KAMU SANG PENCULIK - 44
DUA TAHUN ENAM BULAN KEMUDIAN Sajak abang. Teguran Fitri mengundang AYANG buat apa tu Minum kopi tak

senyuman berbaur malu-malu kucing di wajahku. Tertunduk aku dibuatnya.

Ops, sorry saya tak tahu Sha ada dekat sini juga. Fitri ketawa kecil untuk menutup rasa malunya. Memanglah tak nampak aku yang katik rendah ini. Liza, tunangnya yang galah panjang lindungkan aku sepenuhnya.

Tak apalah bos, saya faham. Orang tengah darah manis. Saya keluar dululah. Tak mahu kacau daun, balasku sambil tergelak kecil. Sempat pandanganku dihala kepada Liza sebelum keluar dari pantri.

Tersenyum sendirian aku saat terkenangkan penantian Fitri untuk meraih perhatianku. Lama dia menanti hinggalah hujung tahun lepas. Ketika itu dia sudah memegang jawatan sebagai COO Jaya World Group. Liza pula baru masuk kerja dan terus dilantik sebagai setiausahanya. Tidak lama kemudian cinta mereka berputik. Awal tahun ini mereka putuskan untuk bertunang. Terlalu cepat, namun andai sudah tertulis jodoh Insya-Allah semuanya akan dimudahkan.

Tengahari itu Liza dan Fitri mengajak aku makan tengahari sekali. Pelik juga kerana ini kali pertama aku diajak mereka tetapi aku terus sahaja setuju.

Saya tahu Fitri pernah sukakan awak. Tapi, itu semua kisah lama dan saya tak mahu fikir lagi tentang tu. Luahan Liza ketika kami sedang menanti hidangan sampai benar-benar menyentakku. Jujur benar Fitri dengan tunangnya. Tak bimbang Liza cemburu ke Aku hanya mampu balas dengan mata terkebil.

Sebenarnya Fitri nak buat satu pengakuan hari ni sekaligus nak minta maaf dengan awak. Sambungan Liza benar-benar menghairankan aku.

Tak ada apalah Liza. Tak ada apa yang nak saya maafkan. Yang penting sekarang ni persiapan kahwin awak berdua. Jangan fikir hal-hal lain yang boleh rosakkan mood darah manis tu. Suaraku sengaja dibuat ceria.

Sha, ada sesuatu yang awak tak tahu sampai sekarang. Liza yang pujuk saya untuk mengakui kesilapan. Lagipun selagi saya tak minta maaf dengan awak, saya rasa tak tenang. Kalau boleh sebelum kahwin ni saya nak baiki semua kesilapan saya selagi termampu.

Makin hairan aku apabila Fitri pula yang mencelah. Pandanganku dilempar silih berganti pada pasangan di hadapanku ini.

Awak mesti ingat lagi peristiwa awak kena rompak lebih kurang tiga tahun lepas, kan Aju Fitri.

Haruslah aku ingat. Sampai sekarang parutnya masih ada di lenganku. Sampai sekarang juga kes itu menjadi misteri untukku. Tak pernah perompak pulangkan semua yang dirompak termasuklah duit.

Itu namanya perompak senget.

Sebenarnya sambung Fitri sebelum terhenti.

Aku kerutkan dahi sambil memandangnya. Dia menoleh ke arah tunangnya. Anggukan Liza mengundang senyuman nipis di bibir Fitri. Amboi mereka ini buat drama isyarat mata pula di depanku. Saya yang upah orang untuk rompak awak. Haaaaa Reaksiku benar-benar tak terkawal. Mataku bulat merenung Fitri. Terkejut sangat. Rasa bagai mimpi. Mati-mati aku ingatkan dialah hero ketika itu. Ternyata dialah dalangnya. Jantungku terasa bagai diketuk dari dalam. Sungguh aku bagai tak percaya.

Saya faham kalau awak nak marah saya atau nak benci saya. Janji saya dah minta maaf dengan awak. Masa tu saya tak sangka awak sampai boleh cedera. Saya cuma suruh dia orang rompak awak dan saya datang untuk dapatkan balik apa yang dirompak. Saya cuba nak berlakon jadi hero penyelamat awak. Tapi, lain yang jadi bila awak melawan sampai tertolak jatuh, sambung Fitri. Wajahnya penuh kekesalan. Lama benar rahsia itu disimpannya.

Jujurnya, aku marah. Tersangatlah terkejut dan marah. Rompakan palsu itu buatkan aku trauma beberapa hari, luka hingga terpaksa ambil cuti, merisaukan keluargaku sampai mereka mahu datang tengok aku dan terpaksalah aku pujuk sampai berjaya. Belum tambah lagi dengan Niel yang merajuk dan hilang kerana terlihat aku pegang tangan Fitri, walhal tidak sengaja. Banyak sangat kesan negatifnya, tapi jika aku marah atau mengamuk sampai pergi buat laporan polis pun sudah tiada gunanya. Masa yang sudah berlalu tak boleh diputar balik. Lagipun aku tak sampai hati hendak heret bakal pengantin ke lokap.

Sha, awak boleh maafkan Fitri Celah Liza semula. Aku hela nafas panjang sebelum membalas.

Mata kupejam rapat.

Maaf atau tak, marah atau tak semua tu tetap dah berlalu. Tak bagi apa-apa kesan pun kalau saya maafkan atau tak. Suaraku perlahan sahaja. Ada rasa kecewa jauh di sudut hatiku.

Kesannya dalam kalau awak tak maafkan. Hidup saya akan rasa tak tenang dan terus rasa bersalah. Fitri cepat membalas.

Aku cuba pandang wajahnya seketika. Dari renungannya aku tahu dia sangat harapkan kemaafan dariku. Jadi serba-salah aku dibuatnya.

Kalau macam tu anggap aje saya dah maafkan bos. Tutup buku lama dan tak perlu dibangkitkan lagi. Paling penting bos yang sekarang yang boleh bahagiakan Liza hingga akhir nyawa. Dalam keterpaksaan aku pamer senyuman singkat.

Sebenarnya hanya mulut yang kata boleh maafkan Fitri. Namun jauh di lubuk hatiku, hanya Allah yang tahu. Ya memaafkan itu memang mudah, tapi untuk melupakan kesilapan Fitri itu pastinya sukar. Mungkin akan ambil masa dan aku harap tugasku sebagai staf Jaya World Group tidak akan terganggu dek hal ini. Aku harus berlagak profesional.

Terima kasih banyak-banyak, Sha. Alhamdulillah awak maafkan Fitri. Awak memang sangat baik. Liza tersenyum lebar dan tanganku dicapainya.

Kadang-kadang maaf tu mampu beri makna yang besar dalam kehidupan seseorang. Punya aura untuk bantu seseorang jadi lebih baik. Kita kena sentiasa bagi peluang kedua kan. Kali ini aku mampu ukir senyuman yang lebih lama.

Betul tu Sha. Saya setuju sangat dengan awak. Mula-mula kami buat heart to heart talk dulu memang saya rasa susah sangat nak terima apa yang Fitri dah buat. Tapi, bila difikir balik, apa gunanya kita kenangkan kesilapan lampau. Semua orang punya hak untuk berubah jadi lebih baik dan baiki kesilapan. Apa yang penting dia yang sekarang yang jauh lebih baik dari yang dulu. Luahan Liza serta-merta membuatku teringat Sang Penculik Hatiku yang berada nun jauh di England sana.

Tak penting awak yang dulu. Apa yang penting awak yang sekarang. Itulah ayatku padanya. Jika dibandingkan Fitri dan Niel, pastinya Niel punya kisah silam yang jauh lebih gelap dan keruh. Dia lebih nakal. Tetapi, aku tetap menerimanya dengan reda kerana kuasa sebuah cinta itu tidak boleh dipertikai.

Akhirnya aku mampu ukir senyuman pada Fitri semula. Sebagai simbol aku cuba memaafkannya. Namun, untuk melupakan itu perlukan masa yang lebih lama.

YAASIIN yang sudah dibaca aku simpan ke dalam beg tangan semula. Kemudian tanganku mencapai jag kaca. Kusiram air ke atas pusara insan yang kukasih ini. Hanya jasadnya yang pergi meninggalkanku namun kasih sayang dan rindu itu tidak akan pernah terpadam malahan pudar.

Sha, jom kita balik. Pautan lembut di lenganku menggamit kembali perhatianku. Aku menoleh ke sebelah. Mak Leha tersenyum nipis sambil mengangguk ke arahku. Perlahan-lahan aku bangun dan kami berjalan beriringan meninggalkan pusara Nek Timah. Sesekali pandanganku ditoleh ke belakang.

Insya-Allah, andai ada peluang Sha akan datang dengan Niel nanti ya, bisikku di dalam hati.

Usai menghantar Mak Leha ke rumahnya, aku terus memandu pulang. Iriz hijau a.k.a. Daun Hijau masih setia denganku. Punat radio kutekan dan kedengaran celoteh penyampai radio. Kemudian melodi dari gesekan biola menjamah telinga. Sedap sekali.

Lagu Percayalah dari Indah Ruhaila membawa ingatanku jauh pada seseorang bernama Daniel Izdihar. Fokusku masih pada pemanduan, namun jantung hati terbang kembali pada peristiwa lama.

Selepas aku mendapat panggilan dari mama tentang abah, aku terus bergegas ke lapangan terbang. Bukan untuk menghantar Niel pergi jauh tetapi untuk pulang ke Kelantan. Lapangan terbang yang berbeza pastinya memustahilkan peluang untuk kami terserempak.

Alhamdulillah, keadaan abah telah stabil apabila aku sampai ke hospital. Kata mama, abah dilanggar orang ketika mahu masuk ke simpang. Abah tercampak dari motor ke tepi jalan. Mujur orang yang melanggar abah cepat bertindak dengan membawa abah ke hospital.

Namun, abah mengalami kecederaan teruk di leher. Tulang leher teralih sedikit dari kedudukannya. Terpaksa dipasang pendakap leher dan abah tidak boleh banyak bergerak. Lutut dan dahi abah pula terpaksa dijahit akibat luka. Hampir sebulan abah terlantar di atas katil. Pergerakan semuanya terhad. Aku ambil cuti kecemasan selama seminggu untuk membantu mama menjaga abah.

Dalam tempoh abah tak sihat, segala hal lain pudar dari ingatan. Termasuklah berkaitan Daniel Izdihar. Biarlah dia pergi membawa hati yang terluka kerana kecewa aku tidak datang menghantarnya. Apa yang penting adalah keluargaku ketika itu.

Berbulan dia senyap sahaja di sana. Aku juga pastinya ego melangit tinggi. Tapi, ketika hari lahirku ada kiriman kad hari lahir terbang dari sana. Terlalu kuno, namun itu sudah cukup untuk membuktikan dia masih setia denganku. Aku pegang pada percaya, setia dan pastinya yang utama jodoh ketentuan Ilahi.

Seperti dia, aku juga hanya menghantar khabar melalui kad hari lahir untuknya yang kukirim ke England. Selama dia di sana, hanya empat kad hari lahir yang menjadi penghubung kami. Namun, ianya sudah cukup untukku. Biarlah kami begini meneruskan kehidupan masing-masing. Wresepi sikit boleh Soalku sambil AH... sedapnya bau ni. Akak nak minta

tersengih lebar. Leherku panjang mengintai asam pedas ikan tenggiri yang sedang rancak menggelegak.

Amboi, itu perli ke puji. Tahulah I ambil resepi dari akak. Nelly mencebik sedikit.

Alololo, dah mahir merajuk tu. Tarik muncung tu nak Betul ni sedaplah bau. Lagi hebat dari akak. Lepas ni boleh belajar masak yang lain pula. Belajar dengan chef tersohor kita. Aku tersengih lebar sambil kembali mengacau sup sayur.

Chef yang mana satu tu kakak sayang Ada dua lagi chef ni. Nelly menoleh ke belakang sambil jongketkan kening.

Ummi dan Inayah sama-sama tergelak kecil sambil menggeleng. Mereka memang selalunya layankan sahaja perangai nakal comel aku dan Nelly.

Dua-dualah chef tersohor. Nak belajar dengan chef kembar pun boleh Ayatku tergantung saat tangisan kuat terhambur.

Chef kembar dah panggil. Tahu-tahu aje kakak sebut nama dia. Inayah sempat buat lawak sebelum meninggalkan kami bertiga. Aku tergelak kecil.

Kemudian diganti dengan senyuman bila melihat ummi dan Inayah.

Tengahari ini ummi sengaja mengajak kami yang rapat dengannya untuk datang makan tengahari. Tapi, aku dan Nelly sengaja datang awal untuk membantu. Pak Cik Darius, Natasha dan Shauqi pula masih belum sampai. Tidak ketinggalan sebenarnya Munirah turut dijemput bersama dengan Faiz dan anak sulung mereka, Faliq yang kini menginjak usia setahun. Tapi, atas sebab yang tidak dapat dielakkan mereka tidak dapat hadir.

Aku cukup bersyukur dipinjamkan bahagia bersama mereka. Insan yang mewarnai kisah hidupku. Walau ada yang bermula dengan kisah pahit, akhirnya ukhuwah terjalin kukuh antara kami. Nelly kini sudah menjadi adik angkatku. Dia juga sekarang tampil dengan gaya Muslimah moden. Walau terkadang ada yang ketat dan singkat namun aku tidak memaksa Nelly berubah seratus peratus. Apa yang penting dia berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik dari yang dulu.

Sesi memasak selesai lebih kurang jam 12.30 tengahari. Tak lama kemudian Pak Cik Darius dan Natasha tiba. Shauqi pula lebih kurang lima minit selepas mereka. Makin ceria apabila semua sudah berkumpul.

Hingga ke Zuhur barulah kami selesai makan tengahari. Selepas itu, kami solat berjemaah dengan Pak Cik Darius sebagai imam. Segala syukur pada Yang Maha Esa aku panjatkan kerana kini semuanya sudah jadi jauh lebih baik untuk keluarga Niel. Pak Cik Darius yang sekarang sudah mampu menjadi imam yang baik untuk keluarganya.

Usai solat Zuhur, barulah kami semua pulang ke rumah masing-masing. Hanya senyuman yang menemani aku di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Bekal bahagia itu terlalu indah buatku. Cuma seorang yang kunanti untuk melengkapkan semua ini. Bak kata dia, aku bagai kepingan puzzle terakhir untuk melengkapkan kisah hidupnya. Begitu juga perasaan ini padanya. Dialah penculik hatiku, Daniel Izdihar.

PADI yang sedang galak menguning kutenung sepuas hati. Keindahannya tak terucap dengan kata. Beberapa hari lagi bolehlah ianya dituai. Sesekali perhatianku dicuri oleh kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang di tepi bendang. Camar sesekali terbang rendah di atas hamparan padi yang menguning.

Aku depangkan tangan. Mata kututup perlahanlahan sambil tersenyum. Terasa sungguh nyaman disapa angin petang. Nafas panjang kutarik dan kuhela. Rasa tidak mahu balik dan kekal menikmati dan merasai keindahan dan ketenangan ini.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Sambil itu sempat lagi aku menyanyi perlahan. Spontan sahaja lagu klasik itu terngiang di kotak fikiran. Juga automatik sambil menyanyi, tanganku mengusap Pandora di pergelangan tangan kiri. Janganlah rindukan pemberi Pandora lebih-lebih. Kawal diri sendiri Aliya Shaqina.

Mata kubuka perlahan-lahan. Wajah kudongakkan untuk menikmati langit nan cerah. Kepulan awan membentuk pemandangan yang terlalu indah.

Bagaikan gula-gula kapas ia menghiasi kebiruan langit. Aku senyum lagi.

Pandanganku pada langit terganggu seketika dek layang-layang yang terbang. Banyak pula layanglayangnya. Tadi rasanya ada dua sahaja. Jadi tertarik aku untuk melihatnya kerana ia bukan layang-layang kosong. Ada corak padanya. Mataku mengecil untuk mengenalpasti coraknya.

Keningku jadi berkerut bila melihat layang-layang pertama dengan gambar kereta merah dan hijau. Kuamati lagi dan aku yakin ia gambar Iriz hijau dan Ferrari merah. Renunganku beralih pada layang-layang seterusnya. Gambar kek! Kemudian layang-layang ketiga benar-benar mengejutkanku.

Happy Birthday, Liya!

Terus tanganku menutup mulut. Mataku membulat. Adakah ini hadiah hari lahir dari dia Menggantikan kad.

Assalamualaikum Aliya Shaqina. Suara garau berlemak itu menegur. Suara yang sangat aku cam. Tidak pernah berubah walau sudah dua tahun setengah. Sama seperti dulu.

Tapi, cepat-cepat aku menggeleng. Mustahil dia ada di sini. Muncul betul-betul pada hari lahirku. Mungkin aku sahaja yang sibuk berangan. Tangan kanan pegang pipi dan kutepuk pipi perlahan. Kepala masih digeleng. Cuma kali ini mata kututup dan wajah kutundukkan.

Astaghfirullahalazim. Kenapa aku boleh mimpikan dia di siang hari ni Ya Allah, jagakan hati aku. Jangan nak rindu lebih-lebih. Aku mula bermonolog sendirian. Nafas panjang kutarik dan hela. Mata kubuka semula dan hampir tercampak aku ke belakang saat nampak Daniel Izdihar di depanku!

Sedang elok tersenyum manis. Wajahnya nampak lain sedikit mungkin kerana cermin mata segiempat yang dipakai. Namun, bentuk runcing V wajahnya tetap sama. Dia nampak jauh lebih matang dan kemas. Berbaju kemeja merah dengan seluar putih. Entah kenapa kurasakan penampilannya dengan cermin mata benar-benar mencuit jantung hatiku. Aku gosok mata beberapa kali.

Iz buat apa dekat sini Bila balik Kusoal teragakagak.

Salam saya, Liya tak jawab lagi. Niel senyum sebelah. Boleh dia buat muka selamba. Tak tahu agaknya jantung hatiku sedang rancak bermarathon di dalam ini.

Waalaikumussalam. Agak kasar sedikit nadaku. Geram!

Tiga hari lepas saya balik. Alhamdulillah pengajian saya dah tamat.

Ya ke Alhamdulillah. Tahniah Iz! Nadaku berubah jadi lembut. Gembira dengan perkhabaran ini.

Jadi, hari ni saya datang dengan rombongan nak merisik Liya ni. Spontan Niel memberitahu. Aku pula apa lagi terkejut beruk dibuatnya.

Haaaa!!! Tapi, saya pakai seluar trek dengan t-shirt... erm... kuning menyala ni. Tudung yang tak bergosok. Sekurang-kurangnya bagi saya bersiap lawa-lawa dulu. Kelam-kabut betul suaraku. Tanganku memegang lengan t-shirt sambil memandang Niel tak puas hati.

Dah cukup lama saya tunggu saat ni jadi saya nak Mama Tasha dan ummi terus sarungkan cincin risik dan pakaikan gelang tanda dekat Liya. Kita balik rumah Liya terus boleh, kan Niel pun gelojoh benar bunyinya.

Kut ya pun sabarlah. Sudahlah datang mengejut, terus mahu risik aku. Ingat aku robot, tiada sel otak untuk berhubung menjana maklumat mengejut seperti ini.

Kejap, Iz datang sini tiba-tiba, kan Mama dan abah dah tahu ke nak merisik ni Pakcik, Tasha dengan ummi datang sekali Boleh tak jangan buat saya macam kartun ni. Tahu tak bertahun saya tunggu Iz, tapi tup-tup balik tak bagitahu terus muncul depan mata. Kalau saya ada sakit jantung, lama dah pengsan tahu tak. Aku angkat jari telunjuk separas muka. Niel tergelak kecil sambil menggeleng.

Jangan risau. Kami semua dah rancang semuanya cantik-cantik. Saya dah bagitahu mama dengan abah sebelum saya balik Malaysia lagi. Semua orang dah tunggu tu dekat rumah. Kak Inayah, Abang Irfan, Abang Saif dengan kembar pun ada. Niel terangguk-angguk sambil menjelaskan.

Semua ada Saya nak balik rumah jumpa semua. Aku tersengih lebar. Kemudian kakiku laju meninggalkan Niel. Namun, tidak sampai tiga langkah aku berhenti semula. Berpaling pada Niel yang masih berdiri di tempat yang sama. Senyuman nipis kupamer padanya.

Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah Iz dekat atas sana tu. Nanti saya nak simpan boleh Aku halakan jari telunjukku ke arah layang-layang yang masih rancak berterbangan.

Niel mengangguk sambil ketawa perlahan.

Terima kasih sebab akhirnya kembali pada saya. Terima kasih sebab percaya dan setia untuk saya. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya bila Iz dah ada depan mata sekarang. Kadang-kadang semua tu sukar nak diluahkan. Tapi, saya yakin Iz faham isi hati saya. Luahanku tulus dari jantung hati.

Terasa permata jernih mula bergenangan di tubir mata.

Saya faham Liya. Sentiasa faham. Walau sejauh mana pun kita terpisah, selama mana pun kita tak bertemu tapi percayalah awak sentiasa ada dalam setiap degupan jantung saya.

Ya Allah, kata-kata Niel bagai mampu membuat aku rebah ke tanah. Tolong! Aku perlukan oksigen. Terasa paru-paru sempit untuk bekerja.

Ehem Suara Shauqi tiba-tiba kedengaran. Kacau mood sahaja adikku ini. Aku dan Niel samasama menoleh.

Dah habis berdrama Matahari dah nak tegak terpacak ni. Nanti lambat urusan merisik, lambatlah kita makan tengahari. Kesian dekat keluarga kita yang dah jenuh tunggu kat rumah tu, usik Shauqi dengan galak sekali.

Aku terus berjalan laju ke arahnya dan bahunya kutepuk kuat. Niel turut menyaingi kami.

AKU kini duduk bersimpuh di hadapan ummi dan Tasha. Tapi, penampilanku tidak selekah seperti di bendang tadi. Ternyata mama senyap-

senyap sudah sediakan jubah Calaqisya berwarna merah jambu. Kata mama tak akanlah hendak pakai baju t-shirt waktu sedang dirisik. Nanti hendak ambil gambar sebagai kenangan pun tak cantik.

Semua orang tersenyum sambil mengangguk. Tasha sudah mencapai cincin berpermata satu dari dalam kotak baldu. Namun belum sempat tangannya mencapai tanganku, aku berdehem kecil.

Maafkan saya. Sebelum cincin risik tersarung, boleh saya minta sesuatu Aku gagahkan diri untuk menyoal. Semua mata kini tertumpu padaku. Aku pandang abah dan anggukkan abah memberiku kekuatan untuk meneruskan niatku.

Daniel Izdihar Aku terhenti sambil memandang Niel yang duduk di sudut ruang tamu. Paling jauh berbanding yang lain. Dia balas renunganku sambil mengangguk.

Janji dengan saya beberapa perkara boleh Soalku lagi.

Niel mengangguk.

Janji yang awak akan bimbing saya ke jalan yang diredai Allah, janji yang awak akan jaga saya baik-baik, janji yang awak akan sayang saya macam mama dan abah sayang saya, janji yang awak tak akan pernah menduakan saya dan terakhir sekali janji yang awak akan setia pertahankan cinta kita hingga akhir nyawa kita. Saya dah 29 dan awak baru 24. Saya akan menghadapi usia tua lebih awal dari awak. Menjadi tiga puluh, empat puluh, lima puluh jika Allah pinjamkan usia yang panjang. Saya mungkin akan berkedut atau beruban lebih awal dari awak. Walau sebanyak mana pun uban atau kedut saya, awak akan setia dan tak cari yang lain. Saya tak sanggup diduakan. Boleh awak janji dengan saya semua tu Permintaanku yang terlalu tulus membuatkan seluruh ahli keluarga kami terpana.

Aku melihat ada air jernih mengalir di pipi mama, Tasha, ummi dan Inayah. Abah pula sedaya upaya mengawal air matanya dari tumpah. Mata abah jelas kelihatan merah dan sedikit berair. Pastinya semua orang terkejut dengan permintaanku. Tidak pernah dibuat orang, meminta janji yang macam-macam ketika dirisik. Hanya aku yang buat begini.

Aliya Shaqina sedaya mampu, dengan izin Allah saya akan pegang semua janji tu. Bersaksikan keluarga kita. Pendek jawapan Niel namun terus meresap ke jantungku.

Aku yakin kejujurannya terserlah dari sebalik wajahnya yang tenang. Aku harus percayakan dia. Senyumanku diiringi permata jernih yang mengalir ke pipi. Suasana ceria kami tadi kini diganti dengan suasana beremosi. Mama menyeka air mataku. Aku mengangguk sambil tersenyum sebagai tanda aku sudah bersedia.

Akhirnya satu cincin risik tersarung kemas di jariku dan gelang tanda selamat di tanganku. Gelang Pandora yang setia bersamaku selama ini kini sudah berteman. Tarikh pertunangan serta nikah juga dibincangkan. Aku ikutkan sahaja kerana sel-sel otak tidak mampu berhubung untuk membuat keputusan. Apa-apa pun aku terima asalkan calon suaminya Daniel Izdihar. Oh, sejak bila diri sendiri jadi gatal ni. Sila kawal diri sendiri.

Berdasarkan perbincangan kedua buah keluarga, pertunangan kami akan berlangsung bulan depan. Nikah pula sebelum majlis konvokesyen Niel di England. Motifnya satu iaitu hendak bawa aku ke England. Kemudian, majlis kahwin dicadangkan dua bulan selepas majlis konvokesyen. Memang jika boleh semuanya hendak dilangsungkan cepat. Aku pun bukannya muda lagi.

Kalau tak kahwin dulu, memang tak boleh pergi konvo Mulutku nakal menyoal ketika aku dan Niel duduk di pangkin. Keluarga kami pula sedang sibuk mengait buah rambutan yang sedang galak masak ranum. Merah menggoda di atas pokok.

Bukan tak boleh, tapi sebolehnya saya naklah sebilik dengan Liya nanti. Selamba Niel membalas. Aku terus bulatkan mata. Tangan sudah menyilang ke dada. Muka juga sudah diketatkan.

Wah, wah, wah... nakal Iz masih menyengat. Iz tetap bad boy nakal yang dalam diam dah lama menculik jantung hati saya. Nakalnya Iz tak terjangka sampaikan dada saya ni sentiasa jadi sesak bila Iz ada. Dengan nada geram aku meluahkan.

Saya aje yang mampu jadi si nakal untuk Liya. Dengan izin Allah, saya nak terus jadi penculik hati Liya sehingga akhir nyawa saya. Kalau Liya nak saya pulangkan balik apa yang dah saya culik tu, tebusannya adalah kasih sayang Liya. Sungguh aku ternganga mendengar madah romantik berkarat dari Niel.

Iz pergi sana belajar business atau belajar sastera balasku sambil menggeleng.

Niel hanya tergelak kecil.

Culiklah selagi awak mampu. Dan selagi saya mampu saya akan bayar tebusan yang Iz minta tu. Aku sambung sesi mengarut dengan Niel. Sambil itu pandanganku sempat dilempar pada keluarga kami yang masih sibuk mengait buah rambutan. Tawa riang insan-insan terpenting dalam hidup kami ini bagaikan satu aura hebat yang mampu membasuh jiwa kami.

Pandanganku dihala pada Niel semula. Tetapi sekejap sahaja. Tidak boleh lama-lama. Nanti selepas kahwin, hendak tenung sampai tembus pun boleh.

Cinta itu tidak akan pudar mahupun terpadam walau terpisah dek jarak dan waktu. Ia akan terus mekar tanpa perlu dibaja kerana hujan kasih akan terus menyiraminya. Kasih sayang yang ikhlas antara aku dan Niel akhirnya direstui keluarga.

Tiada kata yang mampu mentafsirkan rasa syukurku kerana aku diberi peluang untuk menggapai ambang bahagia dengan Daniel Izdihar. Masanya masih berbaki beberapa bulan untuk kami bersatu, namun kuharap semuanya akan berjalan lancar dan dimudahkan Allah.

Hatiku rasa cukup tenang saat ini. Bersyukur dengan nikmat bahagia yang masih dipinjamkan Ilahi buat kami. Dalam hatiku berdoa agar Daniel Izdihar dapat merasainya sama sepertiku. Kisah kami bermula, berlangsung dan kini masih lagi berlangsung dalam penuh warna-warni percaturan kehidupan.

Tiada kisah dongeng dalam kehidupan manusia, live happily ever after. Makanya, selagi dipinjamkan ruang dan waktu, aku akan menghargai setiap detik aku dengan Daniel Izdihar, si penculik hatiku. Moga kami akan sama-sama melayari bahtera dalam lautan kasih yang diredai Allah.

Amin.