MY PRETTY BOY - 46
PINTU lif terbuka. Tun Tunku Harith melangkah keluar diikuti dengan Saiful di belakang.

Dia terus menuju ke arah kaunter mencari Yoonaniza di situ. Tiada. Sekilas lensa hazelnya tertancap ke arah sekeping Post-It Notes kuning yang tertampal di skrin monitor, dicapai lalu dibaca isi kandungan yang tertulis,

Dear Sis Yoona,

Thanks for your kind assistant, saya gagal. Qamra Ain.

Maaf, Tuan Harith. Saya ke ladies tadi, sapa Yoonaniza yang baru tiba di kaunter. Tun Tunku Harith menampal semula Post-Ut Notes tadi ke tempat asal. Kemudian menoleh ke arah jururawat muda yang pernah berkhidmat dengan Tunku Hardie bertahun lama dulu.

Raff ada dalam bilik

Ada, Tuan Harith. Baru lepas sesi temuduga terakhir tadi.

Interkom Raff suruh jumpa saya di bilik sekarang.

A

PA cerita temuduga pagi ni

Tak ada satu calon pun yang penuhi piawaian untuk berkhidmat di hospital kita, Pa.

Twenty-one candidates, no one can be considered! How about this candidate Do you ask her on behavior, leadership, communication and so on Tanya Tun Tunku Harith serius sambil jari telunjuk menunjuk ke arah resume yang tentera nama Qamra Ain Qaseem di atas kertas.

Tunku Raffzul mengambil resume tersebut dan hanya membaca sekilas pandang dan meletakkan semula di atas meja.

Budak ni! Behavior apanya, Pa Dahlah datang lambat. Buat apa nak rekrut jadi doktor pelatih dalam hospital kita kalau disiplin yang senang macam tu pun tak boleh nak buat

Tun Tunku Harith merengus. Susah benar hendak dibawa berbincang dengan Tunku Raffzul jika ada sesuatu perkara tak mengikut kehendak piawaiannya. Patutlah rata-rata warga THSC memberi jolokan gelaran padanya si kuku besi. Erti kata lain berlagak tak bertempat.

Saiful, hubungi HRMD untuk rekrut calon ni di THSC. Minta mereka sediakan surat tawaran menyatakan bahawa Cik Qamra Ain Qaseem diminta lapor diri minggu depan, resume tadi diambil lalu di serahkan ke tangan Saiful. Dia mengangguk faham dan bergegas keluar dari bilik Tun Tunku Harith.

Apa ni, pa!

We are in THSC, Dr. Tunku Raffzul. Please respect

me as your MD!

Im sorry, Mr. President Tuan Harith. The candidate that you choose, Im 100% disagreed! Tunku Raffzul membantah keras.

Thats my decision! Kamu tahu, kan kita kekurangan doktor di THSC, lebih-lebih lagi di pasukan ER Resus. Sebab sikap angkuh kamu, pecat doktor sesuka hati, kita nyaris kehilangan nyawa pesakit, faham! Jerkah Tun Tunku Harith.

Walau apa pun terjadi, Qamra Ain harus diberi peluang menjadi sebahagian kakitangan di THSC. Atas pemerhatian terhadap tragedi pagi tadi, dia nampak Qamra Ain ada potensi menjadi salah seorang doktor pakar di hospital ini kelak.

Dia menyaksikan perincian yang berlaku pagi tadi di lobi. Begitu teliti Qamra Ain melakukan CPR di tengah lobi sedangkan ada beberapa orang doktor yang lalu lalang di situ. Dia juga turut menjadi peninjau di mana doktor-doktor yang sempat dipanggil tak seorang pun yang ambil peduli. Hanya selepas pasukan ER datang yang diketuai oleh Rudy Armani, baru terpacar wajah kelegaan gadis itu.

Sakit hati bila melihat tiada seorang doktor pun yang peduli pada orang tua tadi melainkan seorang gadis bernama Qamra Ain. Sebagai seorang MD, dia tak mahu bertindak melulu. Dia tahu, THSC kekurangan doktor disebabkan Tunku Raffzul. Entah berapa ramai ahli pasukan DMD bertukar ke jabatan. Yang tinggal, hanya beberapa orang doktor yang sibuk bertugas di ER disebabkan DMD belum menerima apa-apa kes kritikal yang perlukan khidmat doktor dari ke jabatan itu.

Dr. Tunku Raffzul, this is my last warning! Kalau kamu sesuka hati memecat Qamra Ain dari THSC, siap kamu! And one more, please improves your behavior!

Stop doing something stupid!

Tunku Raffzul bangkit dari sofa dan beredar keluar. Dia menarik dan menutup pintu dengan kuat. Terus menuju ke arah biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Tun Tunku Harith. Yoonaniza yang sudah terbiasa dengan situasi sebegini hanya memandang sepi dan kemudian menyambung semula kerjanya. Kena taichi dengan Tuan Harith lagilah tu!

Sementara itu di dalam bilik, Tun Tunku Harith menghela nafas panjang. Dia meraut seluruh wajah dari bawah ke atas sekaligus menguak rambut yang terjuntai di dahi ke atas kepala. Saban hari, pening kepala memikirkan perangai Tunku Raffzul yang semakin menjadi-jadi. Ketika menjadi CEO di Mel E perangainya taklah seteruk ini.

Entah kenapa semenjak menjadi VP di THSC lain benar sikapnya. Kan bagus jika Tunku Hussein yang menjadi VP. Salahnya juga, terlalu manjakan sangat sejak ibu bapanya meninggal dunia ketika Tunku Raffzul masih kecil.

Siapa lagi yang ada menemaninya ketika itu Hanya Tunku Raffzul. Tunku Hussein dihantar ke CA melanjutkan pelajaran. Tunku Hardie, semenjak lumpuh langsung sikapnya terus berubah. Lebih suka meratap nasib di dalam bilik. Tunku Hazreen, sibuk dengan dunia kaf. Hanya Tunku Hazreen yang degil tak mahu mengikut jejak langkahnya mendalami dunia perubatan.

Hakikatnya, dia kesunyian. Sejak Toh Ungku Safrina yang dicintai meninggal dunia, jiwanya terasa kosong. Kerana terlalu ikutkan hati yang luka, Tunku Hussein menjadi tempat melempias kemarahan. Dia menganggap, anak kembar itu penyebab isterinya pergi. Tunku Hazreen pula bertindak sebagai perisai Tunku Hussein acap kali mengalami penderaan emosi.

Dia tak berdaya tahan lagi meratap derita merindui wajah isterinya yang diwarisi oleh Tunku Hussein.

Dia bangkit dari kerusi dan mengorak langkah ke arah pintu gelangsir. Ditolak ke kiri lalu berjalan keluar. Angin kuat barat daya tanpa segan silu menyapu raut wajahnya. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutnya beralun-alun. Tangannya menyeluk ke dalam poket lalu mengeluarkan sesuatu yang teramat penting buatnya. Pemilik benda berkilauan yang masih belum lagi ditemui.

Di manakah kau