Satu hari, aku terlalu inginkan McChicken, tetapi Akmal Nazam terlalu sibuk dengan kerja-kerja menggubah bunga. Oleh kerana tak mahu menganggunya, aku pergi ke McD sendirian, mengayuh basikal Chopper. Dalam perjalanan, tanpa diduga, aku terserempak dengan Rita, seekor anjing poodle a.k.a makwe yang aku angaukan gils babs a.k.a crush aku. Di depan Rita, aku kaku, memandang salah satu keajaiban dunia yang telah Tuhan ciptakan. Rita sangat comel seperti err... anjing poodle.
Aku senyum pada Rita, dia membalas senyuman. Bau Rita sangat wangi ketika aku melintasinya untuk meneruskan perjalanan ke outlet McD. Aku gila bayang terhadap Rita, sungguh gila-gila. Aku beritahu Rita yang aku mahu ke McD untuk membeli McChicken dan memberitahunya yang aku akan belikan Apple Pie kegemarannya juga. Rita menjeling tersenyum manja. Indahnya dunia.
Selesai membeli, aku berjalan pantas untuk mendapatkan Rita. Aku terlupa yang jika aku mengayuh basikal Chopper tu, aku akan sampai lebih awal. Tapi aku tak mahu berpatah balik kerana dah hampir sangat dengan tempat di mana aku bertemu Rita mula-mula tadi. Jadi aku terus berjalan sehinggalah sampai di sebuah lorong.
Di lorong tu, aku nampak Mubin, seekor bulldog; bermuka buruk, gemuk dan pendek. Buruk sangat buruk. Hati aku berkecai dan ranap di situ apabila melihat muka buruk tersebut dengan air liur menitis dari lidah yang sedang terjelir-jelir sedang doggy Rita dengan rakusnya. Tepat di arsehole. Dan Rita dari riak mukanya sedang enjoying the moment.