Gadis Kebaya Merah - 45
BAB 45

KUDIN bersama Tok Imam Ngah, Tok Akim dan juga Leha, sudah bersiap-siap untuk ke rumah Mak Jemah semula. Sepanjang perjalanan ke rumah Mak Jemah, Kudin merasa tidak sedap hati dan berpeluh.

Tok, malam semalam, gadis kebaya merah itu muncul di rumah saya. Apa yang buat saya tak sedap hati, dia ingin sesuatu dari isteri saya. Kudin mula luahkan apa yang terbuku di hati.

Mahukan sesuatu Tok Imam Ngah berkerut kening melihat Kudin.

Kudin mengangguk.

Apa Tok Akim pula menyampuk.

Entah.. Kudin jongket bahu.

Hmmapa bini kamu sudah mengandung

Kudin tergamam. Err..kenapa tok

Selalunya bila benda ni tak ada tuan, dia akan merayau dan mencari perempuan mengandung untuk buat perjanjian..baik hati-hati sikit. Terang Tok Imam Ngah.

Kudin diam seketika. Wajahnya sudah pucat. Kalau benar Ana Dahlia mengandung, dia perlu jauhkan isterinya dari mahkluk halus itu. Ana Dahlia perlu dihantar pulang ke Kuala Lumpur semula.

Kita kena cepat. Tok Imam Ngah segera mengajak yang lain melangkah lebih laju ke rumah Mak Jemah.

Sampai di laman rumah Mak Jemah, Tok Imam Ngah memandang seketika sekitar rumah itu. Daun kering bersepah di laman rumah. Dia membaca sesuatu sebelum melangkah lebih dekat.

Tok Akim pula memandang sayu rumah itu. Mak Jemah, bekas isterinya yang sudah tersasar jauh dari agama. Rumah itu dipandang lagi. Kenangan lama mula mengusik hati. Rumah itu banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buatnya. Sayang, kerana pentingkan kecantikan dan terhasut oleh jin dan syaitan, Mak Jemah sanggup bertuankan syaitan. Leha di sebelahnya ditatap seketika. Dialah satu-satunya cucu yang dia ada.

Tok Wan, Leha takut.. Leha pandang sekeliling. Walaupun dia tahu di situlah dia dilahirkan dulu tetapi selepas umurnya tujuh tahun, dia terus dibawa pergi oleh tok wan ke kampung lain selepas kematian ayah dan ibu.

Leha jangan jauh dari tok wan. Tok Akim arahkan anak gadisnya berada dekat dengannya.

Malam itu mereka berkumpul di laman rumah Mak Jemah. Tok Imam Ngah yang dari tadi asyik terkumat kamit membaca ayat ruqyah mula merasa sesuatu di situ. Angin yang mula bertiup sudah menerbangkan daun-daun kering di sekitar laman rumah itu. Walaupun keadaan agak gelap, jelas dia melihat semua itu. Angin semakin kuat bertiup.

Kudin, tolong tok ambilkan botol dalam beg plastik tu. Arah Tok Imam Ngah.

Kudin segera mengambil botol seperti yang diarahkan oleh Tok Imam Ngah.

Kudin!

Serentak mereka di situ berpaling ke arah suara tadi. Kudin senyum, Chad sedang berlari ke arahnya.

Sampai juga kau ya! Kudin tepuk bahu Chad. Siang tadi dia menghubungi Chad kerana Chad sudah berpesan tentang itu.

Kamu dari mana ni Tok Imam Ngah pandang Chad yang sudah termengah-mengah.

Chad hanya senyum. Dah mula ke

Baru nak mula..tapi jelmaan gadis kebaya merah tu belum muncul lagi.Terang Kudin.

Chad angguk-angguk. Dia perasan ada seorang gadis dan juga seorang lelaki yang sebaya dengan Tok Imam Ngah. Mukanya berkerut.

Ni..Leha cucu Tok Akim. Kudin senyum. Saja dia kenalkan Leha kepada Chad.

Tok Akim inilah bekas suami Mak Jemah. Kudin menambah.

Sekali lagi Chad angguk-angguk.

Mereka mula menunggu di situ. Tok Imam Ngah dari tadi asyik membaca sesuatu. Tiba-tiba berkepul asap di anjung rumah Mak Jemah.

Tok, tu! Kudin cuit bahu Tok Imam Ngah.

Tok Akim menelan liur. Dia pasti itu belaan Mak Jemah. Leha disuruh semakin dekat dengannya.

Kau datang juga.. Jelmaan gadis kebaya merah sudah mula kelihatan di situ. Asap tadi sudah hilang ditelan angin malam.

Tok Akim menelan liur. Dia pandang jelmaan itu yang kini sudah menyerupai Mak Jemah. Mata jelmaan itu sudah tepat memandang Leha.

Tok Wan...Leha takut.. Leha semakin rapat dengan datuknya.

Chad mula membantu Tok Imam Ngah membaca sesuatu dan berzikir bersama. Terdengar jeritan dari jelmaan gadis kebaya merah itu, bergema kuat di situ.

Aku nak tuan aku!!! Jerit jelmaan itu tiba-tiba.

Kau jin! Tempat kau bukan di badan manusia! Tok Imam Ngah semakin membaca ayat-ayat dan dia mula membuka botol itu sebaik sahaja dia meniup ke arah jelmaan itu.

Jelmaan gadis kebaya merah itu menjerit lagi. Asap berkepul tetapi masih berlegar di situ.

Chad pula mula berzikir lagi. Kali ini dia beranikan diri menghala ke anjung rumah Mak Jemah di mana asap masih berlegar di situ.

Botol yang dicapai dari tangan Tok Imam Ngah tadi dibuka perlahan. Dia kemudian membaca lagi dan melaungkan azan.

Asap itu sudah berselerak. Tiba-tiba Leha menjerit kuat. Tok Akim sudah panik.

Jelmaan tu sudah masuk ke badan Leha. Chad sudah menitik peluhnya. Dia menghampiri pula cucu perempuan Tok Akim.

Keluar kau dari situ!! Arah Chad dengan kuat.

Aku tak nak!! Aku dah dapat tuan aku!! Jerit Leha semakin kuat.

Kudin terdiam. Mata gadis itu sudah merah menyala dan merenung tajam ke arah Chad.

Kalau kau tak nak keluar, aku akan paksa kau dan aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau! Ugut Chad.

Tok Imam Ngah masih meratib di situ.

Aku akan keluar jika ada yang sanggup ambil aku jadi khadam. Leha berkata kuat, jelingan matanya masih tepat memandang Chad.

Aku kata keluar!! Tiba-tiba jerit Tok Imam Ngah.

Tidak!! Jerit Leha semakin kuat.

Tok Imam Ngah mula pegang kaki Leha dan mula membaca sesuatu. Leha menjerit kesakitan dan meronta untuk melepaskan diri. Chad turut membantu Tok Imam Ngah.

Kudin dan Tok Akim terpaksa pegang tangan Leha yang sudah mula menendang dan meronta dengan kuat.

Tidak henti Tok Imam Ngah dan Chad berzikir dan membaca ayat Ruqyah. Akhinya Leha rebah terkulai di atas rumput. Angin dan asap yang mengalir keluar dari badan Leha diperangkap masuk ke dalam botol dan ditutup rapat.

Jin tu dah keluar dan sudah dimasukkan ke dalam botol ni. Berpeluh Tok Imam Ngah di situ. Botol itu diteliti sekali lagi.

Apa kita nak buat dengan botol tu Tok Kudin mula bertanya.

Botol ni kena dihanyutkan ke sungai ataupun ditanam. Terang Tok Imam Ngah.

Chad mengangguk. Dia juga sudah berpeluh berperang dengan Leha tadi.

Leha disapu mukanya dan diberi minum. Dia terpinga-pinga setelah tersedar dari pengsan.

Sudah..semuanya dah selesai. Mari kita balik. Tok Imam Ngah mula mengajak pulang setelah rumah Mak Jemah itu sekali lagi dipagar.

MALAM ITU, mereka semua berehat seketika di rumah Tok Imam Ngah dan dijamu dengan air kopi saja.

Maaf..hanya ini saja yang ada. Tok Imam Ngah senyum.

Ini pun dah cukup tok. Chad sengih. Matanya jatuh pada Leha. Dia senyum.

Hmmsemuanya dah selesai nampaknya tapi kita hanya mampu mengurung saja jin tu. Susah nak buang sepenuhnya kerana dulu rasanya Mak Jemah ada buat perjanjian. Awak tahu apa perjanjian yang dia sudah buat Tok Imam Ngah pandang Tok Akim.

Entahlah..tapi dia ada pakai susuk dan tuntut ilmu hitam.. Tok Akim turut melepaskan nafas berat.

Hmm..susah macam tu. Kita berdoa sajalah semoga jin atau saka tu tak keluar dari kurungan tu.. Tok Imam Ngah geleng.

Malam itu mereka berbual seketika sebelum Kudin dan Chad minta diri untuk pulang. Tok Akim dan Leha pula bermalam di rumah Tok Imam Ngah. Esok, mereka akan bertolak pulang.

KUDIN sandar kepalanya di katil. Kejadian tadi cukup mendebarkan. Ternyata Mak Jemah sudah tersesat jauh. Leha dirasuk begitu sekali sehingga jin itu begitu degil hendak keluar dari tubuh gadis itu. Chad pula dilihat semakin kuat ilmunya. Rasanya Chad lagi hebat menentang jelmaan gadis kebaya merah tadi.

Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah lena di sisinya. Dia senyum. Semoga segalanya selamat dan jelmaan gadis kebaya merah itu tidak lagi muncul dan mengganggu penduduk kampung Pinang Patah.

~TAMAT~