Gelaran ibarat sebuah nyawa dalam hidup, seolah-olah tanpa gelaran seseorang takkan boleh hidup. Namun, mengapa mereka yang mengubah kehidupan dunia lebih banyak yang tidak bergelar
Gelaran oh gelaran ... semuanya diukur dengan gelaran.
Bahkan dalam semua aspek kehidupan, prestasi, kemampuan, isi kepala, tidak lagi menjadi penting. Jauh lebih penting memiliki gelaran dan jumlah gelaran. Gelaran, oh gelaran ... Tiada Tuhan selain gelaran. Bahkan untuk mencari pasangan hidup pun di negeri ini, gelaran menjadi salah satu syarat penting.
Ya ... isi kepala dan nilai kemuliaan manusia hanya diukur sebatas gelaran.
Anda tidak boleh masuk ke sini jika tidak bergelar anu atau anda boleh mengikut ini sekiranya ada gelaran anu. Anda tidak boleh menjadi itu jika tidak memiliki gelaran setinggi ini, begitulah isi sebuah peraturan permainan di negeri 1001 gelaran.
Sehebat apa pun prestasi anda dan sebesar apa pun jasa anda, anda takkan pernah naik status jika anda tidak mahu menambah jumlah gelaran yang anda miliki saat ini.
Begitulah batasan-batasan yang telah dibuat di negeri 1001 gelaran.
Gelaran... oh gelaran .... Ya, gelaran-gelaran yang telah membuatkan orang yang memilikinya menjadi sombong, merendah-rendahkan orang yang tidak memilikinya, dan yang telah membuatkan ibu bapa begitu khuatir akan anak-anaknya. Hingga berduyun-duyunlah orang berebut gelaran. Ya, kerana segalanya diukur berdasarkan gelaran.
Oleh kerana itu, ketepilah segera wahai pemikir-pemikir hebat dan orang-orang berprestasi di negeri ini jika anda tak bergelar.
Bahkan yang tidak kurang hebatnya adalah untuk menjalankan perintah Tuhan Yang Maha Agung sekalipun, mereka masih belum rela rasanya jika tidak menambahkan gelaran setelah melaksanakannya.
Sungguh luar biasa. Tiada Tuhan selain gelaran. Itulah semboyan yang paling terkenal di negeri 1001 gelaran.
Untunglah dunia sukan sejak dahulu tidak pernah terikut-ikut untuk mendewakan gelaran.
Anda atau siapa pun tanpa terkecuali boleh ikut mengambil bahagian dan menunjuk kuasa di dunia ini. Tidak peduli apa pun gelaran anda, hanya prestasilah taruhannya. Siapa yang tidak unggul dia akan segera diminta berundur, tidak seperti di negeri 1001 gelaran.
Dunia sukan adalah dunia prestasi yang dari waktu ke waktu tidak pernah ada kemunduran. Catatannya selalu bergerak maju. Anda dinilai berdasarkan kemampuan, bukan berdasarkan berapa tingginya gelaran anda atau berapa banyaknya gelaran yang mengiringi nama anda.
Begitulah kehidupan di negeri 1001 gelaran. Negeri ini semakin hari semakin rosak. Negara harus menanggung beban yang demikian berat terhadap orang-orang yang tidak berprestasi, tetapi memiliki gelaran yang berbaris bermula dari depan hingga di belakang namanya.
Bahkan, yang jauh lebih memprihatinkan lagi ternyata bahawa sebahagian besar masyarakat di negeri 1001 gelaran sudah mulai lupa apa erti Kemampuan Unggul, apa erti Prestasi, dan dari hasil penemuan terakhir diketahui bahawa di dalam kamus besar bahasa, di negeri 1001 gelaran, juga sudah tidak memuat lagi katakata, seperti Prestasi, Kemampuan, Kinerja, Keahlian, dan serupa dengannya, melainkan telah diganti dengan rangkaian daftar panjang gelar-gelar yang sebahagiannya telah diubah menjadi gelaran-gelaran baru yang semakin rumit dan membingungkan.
Begitulah Kisah di Negeri 1001 gelaran, sebuah negeri yang pada akhirnya selalu diliputi oleh 1001 masalah dan 1001 bencana yang terus datang silih berganti.
Sungguh menakutkan akhir sebuah cerita dari sebuah negeri yang menganut fahaman tiada Tuhan selain gelaran.
Ah ... seandainya sahaja kita mahu belajar dari negeri 1001 gelaran ini, mungkin kita boleh lebih cepat sedar dan bertaubat.
Sungguh luar biasa. Tiada Tuhan selain gelaran. Itulah semboyan yang paling terkenal di negeri 1001 gelaran.