TORA DATANG LAGI - 43
Sejenis permainan yang menggunakan gelang getah yang dipintal menjadi satu tali getah yang panjang. Jumlah pemain adalah tidak terhad.

Dengan melakukan undian, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengambil bahagian melompat manakala satu kumpulan lagi perlu memegang tali getah. Tali getah akan dipegang melintang lurus oleh dua orang pemain. Peringkat pertama tali getah diletakkan searas dengan tapak kaki sehinggalah ke peringkat seterusnya iaitu betis, lutut, peha, pinggang, dada, bahu, telinga dan yang terakhir sekali adalah kepala.

Setiap pemain perlu melompat melepasi tali getah seorang demi seorang tanpa tersangkut. Untuk setiap pusingan, hanya seorang pemain diperlukan untuk menyelesaikan kesemua peringkat lompatan. Walau bagaimanapun, kesemua pemain harus mengambil bahagian dalam melompat. Pemain yang tidak berjaya melompat melepasi tali getah akan dikira mati. Pemain ini akan hidup kembali jika salah seorang pemain dari kumpulannya berjaya melepasi kesemua peringkat dan mengumpul mata.

Pemain yang berjaya melepasi kesemua peringkat akan pergi ke peringkat mengumpul mata. Tali getah yang dipegang melintang tadi akan dipusing dan pemain tadi perlu melompat di tengah-tengah pusingan tali getah tanpa kakinya tersangkut pada tali getah.

Permainan ini kurang diminati oleh lelaki kerana kelihatan sangat kehawaan dan nampak gedik.