Complete Me - 46
Bab 46

YA, ALLAH! Mama! laung Dhia.

Terkejut bukan kepalang lagi dia. Matanya membulat tanpa henti membaca artikel di situ. Semakin lama dia membaca artikel tersebut, kerutan di dahinya semakin jelas terbentuk.

Ada apa, sayang gembira sahaja suara mamanya menyapa, masih tidak menyedari apa yang terjadi.

Udara yang nyaman di bumi Paris ini sangat menenangkannya. Musim bunga begini sangat tenang dan damai rasanya. Duduknya dilabuhkan di kerusi di situ sambil matanya tidak lepas memandang anak daranya, Dhia yang semakin lama, semakin boleh melupakan Airish sedikit demi sedikit.

Ma, look at this.

Artikel pada skrin laptop Dhia dialihkan pada mamanya. Wanita itu hanya menatap kosong sebelum matanya turut hampir terbuntang di skrin di situ. Tangannya menekup mulutnya.

Apa semua ni, Dhia

Dhia Anna mengalihkan kembali laptop agar kembali menghadapnya.

Pelik. Ini memang pelik, mama. Macam mana Dhia boleh ada dalam artikel ni It was about a few weeks ago. Macam mana Dhia boleh ada di Malaysia Macam mana Dhia boleh bertunang dengan Airish dada Dhia berdetak dengan kencang. Artikel itu dipandang lagi.

Mustahil! Sepatah sahaja perkataan itu muncul dari bibir mamanya.

Ini memang tak masuk akal kecuali ada orang yang menyamar jadi Dhia..., bebola mata Dhia bergerak dari kiri dan ke kanan, seperti terfikirkan sesuatu.

Apa kamu cakapkan ni Takkanlah macam tu pula! sangkal mamanya. Hatinya tidak berasa enak dan tidak tenang rasanya.

Takkanlah Darina spontan ayat itu meluncur laju dari bibir Dhia.

Mamanya di sebelah membulat matanya. Bahu anaknya ditepuk halus.

Apa kamu cakap ni Dah, jangan nak mengarut! Adik kamu dah lama jadi arwah. Tak mungkin dia hidup balik!

Betul tu..., Dhia seakan-akan berbicara sendiri. Matanya beralih ke sisi.

Cuma seorang aje yang mampu rungkaikannya, ma....

Mamanya mengerutkan dahinya. Entah kenapa jantung tuanya berdetak kuat. Tidak suka berperasaan begini. Perasaan dan persoalan aneh yang bertandang di minda ditolak ke tepi.

Siapa

Papa.

BARU sahaja langkah disusun ingin masuk ke dalam rumah, bunyi deruman enjin kereta menyentakkan Afiqa. Langkahnya dibatalkan begitu sahaja. Terpaku kemas matanya tertacap pada kereta BMW M6 series itu.

Itu kereta Rayhan. Sesaat, muncul wajah itu di sebalik kereta tersebut. Afiqa bagaikan tidak percaya. Lama matanya tertacap pada Rayhan yang turut merenungnya dengan pandangan yang redup. Satu pandangan yang membuatkan Afiqa resah pada sewaktu dulu. Namun, kini ia hanyalah sekadar renungan biasa buatnya. Entah kenapa, tetapi itulah hakikatnya.

Rayhan kelihatan begitu gembira. Kakinya laju menapak ke arah Afiqa. Ceria di wajahnya pabila dapat menatap wajah yang dirinduinya. Daripada pengamatannya, Afiqa nampak lebih anggun dan sangat cantik bagaikan bidadari yang baru sahaja turun dari langit. Matanya sungguh terpesona pada ciptaan Maha Esa yang satu ini. Bagai perasaannya ditarik-tarik agar mendekati Afiqa.

Afiqa mengundurkan setapak. Setapak Rayhan mendekati, setapak juga Afiqa mengundurkan diri. Rayhan tersenyum kecil melihat telatah Afiqa itu.

Fiqa.

Rayhan datang semakin dekat dengan Afiqa sekaligus mengurangkan jarak antara mereka. Tangan lelaki itu didepakan seluas mungkin. Ingin memeluk Afiqa. Tetapi, Afiqa bertindak menjauhinya. Dilarikan kakinya ke kanan.

Berhenti! Apa sebenarnya yang kau nak Afiqa bertanya terus.

Rayhan merenung Afiqa lama. Nafas panjang ditarik sebelum dihembuskan lembut ke udara. Tangannya dimasukkan ke dalam jaketnya. Liurnya ditelan. Lama matanya terhenti pada mata cantik milik Afiqa.

Abang nak Fiqa jawab panggilan hati abang.

Afiqa menarik nafas dalam-dalam. Rasanya inilah masanya untuk dia beritahu Rayhan tentang perasaannya. Rayhan perlu tahu supaya lelaki itu tidak lagi mahu menganggunya.

Katrina dah ceritakan segalanya. Aku tahu kau terpaksa tinggalkan aku dulu. Tapi, aku minta maaf. Pengakuan kau dah terlambat,

Dalam senafas sahaja tutur kata itu dituturkannya. Rayhan kelihatan tergamam saat mendengarnya. Mata Afiqa memanah tajam pada Rayhan.

Rayhan bercekak pinggang. Wajahnya diraupkan. Pandangan matanya sengaja dilarikan ke arah sudut lain, memandang pada sekeliling, sekaligus ingin menenangkan hatinya yang sedang hangat bergelodak dengan berbagai jenis perasaan yang kacau bilau. Mulutnya menganga tanda tidak percaya. Ingin diluahkan rasa kesal tidak mampu. Ingin gelak mahupun mengukirkan senyuman pun dia tidak mampu.

Kenapa Sebab Fiqa sayangkan Airish Sukakan Airish Cintakan Airish

Afiqa menunduk, merenung jalanan. Lambat-lambat, kepalanya mengangguk kecil.

Aku isteri Airish. Itu sebab yang pertama.

Rayhan terkedu. Tubuhnya mengeras di situ merenung pada Afiqa. Seketika, dia tergelak sinis.

Boleh abang balas dendam

Afiqa mengangkat mukanya dari menunduk. Matanya dipejam rapat sebelum dibuka perlahan.

Aku harap tak. Tapi, kalau itu yang boleh buat kau puas, then go ahead. Tapi, kau perlu ingat satu perkara. Perasaan aku tak akan berubah. Ia akan tetap sama. Untuk selamanya.

Rayhan terdiam di situ. Dia bagaikan tidak percaya, yang berdiri di hadapannya ini Afiqa. Gadis itu tampak banyak berubah. Buat sejenak, mereka terdiam yang akhirnya suasana tersebut terlerai dengan dengusan lembut daripada Rayhan.

Abang takkan buat macam tu. Sebab, hati abang pun akan turut terluka nanti.

Afiqa terkedu. Tinggi matanya diangkat memanah pada Rayhan. Tidak percaya itu ayat yang akan dituturkan Rayhan padanya. Bibir bawahnya digigit. Agak rasa bersalah pada lelaki itu. Namun, dia tidak mampu untuk ubah hatinya lagi. Hatinya sudah kukuh dengan nama Airish. Terus, masakan dia mampu untuk berlagak seperti dia cintakan Rayhan

Tapi, Rayhan datang mendekat sedikit. Jarak antaranya dengan Afiqa semakin dekat. Afiqa tidak pula mengundurkan diri.

... Abang akan balas dendam pada orang lain. The one who deserved this!

Terus tubuh Afiqa ditarik Afiqa masuk ke dalam pelukannya. Afiqa kaget. Membulat matanya. Kuat pelukan Rayhan. Memaksa tubuhnya melekap kemas di dada lelaki itu. Dia cuba meronta tetapi Rayhan kuat menolak belakang Afiqa agar setia melekap di dadanya sementara sebelah lagi tangannya memegang kepala Afiqa kuat.

Mata Rayhan tajam memandang pada Airish yang berdiri di pintu rumah. Bibirnya bergayut bersama satu senyuman sinis pada lelaki itu. Airish mengetap giginya. Gigi dikancing kuat. Rahangnya bergerak atas bawah.

Matanya membuntang bagai mahu terkeluar biji matanya. Matanya bertukar merah menahan asakan amarah di dada.

Dadanya dipalu kekuatan ombak ganas yang menghempas kuat badai hati dan perasaannya. Mencerlung tajam matanya memandang pelukan Rayhan pada Afiqa apatah lagi daripada pandangan matanya Afiqa langsung tidak meronta-ronta. Bagaikan merelakan sahaja pelukan itu berlangsung. Hati Airish panas!

Lalu, sekuat hati kakinya diangkat tinggi sebelum dihempaskan kuat pada dada Rayhan. Rayhan jatuh terbaring di atas lantai. Kuat Airish mengepal penumbuknya. Afiqa menekup mulutnya. Terkejut dengan amarah Airish. Belum pernah dia melihat Airish marah seperti itu. Dia takut tetapi dia perlu berani untuk meleraikan pergaduhan ini, bimbang pergaduhan ini akan menjadi tragis pula.

Tangan Airish ditarik untuk menghentikan langkah lelaki itu yang sekarang ini sedang menuju ke arah Rayhan yang terbaring itu. Lelaki itu pasti sukar untuk bangun akibat rasa sakit di dadanya. Tetapi, tarikan Afiqa pada tangan Airish akhirnya memberi kesan padanya sendiri apabila Airish yang menarik kasar tangannya dari digengam Afiqa mengakibatkan layangan tangan itu terkena pipi Afiqa. Afiqa terjelopok jatuh. Rasa berbirat pipinya malah tepi bibirnya terasa pedih.

Kau memang tak guna! Aku dah cakap jangan kau berani sentuh Fiqa! Kau memang tak faham bahasa ke! Kau nak aku bunuh kau dulu baru kau nak melutut pada aku! tanpa menunggu balasan daripada Rayhan terlebih dahulu, layangan penumbuknya dilepaskan terus. Ditumbuk wajah lelaki itu sepuas hatinya.

Rayhan tidak berdiam diri. Dia pantas bangun dengan menolak Airish. Mereka bergelut di situ sebelum Rayhan pula menggunakan sepenuh tenaga untuk menumbuk muka Airish. Dilampiaskan segala perasaan tidak puas hatinya pada Airish di situ.

Airish membalas. Afiqa semakin bimbang. Rayhan semakin lemah tidak berdaya akibat pergelutan mereka yang tanpa henti. Kemudian, rasa bimbang Afiqa semakin menjadi-jadi apabila matanya melihat Airish yang bagaikan dirasuk hantu itu membuatkannya diburu perasaan resah. Lelaki itu semakin tidak terkawal amarahnya.

Afiqa pantas bertindak. Tubuh lelaki itu dipeluk sekemas mungkin. Matanya sudah berkaca-kaca. Perasaan takutnya lebih mengatasi segala-galanya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Dipeluk Airish sekemas mungkin apabila dirasakan tubuh itu ingin menyambung langkahnya lagi.

Airish terhenti. Nafasnya turun naik memandang sekujur tubuh yang berbaring lemah di atas tanah itu. Perasaan amarahnya masih lagi terasa malah berbiratbirat rasa pedihnya. Pelukan Afiqa dileraikan kasar.

Afiqa menunduk, menangis di situ. Airish sudah hilang masuk ke dalam rumah. Afiqa menyapu air mata yang mengalir di lekuk pipinya. Walaupun semua ini bukan salahnya, tapi hatinya kuat mengatakan yang Airish sudah salah sangka.

Lantas, Afiqa pantas mengejar langkah Airish. Tangan suaminya ditarik. Air mata yang diseka dilap perlahan. Wajah suaminya ditatap penuh sayu. Bibir bawahnya digigit. Airish memandang Afiqa dengan pandangan yang tajam.

Saya tak buat. Saya tak buat semua tu. Bukan saya yang relakannya. Bukan saya..., rintih Afiqa lirih. Air matanya semakin lebat mengalir.

Airish hanya memandang sebelum tangannya ditarik perlahan daripada gengaman Afiqa.

Afiqa hilang punca. Matanya setia memandang pada Airish yang sudah menghilang di sebalik pintu rumah. Kuat hempasan pintu oleh Airish, menggambarkan perasaannya. Afiqa menunduk. Perlahan-lahan tubuhnya akhirnya terjelopok jatuh ke tanah bersama deraian air mata.