MY SWEET ARISSA - 45
SIAPA pula yang call ni Tak ada siang ke Orang tengah...! tidak dapat dihabiskan

ayat-ayat itu apabila Arissa memekup mulutnya.

Hakimi ketawa sambil mencapai telefon bimbitnya. Walid! dia menuding jari ke telefon bimbitnya. Mujurlah dah selesai tetapi belum puas hendak bermesra-mesraan dengan isterinya. Potong stim sungguhlah Encik Razali. Masakan lelaki itu tak faham!

Hakimi berdehem beberapa kali sebagai membetulkan suaranya.

Assalammualaikum, Walid. Dia memberi salam.

Waalaikumussalam. Buat apa

Hakimi memandang Arissa yang memandangnya. Dia sengih. Masakan nak beritahu tengah buat projek.

Tengah tolong Arissa buat status repot untuk resort, bohongnya kemudian menutup mulut sebagai menahan tawa.

Panjang sengih Arissa mendengar alasan yang diberi oleh Hakimi.Teruk betul Hakimi ni. Ada ke patut begitu. Carilah alasan lain, gumamnya sendiri.

Ooo... Walid nak jumpa sekejap. Ada hal ni. Serius suara Encik Razali.

Ya. Lemah dia mendengar pesanan Walidnya sebelum memutuskan talian. Telefon bimbit diletak di atas meja sisi katil.

Kenapa soal Arissa ingin tahu sambil membetulkan selimut yang menutupi tubuhnya. Walid nak jumpa. Kenapa ulang Arissa.

Entahlah.

Hakimi meletak ciuman di bibir isterinya. Kemudian kembali memandang Arissa. Diulangnya beberapa kali sebelum bangun mencari tuala dan hilang ke dalam bilik mandi.

Arissa bangun sambil mencapai rob satin berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh Hakimi siang tadi. Entah di mana suaminya beli rob itu dia pun tidak pasti. Mungkin di Kuala Lumpur.

Sayang nak apa-apa ke Dia menyoal Arissa sebaik keluar dari bilik mandi. Baju tadi disarungkan ke tubuhnya. Begitu juga dengan seluar jeans yang dipakainya semasa majlis BBQ tadi.

Nak tidur. Penat. Memang dia rasa penat sangat. Hampir seharian di tapak projek. Tinjau sana sini untuk segala repot yang perlu disediakan bila kembali ke pejabat nanti.

Tunggu abang, rengek Hakimi.

Tuan Pengarah jumpa dengan CEO mesti lama kan. Baik Ris tidur, usik Arissa.

Pantas Hakimi menarik Arissa dan mencium bibir isterinya. Geram sungguh dia asyik diusik dan disakat oleh isteri. Arissa semakin nakal dan sudah pandai menyakatnya sejak akhir-akhir ini.

Haa... kan dah kena. Hakimi melepas ciuman dan pelukan dari tubuh isterinya.

Terkedu Arissa dan hanya memandang Hakimi yang sudah melangkah ke pintu dengan senyuman nakalnya.

Hakimi menoleh kemudian ketawa lalu melangkah keluar.

Eh, baru balik tegurnya pada Shima yang sedang membuka pintu biliknya. Dia beralih kepada Encik Johan yang tinggal selang beberapa pintu dari biliknya.

Aah... jawab Shima lemah sambil menujuk beberapa beg plastik cenderamata untuk ibu dan adik-adiknya. Seketika gadis itu hilang masuk ke dalam biliknya.

Ke mana soal Encik Johan.

Walid nak jumpa, keluh Hakimi.

Encik Johan sengih.

Midnight meeting ke ni usiknya.

Hakimi pula sengih dan terus melangkah menuju ke pintu untuk keluar dari blok bilik hotel itu. Sesampai di kafe di lihat Encik Razali dan Mr Ruben.

Apa halnya Walid soal Hakimi sebaik duduk di hadapan lelaki itu. Dia memandang Mr Ruben. Tadi lelaki itu tiada semasa majlis BBQ. Tiba-tiba sekarang lelaki itu muncul pula. Selalu macam tu.

Ini ada sesuatu Walid nak Kimi tengok. Bukan sampul tu, tengok isi dalam dia. Encik Hakimi menolak sampul surat bersaiz A4 ke hadapan Hakimi.

Segera Hakimi mengeluarkan isi di dalamnya. Terkejut dia melihat Sijil Kematian Marini Abdu Hamid.

Err... siapa ni Dia memandang Encik Razali kemudian Mr Ruben.

Adik Uminya.

Sekali lagi Hakimi menelek sijil kematian itu. Benarlah, wanita itu berbintikan Abdul Hamid, arwah Wannya. Inilah adik Puan Hanim yang hilang entah ke mana. Dah meninggal rupanya, bisiknya sendiri. Tak ralat ke Puan Hanim tidak sempat menemui adiknya

Dia dah meninggal, kata Hakimi sambil melihat tarikh di sijil kematian itu.

Ya. Sehari selepas Toknya meninggal. Dia meninggal dengan suaminya dalam kemalangan, jelas Encik Razali menahan sebak.

Sedikit terkejut dia dengan berita yang disampaikan oleh Walidnya.

Walid memang cari adik Umi ni ke Sebenarnya dia tidak faham dengan maksud Encik Razali. Tetapi dia dapat rasakan sesuatu yang sedang berlegar di antara mereka semua. Termasuklah Arissa.

Encik Razali memandang Mr Ruben yang senyap sejak kedatangan Hakimi sekejap tadi. Kembali pandangannya terarah kepada Hakimi.

Walid Kenapa Siapa perempuan ni sebenarnya Berdebar-debar dia melihat reaksi Walidnya.

Adik Umi tu... ibu Arissa, jawab Encik Razali.

Apa! Terkejut dia dengan apa yang dijawab oleh Walidnya.

WALID kenal ibu Arissa sebelum kenal dan bernikah dengan Umi Kimi lagi.

Memang kami pernah bercinta, akui Encik Razali selepas Mr Ruben meninggalkan mereka berdua di kafe hotel untuk balik ke biliknya.

Hakimi senyap dan membiarkan lelaki itu terus bercerita kisah dirinya, Marini dan Puan Hanim. Riak wajah lelaki itu menggambarkan perasaannya suatu masa dahulu. Tentu Marini ini seorang yang istimewa pada Encik Razali. Mungkinkah ia cinta pertama Walidnya

Uminya anak sulung. Beza antara Umi dan Marini, empat lima tahun macam tulah. Orang dulu-dulu... kalau boleh nak anak sulung kahwin dulu. Tak mahu langkah bendul. Takut dikata anak sulungnya tak laku. Itulah pandangan masyarakat dulu-dulu kan, keluh Encik Razali mengenangkan kisah tiga puluh tahun yang lalu.

Hakimi mengangguk.

Sebelum Walid dan Umi nikah, dia dah keluar dari rumah Tok. Tak tahu kenapa Tok dan Wan pun tak tahu dia ke mana. Lepas tu memang dia tak balikbalik sampailah Wan dan Toknya nak ke Mekah. Wan meninggal kat Mekah pun mungkin dia tak tahu. Tapi Mr Ruben kata, dia dan suami dia terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan nak balik kampung melawat Toknya yang meninggal.

Mak Cik dah kahwin ke masa tu Hakimi bertanya.

Tekun dia mendengar cerita Encik Razali. Ya, dia juga ingin tahu sejarah sebelah Puan Hanim yang tidak langsung diceritakan oleh Puan Hanim kepadanya.

Dah. Masa tu Arissa dah ada. Umur dah 8 tahun. Dia kahwin dengan pekerja di rumah anak yatim tu juga. Namanya Mohd Salleh bin Ibrahim. Mak Ciknya pula tukang masak di situ juga. Lepas mereka meninggal, Arissa terus tinggal di situ sampailah dia ke univerisiti.

Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Dia dan Arissa bersepupu. Begitu pun, ibu Arissa, Marini adalah anak angkat kepada Hajah Saerah dan Haji Abdul Hamid. Kedua mereka menemui anak kecil berusia baru beberapa hari di tangga masjid ketika hendak masuk bersolat subuh.

Sejak itu mereka memelihara anak itu yang diberi nama Marini. Sebagaimana ibu, begitulah anaknya menjadi yatim piatu. Tetapi, Marini lebih beruntung daripada Arissa yang terpaksa membesar di rumah anak yatim seolah-olah tiada saudara mara.

Walid dah tahu sebelum ni kan Hakimi memandang Encik Razali.

Encik Razali mengangguk.

Tapi masa tu tak pasti lagi. Dia hanya sebut ibunya nama Marini Abdul Hamid. Berbangsa Cina, anak angkat orang Melayu. Wan meninggal di mekah, jelas Encik Razali mengingatkan perbualannya dengan Arissa ketika mereka pergi berjongging beberapa ketika dahulu.

Giliran Hakimi pula mengangguk.

Masa Walid tengok gambar ibu Arissa di pangsapuri tu, Walid pasti sangat. Itulah adik Umi dan Arissa anak saudara Umi, jelas Encik Razali.

Patutlah Encik Razali terkejut selepas itu, desisnya.

Jangan beritahu Umi pasal ni semua. Dan jangan beritahu Arissa, pesan Encik Razali.

Kenapa

Belum masanya. Walid kesian kat Arissa kalau dia tahu nanti. Walid tak mahu dia pergi dari kita seperti ibunya.

Berdebar dada Hakimi mendengarnya. Tidak tahu dari mana munculnya rasa pedih dan perit sebaik mendengar ungkapan Encik Razali sekejap tadi. Namun akan dipastikan itu tidak akan berlaku. Arissa akan tetap di sisinya biar apa pun terjadi.

Pelik Kenapa Umi benci sangat dengan Mak Cik Marini tu

Mungkin cemburu yang tak pernah padam, keluh Encik Razali.

Cemburu! sebut Hakimi sambil menarik nafasnya dalam-dalam mengingatkan perbualannya dengan Encik Razali tadi.

Lama dia memandang siling putih di atas sana.

Dari menelentang dia mengiringi memandang Arissa yang nyenyak di sebelahnya. Melihat wajah itu damai mengulit mimpi, hatinya menjadi pilu dan pedih. Bagaimana anak berusia lapan tahun suatu ketika dahulu boleh tabah menghadapi kehilangan kedua orang tuanya.

Hakimi mencium pipi Arissa untuk kesekian kali. Diusap rambut isteri yang sudah panjang mencecah bahu. Tersenyum dia apabila teringat ketika mereka bertemu di dalam lif suatu ketika dahulu. Gadis berambut pendek yang ligat dan lincah. Kehidupan yang sukar membuat Arissa terpaksa menjadi berani menongkah arus dalam hidupnya.

Hakimi bangun dan melangkah menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Setelah berpakaian, dia segera mengerjakan solat sunat 2 rakaat disusuli solat Sunat Tahajud dan solat Sunat Taubat.

Usai berdoa dia melipat sejadah dan menanggal bajunya dan kembali mengenakan seluar tidurnya tadi. Tirai dipintu gelangsar diselak sedikit merenung pantai yang jauh hampir dua puluh meter dari biliknya. Kelihatan laut beriak kecil namun ombak-ombak terus mengejar pantai dan kembali semula ke laut.

Hakimi senyum apabila merasa tangan kecil Arissa sudah merantai pinggangnya dari belakang. Isterinya semakin pandai menggoda, menyakat dan mengusiknya. Dipegang tangan itu dengan erat.

Lama mereka begitu dan dia selesa dipeluk isteri dari belakang. Dia tahu Arissa juga selesa begitu. Diusap lembut tangan isterinya. Kemudian ditaut antara jari-jari Arissa yang halus dan runcing.

Kenapa

Senyum dia mendengar suara Arissa yang serakserak di belakangnya.

Kenapa apa Sengaja dia menyoal balas sekadar main-main.

Abang tak tidur

Hakimi merungkai ikatan tangan Arissa dan membalikkan tubuhnya menghadap isteri. Senyum dia memandang Arissa dengan rambut yang sedikit kusut. Dipeluk pinggang isteri. Bibir yang sentiasa merah itu dikucupnya.

Terkejut Arissa.

Abang ni... ditolak sedikit Hakimi yang sudah ketawa.

Tak suka

Terkejut tau! jeling Arissa. Dahlah... Arissa memusingkan tubuhnya hendak kembali semula ke katil namun pantas Hakimi menariknya dan terus diangkat si isteri ke katil.

Tersengih Arissa sebaik Hakimi memeluknya. Suka dia kalau lelaki itu memeluknya begitu. Dirapatkan tubuhnya ke tubuh Hakimi.

Kenapa

Nak abang peluk ketat-ketat, balasnya.

Tak cukup ketat ke

Tak. Nak ketat, seketat, ketatnya, lagi dan lagi. Arissa ketawa.

Sengih Hakimi mendengarnya. Ditenyeh hidungnya yang mancung ke pipi isteri.