.

Arissa...nikahlah dengan orang yang suka dan cintakan kita dan serius dengan cinta itu. Serius ingin bernikah. Semua itu omma nampak ada pada Daniel. Terimalah dia sayang...

Arissa tunduk. Nyata ibu juga terlalu mengharapkan dia menerima Daniel. Ah! Buntu! Bingung!!!

Omma..Arissa masih tidak faham. Mengapa dia Arissa pandang ibunya yang tersenyum dari tadi.

Sebab dia berani berterus terang pada omma. Dia ingin melamar Arissa menjadi isterinya yang sah.

Arissa, lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak main-main dengan cintanya. Fatimah agak sebak. Berkata begitu mengingatkan kembali kisah hidupnya. Sebak.

Tapi omma tak tahu siapa Daniel sebenarnya! Arissa mengetap bibir.

Maksud Arissa

Dia..dia.. Arissa hilang kata. Tak sanggup meneruskan apa yang ingin diucapkan tadi.

Kalau pasal dia tu kaki perempuan dan kaki arak, omma dah tahu dari Zaki. Zaki sudah cerita segalanya pada omma. Arissa kena ingat, Daniel yang dulu tak sama dengan Daniel yang sekarang. Dulu dia belum mengenal Islam tapi sekarang Daniel diibaratkan seorang bayi yang baru lahir. Tiada dosa.

Arissa tunduk. Air mata mengalir deras.

Omma..sebenarnya dia...dia telah.. Sekali lagi Arissa hilang kata. Tak sanggup memberitahu hal itu pada ibu.

Dia apa sayang Rambut Arissa dielus lembut.

Arissa dah tak sama macam dulu omma. Arissa dah tak ada apa-apa lagi.. Arissa peluk erat tubuh ibu. Air mata laju menitis membasahi pipi.

Apa maksud Arissa

Arissa..Arissa dah hilang segalanya. Suatu yang sangat berharga bagi seorang perempuan yang belum bernikah. Arissa masih peluk ibunya. Menangis tersedu-sedu.

Fatimah tergamam. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan di pipi.

Arissa...pandang omma.Fatimah pegang kedua pipi Arissa. Wajah Arissa didongakkan.

Betul ke apa yang Arissa cakap tadi Fatimah menelan liur.

Arissa mengangguk lemah.

Mengapa jadi macam ni Pipi Arissa masih dipegang kuat.

Arissa diam.

Bagi tahu omma! Arissa..Arissa serah diri Desak Fatimah.

Omma!! Sampai hati omma cakap macam tu! Arissa dirogol omma! Arissa meraung di riba ibu.

Fatimah terdiam Dia menekup muka.

Sebab itulah Arissa benci dia omma! Benci!!! Arissa meraung di riba ibunya.

Fatimah merangkul tubuh Arissa dengan erat. Untuk seketika mereka berdua saling berpelukan. Menangis bersama. Meruntun jiwa bila mengetahui anak gadis yang terpisah selama dua puluh tahun terseksa seorang diri. Maafkan omma...maafkan omma..

Arissa..omma tahu, mesti ada sebab kenapa Daniel buat macam tu kanFatimah mula reda.

Dia ingin balas dendam pada Tan Sri. Tan Sri telah menyebabkan ayahnya meninggal. Arissa terpaksa cerita.

Fatimah terdiam. Tergamam. Wajahnya sudah pucat. Daniel tahukah siapa ayah kandung Arissa

Dia salah faham. Dia ingat Arissa anak Tan Sri. Arissa diperangkap dan dirogol. Arissa mengesat air mata.

Fatimah pandang Arissa tak berkelip. Maafkan omma Arissa..omma yang bersalah dalam hal ni...

Omma..kenapa omma Arissa pandang muka ibunya. Pucat.

Err..tak..tak ada apa.. Fatimah tunduk. Air mata masih mengalir.

Sekarang omma faham bukan. Mengapa Arissa tak boleh terima dia.. Arissa tunduk. Dia kemudian mendongak. Air mata yang jatuh di pipi ibu dikesat lembut.

Fatimah diam. Dia menarik nafas panjang. Arissa dipandang seketika.

Arissa...sekurang-kurangnya Daniel ingin bertanggungjawab. Dia berani melamar Arissa. Arissa kena ingat...siapa yang sudi ambil Arissa sebagai isteri jika mereka tahu apa yang telah berlaku. Lelaki akan tahu juga nanti. Fatimah peluk lagi Arissa.

Biarlah Arissa macam ni. Sendiri. Arissa masih menangis di bahu ibu. Saat ini wajah Tuah mula bermain di benaknya. Ternyata Tuah juga tidak sanggup mengambilnya sebagai isteri.

Tidak sayang. Omma dah buat keputusan. Arissa kena terima Daniel sebagai suami Arissa. Omma tak nak anak omma hidup sendiri macam ni. Allah dah temukan Arissa dengan Daniel walaupun dengan cara pahit macam ni.

Arissa lepaskan pelukan ibunya. Dia menelan liur.

Omma...sampai hati omma. Arissa menangis lagi.

Ni semua untuk kebaikan Arissa juga. Omma dah tua. Siapa yang akan jaga Arissa nanti kalau omma dah tak ada.. Tubuh Arissa dirangkul erat.

Dah..tidur sayang. Sebelum omma kembali ke Korea semula, omma nak Arissa bernikah dengan Daniel. Kalau tak, omma tak akan kembali lagi ke Malaysia.

Arissa tersentak.

Maksud omma

Bulan depan Arissa kena nikah dengan Daniel. Fatimah mula tegas.

Tapi omma..

Tak ada tapi-tapi. Fatimah bingkas bangun.

Arissa terdiam. Tergamam. Dia mengeluh. Terpaksa akur. Daniel secara halus telah memaksanya!!

Malam itu Arissa tidur berendam air mata. Terasa hidupnya penuh dengan kisah pahit. Dia menapak ke balkoni. Alunan lagu Kris Dayanti Menanti Cinta dari corong radio semakin membuatkan hatinya pilu. Daniel yang telah merosakkannya begitu berani ingin melamarnya.

Kenapa aku mesti berkorban untuk dia. Diakah jodoh aku Arissa menangis tersedu-sedu.