MY PRETTY BOY - 42
USAI menunaikan solat Maghrib, Qamra Ain melipat kemas kain telekung dan sesudah itu disimpan terus ke dalam loker. Di pintu lokernya pula, tergantung cermin kecil. Ditenung sambil tangan membetulkan kedudukan tudung yang senget sedikit. Qamra Ain mencalit sedikit Lips Ice sebagai pelembab bibir.

Dia baru mendapat info dari Tunku Hazreen yang pensyarah di A-AH yang kuliah ditunda malam ini, jadi dapatlah dia menumpukan perhatian pada subjek yang bakal diduduki peperiksaan akhir minggu. Sementelah 7 tahun berhempas pulas menghabiskan sisa pengajian, akhirnya dia berjaya menempatkan diri hingga tahun akhir. Hanya baki selangkah lagi untuk capai impian arwah Babahnya.

Puas sudah Tunku Hazreen memujuk supaya memakai BB Z10 semula namun Qamra Ain tetap menolak. Dia rasa lebih bebas begini dari orang berterusan menelefon tanpa henti. Erti kata, lebih selesa hidup tanpa gangguan deringan telefon. Biarlah, buat masa ini BB Z10 miliknya berehat untuk seketika.

Jadi, sesiapa yang hendak mencari terpaksa mereka hubungi Reza Rizman atau Tunku Hazreen.

Setelah berpuas hati dengan keterampilan di depan cermin, dia mencapai beberapa buah buku rujukan dari atas para dan beberapa helaian kertas kosong. Selepas itu, ditolak pintu loker dan dibiarkan terbuka sedikit. Qamra Ain menghampiri bangku kayu panjang dan duduk berlabuh di situ. Tahu benar di waktu begini, masih ada pekerja yang belum pulang dek kerja lebih masa atau pun sekadar habiskan masa duduk melepak sambil menikmati secangkir kopi di Mels Caf.

Sejak dilucutkan jawatan mereka bertiga dan diganti pula dengan pekerja baru, hatinya tenang dan lega. Apatah lagi penggantinya pula punyai sikap toleransi dengan pekerja bawahan seperti dia dan Tunku Hussein. Cuma dengan Tunku Hussein mereka beri tunduk hormat. Bila ditanya pada Reza Rizman, lelaki itu hanya menjungkit bahu. Tertanya-tanya juga di benaknya apa istimewa Tunku Hussein sampaikan setiap pekerja yang lalu ada yang tabik hormat bahkan ada yang memanggilnya Yang Mulia.

Dari tadi Tunku Hussein memerhati Qamra Ain terkumat-kamit menghafal apa yang tercatit di dalam buku. Sesekali gadis itu menyalin isi penting di atas kertas saiz A4. Sama cara sepertinya ketika menuntut di UCLA. Dia pernah lalui situasi yang sama semasa masih memegang gelaran siswa perubatan. Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor yang perlu tahu fakta sahih dan istilah yang pelik didengar bila menyebutnya pertama kali.

Kusyuknya awak baca sampai saya masuk pun awak tak sedar, tegur Tunku Hussein sambil mencucuh kunci ke lubang loker. Pintu loker ditarik separuh terbuka. Uniformnya ditanggalkan lalu disidai pada penyangkut baju. Kemudian dikunci semula pintu loker.

Qamra Ain terhenti menghafal. Dia menoleh ke arah lelaki yang hanya baju T lengan pendek serta seluar jeans lusuh yang koyak menonjolkan kepala lutut. Buat julung kalinya dilihat penampilan lelaki itu yang lain dari sebelum ini.

Kenapa setiap kali aku teliti wajah kau seolaholah kau jelmaan Tunku Hardie, Sein Keluh Qamra Ain dalam diam.

Awak hafal apa Macam baca mantera aje. Setahu saya M. Nasir aje yang ada mentera Mentera Semerah Padi, tegur Tunku Hussein. Dia yang baru selesai menyikat rambut dengan hujung jari menghala langkah mendekati Qamra Ain yang duduk di hujung bangku kayu.

Saya singgah beli tadi kat Mels Caf. Ada snek, air dan pelbagai lagilah. Saya main rembat aje lepas tu terus bayar boleh awak buat kudap-kudap nanti.

Terima kasih, Sein. Macam tau ajekan yang ni. Qamra Ain menayangkan snek Twisties di depan Tunku Hussein selepas mengambil plastik beg dari tangan jejaka itu. Dia meninjau apa lagi yang ada di dalam plastik lalu dikeluarkan sebotol Twister Tropicana. Sebotol lagi berada dalam pegangan Tunku Hussein.

Awak baca apa Serius gila saya tengok awak menghafal, sekali hadap habis diminum air di dalam botol itu. Botol yang sudah kosong direnyuk sebelum dicampak masuk ke dalam tong sampah.

Saya kena hafal info tentang Infark Miokard. Kecut perut rasanya, sebab saya takut kalau gagal habis masa depan saya, Sein satu keluhan lemah dilepaskan.

Tahun akhir merupakan tahun yang paling gerun untuk ditempuhi. Tahun penentu dia berjaya atau tak menjadi salah seorang pemegang segulung Ijazah Kedoktoran.

Senang kacang aje tu, Qamra ujar Tunku Hussein sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya yang lebat.

Senyuman meleret Tunku Hussein menambahkan lagi kerunsingan yang sedia ada di benaknya.

Memanglah awak kata senang kacang, sebab bukan awak yang ambil exam.

Infark Miokard atau lebih dikenali dalam bahasa kita iaitu serangan jantung. Apa yang awak perlu tau Pertamanya, gejala serangan jantung, awak perlu tau info ada 4 kondisi serangan boleh berlaku. Kedua, kondisi penyumbatan, tak silap saya ada 2 kondisi nanti awak semak balik dalam buku. Yang ketiga, tanda-tanda serangan. Keempat, diagnosis yang perlu awak buat, lagi terperinci, lagi cantik info awak dan terakhir sekali, klasifikasi serangan jantung, yang ini info penting. Tak silap saya ada 5 jenis, contohnya awak cerita Type 1 - serangan jantung spontan, kaitan dengan iskemia disebabkan terjadinya sesuatu pada pembuluh jantung koroner. Type 2 - awak

Hussein Qamra Ain mengangkat tangan menyuruh jejaka itu berhenti berhujah.

Tergamam dia mendengar. Tak sangka sama sekali Tunku Hussein yang dikenali hanya sebagai pekerja pengasing mel mempunyai pengetahuan luas tentang ilmu perubatan. Malah lebih tahu terperinci menghurai fakta dari dia yang masih terkial-kial menghafal.

Awak harus bersedia dengan point penting. Bukan main belasah jawab aje, Qamra. Teruk awak kena hentam nanti. Sebab apa saya cakap begini tau Nanti, bila awak berjaya jadi doktor, awak kena berdepan dengan doktor-doktor pakar yang berpengalaman.

Bukan senang nak pakai whitecoat kalau hati tak cekal. Mahu awak menangis berbaldi-baldi nanti.

Mana awak tau semua ni, Sein Cara awak bahas dah serupa doktor pakar.

Hello, awak ingat kerja saya asyik asing mel aje ke Kita ni Qamra kena tau ilmu pengetahuan walaupun basic info. Saya tau pun sebab curi-curi baca buku awak.

Ada sesuatu di dalam diri awak yang saya tak tau. Naluri saya kuat berkata yang awak sembunyikan sesuatu dari saya kenapa mereka panggil awak Yang Mulia Siapa sebenarnya awak, Sein

Dia terkedu namun berasa bersyukur kerana identitinya masih kekal rahsia di dalam Mels E. Takut juga kalau ada di antara mereka yang terlepas cakap, mahu havoc dibuatnya nanti.

Diorang panggil saya begitu sebab saya teruna kacak yang selamatkan awak. Siapa yang bagi gelaran tu entah, tak menahan sungguh... kedengaran ketawa kecil terbit dari Tunku Hussein sekilas mengerling ke arah Qamra Ain dengan renungan yang bermakna.

Belum tiba masanya untuk aku terus terang pada kau siapa aku sebenarnya, Qamra. Aku juga takut sekiranya bila kau tau, kau tentu bencikan aku seperti mana yang pernah kau lakukan pada Hardie. Aku tak nak tu semua berlaku di antara kita. Aku mahu kau berada di sisi aku, temani aku selamanya