Arissa Daniel - 45
BAB 45

ARISSA jenguk ke balai ketibaan. Tiada tanda-tanda kelibat Nelissa. Dia jeling jam. Sepatutnya Nelissa sudah sampai di KLIA. Arissa pandang pula ke arah papan kenyataan. Pesawat MH5 yang membawa penumpang dari lapangan terbang Frankfurt sudah pun mendarat. Sebelum bertolak ke Jerman dulu, Nelissa sudah berpesan untuk menjemputnya di lapangan terbang.

Agaknya tunggu beg la tu.. Arissa jenguk lagi.

Dari jauh dia ternampak kelibat Tuah yang sedang mengheret beg ke balai pelepasan. Cepat-cepat Arissa sembunyikan diri di celah pokok bunga yang ditanam dalam pasu besar. Dari situ, dia melihat Tuah seperti tidak terurus, rambut sedikit panjang, ada jambang dan yang pasti wajah sugul lelaki itu jelas kelihatan.

Maafkan aku Tuah..aku tak layak untuk kau walau berkali-kali kau minta maaf dan ingin kembali pada aku.. Arissa mengesat air mata yang mula menitis. Sejak berpisah dengan Tuah, Tuah seperti tidak serik memujuknya semula dan ingin menjalinkan hubungan halal sekali lagi. Namun semua itu tidak ada lagi dalam kamus hidupnya. Tuah lebih berhak mendapat yang lebih baik.

Arissa perlahan menapak ke balai ketibaan setelah melihat Tuah sudah mula memasuki tempat menunggu selepas pemeriksaan di muka pintu masuk pelepasan. Dari jauh, dia melihat Nelissa sudah menapak dari muka pintu balai ketibaan.

Nelissa! Sini!! Arissa melambai ke arah Nelissa. Nelissa seperti tercari-cari.

Nely!! Aku kat sini la!! Arisa menjerit kuat.

Nelissa tergamam. Arissa

Dia melangkah ke arah Arissa yang berada di celah-celah orang ramai yang juga sedang menunggu di situ.

Kau Arissa

Arissa angguk. Tersenyum lebar.

Bi...bila kau pakai tudung

Arissa tidak hiraukan pertanyaan Nelissa. Dia segera capai troli dan menolaknya sambil menuju ke kereta.

Nelissa masih memandang Arissa tak berkelip.

KERETA MyVi Arissa meluncur laju menuju ke pusat bandar. Sepanjang perjalanan, Nelissa masih diam sambil memerhati Arissa yang nyata sudah berubah penampilan.

Beb...sejak bila kau pakai ni Nelissa tanya lagi. Tadi pertanyaannya tidak dijawab.

Arissa menoleh ke arah Nelissa di sebelah penumpang seketika. Pandangannya beralih semula ke arah depan.

Sejak aku kenal siapa aku..

Aku tak faham..maksud kauNelissa semakin tak faham. Perubahan Arissa dirasakan terlalu cepat.

Arissa hanya senyum. Dia pandang Nelissa yang semakin cantik dengan blaus berona ungu muda dipadankan dengan skirt labuh mengikut bentuk badan. Nampak elegen.

Nantilah aku cerita..sekarang ni kau nak balik terus ke..atau nak ke mana Arissa sengih.

Hmm...kita ke Gombak. Nelissa sengih.

Gombak Buat apa Arissa menoleh sekejap.

Tadi kau jugak yang tanya aku. Nelissa mengetap bibir. Minah ni betullah!

Okey...Gombak tu..tempat apa

Kita ke Steak House Restoran! Aku lapar ni. Dalam flight tadi asyik makan makanan Jerman je..tak boleh masuk tekak. Dah la hampir dua belas jam aku dalam tu! Nelissa merungut.

Arissa senyum lagi. Memang minah ni tak habis-habis melantak!

Kereta MyVi Arissa membelok ke lebuhraya DUKE.

BEGITU berselera Nelissa mengunyah daging panggang. Arissa geleng. Macam tak pernah makan makanan tu.

Nely, kau ni makan macam tak pernah jumpa steak tu. Arissa sengih.

Dua minggu beb aku kat Frankfurt! Asyik roti je aku telan. Kalau aku makan daging nanti kau juga yang bising! Nanti kau kata aku ni tak kisah halal haram. Nelissa turut sengih. Teringat masa chatting dengan Arissa di facebook. Beria Arissa pesan.

Ya la..aku faham. Alhamdulillah, kau jaga makan minum kau kat sana. Arissa gelak kecil.

Hmm..tadi kau kata kau nak beritahu aku pasal apa kau pakai tudung kan Nelissa sapu mulut. Dia sandar di kerusi. Kenyang!

Aku sebenarnya belajar agama dengan Ustazah Waddah. Sejak tu, aku sedar aku telah banyak buat dosa. Pandang remeh pada hukum Allah. Aku rasa berdosa.. Arissa mulakan mukadimah.

Ustazah Waddah Itu...bukan ke ustazah yang kau ikut usrah dia masa di Cambrigde dulu Nelissa berkerut kening.

Arissa angguk.

Macam mana kau boleh jumpa dia balik

Alhamdulillah..masa aku ikuti usrah dia, aku ada minta nombor telefon kat Malaysia. Aku catat dalam nota usrah aku. Arissa melemparkan senyuman puas.

Oh...hmm..tak bolehlah aku nak ajak kau keluar malam-malam macam ni.. Nelissa dah kendur suara.

Arissa ketawa.

Kenapa kau ketawa

Tak adalah..takkan sebab aku dah pakai tudung, aku tak boleh keluar malam.

Yalah...kau kan dah jadi ustazah..kalau aku ajak kau ke tempat yang pelik sikit, kau mula la. Ini tak boleh, itu tak boleh. Nelissa mencebik.

Bukan macam tu la. Of course la aku akan persoalkan kalau tempat yang kau pergi tu macam pub ke, restoran tak halal ke..kalau sekadar nak makan, gerai biasa pun boleh apa Arissa masih ketawa.

Aku rasa mesti ada sebab lain kau tiba-tiba berubah macam ni.. Nelissa menatap tepat ke anak mata Arissa.

Arissa diam seketika. Kerana kejadian pahit itu jugalah dia rasa tubuhnya amat jijik. Mungkin ada hikmahnya semua itu. Dia kini semakin dekat dengan pencipta.

Arissa...kenapa ni Kau menangis Tuah ada kacau kau lagi ke Eii! Dah diludahnya kita, nak jilat balik ke Nelissa geram.

Bukan tu..kalau Tuah pujuk sekalipun, aku tak mungkin kembali padanya... Suara Arissa perlahan menutur.

Maaf..maafkan aku okey Nelissa sentuh lembut tangan Arissa.

Tak apa... Arissa sapu air mata yang hampir menitis ke pipi.

Maafkan aku kalau soalan aku tadi buat kau tersinggung. Aku faham kalau kau tak nak cerita. Aku tak paksa.. Tangan Arissa dipegang erat.

Dah la. Kau dah habis makan Arissa mula senyum.

Dah. Nelissa turut senyum.

Kalau macam tu, jom!

Mereka berdua mula menapak keluar dari restoran. Kereta MyVi Arissa dipandu menuju ke rumah Nelissa.

TIBA di rumah banglo Nelissa, Arissa menolong mengangkat beg sampai ke ruang tamu.

Arissa, kau tunggu sekejap. Aku nak ke bilik jap. Nelissa panggil Pak Mat, tukang kebun, untuk mengangkat beg ke biliknya.

Arissa melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Dia memerhati sekitar ruang tamu. Masih macam dulu. Elegan dengan perabot mahal yang diimport.

Hmm..bertuah Nely. Nak apa pun dapat tapi kesian juga tengok dia. Macam tak cukup kasih sayang. Arissa menopang dagu.

Seketika kemudian dia tersenyum.

Hmm..kata orang. Aku pun apa kurangnya. Lagi tak cukup kasih sayang.. Arissa sengih seorang diri. Bila difikirkan balik, kehidupannya lagi tak tentu arah sebenarnya. Tiada ayah, ibu pula jauh di Korea. Sebatang kara menempuh hidup di bumi sendiri.

Ada jejaka yang cintakannya pula, terpaksa putus. Lagi malang bila menjadi mangsa rakus lelaki Inggeris gila tu! Dan terasa lagi malang kalau Daniel berkeras nak nikah dengannya. Haih...

Weh! Berangan!

Arissa mendongak. Nelissa sudah bertukar baju. Kali ini seluar jeans biru dipadankan dengan baju lengan pendek ketat.

Kenapa kau pandang aku macam tu

Tak ada..kau kata dah tak nak pakai macam ni. Ni, baju ni. Ketat macam balut nangka! Arissa tuding baju yang melekat di tubuh Nelissa.

Alah...tak seksi kanNelissa kenyit mata.

Arissa geleng. Memanglah tak seksi tapi masih ketat. Nampak bonjol tu!

Alah..kau ni macam mak nenek la. Jom! Nelissa tarik tangan Arissa.

Eh, kau nak ke mana pulak ni

Ikut je la!

Kau tak penat ke Baru balik dari Jerman, dah nak merayap! Arissa terkocoh-kocoh mengejar Nelissa ke kereta.

Eh, kereta aku macam mana Arissa berhenti di pintu keretanya. Nelissa sudah menonong ke kereta Fair Lady putih.

Kereta kau tu biarlah kat situ. Sekarang ni kau ikut aku! Sekali lagi tangan Arissa ditarik masuk ke dalam kereta.

Ke mana

Nelissa tidak menjawab sebaliknya dia memecut laju keretanya menuju ke pusat bandaraya.

KLCC. Nelissa tersenyum lebar. Tak sabar dia membeli belah. Tangan Arissa dipegang kuat.

Eh beb! Kau ni nak ke mana sebenarnya Arissa terpaksa ikut rentak Nelissa.

Shopping la! Nelissa meluru ke sebuah kedai baju.

Arissa mendongak. Mark and Spencer. Huih! Mahal ni!

Eh, kau ni tak cukup lagi ke shopping kat sana Arissa belek baju di rak dalam kedai itu.

Alah..aku sempat shopping sekejap je. Kau tahulah papa aku tu. Jadual aku ketat kat sana. Nelissa masih memilih baju dan seluar.

Arissa geleng.

Kalau kau nak apa-apa, pilih je. Aku bayar! Nelissa sengih. Sudah tiga baju dicuba.

Kau jelah beli. Arissa pandang setiap baju dan seluar yang dijual di situ. Tak ada satu pun yang berkenan di hati.

Selesai membeli belah di situ, Nelissa ajak pula ke kedai lain. Arissa geleng lagi.

Beb, temankan aku ke salon. Rambut aku ni dah kembang la. Nelissa ke tingkat atas menuju ke salon.

Arissa senyum. Baru tinggalkan Malaysia dua minggu. Kalau sebulan Nelissa di luar negara, entah apa agaknya dia beli nanti. Borong semua agaknya.

Majalah dibelek perlahan sementara menunggu Nelissa mencuci rambut.

Beb..papa dan mama kau tahu ke kau dah balik ni Arissa berpaling ke arah Nelissa yang sedang menadah kepalanya untuk dicuci.

Tak..saja aku tak bagi tahu. Alah, dia orang pun bukan ambil kisah pun. Sebab tu aku suruh kau jemput aku kat airport tu. Nelissa senyum. Kepalanya terdongak. Rambutnya dicuci perlahan.

Tak ada la..buatnya papa dan mama kau risau macam mana Arissa letak majalah. Dia pandang Nelissa yang sudah hampir siap rambutnya dicuci oleh amoi cantik.

Dia orang tu tak kisah pun kat aku. Kalau aku tak balik pun, mereka tak kisah.

Hish! Tak baik kau cakap macam tu Nely. Syukurlah kau masih ada papa dan mama kau.. Arissa geleng. Ternyata Nelissa tidak betah bila berbicara tentang orang tuanya.

Kau dah jumpa mak kau ke Nelissa mula bangun. Rambutnya dikeringkan pula.

Arissa senyum. Dah!

Ya Macam mana kau jumpa Dah tahu alamat tu Nelissa berkerut kening.

Alamat tu dah tak boleh pakai dah. Arissa sengih lagi.

Habis tu Macam mana kau jumpa mak kau Nelissa betulkan tuala yang menutupi rambutnya.

Arissa diam seketika. Pertemuannya dengan ibu kandung di rumah Ustazah Waddah dan Ustaz Hakimi sememangnya tidak dijangka olehnya. Tak sangka selama ini Daniel mengenali ibunya.

Beb, aku tanya ni!

Arissa tersedar dari lamunan.

Kau tanya apa tadi

Mengelamun pula dia ni! Aku tanya tadi, macam mana kau jumpa mak kau Nelissa jeling. Rambutnya masih berbungkus.

Oh...nantilah aku cerita. Hmm..sebut pasal ni, lepas ni kita ke rumah aku. Mak aku ada kat rumah. Aku nak kenalkan kau dengan dia. Arissa senyum lebar.

Nelissa jeling lagi. Berkerut kening melihat perubahan wajah Arissa. Tadi bukan main lagi sugul. Macam ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari aku...

KERETA FAIR LADY putih Nelissa meluncur pula ke Sri Hartamas menuju ke kondominium Villa Indah.

Masuklah! Arissa buka pintu selepas memberi salam.

Nelissa menapak masuk mengikut Arissa yang sudah ke dapur meletak makanan yang dibeli tadi. Sempat singgah di sebuah restoran barat membeli ayam panggang.

Duduklah dulu Nely.Arissa sibuk di dapur menghidang ayam panggang dan membancuh jus oren. Seketika kemudian dia keluar membawa pinggan dan minuman yang dibancuh tadi.

Mana mak kau Nelissa jenguk sekitar ruang tamu.

Dia ada..sedang solat. Arissa senyum. Dia pandang jam di dinding. Asar sudah masuk sejam yang lalu. Dia pula esok baharu boleh solat. Sudah seminggu datang bulan. Dia kembali ke bilik ibu.

Lama Arissa tunggu ibunya selesai solat.

Omma, Arissa ada bawa kawan.. Arissa rangkul bahu ibunya.

Ya Siapa

Dia ada kat ruang tamu.. Arissa senyum. Mereka berdua mula menapak ke ruang tamu.

Nely, ni omma aku. Omma, ni Nelissa. Arissa kenalkan pada Nelissa.

Nelissa mendongak. Lama dia memerhati wajah tua itu. Seakan pernah dilihat dulu.

Makcik apa khabar Nelissa bangun dan mencium tangan ibu Arissa.

Alhamdulillah. Nelissa apa khabar Fatimah senyum. Terkesima melihat kecantikan Nelissa. Jelas ada iras seseorang yang cukup dikenalinya.

Baik makcik.Nelissa senyum.

Mereka bertiga mula duduk di sofa. Berborak sambil menikmati ayam panggang dan jus oren. Banyak kisah dulu menjadi topik perbualan.

Patutlah makcik fasih berbahasa melayu. Lama tu makcik duduk Malaysia. Nelissa kagum mendengar kisah makcik Fatimah.

Arissa hanya senyum mendengar perbualan ibunya dengan Nelissa.

Err..makcik dah lama ke masuk Islam Nelissa semakin teruja mendengar kisah makcik Fatimah.

Sebenarnya makcik belajar di Malaysia dan ambil bidang pengajian bahasa Melayu. Masa itulah makcik terpikat dengan keindahan Islam. Makcik belajar dengan seorang kawan yang juga satu universiti dengan makcik. Dia yang selalu beri nasihat dan juga beri ilmu pada makcik. Akhirnya makcik mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di masjid negara. Dari situ, makcik belajar secara formal di PERKIM dan juga menghadiri ceramah di masjid. Alhamdulillah, makcik cepat belajar. Fatimah tersenyum manis.

Mengingati pengembaraannya di bumi Malaysia dan mengenali Islam cukup membuat hatinya tenang.

Nama Korea makcik apa eik Nelissa semakin teruja.

Nama makcik Lee Dae Hae. Lepas peluk Islam, makcik tukar nama kepada Fatimah Abdullah tapi makcik lebih suka dipanggil Dae Hae. Itu nama yang orang tua makcik beri sejak lahir. Macam Arissa, nama Korea dia Lee Jun Shee.. Fatimah senyum. Mata melirik pada anak gadisnya yang tersenyum di sebelah.

Ya Kalau macam tu, aku panggil kau Jun Shee. Eh! Sekejap! Bukan ke nama tu nama heroin cerita drama Korea My Girl ke Nelissa sengih.

Bukanlah! Kalau heroin tu..namanya Yoo Rin!

Arissa cubit lengan Nelissa.

Tapi dalam surat beranak, nama Arissa Lee Badlisha Abdullah Johari. Arissa mencelah. Dia pandang ibunya di sebelah.

Fatimah senyum hambar. Memang itu nama yang didaftarkan dulu masa Arissa dilahirkan dua puluh tujuh tahun dulu.

Haah eik Abdullah Johari! Eh, entah-entah kita adik beradik tak Nelissa sengih lagi.

Arissa cubit lengan Nelissa. Mana ada sama! Bapak aku Abdullah Johari. Bapak kau Tan Sri Johari! Jangan nak mengada-ngada!

Fatimah hanya tunduk. Biarlah Arissa tidak tahu semua itu.

Hmm..menarik cerita makcik ni. Lepas tu, macam mana dengan keluarga makcik di Korea Nelissa semakin dekat dengan ibu Arissa.

Fatimah menarik nafas seketika. Dia pandang Arissa dan Nelissa silih berganti.

Makcik anak tunggal. Masa makcik di Malaysia, ayah dan mak makcik sudah meninggal akibat kemalangan jalanraya. Masa tu makcik serba salah. Bayangkan makcik baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, makcik terima berita orang tua makcik meninggal dalam kemalangan.. Fatimah tunduk.

Arissa peluk ibunya. Air mata yang mula mengalir di pipi ibunya disapu lembut.

Oh..maafkan saya makcik.. Nelissa turut pegang erat tangan makcik Fatimah.

Tak apa...Fatimah mendongak dan mula tersenyum.

Hmm...jadi...bila makcik kahwin Nelissa mula senyum. Sempat jeling Arissa di sebelah makcik Fatimah.

Fatimah terdiam sebentar. Soalan Nelissa memang payah untuknya menjawab. Lama dia menghela nafas.

Lepas habis belajar, makcik mula kerja sebagai penterjemah bahasa. Bahasa Korea ke bahasa Melayu. Masa tulah makcik kenal seorang lelaki. Kami saling mencintai satu sama lain. Kami kenal agak lama juga. Lepas tu..lahirlah Arissa. Fatimah tunduk. Terpaksa cerita kisah cinta yang dikhianati.

Siapa suami makcik Nelissa masih berminat.

Kau ni! Tentulah ayah aku! Abdullah Johari bin Hassan! Arissa luku kepala Nelissa. Soalan bodoh apa la!

Nelissa sengih sumbing.

Fatimah hanya senyum hambar. Arissa dipandang penuh kasih. Sampai sekarang rahsia itu masih tersemat kukuh. Arissa tak perlu tahu.

Habis tu macam mana makcik boleh kembali ke Korea Sambung Nelissa lagi. Khusyuk mendengar kisah pahit manis makcik Fatimah.

Arissa turut pandang ibunya. Dari dulu dia ingin tahu kenapa dan atas sebab apa ibunya bawa diri ke Korea.

Makcik kecewa. Makcik ajak ayah Arissa pulang ke Korea dan membina hidup di sana tapi ayah Arissa menolak. Masa tu Arissa baru nak masuk tujuh tahun. Makcik nak bawa Arissa bersama tapi dihalang ayah Arissa. Lama makcik menangis dan memendam rasa.

Makcik terpaksa berpisah dengan ayah Arissa dan pulang ke Seoul. Makcik selalu tulis surat pada Arissa tapi tak pernah dia balas.

Makcik sedih tapi kesedihan makcik terubat bila makcik ada Zaki, abang susuan Arissa yang makcik bawa ke Seoul sekali. Fatimah tunduk. Air mata disapu perlahan.

Arissa tergamam. Surat

Omma! Arissa tak pernah terima surat dari omma. Betul ke omma hantar surat kepada kami Arissa pegang kedua bahu ibunya.

Tak terima Fatimah pula terkejut.

Arissa angguk. Selama ini dia ingat ibunya langsung tidak endahkannya. Tidak ingat padanya lagi!

Entahlah... Fatimah tunduk lagi. Matanya sekali lagi berair.

Kenapa ayah tak pernah cerita pasal surat tu pada Arissa Arissa masih bingung.

Nelissa pula terdiam. Kali ini perbualan itu disambung pula oleh Arissa.

Mungkin dia marahkan omma...

Omma... Arissa peluk erat ibunya. Sebelum ini tidak terfikir untuk bertanya ibu tentang semua itu. Hati terlalu gembira dan teruja bila dapat bertemu semula dengan ibu yang telah lama terpisah! Dan hari ini...semuanya terbongkar.

Makcik...maafkan saya. Saya tak sepatutnya banyak tanya tadi. Maafkan saya ya makcik.. Nelissa

turut peluk tubuh orang tua itu. Fatimah diapit oleh Arissa dan Nelissa.

Dahlah. Makan ayam tu. Banyak lagi tu. Fatimah mula senyum.

Mereka mula menyambung menikmati ayam panggang.

Hmm..lama berborak ni, terlupa makcik, Nelissa tinggal di mana Fatimah melemparkan senyuman manis.

Saya tinggal dengan orang tua saya di Bukit Antarabangsa. Nelissa sengih sambil mengunyah paha ayam.

Oh... Fatimah angguk-angguk.

Omma, Nelissa ni anak orang kaya. Papa dia tu Tan Sri Johari Nasir! Omma tahu tak, arwah ayah bekerja dengan papa Nelissa ni sampailah ayah menghembuskan nafas terakhir. Arissa pula mencelah.

Fatimah tersedak. Arissa cepat-cepat menghulurkan air.

Pelan-pelan omma.. Arissa urut dada ibunya.

Jadi..Tan Sri Johari tu..ayah Nelissa Fatimah tergamam.

Nelissa angguk.

Fatimah menelan liur berkali-kali. Dia mula rasa serba tidak kena. Patutlah pertama kali melihat raut wajah Nelissa tadi dia sudah dapat agak yang Nelissa ada iras lelaki itu.

Kenapa makcik Nelissa pula rasa tidak sedap hati.

Err..tak..tak ada apa.. Fatimah cuba bersikap biasa.

Makcik kenal ke papa saya Nelissa masih tidak puas hati. Riak makcik Fatimah tadi seperti ada sesuatu yang tidak beres.

Err...kenal macam tu je... Terpaksa Fatimah jawab. Riak Nelissa seperti ingin sangat tahu.

Oh... Nelissa berkerut kening. Jawapan makcik Fatimah tadi tidak memuaskan hatinya.

Nelissa..makcik rasa malu sebab selama ni papa Nelissa yang biaya pengajian Arissa. Kerja Arissa lagi..rumah ni.. Fatimah pegang lembut tangan Nelissa.

Alah makcik..kecik je tu. Tak payahlah fikir sangat. Nelissa senyum lebar.

Yalah Nely...aku banyak terhutang budi pada kau dan famili kau. Tak tahu aku boleh balas ke tak.. Arissa turut pegang tangan Nelissa.

Hmm..kalau aku ni lelaki, aku nak kau balas dengan berkahwin dengan aku! Nelissa ketawa mengekek.

Arissa cubit lengan Nelissa. Otak kau ni!!

Fatimah hanya senyum. Kalau Nelissa lelaki sekali pun, Nelissa tidak boleh merealisasikan perkara itu.

Hmm..okeylah. Aku balik dulu. Aku belum jumpa lagi papa dan mama ni. Balik dari Jerman tadi, terus merayap! Nelissa sengih.

Tahu pun kau! Arissa turut senyum.

Hati-hati bawa kereta. Fatimah usap lembut rambut Nelissa.

Baik makcik.. Nelissa mencium tangan makcik Fatimah.

Nely, kereta aku macam mana Arissa baru teringat kereta MyVinya tersadai di rumah Nelissa.

Alah..esok tak kerja kan Nanti aku suruh orang hantar kat sini esok. Nelissa sengih. Dia menapak ke pintu lif.

Nelissa melangkah perlahan ke keretanya semula. Dia mula masuk ke dalam kereta. Lama termenung. Di benaknya masih mengingati semula perbualan dengan ibu Arissa.

Hmm...aku macam pernah nampak mak Arissa tu. Kat mana ya.... Nelissa cuba mengingati raut wajah makcik Fatimah semula.