Tika Cinta Berbisik - 44
Bab 43

KES ini dah selesai. Saya ucapkan terima kasih pada tuan dan orang-orang tuan atas kecekapan menangani kes ini, ucap Khairul penuh seman-gat. Dia gembira kerana Karmila berjaya ditang-kap. Namun kegembiraan itu belum mampu memadamkan riak duka di wajahnya.

Sabar, Encik Khairul. Negara kita ada un-dang-undang. Mereka yang bersalah tetap akan dihukum. Moga hukuman ini dapat menjadi pen-gajaran kepada mereka. Inspektor Hassan turut memahami perasaan Khairul.

Saya harap dia berubah dan kembali pada kami semula. Khairul memeluk Linda. Air ma-tanya tidak mampu ditahan.

Perbicaraan kes Khairul telah diputuskan. Fakrul bersalah kerana menjadi dalang dalam cubaan membunuh Khairul dan menculik Linda. Rupa-rupanya, Karmila merupakan rakan subahat Fakrul. Dia diupah untuk membantu menjayakan rancangan Fakrul. Manakala Azura pula ditahan kerana mengedar dadah.

Cahaya akan bersinar semula, bisik Nurul pada Khairul.

ANIS, dah siap belum Nurul mendapatkan Anis di biliknya.

Sudah, kak.

Hai, banyaknya barang. Sayang, kita ni nak pergi cuma dua hari saja. Bukan sebulan, perli Nurul.

Ish akak ni, manalah tahu ada keperluannya nanti. Pakaian akak, Anis dah susun dalam beg sekali.

Nurul hanya menggeleng melihat telatah adiknya. Manakan tidak, dua beg besar dah tersedia di hadapan pintu. Ini baru cuti dua hari. Kalau sebulan agaknya kena naik keretapilah jawabnya.

Khairul, barang awak mana

Ni, dia menunjukkan beg sandang di bahunya.

Berapa pasang baju awak bawa

Adalah tiga pasang. Kain pelekat satu, seluar satu. Cukuplah, jawabnya.

Pening kepala Nurul. Seorang ni cukup-cukup sederhana tapi seorang lagi ni terlebih pula. Sayangnya Zafirah tidak ikut bersama. Linda awal-awal lagi sudah menculik anak kecil itu untuk menemaninya sepeninggalan mereka bertiga. Linda turut diajak, tetapi gadis itu hanya ingin berehat di rumah sahaja.

Okey, jom! ajak Khairul.

Nurul duduk di hadapan manakala Anis di bahagian belakang. Sepanjang perjalanan, adakalanya mata Nurul terlihat ke arah cermin tepi kereta. Anis mengenyitkan matanya dan memuncungkan bibirnya menghala ke arah Khairul.

Jangan bawa laju-laju. Kaki awak tu baru baik. kalau penat, kita berhenti rehat, pesan Nurul.

Okey, saya bawa ni pun tak laju mana.

Tak laju awak cakap. Tengok meter tu, kelajuan awak 100. Turunkan pada 80, cepat.

Allah, kalau bawa 80 bila nak sampai, sayang, usik Khairul. Anis yang mendengar usikan Khairul tersenyum meleret.

Jauh lagi ke, kak

Tak jauh sangat. Lebih kurang sejam lagi.

Penat ke

Ya, sakit badan ni duduk saja dalam kereta. Anis memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Abang Khairul, bukaklah lagu moden sikit. Ni tak, asyik lagu dangdut saja, rungut Anis. Khairul ketawa gelihati.

Alah, lagu sekarang ni jiwang-jiwang. Abang tak mainlah lagu macam tu.

Eh, dangdut lagi jiwang tau. Lebih parah kalau tengok penyanyi perempuan menari. Tengok macam Inul tu. Goyang gerudinya buat isteri-isteri kat rumah tak lena tidur fikirkan suami, protes Anis.

Sudah, sudah. Macam budak-budaklah, marah Nurul. Dia mengeluarkan cd lagu dan membuka siaran radio IKIM.

Tenang dan damai. Anis mengusik Khairul.

Iyalah tu. Khairul tersenyum-senyum malu. Matanya memandang sekilas ke arah Nurul.

Sejam kemudian, kereta yang dipandu oleh Khairul memasuki jalan kampung.

Wah! Cantiknya. Tengok kak, laut tu pasirnya putih bersih. Anis teruja melihat pantai yang cantik itu.

Singgah kejap, kak, gesa Anis.

Eh, tak boleh. Kita dah nak sampai ni. Nak mandi laut tu bila-bila boleh, tegah Nurul.

Daripada kejauhan sudah kelihatan atap rumah milik Tok Ayah. Kelihatan kepulan asap yang keluar dari himpunan sampah sarap yang baru dibakar.

Nurul menolong Khairul mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Anis pula sibuk mencapai buah rambutan yang sedang masak ranum di atas pokok.

Anis, hati-hati banyak kerengga di situ, laung Nurul.

Nurul melangkah ke arah dapur. Pintu dapur dikunci daripada dalam. Namun tingkapnya terbuka.

Mereka ke kebun agaknya. Sekejap lagi baliklah tu. Mari kita duduk kat bangku sana. Nurul berjalan menghampiri Anis yang sedang terlompat-lompat mencapai buah rambutan. Kelihatan di atas meja kecil di situ sebakul rambutan kuning.

TOK AYAH mengesat peluh di dahinya. Nafasnya tercungap-cungap menahan penat. Cuaca petang itu baik dan redup. Tok Ayah dan Mak Limah sedang bekerja di kebun pisang mereka. Banyak buah yang telah tua dan boleh diturunkan. Tok Ayah mengesat peluh yang masuk ke matanya.

Dah tua benar aku ni, keluhnya.

Bang, air ni! laung Mak Limah. Di tangannya sudah tersedia secawan kopi. Tok Ayah meletakkan sabit di celah-celah pokok pisang. Dia duduk di atas tikar yang telah dibentangkan oleh Mak Limah.

Banyak dapat buah pisang, bang

Adalah. Pisang emas dan pisang tanduk. Yang lain masih belum tua sangat. Jantung pisang banyaklah.

Nanti bawa balik jantung pisang sikit, bang. Saya nak rebus, cecah dengan air asam kegemaran abang tu.

Iyalah. Perlahan-lahan Tok Ayah meneguk air kopi. Lepas ni kita baliklah. Esok saja kita sambung.

Eh, tak ke cepat sangat Selalunya abang nak balik lepas asar. Ni masih awal sangat ni. Baru pukul 4.00 petang. Abang tak sihat ke Suara Mak Limah berbaur risau.

Saya sihat. Cuma hati ni macam tak sedap je. Teringat orang jauh agaknya.

Abang teringatkan Nurul, ye soal Mak Limah. Dia juga rindu pada anak angkatnya itu.

Dah lama Nurul tak datang ke mari. Apalah khabar dia agaknya. Sihat ke tidak, keluh Mak Limah.

Dia banyak kerjalah tu. Selalunya kalau tak ada kerja, dia mesti datang jenguk kita, pujuk Tok Ayah.

Mak Limah mengemas bekal yang dibawanya tadi. Namun wajahnya seakan menampakkan kesedihan.

Saya teringin nak masakkan makanan kegemaran dia, bang. Dia suka sangat makan nasi dagang buatan saya. Air mata Mak Limah sudah mula bergenang.

Tak lama lagi, dia datanglah tu. Saya dapat rasakan. Sudahlah, mari kita balik.

Setibanya di halaman rumah, Tok Ayah terkejut melihat sebuah kereta besar berada betul-betul di halaman rumahnya.

Kereta sapa pula ni Hati Tok Ayah tertanya-tanya.

Mak Limah juga hairan. Dia mengerutkan keningnya. Langkah keduanya perlahan kerana berasa cuak melihat kereta itu.

Nampak orangnya

Mak Limah menggeleng.

ANIS terjerit kecil kerana berebut buah rambutan dengan Khairul. Nurul turut tergelak melihat tingkah mereka berdua tanpa menyedari kehadiran Tok Ayah dan Mak Limah.

Assalamualaikum! Sapa Tok Ayah.

Nurul menoleh ke belakang setelah mendengar suara Tok Ayah.

Tok Ayah Mak Limah Nurul memeluk Mak Limah yang sedang mengalirkan air mata.

Mak Limah rindu pada kau, Nurul, tangisnya.

Nurul minta maaf, Mak Limah. Banyak perkara yang Nurul perlu uruskan. Mak Limah jangan sedih. Kan sekarang Nurul dah ada depan mata Mak Limah, usik Nurul. Anis turut memeluk Mak Limah.

Rindunya! Anis terus mencium pipi wanita itu dengan manja.

Khairul mendapatkan Tok Ayah dan menyalaminya. Tok Ayah memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Saya Khairul, kawan Nurul.

Oh, teman lelaki Nurul ke ni soal Tok Ayah. Dia merenung lelaki muda di depannya.

Saya.... Khairul tersenyum malu.

Khairul kawan Nurul, Tok Ayah. Tok Ayah suka mengusik Nurul. Pantang ada yang menarik sikit, perli Nurul, manja.

Marilah masuk. Mak Limah pun belum masak lagi. Nurul dan Anis nak makan apa hari ni, Mak Limah boleh masakkan.

Tak payah susah-susahlah, Mak Limah. Kali ni biar Nurul yang masak. Mak Limah rehat sajalah. Sesekali biarlah Tok Ayah dan Mak Limah duduk goyang kaki saja.

Ish, kamu kan tetamu, bantah Mak Limah.

Tak apalah Mak Limah, orang tengah rajin tu. Biarkanlah, sampuk Khairul. Tok Ayah, saya nak ke pekan kejap. Beli lauk sikit. Tok Ayah nak ikut

Hah, boleh juga.

Errr... Nurul, nak saya beli apa

Hm, ingat nak masak sayur lodeh. Awak belilah ayam, sayur kacang, lobak, kentang, tempe, tauhu....

Kejap-kejap. Eerrr awak tulislah kat kertas eh, saya tunggu kat luar. Khairul berlalu sambil tersenyum. Nurul sekadar merungut di dalam hati.

Nurul, betul ke Khairul tu kawan Nurul Mak Limah mengendeng. Nurul tahu dia mahu mengorek rahsia.

Setakat ni kami memang kawan, jelas Nurul.

Tapi, kemudian hari kita tak tahu, kan

Itu semua ketentuan Allah, Mak Limah. Nurul tak mahu fikir. Nanti yang kita harapkan tak dapat, yang kita tak hendak itulah yang kita dapat.

Memang dah jadi ketentuan tapi kita disuruh ikhtiar. Mak Limah tengok dia baik budaknya, hormat orang tua. Berkenan pula Mak Limah. Tok Ayah kau pun suka. Mak Limah menggiat Nurul.

Abang Khairul memang baik. Akak saja yang jual mahal. Nanti merana kalau Abang Khairul jadi milik orang lain, sampuk Anis.

Ish, tak elok menyampuk cakap orang tua! marah Nurul.

Tapi Abang Khairul memang suka kat akak. Akak saja yang buat-buat tak nampak, balas Anis. Dia tak mahu mengalah. Dia benar-benar mahukan Khairul menjadi abang iparnya.

Berapa umurnya tanya Mak Limah.

Nurul terpempan. Khairul memang nampak matang. Bimbang juga kalau Mak Limah menyangka dia berkawan dengan suami orang.

Dalam 30-an, Mak Limah. Duda anak sorang. Isterinya dah meninggal dunia, terang Nurul.

Oh, pak duda, sahut Mak Limah. Tak apa. Mak Limah tengok dia baik.

Memang baik, Mak Limah. Sesuai dengan

Kak Nurul.

Mereka berdua ketawa manakala Nurul tersipu-sipu malu. Cepat-cepat dihiris bawang dan cili.

Malamnya, mereka makan nasi himpit, rendang ayam dan sayur lodeh. Nurul terlupa mahu menyediakan kuah kacang.

Kuah kacangnya tak ada ke, Nurul tanya Khairul sewaktu sedang makan.

Eerrr terlupalah.

Mana tak terlupa kalau asyik termenung jauh. Orang yang dirindui keluar kejap pun boleh termenung sana termenung sini, usik Anis.

Hah Khairul tersedak.

Nurul mencubit paha Anis. Dia tersengih-sengih dan menyeringai kesakitan.

Kalau betul apa salahnya, sampuk Tok Ayah.

Nurul tertunduk merenung nasi himpit yang masih belum luak. Dia dapat merasakan semua mata memandang ke arahnya.

SEGARNYA udara, bisik Khairul. Dia mendepakan tangan membiarkan angin pagi menyentuh tubuhnya. Tidak pernah dia merasakan suasana sebegini segar dan nyaman. Dia tidak mempunyai kampung. Tempat lahirnya di bandar besar Kuala Lumpur. Bandar yang penuh dengan kesibukan manusia. Setiap kali cuti Hari Raya, kota itulah menjadi saksi sambutan hari raya keluarganya yang tidak seberapa. Keluarga yang gah dengan kekayaan tapi tandus kasih sayang. Belum pernah dia merasai peluk cium daripada seorang ayah dan ibu. Namun dia bersyukur kerana sempat mencium tangan arwah ibunya sebelum dia meninggal dunia.

Abang Khairul!

Satu suara menerjah ke gegendang telinganya. Ingatannya terhadap masa lalu turut menghilang.

Awal bangun. Nak pergi mana ni tanya Khairul bila melihat Anis memakai topi dan membawa tuala.

Nak mandi laut. Jomlah temankan Anis. Kita pergi pantai kat depan tu, ajak Anis.

Ajaklah Kak Nurul. Malu abang kalau orang tengok kita berdua saja.

Alah, Kak Nurul tak nak. Anis dah ajak tadi. Muka Anis masam mencuka.

Cakap pada Kak Nurul, abang ajak dia pergi mandi laut. Dia mesti ikut cakap abang.

Betul ke dia nak

Iya, pergi cakap sana.

Anis berlari ke dapur mendapatkan kakaknya.

Akak, Abang Khairul ajak akak pergi laut. Anis tersenyum sambil mengangkat keningnya.

Anis yang suruh, kan soal Nurul.

Uh, taklah. Dia yang ajak. Dia kata akak mesti ikut cakap dia.

Hm, tengoklah, balas Nurul perlahan.

Kitorang dah nak pergi ni. Akak tukarlah baju sekarang. Anis dengan Abang Khairul tunggu kat depan.

Nurul mendengus memarahi diri sendiri. Kalau bukan kerana Khairul, tentu dia takkan pergi. Entah kenapa hatinya mudah lembut de ngan le laki itu. Dia takut bermain dengan perasaan sendiri. Sebab itu dia tidak menghiraukan de ngan setiap renungan dan perhatian yang Khairul berikan.

Tiba di pantai, Nurul membiarkan Anis dan Khairul mandi bersama.

Okey, tak mandi pun tak apa. Asalkan ikut kami, jawab Khairul.

Nurul berjalan menyusuri pantai. Terlihat hakisan tanah yang terdapat di sekitar pantai itu. Jika tidak ditambak dengan segera tentu hakisan itu semakin dalam dan luas. Nurul turut melihat pulau-pulau yang ada di sekeliling. Dia teringat kata-kata Tok Ayah sewaktu pertama kali datang ke sini.

Pulau-pulau di sini semakin hari semakin jelas kelihatan. Kalau dulu, hanya nampak seperti bukit kecil. Tapi sekarang, pokok-pokok yang ada di pulau itu pun dah boleh dilihat.

Macam mana boleh berlaku, Tok Ayah soalnya.

Dunia nak kiamat agaknya. Sudah dijelaskan yang pulau-pulau akan bergerak sebesar biji beras sehinggalah kiamat hampir.

Nurul memerhati dengan teliti. Memang benar, dia dapat melihat pokok-pokok yang terdapat di pulau itu. Dia merenung langit yang kebiruan. Awan bergerak perlahan dan hembusan bayu laut kuat menerpa.

Suasana sebegini mengingatkan Nurul pada arwah Iwan. Insan yang memberikan cahaya baru dalam hidup Anis. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ah! Nurul menjerit bila terasa ada percikan air mengenai tubuh.

Anis! Habis basah baju akak. Akak kan dah cakap tak nak mandi, marah Nurul.

Tapi Anis ada bawa baju akak. Akak boleh salin, balas Anis.

Tak apalah Anis, orang tak sudi nak mandi dengan kita. Kita mandi berdua sajalah. Lagi seronok. Khairul merenjis air ke muka Anis.

Kak, akak sedih ke Muka akak lain sangat macam orang kebingungan.

Akak, akak teringatkan Iwan. Anis ingat Abang Iwan lagi tak

Oh, mestilah Anis ingat. Dia baik, kan kak. Jasa dia tak mampu Anis nak balas. Anis terhutang budi padanya. Suara Anis berubah menjadi sayu.

Siapa Iwan

Namun suasana sepi. Soalan daripada Khairul tergantung begitu sahaja. Khairul masih belum puas hati. Tiba di rumah, soalan itu juga yang ditanyakannya.

Anis, siapa Iwan Pertanyaan Khairul berbau cemburu.

Abang Iwan, seorang doktor. Dia yang mengeluarkan perbelanjaan untuk pembedahan kaki Anis dulu. Anis sayang pada dia.

Kak Nurul pun sayang pada dia

Dulu, dia teman lelaki Kak Nurul. Cinta pertama....

Jawapan Anis membuatkan Khairul tersedar. Dia tidak pernah menyedari hati Nurul pernah dimiliki oleh insan lain.

Kenapa Abang Khairul senyap Abang cemburu, eh usik Anis.

Khairul tersenyum kelat. Dia memandang ke arah Nurul.

Bang, dia dah lama meninggal. Tinggal kenangan antara dia dan Kak Nurul. Hati Kak Nurul masih boleh dimiliki, jelas Anis seakan mengerti perkara yang bermain di benak Khairul.

PERJALANAN pulang ke Kuala Lumpur agak perlahan kerana hujan turun dengan lebat. Kereta yang berjejal di jalan raya membunyikan hon kerana cuaca telah gelap walaupun hari masih siang.

Khairul memandu dengan berhati-h ati. Anis yang duduk di belakang kelihatan bosan dan mengantuk. Dia tidak peduli dengan kea daan cuaca di luar. Di telinga tersumbat dengan ear phone.

Sesekali dia terangguk-angguk seperti me nghayati lagu yang didengarnya.

Rasanya malam nanti baru kita sampai melihatkan keadaan lebuh raya sekarang, ucap Khairul perlahan.

Awak pandulah dengan hati-hati, sahut Nurul sambil tersenyum melihat Khairul. Khairul membalas senyumannya, membuatkan jantungnya berdebar-debar.

Anis dah tidur, tegur Khairul sambil mengerling cermin pandang belakang di de pannya.

Nurul hanya tersenyum. Dua orang yang paling disayanginya kini berada bersama. Hati Nurul berbunga bahagia. Tiba-tiba dia melihat Khairul sedang berusaha mengawal kereta. Dia kelihatan cemas dan kelam-kabut. Hujan masih lebat dan gelap di luar. Rupa-rupanya hari telah malam.

Allah! pekik Khairul dengan kuat.

Ketika itu Nurul merasakan satu dentuman yang kuat mengenai kereta.

NURUL membuka mata apabila terdengar suara memanggil namanya. Suara itu amat biasa didengari tetapi siapa.

Kakak... bangun sayang. Hari dah siang. Jaga adik tu.

Kakak! Bangun. Dah siang ni. Anis menangis tu. Emak dan ayah nak pergi dah ni, seru satu suara lain.

Emak, ayah!

Nurul membuka mata. Kelihatan emak dan ayah berdiri memandangnya sambil tersenyum. Mereka telah siap berpakaian. Aneh! Keduaduanya berbaju putih bersih dan labuh. Wajah emak dan ayah putih bersih. Mereka saling berpegangan tangan dan kelihatan seperti sepasang kekasih.

Kakak, jaga adik.

Emak! Nurul menghulurkan tangan untuk mencapai kedua-dua mereka. Rasanya mereka amat dekat dengannya tetapi tangannya tidak sampai.

Ayah, emak... jangan pergi. Kakak rindukan emak dan ayah.

Ingat suruhan Allah, jangan lupa sembahyang. Bangunlah. Jaga Anis, kata emak sambil tersenyum manis lagi.

Bangun, sayang.

Nurul melihat mereka bergerak meninggalkannya. Nurul cuba bangun untuk mengejar mereka tetapi kakinya bagai dipaku ke lantai. Di lantai pula Nurul melihat Anis tergolek menangis sendirian.

Emak, adik menangis! panggilnya dengan harapan emak akan kembali memujuk Anis.

Kak. Anis memanggilnya. Di sebelah Anis seorang pemuda tampan berdiri. Di tangannya ada sekuntum mawar putih.

Iwan!

Pemuda itu tersenyum. Dia menghulurkan bunga itu kepada Nurul. Dia cuba mengambilnya tetapi bunga itu hilang.

Iwan, jangan pergi! pekik Nurul.

Akak dah sedar, syukur! Nurul mendengar satu suara serak.

Dengan bersusah payah dia membuka mata. Mata Anis basah dengan air mata. Dia tersenyum memandang Nurul.