Jangan bimbang. Saya dah telefon Kak Mila tadi, dan minta izin dia nak bawa Danira keluar. Dia pun dah izinkan. Kalau Danira tak percaya, Danira boleh call dia. Ujar Filman. Dan kata-kata lelaki itulah yang membuatkan dia mati kutu mahu membuat keputusan.
Filman terus mematikan panggilan telefonnya. Dia tersenyum sendiri. Meskipun Danira seolah-olah berat hati mahu memenuhi pelawaannya, tapi dalam diam-diam dia terlebih dahulu menghubungi Kamila di rumah wanita itu. Meminta izin untuk membawa Danira keluar berkelah bersama-sama dia dan Melia. Mujurlah Kamila membenarkannya tanpa banyak soal.
Macamana papa Melia bertanya sebaik dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Filman menoleh. Terkejut melihat si kecil yang entah sejak bila berada di sampingnya.
Aik bila Melly ada kat sini Tadi kan tengah tengok kartun dengan Pak Su Tanya Filman separuh gugup.
Dah habis pun. Pak Su dah tukar cerita lain. Rengek anak kecil itu.
Filman ketawa kecil. Dia menarik tubuh Melia lalu dipeluknya anak itu sekemas-kemasnya.
Papa tak cakap lagi, Kak Nira nak ikut kita tak Melia bertanya lagi. Ingin tahu.
Filman terkedu. Ops, tak habis lagi rupanya!
Mestilah dia nak. Lepas dia dengar Melly nak pergi, dia terus setuju nak ikut kita. Balas Filman seraya tersenyum. Mendengar kata-katanya, wajah anak itu terus bertukar ceria.
Eiii best ada Kak Nira. Besok Melly nak main puas-puas dengan Kak Nira. Ujar Melia teruja. Filman hanya mampu tersenyum senang.
Melly benar-benar sukakan Kak Nira Entah mengapa dia bertanya begitu. Melia mengangguk dengan pantas.
Suka. Jawab Melia ringkas.
Kenapa Melly sukakan Kak Nira
Sebab dia cantik, dia baik. Dia suka main-main dengan Melly. Kak Nira selalu belanja Melly makan aiskrim. Melia mencanang satu persatu.
******
Filman tersenyum. Banyaknya sebab! Tapi anak kecil memang begini. Paling jujur ketika menyatakan kebenaran. Lagi-lagi anak seperti Melia yang tidak cukup kasih sayang seorang ibu.
Meskipun kita memberikannya segunung kasih sayang, tapi tetap tak boleh menyamai kedudukan seorang ibu di hati Melia, Fil. Kata-kata ibunya suatu waktu dulu, kembali singgah di fikiran. Filman menarik nafas panjang. Sejujurnya, dia benar-benar memahami hakikat yang disebut ibunya.
Mungkin sekarang dia masih kecil. Tapi bila dia besar nanti, dia akan bertanya tentang ibunya. Kalau masa itu sampai, apa yang Fil nak beritahu Melly Suara ibunya terus berladung di fikiran.
Fikiran Filman tenggelam jauh. Wirda! Kita hanya memikirkan diri kita sendiri tetapi tidak pernah mengambil kira perasaan Melia. Keluh Filman dengan nafas mendesah. Matanya menerawang ke arah Melia yang kelihatan sedang asyik membelek-belek patung barbienya yang berterabur di atas lantai. Sesekali bibir kecil itu melemparkan senyuman manis ke arahnya. Filman menarik nafas panjang.
Melly, papa nak cakap sesuatu dengan Melly. Filman teragak-agak.
Melia memandangnya tidak berkelip. Menunggu dia menghabiskan kata-katanya.
Melly ingat tak perempuan yang datang rumah kita kelmarin Soal Filman.
Anak kecil itu menggeleng.
Perempuan yang cakap dengan nenek. Yang belikan coklat untuk Melly. Filman cuba memperincikan kata-katanya pada anak itu. Melia mengangguk akhirnya. Filman lega.
Kalau perempuan tu jadi mama Melly macamana Melly suka Soal Filman ingin tahu. Sengaja dia mencanang begitu untuk menguji anak itu.
Tak mahulah. Melia menggeleng.
Kenapa Perempuan tu kan cantik macam patung Barbie Melly tu. Tingkah Filman seraya mengerutkan dahinya.
Kak Nira lagi cantik. Melly nak Kak Nira yang jadi mama Melly.
Filman terkedu. Kata-kata Melia membuatkan dia bungkam. Sungguh dia langsung tidak menyangka akan mendengar sesuatu seperti ini dari mulut anak perempuannya sendiri. Serta-merta wajah Danira bermain di layar fikirannya. Membuatkan dadanya bergetar tanpa kerelaannya.
Belum sempat dia mahu bertanya lebih lanjut pada Melia, Najla tiba-tiba terpacul di situ dengan wajah cemas.
Abang, Aliff.A..Aliff.. Wajah Najla terpamer cemas.
Filman tergaman. Kata-kata Najla membuatkan semangatnya melayang. Kenapa dengan Aliff
Naj, cakap pelan-pelan. Beritahu abang kenapa dengan Aliff Tanya Filman turut gelabah.
Aliff bang, Aliff kena serangan lagi. Najla berjaya menghabiskan kata-katanya dengan linangan airmata. Filman tersentak. Serangan
Tanpa menunggu penjelasan Najla selanjutnya, Filman segera bergegas ke bilik adiknya. Sebaik daun pintu dikuak lebar, dia tergaman melihat ayah dan ibunya sedang berusaha menenangkan Aliff yang kelihatan tercungap-cungap dengan mata terbelalak. Deru nafas lelaki itu agak kuat mencuri perhatiannya.
Fil, telefon Doktor Hisyam. Minta dia datang ke mari sekarang jugak. Jerit ayahnya sebaik menyedari kehadirannya di muka pintu.
bersambung
Bab akan datang :
Dapatkah Alif diselamatkan