Ketika matanya masih tepat memanah mataku, tangannya sempat meletakkan iPhone dan earphone ke atas meja.
Sebelum sel-sel otak you mengembangkan teori negatif tentang I, lebih baik you dengar dulu ni. Nelly buat isyarat mata agar aku mengambil earphone.
Dalam keadaan bingung yang memuncak, aku capai juga dan selitkan ke telinga. Nelly menyentuh skrin iPhone.
Aku tak rajinlah nak menagih kasih lelaki yang memang tak suka aku. Buat penat aje. Dari aku menagih kasih, lebih baik aku menagih duit. Aku juga yang untung. Suara yang cukup asing terus menyapa gegendang telingaku.
Kau tak takut ke kalau Niel buat laporan polis Yang ini suara Nelly. Mataku sedikit bulat dan renungan kembali terarah padanya. Wajahnya selamba tanpa perasaan.
Buatlah kalau dia berani. Sebelum aku kena cekup, aku akan pastikan gambar ni tersebar dulu. Baru puas hati aku. Ingat aku bodoh ke Suara asing itu mula ketawa jahat.
Kenapa kau buat semua ni Aku tak sangka kau boleh jadi macam ni. Kedengaran suara kecewa Nelly.
Kau apa tahu Lahir-lahir aje terus nampak Mercedez, Chanel, LV, Fendi. Aku pula lahir-lahir nampak habuk kau tahu. Orang macam aku ni nak jadi kaya bukan mudah. Belajar pun tak pandai. Nak kahwin dengan anak orang kaya, tak ada yang nak kahwin dengan aku. Maklumlah siapa yang nak kahwin dengan perempuan yang tak berapa elok macam aku ni. Sekadar buat jadi girlfriend pakai buang bolehlah. Begitu lantang suara itu meluahkan.
Terkedu aku saat mendengar luahan tulus tanpa berlapik itu. Suasana diam lebih kurang lima saat.
Seronok juga aku mainkan dia orang berdua. Dua tiga hari aku biarkan dia orang dalam kerisauan. Mesti asyik risau takut aku sebarkan gambar yang jelas. Padahalnya aku cuma nak duit aje. Dapat duit nanti selesai masalah. Tak sabar aku nak pegang duit tu minggu depan. Niel sayang sangat dekat perempuan tua tu. Sanggup buat apa aje. Berkorban dalam diam. Biarlah dia nak jadi the unsung hero. Suara itu terus ketawa. Rakaman suara terhenti.
Aku yang dari tadi khusyuk mendengar jadi terkaku beberapa saat.
Siapa yang sanggup buat kita orang macam ni Seperlahan mungkin aku menyoal. Bibirku bergetar menahan amarah.
Dira. I rasa you tak kenal pun dia, jawab Nelly. Aku balas dengan gelengan.
Nelly menyentuh kembali skrin iPhone. Kemudian dihalakan padaku. Dahiku berkerut cuba mengingat saat gambar seorang gadis muda kelihatan di skrin iPhone. Seperti pernah kulihat wajahnya. Kucuba ingat sedaya upaya hinggalah mulutku ternganga saat ingatan itu kembali.
Ya, aku pernah bertemu dengannya di pusat belibelah. Ketika itu aku, Niel dan Inayah keluar bersama. Dira yang tiba-tiba muncul dan memaut lengan Niel. Tegarnya dia buat kami begini. Benarlah kerana wang ringgit, hati manusia boleh jadi kabur dari kebaikan.
Lepas artikel tu jadi viral, I terus cari Dira sebab firasat I kuat mengatakan memang ini kerja dia. Setahun yang lepas dia pernah hantar gambargambar ni pada I. Tak sangka pula dia masih simpan sampai sekarang. Dari awal lagi I tahu dia memang suka Niel. Tapi, dia bukan jenis yang tak tahu malu nak dapatkan cinta lelaki. I couple dengan Niel pun dia sokong. Masa kami couple, Dira tak pernah pun cuba khianat hubungan kami. Tapi, manusia ni bila dia dah tamakkan harta, memang tak akan terjangka apa yang dia mampu buat. Kenyataan Nelly kudengar dengan penuh perhatian. Tak kusangka gadis yang sering melayanku dengan sombong ini sebenarnya punya sisi yang mulia.
Kenapa Nelly sanggup tolong akak Bukan ke selama ni Nelly tak suka akak Jujur aku menyoal.
Tak suka bukan bererti akan khianat you atau dendam dengan you. Hati I terdetik nak tolong you. Jadi I minta sangat you jangan pertikaikan apa yang I buat ni. Janganlah sentiasa pandang negatif pada I. Nada suara Nelly sedikit kecewa.
Aku diam tidak tahu hendak balas apa.
I tak tahu apa Niel akan buat untuk bagi duit pada Dira, sambung Nelly.
Niel tak akan minta duit daddy dia. Akak yakin, balasku.
Habis macam mana dia nak dapat duit Lima ratus ribu bukannya sikit. Jual semua harta yang dia ada Nelly jongketkan keningnya.
Harta Ferrari! Aku tersentak dengan apa yang kututurkan. Dahi kupegang dan aku cuba membuang jauh firasat yang mula bersarang. Nelly pula hanya mampu memandangku dengan dahi yang berkerut.
Pertemuan kami tamat tidak lama kemudian. Namun aku tidak terus pulang dan terus bertapa di dalam Iriz. Tanganku sudah lenguh menyentuh skrin Galaxy A. Tak terkira banyaknya aku cuba menghubungi Niel. Semuanya gagal dan hanya peti suara yang membalas. Tak akanlah aku hendak cari Niel di rumahnya. Sangat tidak sopan. Hendak minta tolong Inayah, bimbang hal ini akan terbongkar. Sungguh aku dalam dilema.
Usaha terakhir yang kubuat ialah menghantar SMS. Pendek sahaja isinya.
Aliya Shaqina:
Saya nak bercakap dengan awak. Please.
Aku tunggu hampir lima minit, namun masih belum ada jawapan. Jadi aku hantar SMS kedua.
Aliya Shaqina:
Apa yang awak dah buat Jangan lari dari saya boleh tak Kenapa off telefon Atau awak sengaja off sebab tak nak bercakap dengan saya.
Emosiku makin tak terkawal. Perasaan bersalah, risau dan geram sedang bercampur menjadi adunan. Bibir kuketap dan dalam hati aku beristighfar. Kemudian dari hati berpindah ke bibir. Berulang kali hingga aku rasa tenang sedikit. Nafas panjang kutarik. Skrin Galaxy A aku sentuh lagi. Hatiku jadi geram kembali. Tanganku laju menaip SMS seterusnya.
Aliya Shaqina:
Boleh tak jangan seksa hati saya macam ni
Pinnn!!!
Bunyi hon yang panjang menyentakku. Ya Allah, baru aku tersedar yang aku masih di tempat letak kereta berhadapan restoran. Walaupun bunyi hon tadi bukan dituju padaku, namun aku tetap memandu keluar Iriz dari tempat letak kereta. Fikiranku benarbenar serabut sekarang.
Punat radio kutekan dan jariku sibuk menekan hingga siaran radio Ikim FM berjaya kucari. Zikir terapi alunan Hafiz Hamidun sedang dimainkan. Benar-benar tepat pada masanya. Mulutku turut sama berzikir dan hatiku kembali tenang untuk seketika.
SMS dari Niel cukup melegakan hatiku. Dua hari aku menanti dan akhirnya tengahari ini baru dia membalas SMSku. Skrin Galaxy A kupandang
dengan senyuman.
Daniel Izdihar:
Boleh kita jumpa dekat taman permainan lepas Asar
Mungkin semua persoalanku nanti akan dijawabnya di taman. Tepat jam lima petang aku keluar dari rumah. Kupilih untuk berjalan kaki sahaja. Sekurang-kurangnya aku punya banyak waktu untuk mencerna ayat yang sesuai.
Dari jauh aku sudah nampak t-shirt merah menyala Niel. Dia duduk di bangku sambil ralit melihat kanak-kanak yang sibuk bermain. Spontan bibirku menguntum senyuman saat melihat wajah yang tampak tenang itu. Segala perasaan sebelum ini bagai hilang. Diganti dengan rasa yang cukup mendamaikan.
Niel tiba-tiba menoleh ke tempat aku berdiri. Dia terus bangun dan pandangannya dilempar padaku. Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Dia balas dengan senyuman yang juga manis bak gula. Perlahanlahan aku berjalan menghampirinya. Mata memandang Niel yang tunduk memerhati setiap langkahku.
Dia buat isyarat kepala agar aku duduk di bangku. Dia pula hanya berdiri walau muat sahaja jika dia ingin duduk. Bangku ini mampu memuatkan tiga orang sebenarnya. Tapi, pastinya dia ingin menjaga jarak antara kami.
Liya.
Iz.
Serentak aku dan Niel memanggil. Kami samasama tergelak kecil. Kenapa dengan kami ini Sepatutnya ada isu besar dan serius yang harus dibincangkan. Bukan sibuk asyik senyum dan ketawa.
Liya cakaplah dulu, pinta Niel. Aku tak mahu jadi klise berebut suruh orang lain yang bercakap, jadi aku terus membuka mulut.
Kenapa off telefon Kenapa awak nak jumpa saya hari ni Terus kutembak soalan padanya.
Telefon saya ada masalah sikit. Saya betul-betul minta maaf buat Liya tertunggu-tunggu. Tak ada niat sikit pun nak susahkan hati Liya. Dan saya jumpa Liya hari ni sebab saya yakin Liya ada perkara penting yang nak cakap. Kalau tak, Liya tak akan telefon saya banyak kali. Penjelasan Niel mengundang rasa bersalahku. Namun, aku tidak mahu mengulas isu itu lebih lanjut.
Kenapa Mulutku terkunci tiba-tiba. Wajah Niel kupandang dahulu. Haruskah aku berterus-terang sekarang atau tunggu dahulu.
Niel membalas pandanganku dengan mata bundar yang diredupkan. Seakan sabar menanti ayatku yang seterusnya. Baru sahaja aku hendak buka mulut, tibatiba kedengaran jeritan asing.
Kak!!!!!
Aku dan Niel sama-sama menoleh dan sebiji bola sedang melayang laju tepat ke arahku. Namun belum sempat ia menyentuh wajahku, Niel terus menghalang. Kedengaran agak kuat bola itu menghentam belakangnya. Sempat aku melihat kerutan di wajahnya, namun tidak sampai sesaat kerana dia cepat sahaja buat muka selamba.
Sorry, bang. Kami tak sengaja tersepak ke tepi. Seorang budak lelaki muncul dengan muka bersalah.
Tak apa. Niel memberi senyuman nipis. Adik itu mengambil bolanya dan terus berlalu pergi.
Iz, sakitkan Jangan tipu saya. Aku terus bangun. Wajah kudongakkan sedikit dan hanya gelengan yang Niel berikan. Aku berganjak ke belakangnya. Tapi, dia berpusing untuk melihatku semula.
Sakit, kan Tak payahlah nak jadi hero untuk saya dah. Kenapa Iz buat semua ni Kenapa Iz nak berkorban untuk saya Kenapa Iz Saya tak sanggup nak biar Iz terus berkorban macam ni. Mulutku bak bertih jagung melontarkan setiap apa yang kupendam. Dalam tak sedar juga suaraku ditinggikan.
Liya, itu bola aje pun. Liya janganlah risau sampai macam ni sekali. Niel ketawa kecil sambil menggeleng.
Macam mana pula dengan duit yang Dira minta tu Bukan berkorban ke namanya tu Iz sikit pun tak bagitahu saya. Kenapa nak berahsia dengan saya Saya tak suka orang jadikan saya medium untuk ambil kesempatan atas kesenangan yang Iz miliki. Senafas aku luahkan semuanya. Mata Niel yang bundar sedikit bulat mendengar pengakuanku. Tidak berkelip dia memandangku. Aku ketap bibir sebelum membalas.
Mana Ferrari Spontan soalanku. Mataku melilau ke kiri dan kanan namun tidak nampak bayang si Lada Merah itu.
Saya tak bawa, jawab Niel dengan wajah yang ditundukkan.
Saya tanya mana Aku gunakan suara dalam.
Dekat rumah. Niel cuba memandang mukaku. Namun dari sebalik matanya aku tahu dia sembunyikan sesuatu.
Jangan tipu saya boleh tak Tangan kugenggam dan kuangkat separas dada.
Liya panggil Niel dengan lembut.
Susah sangat ke nak berterus-terang dengan saya Siapa saya dengan awak yang sebenarnya Nada geramku jadi lembut pula. Selagi aku belum dapat jawapanku, aku tidak akan mengalah.
Kita tutup cerita pasal ni. Niel juga tidak mahu kalah.
Saya tak akan berganjak dari sini selagi awak belum jelaskan hal yang sebenarnya. Aku nekad kali ini. Apa nak jadi, jadilah. Niel menghela nafas yang agak panjang.
Liya, orang dah pandang kita. Jangan macam ni, pujuk Niel.
Atau awak nak saya jerit dulu baru awak nak berterus-terang Aku ugut Niel lagi. Dia pejamkan matanya beberapa saat.
Sebelum tu saya nak tahu siapa yang bagitahu awak tentang ni Akhirnya dia mengalah denganku.
Nelly. Berapa yang awak dah bagi pada Dira Awak jual Ferrari ke Aku terus gelojoh dengan soalan.
Niel tidak terus menjawab sebaliknya melangkah ke kanan. Pandangannya dilempar pada pokok mempelam di tepi padang. Aku berjalan dan berhenti setengah meter di belakangnya.
Saya tahu awak sayang sangat kereta tu. Tak perlu sampai nak korbankan apa yang awak sayang untuk saya. Aku terus buat kesimpulan sendiri. Kali ini aku yakin aku tidak akan tersilap meneka seperti sebelum-sebelum ini.
Memang saya sayang Ferrari. Terlalu banyak kenangan dengan si Lada Merah tu. Kenangan dengan Liya. Ferrari boleh dibeli lagi, tapi maruah Liya tak boleh dibeli sebab tak ternilai harganya. Biar Ferrari yang tergadai, jangan maruah Liya. Perlahan tetapi cukup untuk membuatkan jantungku bergetar.
Tangan kugenggam kemas dan mata kupejam rapat. Terasa air mata mula bergenang. Tolonglah jangan menangis sekarang. Aku cuba pujuk diri sendiri.
Liya adalah salah satu bintang yang menerangi dunia gelap saya. Kehadiran Liya dalam hidup saya antara anugerah terindah dari Allah. Saya tak sanggup tengok Liya terluka disebabkan oleh kesilapan saya. Saya perlu bertanggungjawab untuk apa yang berlaku, sambung Niel dan aku perlahan-lahan membuka mata.
Saat mata terbuka, Niel sudah menghadapku.
Aku tarik nafas panjang.
Tapi, saya tak mahu Iz berkorban sampai macam ni sekali. Saya... sa Ayatku tergantung.
Kalau Liya betul-betul sayangkan saya, biarlah saya selesaikan apa yang perempuan tu minta. Jangan halang saya. Niel faham benar apa yang ingin aku sampaikan.
Lidahku terus kelu. Jantungku sedang berdegup kencang di dalam. Perasaanku jadi tak tentu hala. Lama kami terdiam hinggalah perlahan-lahan aku buka mulut semula.
Mungkin Allah beri ujian ni pada kita sebagai petanda yang kita perlukan lebih banyak waktu untuk bersedia. Kita tak boleh tergopah-gapah menjalin hubungan. Banyak mata yang memandang, menanti saat untuk mencuri peluang yang ada. Sifat tamak yang tak akan pernah lari dari manusia yang tak punya akal yang waras. Saya tak mampu teruskan semua ni. Saya takut akan ada ramai lagi yang ambil kesempatan pada Iz dengan mempergunakan saya. Biarlah saya jauh dari Iz dan Iz jauh dari saya. Bila tiba masa yang terbaik, andai jodoh tertulis untuk kita semuanya akan dimudahkan. Aku cuba susun ayat sebaik mungkin. Mata langsung tidak berani memandang Niel. Aku tidak mahu melihat wajah kecewanya.
Tidak pernah terlintas untuk aku lari dari Niel. Bagusnya, Aliya Shaqina! Selepas Niel bersusah-payah gadaikan Ferrari untuk maruahku, aku lari begitu sahaja. Sikap apa ini Argh, aku bukannya lari untuk kepentingan sendiri. Tetapi, demi Niel juga.
Lepas dia dah dapat duit tu, saya akan pergi jauh dari Liya. Saya tak mahu jadi penyebab Liya terluka. Pendek sahaja balasan Niel tapi tetap mampu membelah jiwaku.
Tak. Bukan macam tu maksud saya. Saya tak mahu Iz terluka. Terus berkorban untuk saya. Tolong jangan salah faham dengan saya, luahku dengan tergesa-gesa. Perlahan-lahan aku memandang Niel semula.
Jangan risau Liya. Saya faham sangat niat Liya. Saya tahu semua ni payah untuk kita. Sejak dari awal lagi saya dah jangka banyak yang akan jadi penghalang kita. Saya reda. Jelas nada kecewa dari sebalik suara Niel. Aku tunduk semula. Tanpa kusedari, permata jernih mula bertakung. Cepat-cepat kuseka dengan jari telunjuk.
Liya baliklah dulu. Berehat dan tenangkan fikiran.
Saya hantar Liya. Ada getaran dalam suara Niel. Dia juga ingin menangis
Sebelum tu, boleh saya minta sesuatu dari Iz Kugagahkan diri untuk menyoal. Wajahnya kupandang lagi. Mata bundarnya cukup redup dan dengan lemah dia mengangguk. Iz buat yang terbaik untuk semester akhir ni. Jawab exam elok-elok nanti. Dapatkan pointer tertinggi boleh Andai ada peluang, saya nak sangat tengok kejayaan Iz. Dengan wajah yang suram, kucuba pamer senyuman nipis.
Insya-Allah. Saya akan sentiasa ingat permintaan Liya tu. Liya pun jaga diri baik-baik.
Saya bukan nak lari jauh dari Iz. Saya berhutang banyak dengan Iz, sambungku dengan suara yang mula bergetar.
Jangan panggil itu hutang. Niel cepat menghalang.
Awak tak perlu hantar saya. Selamat tinggal. Hanya itu yang mampu kuucap. Tidak sanggup rasanya untuk berlama lagi di sini.
Perlahan-lahan aku melangkah. Saat kakiku mula menapak di atas jalan bertar, tangisan terus terhambur. Bahuku terhingut dengan wajah yang ditundukkan. Aku mahu cepat sampai ke rumah. Ingin menangis sepuasnya di dalam bilik. Kak Zila dan Miza tiada di rumah jadi tiada siapa yang akan tahu. Biarlah aku pendam semua ini sendirian.
TANGANKU sibuk membelek jenama pelembut fabrik. Baunya sempat kuhidu dan apabila sudah dapat yang berkenan di hati, terus kumasukkan ke dalam bakul. Kemudian aku berpindah ke rak pewangi kereta. Baru sahaja tangan hendak mencapai salah satu jenama pewangi, Galaxy A berbunyi riang.
Keningku berkerut saat melihat nombor yang tidak dikenali. Namun aku angkat juga.
Hello, Assalamualaikum. Salam kuberi.
Hi, its me, Nelly. Terkejut aku saat tahu siapa pemanggil.
Ya, kenapa Nelly. Suaraku tetap lembut. Pelik juga kerana baru 2 minggu sejak pertemuan kami dulu.
You tak tahu cerita ke Soalan Nelly mengundang kerutan di dahiku.
Cerita apa ni Soalku sambil kembali melangkah. Sudah tiada mood untuk memilih pewangi.
Dira kemalangan. Sekarang dekat ICU. Niel tak bagitahu you Terus langkahku terhenti.
Bila Walau masih marah dengan tindakan Dira, tapi perikemanusiaan tetap menang.
Semalam. I bagitahu you sebab mungkin you boleh datang melawat dia. I takut dia pergi tanpa kemaafan orang-orang yang dia sakitkan. Walau apa pun dia tetap kawan I. Nelly kedengaran jujur.
Aku terdiam beberapa saat sebelum membalas, Okey, Nelly. Insya-Allah akak cuba datang.
You, tolong ya... Suara Nelly kedengaran cukup mengharap.
Perbualan kami tamat tidak lama kemudian. Walau masih banyak barang ingin dibeli, namun niatku terbantut serta-merta. Cepat-cepat aku membayar beberapa barang yang ada di dalam bakul. Sepanjang perjalanan, mindaku ligat berputar. Dalam waktu yang sama aku turut mendoakan agar Dira diberi kesembuhan. Agar dia berpeluang menebus kesilapan lampaunya.
Fikiranku tidak lari juga dari memikirkan Niel. Adakah dia akan menghubungi aku dalam tempoh terdekat ini atau akan terus senyap atas permintaan yang pernah kubuat dahulu
Walau hatiku berbelah bahagi, keesokan harinya aku tetap melawat Dira. Hanya ada keluarga yang menemaninya. Aku kenalkan diri sebagai kawan Dira. Mereka agak terkejut dengan kehadiranku. Mungkin kerana penampilanku yang nyata berbeza dengan Dira.
Dira, moga cepat sedar. Akak tahu Dira sedang berehat dalam tidur yang panjang. Dira mampu dengar apa yang akak cakap. Jika diizinkan Allah, Dira dipinjamkan lagi nyawa lepas ni janji dengan akak yang Dira akan berubah. Kita punya pilihan jadi pilihlah sesuatu yang mampu buatkan hati kita jadi tenang. Luahanku tulus dari hati. Tidak sedar sahaja permata jernih mula bergenang di bibir mata.
Hanya kami berdua di sini. Keluarga Dira izinkan aku untuk berbual lebih privasi dengannya.
Akak maafkan Dira. Kembalilah ke jalan yang benar, dik. Tangan Dira kugenggam lembut. Bibir kuketap.
Ya Allah, walau seteruk mana pun marahku padanya entah kenapa marah itu bagai sedang mencair.
Hampir lima belas minit aku dengan Dira. Keluarganya sangat berterima kasih atas kedatanganku. Ibunya memeluk aku cukup erat sambil menangis. Kata mereka sejak Dira terlantar koma, hanya dua orang rakan yang sudi melawatnya. Seorang lagi pastinya Nelly. Aku sempat hulurkan beberapa keping not sepuluh ringgit kepada tiga orang adik Dira yang masih kecil. Jelas wajah gembira mereka.
Selang dua hari selepas melawat Dira di hospital, aku sudah tidak mampu menahan egoku. Hatiku jadi serba tak kena bila Niel terus diam. Aku pilih untuk menghantar WhatsApp sahaja.
Aliya Shaqina:
Assalamualaikum. Iz sihat
Hampir dua jam kemudian masih belum ada bluetick. Samada benar Niel belum melihatnya atau dia hide bluetick. Aku tidak mahu tergopah-gopah seperti sebelum ini jadi aku tunggu dengan sabar.
Penantianku bukan sia-sia apabila Niel balas WhatsApp pada malamnya.
Daniel Izdihar:
Waalaikumussalam. Saya, alhamdulillah sihat. Saya harap Liya okey aje. Bila Liya mulakan WhatsApp mesti ada sesuatu yang penting, kan
Aliya Shaqina:
Saya okey aje. Tentang Dira
Aku sebenarnya tidak tahu ayat yang paling sesuai untuk ditulis. Jadi aku biarkan ia tergantung. Tapi, rasanya Niel akan faham maksudku.
Daniel Izdihar:
Tekaan saya, Nelly yang bagitahu Liya tentang kemalangan tu Dan saya yakin Liya dah pergi melawat dia dekat hospital. Saya kenal Liya macam mana.
Aliya Shaqina:
Iz memang faham saya. Saya doa sangat-sangat moga Dira akan berubah bila dia kembali sedar.
Daniel Izdihar:
Insya-Allah. Kita doakan untuk dia.
Aliya Shaqina:
Kita jumpa boleh ke
Daniel Izdihar:
Biarlah kita tak jumpa dalam masa terdekat ni. Bila dah tiba masa yang sesuai, saya akan cari Liya.
Terkedu aku saat itu yang dibalas Niel. Pertama kali dalam sejarah permintaanku untuk bertemu dengan Niel ditolak begitu sahaja. Masih kecewa sangat dia denganku nampaknya. Tanganku jadi kaku untuk menaip WhatsApp yang lain. Aku biarkan ia tergantung.
Niel juga terus diam. Entah berapa lama kami akan begini. Untuk kesekian kalinya aku reda.
TERSENYUM lebar aku saat wajah Mak Cik Ruqayyah terpacul di muka pintu. Terus tangannya kusambut dan kukucup. Kemudian Mak Cik Ruqayyah memelukku sambil mengusap belakangku.
Dah dekat 3 bulan tak jumpa Aliya. Kenapa makin susut ni, sayang Sempat Mak Cik Ruqayyah menyoal.
Sengaja diet, balasku sambil tergelak kecil. Pelukan kulerai.
Inayah dan babies dah sampai Suaraku riang menyoal. Tanpa segan-silu kepala kujengukkan ke dalam rumah.
Dah sayang. Jom masuk. Mak Cik Ruqayyah menarik lenganku.
Wah, baru masuk selangkah terus terbau tomyam mak cik. Aku tersengih lebar.
Berapa kali ummi nak cakap. Mak Cik Ruqayyah merenungku dalam.
Oh, sorry. Terbau tomyam ummi Aku betulkan semula panggilanku. Sudah beberapa kali Mak Cik Ruqayyah meminta aku panggilnya ummi sahaja, tetapi mulutku yang sering tersasul.
Hai rajinnya babies tolong mama, tegurku dengan suara riang. Inayah ketawa kecil. Perut Inayah kuusap perlahan. Walau usia kandungannya baru hendak mencecah lima bulan, tapi perutnya sudah nampak besar. Maklumlah anak kembar. Rezeki dia dan Saifullah, kelahiran sulung terus dapat pakej dua dengan izin Allah.
Mak cik dengan Pak Su kena makan banyak hari ni. Penat babies tolong Tok Wan dengan mama. Inayah mengusap bahuku. Aku pula dari tersenyum kini berkerut dahi. Mak Cik Ruqayyah tak maklumkan aku pula yang Irfan ada di Malaysia sekarang.
Aliya Shaqina. Sapaan itu automatik menyentak jantungku.
Mataku tidak berkelip. Waktu bagai terhenti. Aku tidak berani berpaling kerana aku takut apa yang kudengar hanyalah mimpi.
Pak Su jom makan. Inayah mengajak.
Aku telan air liur. Pak Su berjalan ke salah sebuah kerusi. Aku dapat melihat langkahnya. Takut untuk berharap itu Daniel Izdihar. Bimbang kecewa.
Aliya, jom duduk sayang. Mak Cik Ruqayyah menyedarkan aku kembali. Aku pamer senyuman nipis sambil mengangguk. Kerusi kutarik dan wajah kuhala ke hadapan.
Daniel Izdihar Mulutku tanpa sengaja tersebut nama itu. Memang benar aku tidak bermimpi. Pak Su bukannya Irfan tetapi Daniel Izdihar.
Liya apa khabar Selamba Niel menyoal sambil tersenyum manis.
Oh, tolonglah. Dia tak ada perasaan agaknya. Jantungku sedang marathon di dalam, dia pula bahagia tersenyum. Selepas lima bulan, baru khabarku ditanya. Sihat. Aku balas acuh tak acuh.
Fitri bacakan doa, pinta Mak Cik Ruqayyah. Kami semua menadah tangan.
Niel memulakan doa. Bukan doa makan biasa yang pendek tetapi ditambah dengan doa tambahan lain. Jantungku yang bermarathon tadi jadi tenang sedikit.
Makan tengahari ini kurasakan terlalu janggal. Terpaksa makan berdepan dengan seseorang yang terlalu penting dalam urusan jantung hatiku. Yang sudah lima bulan menyepi. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba muncul di depanku. Memang tidaklah aku akan rasa bahagia gembira bertemu dengannya. Terasa bersalah pula dengan Mak Cik Ruqayyah dan Inayah kerana aku banyak mendiamkan diri di meja makan.
Selesai makan, kami solat Zuhur berjemaah. Impianku tercapai kali ini kerana dia yang kuharapkan sudah mampu menjadi imam muda. Namun, rasa gembira itu masih terkabur dek rasa geram yang memuncak.
Usai solat Zuhur, kami berbual di ruang tamu. Mak Cik Ruqayyah sempat menghidangkan kuih buah Melaka hasil air tangannya. Hinggalah ke satu waktu, Inayah meminta diri untuk menjawab panggilan
Saifullah.
Ummi nak ke dapur sekejap. Kamu berdua berbuallah. Mak Cik Ruqayyah tiba-tiba bangun.
Lidahku kelu sambil melihatnya hilang di sebalik pintu dapur. Aku dapat rasakan Mak Cik Ruqayyah sengaja ingin memberi ruang pada aku dan Niel berbicara.
Untuk mengurangkan rasa yang sedang berjoget di dalam, aku capai sebiji kuih buah Melaka. Kugigit sedikit dan kunyah seperlahan mungkin.
Maaf sebab saya muncul tiba-tiba. Jujurnya, saya yang minta ummi jemput Liya datang hari ni. Penjelasan Niel hampir membuatku tercekik. Mujur hanya sedikit kuih di dalam mulut.
Saya pernah cakap, bila tiba masa yang sesuai saya akan cari Liya, kan. Kata-kata Niel kubalas dengan anggukkan lemah. Saya dah tunaikan permintaan Liya untuk dapat pointer tertinggi, sambung Niel dan sertamerta aku mendongak.
Alhamdulillah. Senyuman akhirnya mampu kupamer.
Insya-Allah saya akan terus sambung degree untuk sesi kemasukan yang akan datang ni. Berita gembira kedua dari Niel mengundang senyuman yang makin lebar di wajahku.
Alhamdulillah. Dekat mana Suaraku penuh teruja.
England. Senyumanku serta-merta mati. Wajah kutundukkan semula. Kami diam hampir seminit.
Kenapa jauh sangat Suaraku kembali dilontar.
Untuk jadikan saya lebih bertanggungjawab, matang dan berdikari. Saya minta maaf sebab lambat bagitahu Liya.
Tak apa, saya faham. Mulut sahaja kata begitu, tetapi dalam hati sedang kecewa teramat dengan Niel.
Tidak penting sangatkah aku sampai perkara yang cukup mustahak itu dirahsiakan dariku Tidak sabar sangat hendak pergi jauh dariku agaknya. Bibirku bergetar dan untuk mengelakkan Niel nampak wajah kecewaku, kuih buah Melaka kusumbat habis ke dalam mulut.
Mana pergi rancangan kita nak bertunang lepas awak habis Diploma Nikah lepas habis degree Mana! Jeritku dalam hati.
Saya tak nak kita ikat tali pertunangan sebab saya takut saya akan buat Liya lebih kecewa. Saya akan sambung selama dua tahun setengah dan dalam tempoh tu macam-macam boleh berlaku. Saya tak nak Liya makin terluka. Tentang keluarga Liya, Liya jangan risau. Saya akan jelaskan semuanya dalam masa terdekat ni. Niel seakan tahu apa yang terbuku di hatiku.
Aku telan air liur mendengar bicara tenang Niel.
Kalau Liya jumpa orang lain sebelum saya tamat pengajian atau pun perasaan Liya pada saya dah makin pudar, saya reda. Pilihlah orang lain yang jauh lebih layak untuk Liya. Saya tak mahu Liya rasa terikat dengan saya.
Senang-senang sahaja Niel buat percaturan untukku. Ingat hati aku macam kapal layar di lautan, mudah berbolak-balik.
Abah Liya pun memang dah lama teringin nak timang cucu. Masa saya berbual dengan abah hari tu, dia ada cakap yang dia nak main puas-puas dengan cucu andai ada kesempatan. Itu impian abah. Katakata Niel makin menyesakkan dadaku.
Tangan kugenggam kemas. Jantung hati makin sebak dan tanpa sempat kutahan, sebutir permata jernih gugur ke pipi. Cepat-cepat tanganku mengelapnya dengan kasar.
Aku kena matang dan tabah. Jangan tunjuk macam desperate sangat mahukan Daniel Izdihar. Aku kena jaga egoku, bisikku lagi dalam hati. Perlahan-lahan aku mendongak sambil senyum paksa.
Iz janji dengan saya yang Iz akan belajar rajinrajin. Bawa pulang segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Jaga kesihatan dekat sana. Sama macam nasihat Iz, kalau jumpa mana-mana perempuan yang baik dan jatuh cinta dengan dia pilih ajelah dia. Saya tak kisah. Sehabis daya aku cuba berlakon tenang. Suasana sepi semula.
Lagi satu perkara penting saya nak bagitahu Liya.
Niel pecahkan banteng sunyi kami. Kujongket kening sedikit sebagai isyarat.
Dira dah pulangkan semua duit yang dia ambil. Baru semalam. Jadi, saya tak mahu Liya terus rasa susah hati tentang duit tu. Terkejut aku mendengar berita ini.
Alhamdulillah. Doa kita supaya Dira berubah termakbul. Saya tak jumpa dia lagi lepas dia sedar dari koma. Hebatnya aku, boleh selamba berbicara soal orang lain. Sedangkan hal aku dan Niel sedang hangat dibicarakan. Tapi, jujurnya hatiku merasa sangat lega dan bersyukur. Ibarat satu beban maha berat berjaya dialihkan dari atas kepalaku.
Sebelum saya terbang, boleh saya minta sesuatu dari Liya Niel laju alihkan topik. Aku hanya balas dengan anggukkan perlahan.
Saya nak makan puding jagung Liya. Minggu depan flight saya. Nanti saya tunggu Liya di airport boleh Permintaan Niel bagiku terlalu tulus.
Anggukan setujuku diiringi permata jernih yang gagal dibendung lagi. Permata jernih yang menjadi simbolik kepada perpisahan yang bakal tercetus antara kami.
HIRISAN puding jagung kususun cantik-cantik di dalam bekas plastik. Senyuman menemaniku.
Dalam hati mengira waktu untuk bertemu dengan Niel sebentar lagi. Perpisahan kami yang sudah mula kuterima dengan hati terbuka. Aku harus percaya pada ketentuan jodoh. Andai sudah tertulis jodoh, tidak akan kemana pastinya.
Tugasku terbantut saat Galaxy A menyanyi riang. Mama menelefon. Mungkin juga untuk bertanya tentang Niel. Seluruh ahli keluargaku sudah diberitahu tentang penerbangan Niel pagi ini. Seperti yang Niel katakan padaku, semuanya dia yang jelaskan. Bukan melalui telefon tapi minggu lepas dia terbang ke Kelantan terus untuk bertemu dengan mama dan abah. Syukur, mama dan abah mengerti. Cuma aku kasihankan abah yang terpaksa juga bersetuju. Kata abah, dia akan cuba bersabar menanti calon menantunya pulang.
Assalamualaikum mama, sapaku dengan ceria. Sebelah tangan cuba menutup bekas plastik.
Waalaikumussa lam kakak. Suara mama bergetar dan tersekat. Aku terus kaget.
Mama, kenapa ni Kenapa macam tengah menangis Mama okey tak ni Mama Tergesa-gesa aku menyoal. Jantungku mula marathon tak tentu hala.
Abah kakak, sambung mama dalam kepayahan. Jantungku kini bagai direntap.
Ma ke napa dengan a bah Suaraku pula yang terketar.
Abah kemalangan. Kenyataan mama disusuli dengan bekas puding jagung yang jatuh terhempas ke lantai. Dadaku berombak kencang. Mata mula digenangi permata jernih.
Ya Allah, selamatkan abahku. Hanya itu doa yang mampu kupanjat tika ini.
Aku diduga lagi.