JAHANAM! Fakrul melemparkan fail ke dinding. Peguam yang diupahnya itu menikus. Dia kelihatan serba-salah.
Macam mana semua ni boleh berlaku Jawab! tengkingnya.
Sabar, Encik Fakrul. Kita boleh runding kembali. Saya pasti masalah ini akan dapat diselesaikan. Cuma mengambil masa yang lama sikit.
Aku bagi kau upah untuk buat kerja ni dengan baik. Kau minta berapa pun aku dah bagi. Tapi apa aku dapat Mata Fakrul mencerlung merah.
Maaf Encik Fakrul, saya tak tahu peguam tu boleh tahu kerja kita. Apa yang kita buat ini memang salah. Dia boleh ambil tindakan pada Encik Fakrul dan saman syarikat guaman saya. Kita cuma ada salinan palsu tapi dia ada bukti-bukti yang kukuh dan salinan yang betul. Kita dah kalah. Tergagap-gagap peguam itu menjawab soalan Fakrul.
Habis duit aku. Habis! jerit Fakrul. Mata Fakrul kelihatan merah. Dia mencapai plak tanda namanya di atas meja lalu meluru ke arah peguamnya.
Aku takkan biarkan kau hidup. Kau dah rosakkan segala impian aku!
Peguam itu lari keluar bila melihat sikap Fakrul yang mula berubah. Tindakan ganasnya boleh mengundang bahaya. Fakrul yang melihat peguam itu melarikan diri turut keluar dan mengejarnya.
Jangan lari!
Fakrul menghempas pintu tangga kecemasan bila kelibat peguam itu hilang daripada pandangan di tangga. Dia kembali ke bilik sambil mulutnya tidak habis-habis menyumpah seranah lelaki itu.
Tangannya pantas mendail nombor telefon.
Hello, aku ada kerja untuk kau.
Peguam yang melarikan diri itu akhirnya berjaya keluar dari bangunan pejabat Fakrul. Tercungap-cungap nafasnya turun naik.
Ah, aku tak boleh berdiam diri. Dia manusia paling kejam yang pernah aku jumpa. Dia boleh bunuh aku. Lelaki itu menahan teksi yang kebetulan melalui jalan di hadapannya.
Bawa saya ke Bukit Aman, arah lelaki itu.
Ibu pejabat polis tu, encik
Ya, cepat sikit.
Teksi itu meluncur laju meninggalkan perka rangan bangunan yang meninggalkan kenangan pahit buatnya. Setengah jam kemudian, teksi itu berhenti di perkarangan ibu pejabat polis itu.
Terima kasih. Lelaki itu mengambil baki duit yang dihulurkan oleh pemandu teksi. Kakinya dihalakan memasuki lobi balai polis dan mendekati kaunter pertanyaan yang terdapat di situ.
Saya nak buat aduan, encik.
Ya, silakan duduk. Nama encik siapa Pegawai polis wanita itu bertanya sambil tangannya pantas menaip komputer.
Eeerr... saya... Kamarul Zaman bin Saifuddin. Begini cik, saya...
Nanti sekejap Encik Kamarul, saya nak ambil keterangan peribadi encik dahulu baru encik boleh jelaskan masalah sebenar. Boleh
Ya, ya, boleh.
Kad pengenalan encik, pinta polis itu.
Pegawai tersebut mengambil masa lebih kurang lima minit untuk mengambil segala butir peribadi peguam itu.
Baiklah, segala maklumat Encik Kamarul telah dicatat. Sekarang encik boleh jelaskan masalah encik sekarang.
Saya nak buat aduan tentang eerrrr tentang.
Tentang apa Encik Kamarul
Errr errrr Kaki lelaki itu menguis-nguis lantai. Tangannya dikepal. Kelihatan daripada raut wajahnya ketakutan yang melampau.
Encik encik, kenapa Encik Kamarul
Saya saya... Ya Allah!! Lelaki itu meraup wajahnya. Sukar untuk dia meluahkan masalah yang menimpanya. Dia takut.
Sabar, bawa bertenang. Kami akan bantu Encik Kamarul. Cuba tenangkan diri dahulu. Jangan risau, segala aduan yang kami terima akan menjadi rahsia kami, pujuk pegawai polis itu.
Hmmm... saya... saya diancam bunuh!
Pegawai polis itu mendengar dengan teliti aduan yang disampaikan oleh lelaki di hadapannya. Sesekali tangannya menaip dengan pantas dan mencatat sesuatu di dalam bukunya.
Encik Kamarul, pihak polis akan memantau kes ini dengan segera. Kami akan mengarahkan beberapa orang anak buah kami untuk menjaga keselamatan encik. Jika ada sebarang perkara aneh yang berlaku, segeralah hubungi pihak kami, arah pegawai itu.
Baiklah, terima kasih.
Pegawai polis itu memasuki bilik Jabatan Siasatan Jenayah dan menemui Inspektor Hassan.
Ya, ada apa
Begini tuan, kita baru dapat aduan dari seo rang peguam yang diancam bunuh. Orang yang mengancamnya adalah Fakrul bin Datuk Akmal. Kamu pasti aduan itu benar
Ya, saya pasti, tuan. Ini butiran tentang aduan yang kita terima. Pegawai polis itu menyerahkan helain kertas yang baru dicetak dari komputer.
Inspektor Hassan mengangguk.
Panggil semua pegawai unit kita ke bilik mesyuarat sekarang, gesanya.
SEMUA pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah telah berada di dalam bilik mesyuarat lima minit lebih awal dari yang dijangkakan. Mereka sudah faham benar dengan sikap ketua mereka yang cukup berdisiplin dan patuh pada masa.
Inspektor Hassan duduk di kerusi utama. Tangannya menyelak helaian demi helaian kertas yang berada di depannya.
Fokus kita pada kali ini adalah berkaitan kes cubaan bunuh Khairul. Ada maklumat baru yang kita perolehi pagi tadi. Seorang peguam telah diugut bunuh oleh Fakrul, iaitu adik kepada Khairul. Mengikut keterangan yang diambil, peguam itu telah diupah untuk memalsukan dokumen perwarisan harta milik Datin Rafeah. Fakrul mahu menukar bahagian harta Khairul menjadi miliknya. Sebenarnya, saya sudah tahu lebih awal akan ran
cangan jahat Fakrul kerana telah diberitahu oleh adiknya yang bernama Linda. Cuma saya tak menyangka dia bertindak nekad mengugut peguam tu. Saya yakin, kes Khairul dan Linda dilakukan oleh orang yang sama. Dalang dalam kes ini adalah Fakrul! tegas Inspektor Hassan. Dia begitu yakin Fakrullah suspek utama bagi kes ini.
Sarjan Ridzuan, ada apa-apa maklumat yang baru soal Inspektor Hassan kepada orang kanannya.
Ada tuan. Mengikut laporan yang kita perolehi, Karmila pernah bekerja di syarikat yang sama dengan arwah isteri Khairul. Siasatan mendapati Karmila merupakan seorang wanita yang sosial dan liar. Maksud saya, dia mempunyai sugar daddy yang terdiri dari orang-orang kenamaan. Kita dah kenal pasti, terdapat tiga orang sugar daddy yang pernah rapat dengan Karmila sepanjang lima tahun dia di syarikat itu. Ini senarai namanya. Sarjan Ridzuan memberikan senarai nama itu kepada Inspektor Hassan.
Dato Sonny Pengurus Kilang AZ Component, Tan Sri Hassan pemilik Syarikat Ultimate Sdn. Bhd. dan Dato Bakar, Pengarah Syarikat Jordans. Inspektor Hassan membaca senarai nama itu satu per satu.
Mereka ni orang-orang terkenal. Jika rahsia ini diketahui umum, pasti kredibiliti mereka akan dipertikaikan, luah Sarjan Ridzuan.
Itu tak penting, yang penting bagi kita ada lah memastikan semua suspek dikenal pasti dan mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Saya akan keluarkan waran untuk mendapatkan maklumat dari mereka tentang Karmila. Kebiasaannya, mereka tak akan melepaskan wanita simpanan begitu saja. Saya yakin ada antara mereka yang mengetahui tempat tinggal Karmila. Soal mereka, seandainya mereka terlibat dengan kes ini.
Tuan, kes yang melibatkan nama-nama orang yang berpengaruh tentunya ada risiko. Kita perlu sediakan jawapan seandainya kes ini mendapat liputan meluas, ujar Sarjan Zalia.
Itu dah jadi kerja kita. Jika kes ini mendapat liputan yang meluas, kita akan adakan mesyuarat dengan mereka untuk beri penjelasan. Buat sementara waktu ini, semua perlu tutup mulut. Kita takut jika kenyataan yang dikeluarkan jauh daripada fakta sebenar kejadian, pesan Inspektor Hassan. Ridzuan, arahkan beberapa orang kita untuk siasat tentang tiga individu ini.
Sarjan Ridzuan mengangguk tanda memahami arahan yang diberikan oleh ketuanya.
Sarjan Hashim, bagaimana dengan laporan awak
Saya telah pergi ke tempat di mana Linda disembunyikan. Terdapat empat cap jari yang berjaya diperoleh. Satu cap jari Linda dan satu lagi cap jari milik Zeti Akhbar. Dua lagi cap jari masih di dalam siasatan.
Kita pun sudah maklum yang Zeti Akhbar adalah Karmila dan Karmila adalah Zeti Akhbar. Mereka adalah orang yang sama. Sekarang kita perlu siasat adakah Karmila mempunyai hubungan dengan Fakrul dan mereka yang merancang semuanya. Karmila telah menikam Khairul dan menyembunyikan Linda. Jadi, di situ kita dapat lihat kesamaan yang berlaku.
Betul tuan, Karmila seakan mengetahui tentang keluarga Khairul. Dia tidak akan menculik Linda jika dia tidak mengetahui yang Linda itu adalah adik kepada Khairul. Saya yakin ada motif di sebalik semua ini, terang Sarjan Mahfuzah.
Mungkin dia mengetahuinya melalui isteri Khairul. Sayang sungguh dia telah meninggal dunia. Jika tidak, tentu dia dapat membantu kita. Kita tak tahu di mana tempat persembunyian Karmila. Arahkan orang-orang kita untuk mengawal rumah Khairul dan pejabatnya. Kemungkinan dia akan datang semula untuk mengambil sesuatu. Baik, tuan!
NURUL kembali semula ke pejabat setelah bercuti selama tiga hari. Suasana di pejabat tidak jauh berbeza daripada dulu. Cuma, kes Khairul masih lagi menjadi topik utama staf di sini. Macammacam yang didengarinya namun tidak satu pun mengaitkan penglibatan dia di syarikat ini.
Nurul melepaskan pandangan ke luar tingkap. Pemandangan kota raya Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas. Dari situ dia dapat melihat bahagian bawah bangunan terutama tempat letak kereta kakitangan. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seseorang di celah deretan kereta yang terdapat di situ. Jantung Nurul berdegup laju.
Nurul yakin itulah orang yang menceroboh masuk ke biliknya tempoh hari. Badannya terhayun ke belakang. Mata Nurul berpinar-pinar. Tangannya pantas mendail nombor milik Inspektor Hassan.
Hello, Inspektor Hassan. Nurul ni.
Ha, Nurul. Ada apa Kenapa suara menggigil ni. Ada apa-apa yang berlaku ke Sarjan Hassan menyoal bertalu-talu.
Tadi, saya ada nampak orang yang masuk ke bilik saya tu ada kat tempat letak kereta. Dia seperti nak masuk ke dalam bangunan ni.
Awak pasti ke dia orangnya
Saya tak pasti tapi baju yang dia pakai tu sama. Serba hitam!
Awak nampak tak dia menghala ke arah mana
Nurul berlari semula ke tingkap untuk me
lihat orang tersebut namun kelibatnya sudah menghilang.
Dah tak ada. Dia dah hilang.
Okey, awak jangan risau. Saya akan arahkan orang saya yang berada di bangunan tu untuk memeriksa semua tempat. Saya akan datang sekejap lagi. Awak jangan ke mana-mana, arah Inspektor Hassan.
Tangan Nurul mengeletar kerana terkejut dengan situasi yang berlaku. Pintu bilik dikunci daripada dalam. Nurul duduk di sofa sambil menenangkan diri.
Kkrreeeekkk....
Satu bunyi aneh kedengaran. Rak yang menempatkan buku-buku milik Khairul bergerak perlahan-lahan. Rak itu berpusing seakan mempunyai kuasa magnet. Susuk tubuh seseorang keluar dari belakang almari itu.
Nurul mendadak bangun dan berlari ke arah pintu namun orang itu menarik tangannya sehingga dia tersungkur jatuh ke lantai. Nurul menyeringai kesakitan.
Sakit, lepaskan tangan aku! Lengannya dipulas ke belakang. Sekali lagi Nurul menjerit namun kali ini mulutnya ditekup menggunakan sapu tangan. Nurul terbaring lemah. Melihat keadaannya yang seakan nyawa-nyawa ikan, orang itu bergegas menyelongkar buku dan fail yang ada di dalam laci. Habis semuanya dihumban ke lantai.
Dalam keadaan lemah, Nurul cuba melihat tubuh itu daripada arah belakang. Bentuk tubuhnya seakan perempuan namun tindakannya yang ganas itu melebihi kekuatan seorang perempuan.
Nurul berdoa agar Inspektor Hassan menepati janjinya.
Pprrrakkk!!
Pintu bilik dirempuh dari luar. Beberapa orang pegawai polis masuk ke dalam dengan mengacukan pistol di tangan.
Jangan bergerak!
Inspektor Hassan mendapatkan Nurul.
Jangan takut, Nurul. Dia dah ditangkap.
Nurul berasa lega walaupun masih gementar. Inspektor Hassan menarik tangannya supaya dia boleh bangun. Pihak polis itu sedang menggari seseorang.
Maafkan saya kerana lambat, kata Inspektor Hassan.
Tak mengapa. Syukur tuan datang tepat pada waktunya.
Inspektor Hassan memandang ke arah suspek itu. Dia mendekati suspek dan menanggalkan topi yang dipakainya.
Karmila!