Nasihat niaga tu berbunyi begini:
Kenapa ada sebahagian orang bisnes yang kita lihat tahap fokus mereka sangat tinggi
Fokus mereka cukup padu dan jitu. Adakah betul mereka ini tamak duit Hari-hari sibuk kejar dunia
Ini jawapan yang aku peroleh apabila kerap bertemu dengan mereka:
+ Mereka tidak berjuang untuk mengenyangkan perut mereka seorang.
+ Mereka tidak berjuang untuk kejayaan mereka seorang.
+ Mereka tidak berjuang untuk kekayaan mereka seorang.
+ Mereka tidak berjuang untuk pembangunan karier mereka seorang.
+ Mereka bukan memimpin diri mereka seorang.
Itu sebab mereka fokus.
Mereka berjaya, pada masa yang sama menjayakan orang lain dalam kumpulan syarikat mereka.
Mereka berusaha cipta masa depan lebih baik dengan cara beri lebih banyak kebaikan dan manfaat pada orang lain.
***
Aku cuba refleks balik nasihat niaga ini dengan apa yang sedang aku usahakan sekarang, dalam jurusan Takaful.
Ada kurang lebih 50 orang TAKAFULMAN bernaung di bawah seliaan dan tanggungjawab aku. Aku sendiri tak lah berjaya mana pun, cuma kenapa aku passionate nak teruskan, antara sebabnya untuk kejayaan masa hadapan ahli pasukan aku.
Mereka juga belum lagi berjaya, tapi yang menggembirakan, kawan-kawan TAKAFULMAN aku ni sudah berada di suatu level yang mereka tak capai sebelum join pasukan aku.
Untuk faham benda ini mudah je. Sebelum mereka join aku, mereka semua ada kerjaya macam kau orang. Lepas join, mereka masih ada kerjaya dan juga kerja Takaful.
Kalau kejayaan mereka kita ukur daripada segi Ringgit. Makanya sekarang sumber pendapatan mereka adalah:
Gaji kerjaya + income Takaful.
Okey bertenang. Masa aku ajak dulu, mereka ini sebenarnya boleh je cakap, Tak nak!, Tak best!, Boring!, Tak hip!
Tapi bila aku tanya balik,
Kalau perniagaan Takaful ni kau tak nak, tak best, boring, tak hip, cuba beritahu aku apa perancangan yang kau nak, yang best, yang tak boring, yang hip, yang kau rasa kau nak buat sekarang
Dalam situasi tu, tak ada sorang pun boleh kemukakan impian dan cita-cita apa perniagaan yang dia nak. Kalau ada pun cuma bayang-bayang yang jauh sangat nak direalisasikan.
Memajukan diri.
Ramai juga orang yang dulunya aku ajak, tapi bagi jawapan macam aku tulis di atas. Kalau sekarang mereka sudah ada kemajuan (dalam bidang lain yang mereka nak buat dan betul-betul buat) aku
bersyukur.
Tapi kalau yang tak best, boring, tak hip ni lepas 7-8 bulan masih tak ada tindakan apaapa, tak ada progress apa-apa, maka aku sangat bersimpati. Lagi teruk kumpulan ini lah harihari kondem syarikat, kondem bos, kondem sistem, semua benda silap dia je yang betul. Bila orang bagi peluang, dia pandang peluang dengan pandangan yang angkuh sombong.
Kumpulan ni susah kita nak bantu dan dorong, sebab mereka sendiri tak nak bantu dan dorong diri mereka untuk berubah ke arah jalan hidup yang lebih menguntungkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Aku tidak melihat ini semata mata dari lensa perniagaan Takaful, sebaliknya ia relevan untuk semua jenis peluang (yang legit) yang sebenarnya terbuka luas untuk mereka pilih dan laksanakan. Aku cuma mewakili satu peluang untuk kau cuba, dan sepastinya aku akan bimbing kau sampai dapat pulangan dan hasilnya.
Kalau tak minat tak nak tak apa, pergi lah cari peluang lain dan buatlah bersungguh sungguh.
Jangan sembang pung pang pung pang at the end of the day kau dok macam tu juga.