MY DARLING ANGEL - 42
HAZIQ nak tidur dekat rumah Acik Lisa Kenapa tak bagitau Acu pun yang Haziq nak tidur dekat sana

Haziq menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal sambil sebelah lagi tangan memegang kejap tali beg sekolahnya. Muncung 14 inci sudah memanjang ke hadapan di wajah Acunya. Rupa Elzaara sudah kelihatan seperti Pinochio, bezanya Elzaara hanyalah panjang bahagian muncung sahaja. Elzaara berlalu meninggalkan Haziq termanggu seorang diri di tangga.

Haziq mana Tadi dia kata nak ikut Lisa balik rumah. Panjang leher Puan Rahayu mencari susuk tubuh cucu kesayangannya itu.

Haziq dah tak sayang Acu ke

Kenapa ni Elzaara Haziq

Masing-masing diam tak menjawab. Puan Rahayu menggelengkan kepalanya.

Acu marah sebab Haziq nak tidur rumah Acik Lisa Tak apa, kalau Acu marah Haziq, nanti Haziq cakap dengan nenek. Biar nenek babab Acu. Dah, tak mau sedih-sedih. Baju semua Haziq dah kemas Puan Rahayu bangun dan memujuk cucunya yang sudah terkejut akibat Elzaara menegurnya tadi. Beg Haziq diangkat dan diserahkan pada Lisa yang baru muncul. Lisa menarik Haziq ke dalam pelukannya.

El, Akak yang ajak dia tidur rumah malam ni. Lagi pun esok kan sabtu. Biarlah dia bermalam dekat rumah Akak, bukannya rumah orang lain pun. Tak baik buat dia macam tu El, tak baik marah-marah. Ke El nak Akak suruh tunang El tu datang sini pujuk El

Akak! Ish Akak ni. El tak marahlah cuma El ralat je sebab Haziq tak bagitau El. Tu je. Bukannya El tak bagi dia tidur rumah Akak. Elzaara membela dirinya setelah dirinya mula dibebel oleh Kakak sepupunya.

Dah, dah, dengan budak-budak pun El nak merajuk bagai. Ai, nasiblah tunang El tu nanti. Jenuh dia nak pujuk El kalau El merajuk.

Akak!!

Lisa sudah tergelak besar melihat raut wajah Elzaara sudah mula bertukar menjadi keruh apabila dia mengusiknya soal tunang. Tangan Haziq dipegang kejap, begnya dimasukkan ke dalam kereta dan tangan Mak Longnya dicium. Haziq juga mengikuti langkah Acik Lisanya menyalami tangan neneknya dan kemudian beralih pula ke arah Acunya.

Acu...

Dekat sana Haziq jangan nakal-nakal, jangan susahkan Acik Lisa, Nek Ngah dengan Tok Ngah. Dengar cakap tau. Haziq jangan lupa minum susu okey Berbakul-bakul pesanan dihamparkan kepada Haziq. Haziq hanya sekadar mengangguk mendengar pesanan penaja daripada acunya.

El, dah bertunang ni darah manis. Kena jaga-jaga sikit tau. Kalau boleh El cubalah lupakan apa yang berlaku dulu. BuKak lembaran baru. Bagi peluang pada diri El untuk kenal tunang El tu ya. Ada apa-apa nak dikongsikan, cepat-cepat bagitau ibu, ayah. Kalau nak bagitau Mak Ngah, Pak Ngah pun boleh juga. Mak Ngah balik dulu. Kak Long, Imah balik dulu ya.

Elzaara sekadar tersenyum dan mengangguk mendengar nasihat Mak ngahnya, Insya-Allah Mak Ngah. Baik-baik drive tu Kak Lisa.

Bunyi deruman enjin kereta mula membelah jalan raya. Perkarangan rumah mulai lengang dan sudah kembali seperti sedia kala. Tiada lagi tiang-tiang kanopi yang dipasang sempena majlis pertunangannya siang tadi. Elzaara memanjat anak tangga untuk ke biliknya tetapi Puan Rahayu memanggilnya.

El... Kenapa El minta ikat sampai dua tahun Kan elok kalau di langsungkan segera.

Bu, bagilah El sesuaikan diri dengan keadaan baru ni. El rasa tempoh 2 tahun tu dah cukup untuk El cuba nak buka pintu hati El. Ibu fahamkan maksud El

Puan Rahayu terangguk-angguk kepalanya. Dia berlalu menuju ke belakang untuk membereskan kawasan dapur yang sudah lintang pukang setelah dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh anak bongsunya.

Ibu, ayah mana Tak nampak pun dari tadi

Oh, lepas rombongan pihak lelaki balik tadi ayah dengan Pak Ngah keluar. Entah nak ke mana pun ibu tak tahu. Kenapanya

Tak ada apalah. El cuma tanya je. El naik dulu, Bu.

ELZAARA menutup pintu kamarnya dan barangbarang hantaran dari pihak lelaki masih lagi tersusun cantik di atas katil. Dia membelek satu persatu barang-barang hantaran. Malas untuk tenggelam lebih jauh dalam kenangan majlis tadi, jarinya laju menari di atas keyboard laptopnya.

Cergas jarinya menaip perkataan Facebook. Tidak lama kemudian terpampang dinding Facebook. Dia menyemak satu persatu notis pemberitahuannya. Akhir sekali matanya tertancap pada notis permintaan rakan baru.

Blue.Eyes.Guy. Dua ulas bibirnya menyebut perlahan nama permintaan rakan barunya itu. Hatinya berbolak balik sama ada ingin menerima ataupun menolak. Sedang otaknya berfikir, tiba-tiba tanpa disedari jarinya tertekan perkataan accept. Dia menyedari bahawa dia sudah menerima kenalan baru tanpa melihat akan profilenya terlebih dahulu. Belum sempat untuk dia stalk profile kenalan barunya itu, tiba-tiba sebuah notis pemberitahuan mengenai seseorang telah menulis di wallpostnya.

Blue.Eye.Guy

Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai kawan. Selamat berkenalan ya Cik adik manis.

Like . Comment . Share

Dia sekadar melihat sahaja bait-bait ucapan terima kasih itu diconteng di dinding Facebooknya. Dia menutup Facebook tersebut dan segera

menghenyakkan tubuhnya ke atas katil setelah barangbarang hantaran disusun di sisi katil. Tangan kanannya membelek jari manis belah kirinya yang kini tersarung cincin pertunangan sambil melayan perasaan.

LISA dan Haziq dalam perjalanan menuju ke kafe Brian. Haziq yang mungkin keletihan akibat majlis siang tadi sudah ketiduran di dalam kereta. Lisa memandu sambil melayan lagu-lagu KPop yang sememangnya berada di dalam pendrivenya. Sebaik sahaja kereta berhenti betul-betul dihadapan kafe, Haziq terus sahaja mencelikkan matanya.

Lisa memimpin tangan Haziq yang sedang mamai dan terus menolak pintu kaca. Dari jauh kelihatan Brian sedang menyediakan sesuatu di pantry belakang. Melihatkan susuk tubuh Lisa dan Haziq, pantas apron ditanggalkan dan topi chef juga ditarik daripada kepalanya.

Hai! Dah makan ke

Lisa menganggukkan kepalanya. Matanya mengilas ke arah Haziq yang masih pening-pening lalat akibat bangun secara mengejut. Brian bangun dan menyediakan air untuk Lisa dan Haziq. Tidak lama kemudian, Zahar muncul sebaik Brian menghilangkan diri ke belakang.

Brian mana

Belum sempat Lisa menjawab, kelibat Brian yang sedang menatang sebuah dulang. Sejug nescafe panas dan juga secawan milo suam buat Haziq diaturkan di atas meja.

Tahniah bro! Dengar kata hebat dan grand majlis pertunangan you tadi. Bila majlis kahwinnya pula

Terima kasih. Biasalah Mummy dengan Daddy I tu. Overexcited! Apa-apa pun Alhamdulillah semuanya dah berjalan dengan lancar tadi. Im happy now.

Masing-masing menayangkan barisan gigi mendengar kata-kata Brian. Yelah, siapa sangka akhirnya mereka berdua bertunang juga walaupun Elzaara tidak mengetahui gerangan tunangnya. Haziq yang tidak mempedulikan sembang orang tua terus melayan air milo suamnya.

Papa, kenapa papa tak masuk rumah Haziq tadi Bom pertama sudah mulai menghujani tepat ke sasarannya. Haziq memandang tepat ke arah Brian.

Rasa mengantuk dan pening-pening lalatnya terus hilang apabila bibirnya menyentuh air milo suam buatan uncle Briannya.

Papa tak boleh datang...

Kenapa

Belum sempat Brian menjelaskan situasi sebenar, Haziq sudah memotong cakapnya.

Haziq, dengar dulu apa papa Brian nak cakap.

Tak baik potong cakap orang tua. Tegur Lisa lembut.

Sorry papa.

Macam ni, papa tak boleh datang sebab tak boleh. Kena ada wakil je. Kan ada granddaddy dengan granny datang bagi pihak papa tadi kan Nanti kalau papa dengan Acu kahwin nanti baru boleh papa datang. Sekarang ni tak boleh sayang. Haziq faham kan apa yang papa cakap ni

Oh, macam tu, baru Haziq faham. Haziq ingatkan Acu yang tak bagi papa datang tadi. Kalau Acu tak bagi, memang Haziq merajuk dengan Acu.

Uit! Kalau Haziq merajuk dengan Acu, nanti siapa nak kawan dengan Haziq soal Lisa.

Papa ada. Haziq boleh kawan dengan papa je. Selamba Haziq menuturkan kata-katanya.

Acu...

Biar Acu sorang-sorang. Haziq tak nak kawan Acu lagi dah kalau Acu buat papa macam tu.

Masing-masing menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Haziq. Brian tersengih lalu mengusap kepala Haziq. Ternyata Haziq sememangnya sayang kepadanya. Dia juga begitu.

Rasa sayang yang melimpah ruah tertumpah kepada si kecil itu. Rasa itu dari hari ke hari semakin membesar dan rasa cintanya kepada Elzaara juga tidak berbelah bagi. Dia tidak menoleh ke belakang lagi kerana dia pasti bahawa dia sudah berada di landasan yang betul.

Lisa menghulurkan tablet kepada Zahar dan satu persatu gambar ditatap oleh Zahar. Macam-macam komen terlontar dari bibir Zahar mengenai majlis pertunangan itu. Tiba di suatu gambar, Zahar bagaikan menghayati sesuatu. Dahinya berkerut.

Bro, ni bukan gelang tangan yang you bagi ke masa birthday dia dulu ke

Zahar menghulurkan tablet kepada Brian untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap lihat. Brian cuba menghayati gambar yang dimaksudkan dan ternyata benar apa yang dikatakan oleh Zahar mengenai gelang tangan itu. Matanya membulat melihat gelang itu dan matanya terus sahaja dilirikkan ke arah Zahar.

Yep, ni gelang yang sama. Eh kejap, macam mana you boleh tau yang I hadiahkan gelang ni untuk El masa

birthday dia dulu

Zahar menepuk dahinya.

Susahnya kalau orang dah angau ni. I rasa I yang temankan you pergi cari birthday present untuk dia dulu. Ataupun you memang dah kacang lupakan kulit Perli Zahar.

Oh ya. I baru ingat. Sorrylah bro. Aah, memang cantik, well! Tengoklah siapa yang belikan. Petang tadi I tengok gambar-gambar ni tak perasan pula. Tajam betul mata you kan boleh ingat, nampak gelang yang tunang I pakai. Lis, you yang suruh dia pakai ke gelang ni Brian mempanjangkan isu gelang tangan kepada Lisa.

Lisa mencapai tablet tersebut dan terus mengamati gelang yang sedang hangat diperkatakan oleh mereka berdua.

Gelang ni Gelang ni ke yang you bagi untuk birthday El tu Tak, I tak suruh pun dia pakai gelang ni. Even I sendiri pun tak tau apa hadiah yang you bagi dekat dia. Dia tak ada cakap apa-apa pun pada I. Haziq, Haziq tau ke bila Acu pakai gelang tangan ni

Semalam. Masa tengah kemas-kemas bilik Acu, Haziq nampak Acu ambil gelang tangan tu dia pakai. nenek tanya Acu bila Acu beli gelang tu tapi Acu cakap kawan Acu bagi. Lepas tu nenek diam. Haziq tengok lagi Acu asyik belek-belek satu CD tapi tak tahulah CD apa. Acu tak pasang pun. Mungkin cerita kartun kot sebab tu Acu tak pasang sebab Acu tak suka cerita kartun. Haziq membuka cerita kisah di sebalik gelang tangan yang berada di pergelangan tangan Elzaara.

Expensive! CD apa yang you bagi dekat dia CD lucah ke apa. Senyap-senyap je ehh... Sampai hati tak cerita dengan I. El tahu tak yang gelang tu daripada you You dengan El ni sebenarnya ada apa-apa ke dalam diam Abang pun sama kan, langsung tak cerita dengan Lisa pun.

Lisa mulai bertukar watak menjadi wartawan kepoh setelah mendengar cerita dari Haziq. Hatinya ralat sedikit kerana mengetahui soal itu terlambat daripada biasa, akan tetapi dia senang dan gembira apabila mendengar perkembangan terbaru ini.

Brian mengeluarkan handphonenya Samsung Galaxy SIIInya lalu menunjukkan video kepada Lisa dan Zahar. Lisa melopong dan Zahar hanya tersengih sehingga ke telinga.

Wait! Ni bukan lagu yang you nyanyi masa dekat London dulu ke Video ni ke yang you bagi dekat dia Romantiknya.

Mestilah tak. Bukan video ni, lagu tu je I ambil, enviromentnya aje yang lain. I buat video baru tapi masih lagu dan suara yang sama. Malulah I kalau bagi video ni.