Dulu, dia mahasiswa lulusan dari salah satu institusi pengajian teknik paling terkemuka di kota Bandung, jurusan teknik informasi. Setelah lama kami berbincang-bincang ke sana ke mari, sampailah pada pembicaraan mengenai pendidikan di negeri ini. Dia bilang, Sepertinya ada yang terbalik, dengan cara pandang calon mahasiswa dan masyarakat dalam menilai dan memilih jurusan setelah mereka tamat sekolah menengah. Cuba sama-sama kita kenal pasti, rata-rata pelajar yang berasa memiliki kemampuan akademik yang sangat unggul atau paling cerdas, biasanya akan memilih jurusan atau bidang teknikal. Kemudian pelajar yang berasa kepandaiannya tidak terlalu unggul atau berada di bawah biasanya memilih bidang ekonomi atau kewangan. Selanjutnya, pelajar yang berasa kepandaiannya dianggap biasa sahaja umumnya mengambil bidang-bidang sosial. Terakhir, pelajar yang berasa kemampuan akademiknya dianggap cukup makan, kebanyakannya mengambil jurusan pendidikan atau agama.
Saya tersenyum mendengarkan paparannya dan penasaran mendengar lebih lanjut.
Ini sudah gila, padahal kalau kita kaji lebih mendalam, realiti kehidupan malah menunjukkan fenomena sebaliknya. Ini saya alami sendiri, setelah saya menyelesaikan sekolah teknik dan terjun langsung dalam masyarakat, katanya dengan serius.
Selanjutnya, dia mengatakan, Ilmu teknikal itu adalah ilmu yang berhubungan dengan parameter-parameter yang konkrit atau sudah pasti. Hukumnya sederhana sahaja, jika peristiwanya A keadaannya B maka kesannya adalah C. Hukum teknik ini berlaku sama sepanjang zaman dan di negara mana pun, logiknya sangatlah sederhana, prosesnya hampir boleh dipastikan sama seperti itu. Jadi, tingkat kesukaran penafsiran dan pemikirannya tidaklah terlalu rumit sehingga sebenarnya ilmu teknikal tidaklah memerlukan orang-orang dengan kemampuan berfikir yang sangat unggul seperti yang terjadi sekarang. Oh, begitu, ya tanya saya.
Dia mengangguk. Berbanding ilmu teknikal, ilmu ekonomi jauh lebih sukar kerana harus berhadapan dengan parameter yang jauh lebih beragam dan juga tidak pasti, keadaan dalam ilmu ekonomi hanyalah bersifat andaian yang tidak pasti. Oleh kerana itu, bidang ini jelas lebih sukar dan perlu pemikiran yang lebih kompleks. Sementara ilmu sosial, seperti ilmu hukum, kemasyarakatan, dan sejenisnya jauh lebih rumit berbanding ilmu ekonomi kerana harus berhadapan dengan manusia, kes, dan segala parameter yang jauh tidak pasti.
Dia berhenti sebentar untuk menarik nafas dalam-dalam dan meminum tehnya. Bayangkan, dalam satu kes yang sama atau hampir sama, boleh muncul alasan atau sebab yang berbeza-beza, kemudian dari kes yang serupa tadi, juga akan muncul ratusan bahkan ribuan penafsiran yang berbeza pula, di negara yang berbeza maka akan berbeza pula penafsiran atau keputusan yang dihasilkannya. Tentu sahaja ini sangat rumit dan kompleks, ilmu ini sangat diperlukan, bukan hanya tahap logik yang tinggi, tapi juga memerlukan orang-orang yang cerdas.
Saya mengakui kebenaran paradigma teman lama saya ini.
Dan yang terakhir adalah ilmu-ilmu pendidikan dan agama. Kedua ilmu ini adalah ilmu yang nantinya akan menjadi ikutan masyarakat dan orang kebanyakan. Ilmu ini sebenarnya memerlukan pemikiran yang jauh lebih sukar dan kompleks dari yang lain, ditambah pula analisisnya yang juga amat rumit kerana orang-orang ini akan berhadapan dengan ratusan bahkan ribuan umat atau orang yang punya konflik berbeza dengan latar belakang berbeza, budaya berbeza, pemikiran berbeza, dan sebagainya.
Jadi, sesungguhnya ilmu pendidikan dan agamalah yang paling sukar yang harus dipelajari. Harusnya orang-orang dengan kualiti terbaiklah yang ada di sini. Akan tetapi, anehnya yang memilih jurusan ini justeru orang-orang dengan kualiti akademik terendah. Orang-orang yang berasa memiliki kemampuan akademik tertinggi atau orang-orang paling cerdas malah berasa terhina atau menjadi rendah apabila memilih jurusan pendidikan atau agama.
Dia memaparkan semua itu dengan prihatin. Jadi kita boleh bayangkan betapa porak-porandanya aspek-aspek kehidupan di negeri ini kerana aspek yang paling sederhana ditangani oleh orangorang terbaik, sementara aspek-aspek dengan tingkat yang jauh lebih rumit, ditangani oleh orang yang kualitinya makin rendah dan paling rendah.
Mari kita renungkan bersama cerita dari rakan saya ini.
Aspek yang paling sederhana ditangani orang-orang terbaik, sementara aspek-aspek dengan tingkat yang
jauh lebih rumit, ditangani orang yang kualitinya makin rendah dan paling rendah.