MY SWEET ARISSA - 42
KERETA siapa pula ni Hati Hakimi bersoal sendiri apabila melihat sebuah kereta Proton

Inspira di parkir di bahu jalan di luar pagar rumah orang tuanya. Seketika pintu pagar terbuka dan segera dia memandu masuk dan memarkir kereta di bawah porch.

Puan Hanim sedang berdiri di ambang pintu memandang kepada Hakimi yang sedang memakirkan keretanya.

Kereta siapa tu Umi soal Hakimi sebaik menghampiri Uminya.

Wafa. Meleret jawapan Puan Hanim.

Apa Dia nak apa Tidak jadi dia hendak melangkah masuk ke dalam.

Entah. Kata nak jumpa Kimi.

Dia sudah tiada hati hendak melayan Wafa lagi. Tawar hatinya hendak berbual mahu pun bertemu dengan gadis itu setelah Wafa membuat pengakuan tentang hubungannya dengan Naim.

Kenapa

Manalah Umi tahu. Puan Hanim menutup pintu. Pergilah jumpa, dia ada di ruang tamu tu.

Hakimi senyap dan tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

Dari mana ni

Hakimi menunjuk tiket kapal terbang di tangannya.

Betul nak balik esok Soal Puan Hanim sedikit kecewa.

Kalau Umi nak ikut Kimi, boleh je booking online.

Esok kita boleh ambil kat kaunter, jelas Hakimi.

Tak naklah!

Hakimi senyap. Namun ada rasa lega.

Pergilah cepat... cepat cakap, cepatlah dia balik. Sumi dah buatkan air untuk dia. Ditolak tubuh kekar anaknya ke arah ruang tamu.

Terdorong sedikit Hakimi ke hadapan. Dia memandang ke belakang, Puan Hanim sudah melangkah menuju ke ruang makan.

Betullah orang tua ni, sungut Hakimi dengan rasa bengang. Perlahan-lahan dia melangkah ke ruang tamu dan melihat Wafa sedang bersandar di sofa sambil membaca majalah yang tidak diketahui.

Dah lama sampai tegur Hakimi lalu duduk di hadapan gadis itu.

Tegak badan Wafa sebaik mendengar suara Hakimi menegurnya. Kemudian senyum. Majalah tadi diletak di atas meja kopi di hadapan mereka.

Lama juga.

Apa hal you nak jumpa I

Macam ni... susahnya dia hendak memberitahu tujuan kedatangannya.

Apa dia sekali lagi Hakimi menyoal apabila ayat tadi tidak sudah ditutur oleh Wafa.

Wafa berdehem.

Macam ni... boleh tak you tolong pujuk Naim pinang I Perlahan suara Wafa dalam menyatakan tujuannya.

Haa

Boleh ke Terpaksa ditebalkan mukanya kerana Naim.

You gila ke Kenapa mesti I nak kena tolong pujuk dia pinang you Terkejut dia mendengar permintaan Wafa.

Hakimi... tolonglah, rayu Wafa.

Hakimi menggeleng-gelengkan kepalanya.

Memang you tak kenal dengan Naim ni kan

Apa maksud you Berdebar dia mendengar ayatayat yang keluar dari mulut Hakimi.

Dia berkawan dengan perempuan tak bermakna dia akan kahwin dengan perempuan tu. Pernah tak tanya dengan dia

Berderau darah Wafa mendengarnya. Air liur diteguk entah berkali-kali. Rasa tidak menentu di dada meresap ke seluruh tubuhnya.

Tapi, you boleh tolong tak pujuk dia Tolong I Hakimi. Sekali lagi Wafa merayu.

Apa masalah you ni sebenarnya

Dia dapat mengagak namun tidak pasti. Teringat apa yang pernah dilihat di CCTV dan apa yang pernah dicerita oleh Badrul, pemandunya.

I... I risau kalau dia kahwin dengan perempuan lain. Entah kenapa alasan itu seperti satu alasan bodoh.

Kenapa tak pujuk dia sendiri. Kenapa I pula kena pujuk dia. Susah sangat, jumpa sendiri dengan Uncle Zizan. Beritahu dia yang you nak nikah dengan anak dia! Keras suara Hakimi. Geram pula dia dengan Wafa yang cuba melibatkan dia dalam masalah mereka.

Wafa senyap. Masakan dia hendak berbuat begitu. Malulah dia. Dia bangun sambil menyangkut beg tangannya di bahu.

Kalau macam tu tak apalah. I balik dulu. Wafa melangkah menuju ke pintu.

Hakimi mengekorinya dari belakang namun agak jauh jaraknya. Seketika dia melihat gadis itu hilang dari pandangannya melalui pintu pagar kecil bersebelahan pintu pagar utama.

Apa halnya tu

Puan Hanim tiba-tiba muncul dari belakang Hakimi.

Dia minta Kimi pujuk Naim untuk menikahi dia. Hakimi menutup pintu dan memandang Puan Hanim seperti mahu memberitahu sesuatu.

Haa Kaget dia mendengar tujuan kedatangan Wafa.

Ingatkan dia orang betul-betul bercinta. Sengih dia memandang Hakimi.

Itu Kimi tak tahu. Kimi nak naik. Nak kemaskemas barang Kimi. Esok nak balik.

Hakimi melangkah meninggalkan Puan Hanim di situ menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Dibiar wanita itu dengan telahannya sendiri. Tak kuasa dia hendak memikirkan tentang Wafa atau sesiapa. Yang perlu difikirkan adalah rindunya pada Arissa.

WALID nak ke mana

Ada hal dengan Mr Ruben. Arissa pergilah balik ke bilik. Nanti Walid tahulah balik bilik, kata Encik Razali melangkah meninggalkan menantunya di ruang legar hotel.

Walid nak ke mana tu Soal Badrul ingin tahu sambil menghampiri Arissa. Dia memandang Encik Razali yang sedang melangkah mendapatkan Mr Ruben.

Entah... katanya ada hal dengan Mr Ruben. Dia memandang Badrul. Hal apa Banyak sangat hal betul orang kaya-kaya ni, desisnya sendiri. Adalah projek Walid tu. Arissa senyap.

Eh, okeylah... aku nak ikut Encik Johan and the geng pergi merewang ke sebelah sana. Badrul menunjuk satu arah dengan jarinya.

Pergilah. Dia tidak kisah pun lelaki itu hendak ke mana pun.

Kita macam mana Shima memandang Arissa.

Kau nak ikut Bad Arissa memandang Shima.

Kau soal Shima.

Aku nak masuk bilik. Ada kerja nak buat. Esok dah sibuk nak ke tapak projek semula. Dia pasti sangat esok mereka akan sibuk dengan pelbagai perbincangan dan mesyuarat.

Aku ikut kaulah. Tak sanggup dia hendak menyelit di dalam kumpulan yang rata-ratanya semua lelaki.

Okeylah... Badrul melangkah sebaik mendengar jawapan Shima. Berlarian dia mendapatkan Encik Johan dan yang lain-lain yang kelihatan sudah mula beredar dari ruang legar.

Encik Johan tu dah kahwin ke

Mereka mula melangkah menuju ke bilik yang terletak di luar bangunan utama ruang legar. Bangunan hotel itu terdapat beberapa blok.

Duda. Tak ada anak. Kenapa Kau berkenan ke Arissa menyiku Shima.

Aku tanya jelah.

Bengang dia dengan usikan Arissa. Tetapi lelaki itu asyik memandangnya dari tadi. Takut pula dia dengan pandangan Encik Johan. Dahlah tak senyum. Mata pula tu asyik memandang, menjeling, mengerling. Macam apa je, kutuknya sendiri.

Atau dia berkenan dengan kau! usik Arissa lagi.

Hello friend! Sorry ya. Lelaki kejung macam tu memang aku tak berkenan. Macam garang je, macam kaki pukul je.

Mana kau tahu dia garang Kenal pun tak! Arissa ketawa.

Tengok muka pun aku dah tahu.

Tak baik kita nilai seseorang dari wajahnya. Lainlah kalau dia berkata buruk pada kau jadi di situ kita dah boleh menilai hati dia. Dia tak memburukkan kau pun. Dia hanya pandang kau je. Arissa sudah memeluk lengan Shima.

Betul juga kata-kata temannya itu. Dah berdosa pula dia dengan lelaki yang bernama Johan itu. Aduh, tak semena-mena dah berdosa dengan orang pula, keluhnya sendiri.

Jangan sentiasa bersangka buruk tau. Nak minta maaf dengan orang bukan senang. Kalau berdosa dengan Allah, kita boleh bertaubat. Ini dengan orang... nasihat Arissa.

Kan sokong Shima.

Kan Kan Tapi buat juga. Jeling Arissa sambil mengeluarkan kad magnetik untuk membuka pintu bilik mereka.

Shima sengih.

Tak call abang kau

Kejap lagi.

Entah apalah yang si Hakimi tu buat di sana ya Soalnya sendiri kemudian senyum. Rasa tak sabar nak tunggu suaminya balik. Isnin nanti dia mahu masak nasi goreng pedas kesukaan Hakimi.

Tersengih-sengih. Masuklah!

Terkelip-kelip mata Arissa memandang Shima yang sudah berada di dalam bilik mereka. Laa.. dah buka ke

Hai, kau yang buka tadi! Ini mesti teringat kat Encik Kimi kan Shima gelak kuat.

Sabar jelah, katanya sendiri lalu melangkah masuk sambil menahan pintu dari tertutup selepas dilepaskan oleh Shima sekejap tadi.