KAU nak pergi mana, tu
Airish menyoal sebaik sahaja melihat kelibat Afiqa melintasinya sambil membimbit satu beg. Tidak pasti apakah isinya, cuma apa yang dia pasti beg Afiqa terkandung raket badminton. Untuk apa Dahi Airish berkerut sendiri. Gelas di tangan diletakkan di dalam sinki sebelum mendekati Afiqa.
Saya nak pergi training.
Airish mengangkat keningnya sebelah kanan. Training Training apa ke bendanya
Saya ada hari sukan nanti. Saya main acara badminton. Itu yang saya nak pergi training ni, ujar Afiqa ceria. Dia sebenarnya bersemangat ni. Mahu memulakan latihannya
Kau pair dengan siapa
Afiqa mengeluh. Banyak pulak soalannya. Jam tangan dikerling Afiqa sekilas. Dia bimbang dia lambat nanti.
Tak ada dengan siapa-siapa. Saya main perseorangan aje.
Mahu melopong mulut Airish. Tidak percaya Afiqa boleh bersukan. Setahunya, gadis itu langsung tidak menunjukkan sebarang minat di dalam sukan. Yelah, asyik menghadap buku dan laptop sahaja.
Apa Afiqa menyoal kurang berpuas hati dengan riak wajah Airish yang seakan-akan tidak mempercayai kebolehannya.
Kau pandai main ke
Afiqa mendengus lembut. Dah agak dah. Ini belum dia bagitahu Katrina. Kalau dia bagitahu perempuan itu, sudah pasti perkara ini akan dijadikannya sebagai bahan gelak nanti.
Memanglah tak pandai. Kalau pandai, tak adalah pulak saya nak pergi training. Dahlah, saya dah lambat.
Eh! Siapa suruh kau pergi halang Airish.
Terkebil-kebil mata Afiqa ketika itu. Lah! Kenapa pulak dengan mamat ni
Kenapa Selama ni, awak okey aje, kalau saya keluar.
Dah! Masuk! Tak payah pergi. Duduk dekat rumah aje.
Kali ini giliran mata Afiqa mahu terbuntang di situ. Kenapa pulak ni
Isyh! Mana boleh. Kalau saya tak training, malulah saya nanti. Sudahlah saya ni tak pandai main bab-bab macam ni, rungut Afiqa.
Yang kau pergi gatal masukkan nama kau tu kenapa
Habis, nak buat macam mana Semua wajib masuk. Apa patut saya buat Sudahlah, Airish. Saya kena pergi jugak. Kalau saya tak pergi, memang saya tak pandailah nak main.
Airish mengeluh sekejap. Pandangannya terhala pada Afiqa dari hujung matanya. Gadis itu sudah mahu menjejak lantai luar rumahnya. Airish menghembuskan nafasnya. Huh! Sakit hati berulam jantung betul!
Kau ada raket lebih
Huh
KAU pandai main ke tidak
Afiqa mengetap bibirnya. Geram. Asyik kena marah sahaja. Tahulah dia tidak pandai bermain. Dia pulak lelaki. Huh! Memang menguji kesabaran betul!
Tak! Yang awak tu, bagilah slow-slow sikit bola tu. Ini tak, lempar jauh sana sini. Lenguhlah saya nak kejar.
Bebel Afiqa dengan nada tertahan. Sumpah dia geram dengan sikap Airish. Lelaki itu langsung tidak kasihankan dirinya. Bola yang terperosok jauh ke dalam pokok hiasan di lamannya, diambil Afiqa. Sakit tangannya akibat terkena ranting-ranting kayu yang tajam di dalam pokok itu. Jelingan tajam dihadiahkan buat Afiqa.
Kata, nak training. Aku tengah bagi traininglah ni.
Afiqa mengetap giginya. Tengkorang dia punya training! Asyik dia bagi smash aje kat aku. Sampai ke mati pun aku tak boleh angkat. Nanti, kalau dia smash kat aku lagi, aku balas dengan lempar raket ni baru tahu. Dah, cepat! arah Airish.
Afiqa mencebik kecil. Kesal bersetuju untuk bermain bersama Airish. Kena dera dia kalau inilah caranya.
Cepatlah!
Pukulan bermula. Masing-masing bersedia dengan sebarang balasan pukulan demi pukulan. Pukulan Airish semakin dapat disambut Afiqa dengan baik. Raketnya tegak berdiri seiring dengan rentak bulu tangkis yang dimainkan. Kedua-duanya mempamerkan aksi yang baik. Airish memperlahankan rentak, dan Afiqa dapat mengikut. Cukup memberasangkan.
Bola tanggung yang diberikan Airish tidak mahu dilepaskan Afiqa. Pantas, Afiqa berlari ingin mendapatkan bola tersebut. Peluang keemasan begini takkan mahu dilepaskan begitu sahaja! Raket Afiqa dilayangkan tinggi. Namun, malang tidak berbau. Kakinya tiba-tiba tergelincir sekaligus tubuhnya terjelopok jatuh di atas tanah.
Aduh! Afiqa menjerit sambil tangannya cuba memicit kakinya sendiri di halaman itu. Airish pantas bergerak ke arah Afiqa.
Fiqa rasa macam kaki Fiqa terseliuhlah. Sakit.
Sakit ke prihatin Airish menyoal bersama keningnya yang terangkat sebelah. Tangan lelaki itu mencuba memicit kaki Afiqa.
Aduh!
Sakit
Afiqa mengangguk bersama cebikan manja di bibir. Persis seperti dirinya sedang meraih simpati suaminya sendiri.
Boleh main lagi tak
Afiqa menggeleng manja. Afiqa kaget apabila terasa tubuhnya bagaikan terangkat bagai awan di udara. Ruparupanya, Airish sedang mencempungnya. Ah, memang terasa indah dunia ini. Afiqa apa lagi. Ambil kesempatanlah. Leher Airish dirangkul. Pertama kali berbuat begitu sungguh terasa syok!
Tak tipu.
SUDAH-SUDAHLAH tu. Kau bukannya sakit sangat pun. Sengaja nak cover malu sebab jatuh, kan
Airish datang sebelum menghempaskan duduknya di atas meja kopi berdekatan dengan Afiqa. Kaki Afiqa dicuit sedikit. Afiqa mencelikkan matanya kecil. Kemudian, ditutup kembali. Dia tak mahu bangun! Malu besar dia nanti.
Airish tersengih. Afiqa nak bermain tarik tali dengan dia agaknya.
Kaki Afiqa dicuitnya lagi. Semakin galak Airish mengusik Afiqa. Nampaknya, liat benar Afiqa untuk bangun. Dia perlu mereka taktik yang berkesan supaya perempuan itu bangun.
Kalau kau tak nak bangun, aku geletek kau nanti! ugut Airish.
Afiqa sebenarnya malas nak bangun, tetapi si Airish bukannya boleh dibuat main. Kalau dia kata macam tu, macam tulah gayanya. Baru sahaja matanya ingin berpurapura seperti baru terjaga dia dikejutkan pula dengan ugutan kedua Airish.
Tapi, kalau kau bangun aku cium kau nanti.
Mahu terbeliak mata Afiqa. Cium Gulp! Tapi, antara cium dengan geletek mana lagi sukar untuk dia lalui, huh Akal Afiqa sedang menimbang balik dengan matanya yang terkatup itu.
Aku kira sampai tiga aje. Satu.
Afiqa berpura-pura menguap sebelum bangun perlahan-lahan. Airish ini bukannya pandai matematik pun. Mungkin lepas satu dah masuk lima. Tak pasal-pasal pinggangnya jadi mangsa geleteknya nanti.
Dia tak nak. Sebaik sahaja mata Afiqa cerah dicelikkan, terjengul senyuman nakal Airish di matanya. Lelaki itu ralit memandangnya dengan pandangan yang sukar buat Afiqa fahami. Jelasnya, bulu romanya kelihatan menegak memandang cara pandangan Airish padanya. Seram sejuk dia dibuatnya.
Kau bangun
Terjungkit-jungkit kening Airish terangkat beberapa kali ke atas dan ke bawah. Afiqa memandang Airish dengan keningnya terangkat. Dia berpura-pura tidak mengerti dengan kenyataan Airish itu.
Kenapa Airish tersengih.
Dirinya mencuba meronta. Bahunya mencuba menolak pelukan Airish di tubuhnya. Kepalanya cuba diangkat dari bertapak di dada Airish. Namun, kekuatannya manakan sama, lalu kepala Afiqa ditolak Airish, sebelum pelukannya di tubuh Afiqa ditarik kuat lagi supaya tubuh gadis itu bersandar di dadanya yang bidang itu.
Afiqa mencuba meronta sekali lagi, tetapi gagal. Dia letih. Akhirnya dia beralah.
Airish....
Lepaskanlah saya.
Kalau aku tak nak
Afiqa terus menggigit bahu Airish. Apabila lelaki itu mengaduh kesakitan, spontan pelukannya terlerai. Dia hanya memerhatikan Afiqa yang sudah melangkah meninggalkannya.
Fiqa! Jaga kau!