Gadis Kebaya Merah - 43
BAB 43

JENUH Chad berfikir apa yang dimaksudkan oleh perempuan yang menjelma malam tadi. Dari kata-kata perempuan itu sudah jelas perempuan itu tidak tenteram rohnya dan Mak Jemah pula dibunuh, bukan mati biasa atau mati disebabkan belaan hantu raya.

Kudin..aku rasa perempuan jelmaan malam tadi tu bukan Hanim sebab jenazah Hanim sudah dikebumikan dengan baik kan Chad memecah kesunyian.

Kudin yang sedang termenung memandang ke tengah sawah itu mula berpaling ke arah Chad. Ya, kenapa

Aku rasa Mak Jemah tu mati bukan kerana sakit kerana belaannya tu tapi dia dibunuh dan dipuja tubuhnya juga sehingga belaannya hidup dalam tubuhnya masa tu. Chad memberi pendapatnya.

Mati dibunuh Tapi aku sendiri tengok Tok Imam Ngah berperang dengan Mak Jemah itu dan dia cakap, Mak Jemah tu sudah lama meninggal dan yang ada dalam tubuhnya itu adalah belaan hantu raya. Lepas Tok Imam Ngah berlawan tu, Mak Jemah tu jatuh rebah. Dari muka cantik terus berubah jadi kerepot dan berkedut. Macam mana ada perempuan jelmaan lain pulaKudin pula merasa meremang bulu roma.

Aku tak tahu tapi perempuan tu nak cari tubuh baru..bermakna dia masih merayau di kampung ni lagi. Kita harus buat sesuatu. Aku tak nak dia kacau orang kampung ni. Tambah lagi anak dara dan perempuan yang mengandungbahaya. Chad mengeluh.

Hmmbetul juga tu. Apa kata kita jumpa Tok Imam Ngah Kudin mengusul cadangan.

Chad mengangguk.

Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Aku pun lusa dah kena balik KL semula. Ana tu, dia pun kerja juga. Kudin senyum.

Yalah..maklumlah..dah ada tanggungjawab kan.. Chad sengih.

Mereka berdua mula beredar ke rumah Tok Imam Ngah.

TIBA di halaman rumah Tok Imam Ngah, mereka berdua mula memberi salam. Tok Imam Ngah jenguk melalui tingkap dan melemparkan senyuman setelah melihat Kudin dan Chad di situ.

Masuklah!

Kudin dan Chad menapak masuk ke dalam rumah Tok Imam Ngah. Mereka duduk bersila di atas tikar mengkuang.

Ada apa kamu berdua datang ni Tok Imam Ngah mula bersalam.

Kami ada hal penting tok. Ini pasal Mak Jemah. Chad mulakan bicara.

Kenapa dengan dia Dia kacau kamu ke Sengih Tok Imam Ngah pada Chad. Dia tahu Chad tidak kurang juga ilmunya.

Chad turut sengih.

Tak adalah tok tapi saya berinteraksi dengan jelmaan perempuan pakai kebaya merah.. Chad berterus terang.

Eh, tak selesai lagi ke Tok Imam Ngah pula berkerut dahi.

Tu la pasal tok. Jelmaan muncul kat tepi kolam kumbahan tu..dekat rumpun buluh. Kali ni rupanya lain dari yang dulu tu. Jelmaan tu nak tuan baru sebab katanya tuan lamanya sudah tiada. Terang Chad lagi.

Kudin hanya mendengar dari tadi.

Tok Imam Ngah diam seketika sambil berfikir. Memang dulu Mak Jemah itu membela hantu raya.

Tok rasa.itu adalah saka yang menjelma hantu raya tu. Benda tu kan boleh menjelma dalam macam bentuk. Kalau kamu nampak Mak Jemah bersidai kat tangga rumah dia tu..jangan pula kamu pergi tegur.. Tok Imam Ngah sengih.

Kami tahu la tok.. Chad turut sengih sambil menjeling Kudin yang turut senyum di sebelahnya.

Saya ingat nak siasat macam mana Mak Jemah tu boleh dibunuh..sebab saya dapat rasa dia akan mengganggu penduduk kampung ni. Chad meluahkan apa yang dirasa.

Ya..betul tu. Kita kena lakukan sesuatu.. Kudin menyokong apa yang dikatakan oleh Chad tadi.

Tok Imam Ngah masih berfikir. Dia kemudian mendongak dan melihat kedua anak muda itu.

Rumit sikit kes ni..

Rumit Serentak Kudin dan Chad bertanya.

Yakerana tok tahu..kisah sebenar Mak Jemah tu.. Tok Imam Ngah berkata perlahan.

Kenapa tok Chad pula tidak sabar.

Mak Jemah bukan asal sini. Dia merantau ke kampung kita ni.. Tok Imam Ngah berterus terang.

Jadi..dia berasal dari mana Kudin pula teruja.

Dia berasal dari Tanah Jawa, Sulawesi. Dia datang ke kampung ni kerana mengikut suaminya yang bekerja di sini dulu, kerja mengambil upah panjat pokok kelapa.

Kudin dan Chad masih setia mendengar.

Sejak mereka suami isteri menetap di sini, ramai orang kampung menggunakan khidmat suami Mak Jemah tu tapi Mak Jemah mula cemburu bila suaminya disukai perempuan lain. Dia mula mengamalkan ilmu hitam. Nasi kangkang..itu perkara pertama yang dia buat pada suaminya. Tok Imam Ngah berhenti seketika dari bicaranya.

Kudin dan Chad tercengang.

Nasi kangkang Serentak pula Chad dan Kudin bertanya.

Tok Imam Ngah mengangguk.

Dia dah bodohkan suaminya dan bukan itu saja, sejak itu dia membela hantu raya untuk kecantikan wajahnya dan kelihatan sentiasa muda. Dari zaman muda sampailah ke tua, dia suka pakai baju kebaya merah. Berdandan cantik dan melaram. Sebab tu, masa selesaikan kes jelmaan perempuan kebaya merah itu dulu, tok ingat itu adalah belaan Mak Jemah. Terang Tok Imam Ngah lagi.

Oh..patutlah dia suka sangat pakai kebaya merah tu. Kudin mengangguk-angguk, mengingati semula kejadian kepulan asap yang bertukar menjadi seorang gadis yang memakai kebaya merah.

Suaminya pula hanya ikut saja rentak Mak Jemah tu sehinggalah satu hari tu. Tok Imam Ngah berhenti seketika.

Kudin dan Chad masih setia mendengar.

Apa tok Kudin terus saja bertanya, tidak sabar bila Tok Imam Ngah lama berfikir.

Tiba-tiba bergegar rumah Tok Imam Ngah. Kudin sudah terpinga-pinga. Chad pula hanya diam. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Tok Imam Ngah pula sudah kumat kamit membaca sesuatu. Gegaran itu mula reda.

Tok..apa tadi tu Kudin sudah pucat.

Dia hanya gertak.. Tok Imam Ngah senyum. Dia pandang Chad yang turut senyum.

Gertak Kudin masih terpinga-pinga.

Macam nilah..korang balik dulu. Nanti kita bincang.. Tok Imam Ngah mula merasa mereka diperhatikan. Siang hari begini pun makhluk itu berani mengganggu.

Kudin dan Chad mula pulang ke rumah. Niat mereka untuk menyiasat hal itu sudah terbantut dan terpaksa ditunda.

Chad..lusa aku dah nak balik. Ana dah kerja.. Kudin pula merasa serba salah. Dia sudah berjanji dengan Chad tadi untuk sama-sama menyiasat tentang hal itu.

Tak apa..aku dan Tok Imam Ngah akan uruskan hal ini.. Chad sengih. Dia faham kehidupan Kudin yang sudah beristeri.

Macam nilah..esok kita bincang dengan Tok Imam Ngah dan tengok apa yang kita boleh buat. Kalau tak, kau update aku. Aku akan balik ke sini. Kudin usul cadangan.

Hmm..okey. Chad senyum.

ESOKNYA, Kudin dan Chad sekali lagi pergi ke rumah Tok Imam Ngah. Mereka sekali lagi berbincang di situ dan sama-sama menuju ke kolam kumbahan itu. Di situ mereka cuba mencari jika ada apa-apa yang boleh dikaitkan dengan gadis kebaya merah seperti yang dilihat oleh Chad pada malam itu.

Hmm..macam tak ada apa kat sini.. Tok Imam Ngah memerhati di sekitar kolam kumbahan itu.

Chad turut melihat sekitar situ bersama Kudin. Tiada apa-apa yang boleh dikaitkan dengan kemunculan gadis kebaya merah itu.

Kamu nampak kat mana perempuan tuTok Imam Ngah pandang pula pada Chad.

Dekat rumpun buluh tok. Saya yakin dia ingin mencari tuan baru. Kalau tidak, dia akan kacau penduduk kampung ni.. Chad menjawab.

Tok Imam Ngah mengangguk-angguk. Dia melihat lagi sekitar kolam kumbahan itu.

Macam nilah..rasanya itu adalah belaan Mak Jemah kerana selepas Mak Jemah meninggal, memang belaan ni akan merayau-rayau mencari tuan baru. Malam nanti, kita ke rumah dia. Kamu Chad, bersedia dengan peralatan yang patut. Kita akan pagar rumah tu dan cuba halau belaan tu. Kalau tak berhasil, kita terpaksa cari waris Mak Jemah tu..yang sanggup membela hantu raya tu. Inilah padahnya bila bertuhankan makhluk halus ni.. Tok Imam Ngah menggeleng.

Baiklah tok.. Kudin pula menjawab.

Mereka bertiga mula meninggalkan tempat itu. Tok Imam Ngah pulang ke rumahnya semula. Kudin dan Chad pula kembali ke rumah Nek Tom.

TEPAT jam sembilan malam, Tok Imam Ngah bersama Kudin dan Chad mula menapak semula ke rumah Mak Jemah yang sudah terbiar sejak tiada orang yang menghuninya.

Berhati-hati mereka merapati rumah itu. Sekitar rumah Mak Jemah itu sudah berselerak dengan daun kering dan ranting patah. Angin tiba-tiba bertiup kuat. Daun kering yang berselerak atas tanah tadi sudah berterbangan ditiup angin.

Tok Imam Ngah menapak perlahan ke anjung rumah. Dari situ dia melihat satu kelibat hitam sedang mengadap ke arah pokok besar. Memang terdapat satu pokok besar di kiri rumah Mak Jemah itu.

Ada sesuatu di situ. Tok Imam Ngah sedikit berbisik.

Chad dan Kudin turut diam, mendengar apa yang dikatakan oleh Tok Imam Ngah tadi. Chad pula sudah membaca sesuatu.

Chad..Chad.tu.. Kudin tuding ke arah kelibat hitam tadi. Kelibat hitam itu sudah mula menampakkan diri.

Mana Chad pandang mengikut jari telunjuk Kudin tadi. Dia menelan liur. Jelmaan gadis kebaya merah sudah terpacak di situ.

Gadis itu sudah merenung tajam ke arah Chad dan Kudin. Kudin jelling Chad di sebelahnya. Chad dilihat sudah terkumat kamit membaca sesuatu. Kudin menelan liur. Dia turut membaca al Fatihah dan ayat manzil yang mana dia ingat saja. Tok Imam Ngah pula sudah hilang entah ke mana. Tadi dia melihat lelaki itu menuju ke laman kiri rumah Mak Jemah. Mungkin Tok Imam Ngah nampak sesuatu di situ.

Kau nak apa datang sini

Kudin menelan liur. Gadis itu tiba-tiba bersuara. Dia siku lengan Chad di sebelah yang masih kumat kamit membaca.

Chad..weh.. Lengan Chad disiku lagi.

Chad pandang Kudin seketika dan membuat isyarat diam.

Aku tahu kau datang nak tahu siapa aku kan Kali ini gadis kebaya merah itu bersuara lembut.

Kudin yang sudah pejam matanya tadi mula buka perlahan-lahan. Jelmaan gadis kebaya merah itu sudah tersenyum manis padanya.

Kalau gadis itu bukan hantu, mahu saja dia tergoda dengan senyuman gadis itu yang kini berupa seorang gadis yang amat cantik.

Kulit putih mulus.

Aku hanya nak kau jangan ganggu penduduk di sini, itu saja! Tok Imam Ngah muncul di anjung rumah. Tidak jauh dari tempat gadis kebaya merah itu berada.

Aku hanya nak tuan aku!! Kali ini gadis kebaya merah itu merenung tajam dengan mata merah menghala ke arah Tok Imam Ngah.

Tuan kau dah mati! Tok Imam Ngah bersuara lantang.

Kudin hanya memerhati. Chad yang dari tadi asyik kumat kamit kini sudah mula buka mata. Dia menghembus ke arah gadis itu yang masih terpacak di depan Tok Imam Ngah. Gadis itu hanya ketawa mengilai.

Chad tercengang. Dia baca lagi, kumat kamit. Kali ini usai membaca semua itu, segenggam garam dilontar ke arah gadis itu tadi. Kali ini gadis kebaya merah itu menjerit kuat.

Tok Imam Ngah pula segera menghembus dengan kuat dan sekali lagi garam dan beras kuning dicampak kuat.

Terdengar jeritan kuat dari gadis kebaya merah itu. Sekaligus gadis kebaya merah itu hilang dari pandangan dalam kepulan asap terbang ke dada langit.

Dia dah pergi ke tok Kudin pula pandang Tok Imam Ngah yang sudah tunduk. Ada renek peluh di dahi lelaki itu.

Belum..selagi dia tidak mendapat tuannya, dia akan tetap berada di sini. Rumah ni, tok dah pagar dulu selepas Mak Jemah tak ada. Nampaknya pagar tu dapat dilepasi hantu raya tu. Dia masih merayau-rayau di sekitar rumah ni.. Tok Imam Ngah geleng. Begitu kuat belaan Mak Jemah dulu. Mungkin dia ambil dari Sulawesi dan dibawa ke sini.

Habis tu, macam mana nak selesaikan benda ni tok Kudin menelan liur. Dia pandang Chad yang juga sudah menggeleng.

Kita kena cari waris Mak Jemah.. Tok Imam Ngah mengusap dagu.

Mak Jemah tak ada anak ke Chad pula bertanya.

Sebab mungkin tak ada anak tu la..kita ada masalah macam ni. Benda ni nak kan tuan dan tuan tu pula dari waris tuan asalnya. Kita kena tangguhkan dulu. Kena cari siapa waris Mak Jemah ni. Tok Imam Ngah mula mengajak Kudin dan Chad balik ke rumah semula.